Ditamparnya Kepala Budak Pendidikan Khas itu...

Sebuah cerpen kisah benar yang berlaku pada hari Selasa 30 Julai 2013 di sebuah sekolah yang kena dirashsiakan namanya...

Gambar hiasan 
Masa tu aku baru je selesai solat berjemaah di barisan hadapan. Sistem di sekolah kami, kalau masuk waktu solat, guru lelaki terutamanya dan murid-murid kelas pendidikan khas diwajibkan solat berjemaah. Kalau tak nanti mereka malas solat (juga boleh digunapakai pada guru). Jadi, bila tengah berzikir tu terdengar lah suara Penyelia Petang bercakap dengan sorang budak ni yang diberi nama Sayyid (sumpah, bukan nama sebenar) di saf belakang. Maka terjadilah perbualan seperti di bawah ni...

Penyelia: Awak masuk solat jemaah lambat ye?
Sayyid: Ye ustaz
Penyelia: Kalau tak tau, nanti ustaz ajar (sambil merujuk kepada diri sendiri)

Maka aku pun berfikir. Ustaz ni walaupun selalu ugut nak tampar budak yang main-main nak masuk surau, tapi understanding rupanya dia pada Sayyid ni, budak pendidikan khas yang masbuq solatnya. Siap offer nak ajar sambung solat lagi. Takpelah Sayyid, cikgu pun boleh ajar juga nanti. Senang je

Sebelum runtuhnya gereja katedral di Christchurch

Ingat lagi tak tahun lepas, berlaku satu gempa bumi yang sangat kuat di Christchurch, New Zealand. Pelajar Malaysia lebih suka panggil tempat tu dengan nama Canterbury rasanya entahlah. Anyway, gempa bumi tu nasib baik tak berlaku masa aku pergi melawat kawasan tu. Kalau tak, hilanglah seorang panda yang baik hati di muka bumi ni. Pendek kata, lepas gempa bumi, musnahlah kawasan tu. Yang korang akan tengok ni ialah gambar sebelum gempa bumi yang kuat tu berlaku


Dekat luar gereja ni ada banyak gerai jual cenderahati, tempat rekreasi orang main catur gergasi, dan juga orang yang rajin mengambil gambar macam kami masa tu

Puteri Awani VS Rakyat Malaysia

..dan sedikit psikologi

Hek eleh tipu la kalau korang takde dengar pasal kisah budak form 3 yang buat video dekat youtube pasal cinta agung dengan boyfriend dia tu kan? Bila tengok video tu, benda yang aku mula-mula nampak ialah gaya dia bercakap yang sangat power. Sumpah, aku tak boleh bercakap macam tu apatah lagi post video diri sendiri yang muka tak berapa nak macam Ashton Kutcher ni untuk tatapan ramai

Play lah video ni. Siapa klik, dia belum cukup ilmu internet

Jadinya, lumrah di laman sosial ni ialah apabila ada budak baru nak up macam ni buat video cintan cintun macam ni of course komuniti yang terdiri daripada abang-abang dan kakak-kakak yang perasan matang akan kutuk-kutuk dan maki-maki. Kalau share kat Facebook, tu mesti akan selitkan kata nasihat sikit, pastu kat bahagian komen akan join kutuk juga. Eh aku tahu sangatlah sebab dolu-dolu aku macam ni jugak. Bukan nak berbangga tapi aku hanya nak cakap yang aku faham apa korang rasa.

Bazaar Ramadan dan Psikologi

Salam 1 Ramadan untuk semua umat Islam di Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya yang mula berpuasa hari ini. Untuk mereka yang berada di benua Australasia sana especially New Zealand, selamat berpuasa esok lah kan. Jadi pada hari ini kita akan menghadamkan satu ekstrak kajian psikologi berkenaan pembelian makanan dan juga bazar Ramadan dari sudut psikologi kognitif.


Baiklah. ada claim yang mengatakan bahawa jangan shopping bila kita lapar sebab nanti kita akan membazir. Ungkapan seperti ini ada orang tanya pada akun twitter @psikoologi dan inilah tujuan akaun tu diwujudkan - untuk menjadi kaunter pertanyaan pasal tweet-tweet yang mengaku psikologi padahal benda tu tipu. Anyway, berbalik kepada claim tersebut. Ianya ialah benar dan benar-benar belaka

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran