5 Fakta Psikologi Tentang Bayi #Psych13

Hai semua. Insya-Allah setiap hari Ahad jam 9 malam setiap minggu (bergantung kepada keadaan) akan diwujudkan slot #psych13 di twitter. Bagi korang yang takde twitter, takpe klik aje pada \SINI; untuk tengok senarai tweet yang muncul kat situ. Semua berkaitan psikologi. Setiap kali lepas slot tu aku cuba letak di blog pula sebab tweet di hashtag tu lama-lama akan dipadam. Macam kali ni, tajuknya ialah fakta psikologi tentang babiess!

FAKTA 1: BABY BOLEH BERENANG


Yes you read that right. Babies are natural born swimmer tapi kebolehan ni akan hilang pada umur 4-6 bulan selepas dilahirkan. Babies yang ditelangkupkan (betul ke bahasa aku ni?) dalam air akan mengayuh dalam pergerakan berenang yang dipanggil oleh pengkaji sebagai "diving reflex". Pergerakan refleks ni sebenarnya adalah untuk menyelamatkan babies daripada lemas.

Mari Berkenalan Dengan Akak Gemuk. (REPOST)

Disebabkan saya tak tahu macam mana nak translate Psychopathology dalam BM, maka kita panggil sahaja benda-benda yang akan disampaikan ni sebagai penyakit mental. Sebenarnya benda ni dari sekolah lagi kita belajar tapi mungkin data yang ada kurang lengkap, dan juga ada tersalah tafsir pada beberapa terma yang akan saya terangkan sebentar lagi. (Papanda, 2010)

Tapi jom kita berkenalan dengan akak-akak dibawah ni dulu. Jom kita ke sesi suai kenal bersama akak-akak yang kurus ramping jelitawan.


#1: Cik Siti Aneroxia Nervosa berkata:
Eh apa ni dik tangkap gambar akak, segan la ai sebab ai ni tak cukup ramping macam mayat lagi. Apa? body weight kena lebih daripada 85% daripada berat jangkaan? Ish tak maulah akak nanti tak de orang nak pandang akak tau. Akak takut bebenar kalau akak naik berat badan, jatuhlah saham akak nanti dik oi. Hari-hari akak tengok depan cermin tu, lemak bersepah- sepah macam sup ayam warung Wak Karman tu ha. Eleh setakat tak datang bulan sebab jadi kurus (Amenorrhea) , akak tak kisah der. jimat belanjawan negara nak beli tampons.

Perempuan cantik, Lelaki kacak, dan Psikologi

(Entri ini mengandungi gambar-gambar yang konfem tak boleh ditonton dalam masjid)

Kalau tanya member-member tentang apa yang dikatakan cantik atau hensem, mesti diorang bagi contoh pasal girlfriend, boyfriend, atau laki bini diorang tanpa alasan yang kukuh. Selalunya diorang akan bagi alasan yang abstrak seperti "cantik ni kan subjektif". LOL? Saya sebagai seorang lelaki ingin memberitahu gadis-gadis di luar sana yang cantik itu sebenarnya objektif. Jadi, macam mana nak tahu yang menarik tu apa bagi lelaki dan perempuan? Mengikut kajian psikologi,

BADAN PEREMPUAN YANG CANTIK

Hai kami Kate Moss dan Jessica Alba berada di sini untuk membuatkan gadis Malaysia penggemar Mekdonel berasa rendah diri. Ratio kami 0.7.
Okay kita start dengan badan perempuan sebab pembaca blog ni ramai perempuan dan mesti diorang nak tau apa yang kita lelaki pandang pada seorang perempuan. Dan lelaki-lelaki yang confuse di luar sana tu pun mesti nak tahu kenapa sesetengah perempuan adalah lebih menarik berbanding yang lain. Kalau dalam bab  badan, ada 2 bahagian utama yang dinilai iaitu payudara (bahasa sopan), dan juga nisbah pinggang dengan pinggul (waist-to hip ratio).

Kajian menunjukkan, orang lelaki ni benda pertama yang dia tengok pada seorang perempuan ialah waist-to-hip ratio dia. Nisbah yang perfect ialah 0.7 iaitu ukur lilit pinggang ialah 70% daripada ukur liliit pinggul (bahasa kasarnya ialah bontot). Seorang pengkaji psikologi daripada New Zealand iaitu Barnaby Dixson dah buat kajian dengan menggunakan eye-tracking movement ke atas lelaki-lelaki yang tak gay dan keputusan menunjukkan yang benda first lelaki tengok pada perempuan ialah nisbah pinggang-pinggul. Dalam bahasa senangnya, perempuan yang ramping atau ada 'hourglass figure' adalah amat menarik. Dalam bahasa kasarnya, ikan paus tak menarik

Psikologi tentang Deja vu

Masa aku form 3 dulu, aku pernah turun tangga sambil melangkah 2-3 anak tangga sekaligus sebagaimana yang anak-anak muda lain yang kurang pertimbangan akal buat. Sebab apa pun aku tak tau tapi ada benda-benda bodoh yang remaja buat ni sebab nak menunjukkan dia punya power pada gadis-gadis yang diminati. Entah apa sebab aku rasa melompat tangga tu cool, aku pun tak tau. Almaklumlah budak sekolah, memang sempurna akal fikirannya.

Tanpa disangka-sangka, kaki aku terpeleot dan tergoleklah seorang papanda ke bawah tangga sambil digelakkan oleh budak-budak lain sambil menyanyikan lagu

"Anak kambing patah kaki, anak rusa menari-nari..rumah terbakar panggil bomba..bla3"

Di saat tu, kepala aku terasakan yang keadaan ni macam pernah terjadi sebelum tu. Adakah..ini cinta? Adakah ini deja-vu? Baidewei, masa tu aku dah tahu deja-vu tu apa sebabnya aku rajin baca Reader's Digest dan Kreko. Arena Komik bolehla kadang-kadang.

"Ya Allah, kat bahu aku ada perempuan!"
Deja vu ni kalau mengikut tafsiran fahaman popular, ialah satu keadaan di mana kita mengalami perasaan yang mengatakan kita pernah melalui pengalaman tu, sama ada pernah terjadi atau tak. Seorang pakcik bernama Ian Stevenson cakap, Deja vu ni jadiknya sebab proses reinkarnasi iaitu benda yang kita teringat tu, adalah pengalaman kita pada kehidupan yang lepas.

Mekanisme Lawak di Malaysia

Scroll Facebook, ternampak kawan-kawan share sesuatu di Facebook. Diorang share pasal video "beruwang" yang melibatkan seorang perempuan tak lawa merepek something pasal relationship dia. In case korang tak pernah tengok, boleh click play di bawah.


Okay sebelum aku menyarung kopiah dan janggut putih, biar aku membebel pasal "lawak" di Facebook ni. Benda-benda yang lawak ni sama je bagi setiap orang kat Facebook tak kira la kau parti politik apa. Tapi biasanya orang akan rasa benda tu lawak bila sesuatu yang malang berlaku pada orang lain.

Sebagai contoh, lawak di bawah ni...

There Are Always 3 Sides of The Story #GE13


If there is one thing that I learned from years and years of being an avid user of social media network starting from friendster to Facebook, there is one thing that I can tell you. People are so gullible that they will believe whatever their friends or icons they are following say and the fact that internet has made the means of sharing information and pseudo-information easier and faster. Then, the person who believed that information, regardless of the facts and other opinions, will continue to share that thing, and eventually influence others; despite of how ridiculous it might sound.

Untuk menyokong retorik ini, marilah kita menarik nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan sedikit demi sedikit dalam kiraan 3 saat

3...
2...
1...


More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran