Kesan Banjir Terhadap Psikologi Kanak-Kanak


Gambar Sinar Harian
Pagi tadi ada orang tanya tentang apa yang perlu dibuat untuk kanak-kanak dalam program sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Disebabkan soalan tu ditanya di Twitter, maka tak dapat la nak terangkan semua sebabnya ada had perkataan dan maksudnya takkan sampai. Better tulis di sini sahaja.

Sebelum kita pergi kepada apa yang perlu dibuat untuk memastikan psikologi kanak-kanak ni tak terjejas, kita kena tahu dulu apakah kesannya banjir (atau mana-mana bencana alam ingeneral) terhadap minda kanak-kanak.

Untuk kefahaman yang lebih baik dalam entri kali ni dan sebagai penambah ilmu mungkin anda semua boleh klik pada artikel bertajuk 
Teori Psikologi Keperluan Maslow. Kita tak nafikan yang keperluan asas iaitu makanan masih menjadi keutamaan paling tinggi sebab tanpa makanan, benda lain takkan jalan. So, kalau nak buat aktiviti untuk kanak-kanak seharusnya kita pastikan yang dia berada dalam keadaan sihat walafiat dan tidak mengalami malnutrisi. Sebab bila perut lapar, kita tak rasa selamat, tak boleh belajar, emosi menjadi tak stabil dan sebagainya. Kalau aku, selalu sangat mengamuk kalau lapar. Kalau aku jadi raja, dah ramai tukang masak istana kena pancung.

Anyway, kesan-kesan banjir terhadap psikologi kanak-kanak adalah seperti berikut:

1. Budak-budak akan jadi super clingy (Norris et al., 2012). Nak menempel kat orang dewasa je kerjanya. Ini bukanlah satu benda yang pelik sangat pun sebab bayangkan budak kecil yang belum tahu pun nak letak baju dalam bakul dobi, tiba-tiba diuji dengan air parit sungai yang melimpah ke ladang gandum dan ruang tamu. Tak ke takut budak tu? Ditambah pula dengan suasana sejuk. Mengikut hukum cause and effects, bila kita takut, badan kita akan berasa sejuk dan bila diterbalikkan keadaan tu, kesannya sama juga. Bila kita rasa sejuk, maka amat senang untuk minda kita berasa takut.

2. Post-traumatic Stress Disorder (PTSD) (Garrison et al., 1995). Jangan ingat orang baru balik perang je ada PTSD. Sebenarnya PTSD boleh terjadi kepada sesiapa yang mengalami kejadian yang menakutkan di mana simptom-simptom seperti asyik terbayang perkara yang menakutkan ( stressors), meracau, dan sebagainya.

Point no 2 boleh diabaikan sebab kajian ni daripada journal lama dan efek PTSD amat jarang dilihat pada kanak-kanak, terutamanya kalau berusia 10 tahun ke bawah (National Collaborating Centre for Mental Health (UK) (2005)).

3. Remaja merupakan golongan yang lebih terdedah kepada bahaya stress selepas bencana hilang. (Green et al., 1991). Budak berumur bawah 8 tahun mencatatkan kurang tekanan berbanding mereka yang berusia 8-15 tahun. 

-----
Apa pula cadangan untuk  mengelakkan kesan buruk kepada psikologi kanak-kanak yang diakibatkan banjir?

1. Hilangkan stressor. Dalam kes ni, yang paling utama tentu sekali lah jauhkan kanak-kanak tu daripada banjir. Tapi semua orang pun tahu yang benda ni mustahil dari segi ruang, wang, dan tenaga. Kita ada prioriti dalam pengurusan bencana alam termasuklah pada NGO

2. Gunakan behavioural modification. Banjir dikaitkan dengan musibah dan kecelakaan dalam minda manusia disebabkan pengalaman buruk. Kalau kita selingkan dengan aktiviti yang seronok untuk mangsa banjir, mungkin dapat mengurangkan kesedihan dan tekanan yang wujud semasa bencana dan selepas bencana. Keypoint di sini ialah seronok.
  • Maskot Upin-Ipin kalau boleh. Bebudak kan gila dengan Upin-Ipin ni. Les Copaque bolehlah tambah dalam CSR dia kan?
  • Apa-apa aktiviti yang melibatkan pancaindera yang pelbagai; muzik, warna, pergerakan. Gunakan pengalaman korang sebagai kanak-kanak - apa yang buatkan korang excited? Buat aktiviti dalam kumpulan pun boleh tapi make sure every members korang kenal namanya. Benda basic dalam kerja dengan kanak-kanak ni ialah dapatkan kepercayaan mereka dan 1st step ialah tahu nama. Masa aku kecik dulu sangat sedih kalau cikgu tak tahu nama. Dah la aku comel
Tu je rasanya. Jangan rasa artikel ni macam manual pulak. Buatlah aktiviti dan layan mangsa banjir mengikut kesesuaian. Artikel ni mungkin boleh membantu sebagai panduan asas dan boleh ditambahbaik lagi. Untuk cadangan dan soalan sila letakkan di bahagian komen di bawah. 

--------
RUJUKAN:
Norris, F. H., Friedman, M. J., Watson, P.J., Bryne, C. M., Diaz, E., and Kaniasty, K. (2002). 60 000 Disaster Victim Speak: Part I. An Empirical Review of the Empirical Literature, 1981-2001. Psychiatry, 65(3). 

National Collaborating Centre for Mental Health (UK) (2005). "Post-Traumatic Stress Disorder: The Management of PTSD in Adults and Children in Primary and Secondary Care". NICE Clinical Guidelines, No. 26. Gaskell (Royal College of Psychiatrists)

Garrison CZ, Weinrich MW, Hadin SB, Weinrich S, Lang L. Post-traumatic stress disorder in adolescents after a hurricane. Am J Epidemiol. 1993;138:522–530

Green, B. L., Korol, M., Grace, M. C., et al (1991) Children and disaster: age, gender, and parental effects on PTSD symptoms. Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry, 30, 945 -951

Macam Mana Otak Manusia Salah Tafsir Maklumat? Confirmation Bias

Astaghfirullahalzim lama betul tak update blog. Disebabkan pagi ni macam free, maka saya pun berniat nak kemas isi kandungan dalam laptop dan buang fail-fail lama yang tak digunakan lagi. Banyak betul benda lama yang dijumpai kebanyakannya ialah memori daripada masa belajar di New Zealand 3 tahun lepas. Tiba-tiba mata saya tertancap pada beberapa keping gambar (penjodoh bilangan 'keping' boleh ke guna untuk gambar digital?) yang menunjukkan gambar insan yang berdarah di kepalanya. Berikut ialah gambar tersebut..

Ada lagi satu gambar tapi dibimbangi too much information pulak sebab jelas sangat mukanya

Alkisahnya begini...

Pada suatu malam yang hening, kira-kira jam 2 pagi kalau tak silap, maka terlihatlah beberapa orang pelajar sedang sibuk menelaah pelajaran di Cotton Building, Victoria University of Wellington. Ada pun keadaan ketika itu adalah sangat sejuk kerana New Zealand sedang mengalami musim luruh (bulan Mei). Suasana hening membingitkan telinga diselangi dengan bunyi jari-jemari ketak-ketuk menaip menggunakan papan kekunci komputer kepunyaan kampus untuk bermain Twitter. lel. Ada 3 orang dalam makmal tersebut dan kesemuanya merupakan ahli rumah. 

Tiba-tiba telefon rakan yang bernama "AF" berbunyi tapi beliau tak sempat mengangkatnya. Mungkin disebabkan telefonnya diletakkan dalam nada senyap. Sejurus kemudian, telefon si "A" pula berbunyi dan beliau pun mengangkatnya

"Ha, 'Z', kenapa ni?" tanya si "A"
"Korang balik sekarang boleh tak?" balas si "Z" di hujung talian
"Kitorang banyak kerja la nak balik rumah. Sejam lagi boleh?"
"Urgent weh. Aku rasa rumah kita kena rompak la" 
"Ok ok kitorang balik sekarang jugak!" ujar kami bertiga melalui loudspeaker.

Maka dalam kegelapan malam dengan hujan yang renyai-renyai tu, kami bertiga pun meredah semak samun dan bukit yang licin untuk sampai ke rumah dengan pantas. Macam mana kalau laptop hilang? Xbox hilang? Rockband hilang? TV hilang? Sia-sia bekerja sambilan setahun lebih di negara orang.

"Z! Z! Mana kau woi??" jerit kami setibanya di rumah atas bukit tu
"Aku kat pintu toilet ni" kedengaran suaranya seolah-olah merintih. Ibarat seorang freshman yang memerlukan perhatian senpainya. Maka terlihatlah oleh kami seorang lelaki berusia 22 tahun yang berdarah di kepalanya. Terjelepuk di pintu tandas, bukan pintu syurga, ialah seorang lelaki yang berketinggian hampir 180cm, dengan bentuk badan yang melayakkan beliau bertanding dalam pertandingan sumo. Darah pekat mengalir perlahan daripada dahinya dan terdapat beberapa titis kelihatan di atas lantai yang dilihat bermula daripada dalam tandas.

Selesai mengangkat beliau supaya dapat berdikari (berdiri atas kaki sendiri. lel), dia pun berjaya mengumpul kekuatan untuk membasuh kesan darah di kepalanya. Kalau tak pasal darah tu, mungkin kami dah suruh dia basuh baju kami yang dah lama berlonggok tu sekali. Tapi atas dasar kasihan dan setiakawan maka kami gantikan kerja tu dengan soalan 

"Apa jadik weh?" 
"Aku tak tau. Aku sedar-sedar je kepala aku berdarah, cermin tingkap tandas pecah"
"Apa kau buat sebelum tu?"
"Aku nak ke tandas. Masa tu la aku rasa aku kena serang"

Maka sebagai ketua rumah yang buat-buat rajin dan saksama aku pun pergi memeriksa keadaan tandas. Betullah seperti yang dikata, tingkap rumah memang perlu disuntik dana kos pembaikian. Kalau dapat suntik semangat je kan bagus.

Aku mencapai telefon dan menelefon 111 iaitu nombor kecemasan New Zealand.
"Emergency Hotline. How can we help you?" kata makwe yang aku tak pasti cun ke tak tapi suara dia sedikit garau maka aku andaikan dia ada badan sebesar pemain ragbi. Makwe New Zealand memang ramai berbadan sasa sampaikan kadang-kadang kami orang Asia berasa tercalar egonya. Sungguh inferior complex
"Yes, I would like to report a possible robbery case here.."

******
Selepas hanya 10 minit, pintu rumah kami diketuk dua pegawai polis yang amatlah tinggi susuk badannya umpana Menarai Dubai diiringi seorang paramedik dan kami pun terpaksa menerangkan kembali apa yang terjadi. Polis pun pergi memeriksa bahagian tandas dan menyiasat. Walaupun rasa terkejut dengan kejadian tu, tapi rasa excited pun ada sikit sebab rasa macam Gerak Khas.

"I don't think that this is a burglary/robbery case" kata pegawai wanita tu.
"What? But the window's broken and my friend's bleeding there in the head"
"Yes, those are true but if the burglar got into your house from the outside, there would be glasses all over the toilet floor. But there isn't so he can't be getting in from that spot. Besides, the difference in ground height makes it impossible for someone to break in without any leverage. Third, the hole made through the window is too small for anyone to reach in"

Penjelasan yang diberi polis tu memang masuk akal tapi untuk kepastian aku mintak aje diorang check kat belakang. Bila diorang balik, keputusannya masih sama iaitu tiada kes yang berlaku. Tambahan pulak bahagian semak tu takde kesan orang lalu

So macam mana agaknya member aku tak sedarkan diri dan kepalanya berdarah? Siapa pukul dia? Hantu raya? Orang minyak? Pontianak? Pontiapak?

Tiba-tiba paramedik pun bersuara dan mengatakan yang member aku pengsan sebab kurang darah mungkin terlampau penat. Jadi, dia 'black out' dalam tandas dan masa dia jatuh kepalanya terhantuk di tingkap tandas, menyebabkan kepalanya berdarah macam tu. Lagipun, luka di kepala dia disebabkan berat badan sendiri dan bukannya blunt object trauma.

Disebabkan sedikit malu, maka kami pun halau diorang balik dengan cara sopan dan gelakkan diri masing-masing sehingga pagi = 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Okay, kalau korang dah baca cerita kat atas tadi, mungkin korang boleh perhatikan bagaimana otak manusia boleh mentafsirkan maklumat yang salah dan kesalahan tu pula boleh berjangkit-jangkit sampai ke beberapa orang yang lain.

1. Kejadian bermula apabila masing-masing terkejut dan berasa confuse, Ini ialah kunci utama untuk mana-mana kesalahfahaman berlaku. Mesti ada melibatkan emosi (Western et al., 2006) . Perasaan marah, keliru, dan sedih antara emosi yang menyebabkan kita salah tafsir maklumat dalam hampir setiap keadaan. Sebab tu lah kita digalakkan untuk bertenang sebelum membuat keputusan tapi semua orang pun tahu benda tu susah, kan?

2. Dalam keadaan keliru, kita akan mencari sebab-musabab yang sesuai dengan cerita asal kita. Masa "Z' telefon, dia dah kata yang dia kena rompak. Maka kami pun hanya melihat dan memproses maklumat yang kami lihat di rumah sebagai bukti seolah-olah memang ada rompakan berlaku. Fenomena ini dipanggil sebagai "Confirmation Bias" di mana apa-apa yang kita nampak, kita rasa pendapat kita tu sajelah yang betul

"Smart people believe weird things because they are skilled at defending beliefs they arrived at for non-smart believers" - Michael Shermer
3. Manusia juga ada satu habit yang dipanggil sebagai "preference for early information" di mana benda yang kita nampak mula-mula tu lah yang akan membentuk pemahaman kita terhadap sesuatu dan maklumat yang muncul kemudian akan mempunyai kesan yang kurang (Ross et al., 1975). Contoh favourite saya ialah apabila terdapat tuduhan 50,000 rakyat bangladesh diterbangkan ke Malaysia untuk mengundi Barisan Nasional, di mana tuduhan tersebut berjaya meletakkan impresi buruk terhadap kerajaan. Walau banyak mana pun informasi benar untuk menukarkan keadaan tersebut, ia masih tak berjaya malahsehingga ke hari ini masih ada orang percaya kejadian tu betul-betul terjadi walaupun Anwar Ibrahim sendiri kata tiada (padahal dia yang mulakan). Kes yang sama berlaku untuk kejadian blackout walaupun Lim Kit Siang dah kata tiada blackout yang terjadi. 

4. Selain tu, dalam kes kami terdapat juga bukti "illusionary association/correlation" di mana kami telah membuat perkaitan yang tak wujud antara 2 'bukti' yang kami ihat. Kepala member berdarah, dan cermin yang pecah membuatkan kami berasa yang memang ada rompakan berlaku. Padahal takde.

So moralnya cerita ni. Bagus untuk kita peka dengan keadaan sekeliling dan membaca berita tapi kita kena berhati-hati agar otak manusia yang penuh dengan kecenderungan untuk salah faham ni tidak menjadi terlampau senang untuk membuatkan kita bergaduh antara satu sama lain.

------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------
RUJUKAN:
Westen, Drew; Blagov, Pavel S.; Harenski, Keith; Kilts, Clint; Hamann, Stephan (2006), "Neural Bases of Motivated Reasoning: An fMRI Study of Emotional Constraints on Partisan Political Judgment in the 2004 U.S. Presidential Election", Journal of Cognitive Neuroscience (Massachusetts Institute of Technology) 18 (11): 1947–1958

Ross, Lee; Lepper, Mark R.; Hubbard, Michael (1975), "Perseverance in self-perception and social perception: Biased attributional processes in the debriefing paradigm", Journal of Personality and Social Psychology (American Psychological Association) 32 (5): 880–892

Redelmeir, D. A.; Tversky, Amos (1996), "On the belief that arthritis pain is related to the weather", Proceedings of the National Academy of Sciences 93 (7): 2895–2896,doi:10.1073/pnas.93.7.2895 

p/s: Our deepest condolences to mangsa banjir di seluruh negara. Semoga usaha-usaha untuk menyalurkan bantuan dapat mengurangkan beban anda semua

Gangguan Personaliti Antisosial - Antisocial Personality Disorder

MichaelTapp|Flickr
Sehingga 2 tahun lepas (masa tu di tahun terakhir), hati saya sentiasa sakit bila dengar orang cakap "weh, kau ni antisosial sangat kenapa" sebab pada saya, penggunaan perkataan tu salah. Tambah-tambah lagi bila kawan-kawan mula belajar tentang perkataan tu dan kerap menggunakannya. Sebagai seorang yang berminat dalam bidang Abnormal Psychology, saya rasa penggunaan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan seseorang tu adalah amat penting (takde problem dengan ni), dan mesti sentiasa mengikut definisi dari sudut perubatan (yang ni problem).

Sebenarnya sesetengah perkataan dalam bahasa Inggeris, berkongsi bunyi dengan medical term (psychiatric) tapi mempunyai maksud yang berlainan:

Maksud antisocial daripada lughahnya (bahasa) ialah seorang manusia yang tak join orang lain beramas mesra. Ini termasuklah bergosip, dan sembang maki kerajaan di kantin sekolah. Sejauh mana justified pun alasan korang, tak join memang kena cop antisosial. Saya yang sepak bola tak kena ni dicop antisosial sebab tak mau join main futsal. Come on. 

Panjangnya set induksi aku...dah la, meh kita masuk dalam sembang topik utama

Maksud antisosial daripada sudut psikologi pula ialah perangai (maafkan bahasa saya) celaka manusia yang dibina sekian lama, tidak mematuhi peraturan serta undang-undang, dan seringkali mendatangkan kesusahan kepada orang lain (untuk elakkan salah faham dengan manusia nakal, sila baca dengan teliti keseluruhan post ni). Dalam bahasa yang mungkin korang biasa dengar, orang APD ialah manusia yang dipanggil sebagai psikopat atau Bahasa Inggerisnya psychopath. 

Seseorang tu boleh didiagnos secara klinikal oleh pakar bertauliah sebagai manusia yang mempunyai antisocial personality disorder (APDtapi kalau pakar tu cakap "saya mendapati bahawa rakan encik menghidapi gangguan psychopath" maka gantunglah lesen dia dan tampar secara berjemaah. Psikopat atau sosiopat ni hanyalah gelaran untuk menamakan sekumpulan manusia yang mempunyai APD, bukannya diagnosis lengkap.

Okay memandangkan kita dah tahu pesakit APD ni ialah mereka yang psikopat/sosiopat maka kita dah dapat bayangan bahawa mereka ni ialah jenis manusia yang:

  • Kegagalan mengikuti fungsi-fungsi sosial norma - Takdak rules punya worang. Dia nak pukul kau, sukahati dia lah. Merompak, rogol dan bunuh, sembelih orang dan lain-lain.
  • Menipu demi keseronokan - Sebenarnya psikopat ni bilangannya ramai. Ada spesies membunuh orang, ada spesies manusia biasa tapi menipu dalam segala benda sebab dia rasa benda tu betul
  • Senang sakit hati dan bersikap agresif - Amboi macam aku je. Nasib baik lover, bukan fighter.
  • [Penting] Sesal dahulu bukan pendapatan, sesal kemudian pun tiada - Apa sahaja benda yang dia buat, dia rasakan benda tu betul dan dia takkan rasa menyesal dengan tindakan dia tu.

Benda paling penting untuk seseorang tu didiagnos sebagai pesakit APD ialah benda ni mesti dah kekal sekian lama. Jadi, biasanya psikopat (yang berjaya dikesan) ni ialah orang dewasa biasanya. Mengikut Diagnostic and Statistical Manual of Mental Ilnesses (DSM-V) yang terbaru, orang yang bawah umur 18 tahun adalah diharomkan dirinya untuk didiagnos sebagai APD.

So, budak zaman sekarang kan ramai perangai macam yiblis siap bakar kucing, kelar anjing lepas tu siap rakam video lagi, apa yang kita nak panggil budak-budak jenis macam ni? Selain panggil dia pesalah juvana (lol) boleh juga panggil dia sebagai pesakit Conduct Disorder.

Senang cerita, ada besar kemungkinan untuk pesalah conduct disorder untuk didiagnosis pula menjadi APD apabila dia cukup umur 18 tahun (Shaeffer et al., 2003)

PUNCA APD
Kenapa agaknya ada manusia yang berperangai macam ni? Mengikut bahan bacaan dan kuliah yang saya pergi, banyak tentang sebab gangguan jiwa dan minda yang masih para pakar dan pengkaji tak tahu lagi  - APD ialah salah satu daripadanya. Mereka masih tak tahu 100%.  Seperti biasa, pengkaji dan psikologis berpendapat bahawa faktor biopsikososial memainkan peranan penting

Faktor biologi : Psikopat dilahirkan dengan struktur otak yang berlainan dengan manusia normal macam kita (kalau saya normal lah). Sebagai contoh, saya pernah tulis dalam post berkenaan William Yau dan Psikologi Jenayah yang psikopat mempunyai saiz amygdala dan cingulate gyrus yang kecil

Faktor psikologi : Kestabilan emosi seorang . Boleh jadi dia takde amygdala pun tapi dia bukan psikopat. Maka kita lihat pada kestabilan emosi dan cara dia mengatasi stress

Faktor sosial : Bagaimana seseorang tu bergaul dengan masyarakat sekeliling. Adakah dia boleh membina disiplin untuk hidup dalam masyarakat yang berdisiplin? atau dia pilih kawan-kawan yang jenis merosakkan harta benda dan orang lain juga?

Mengikut pakar, tak ada satu faktor pun yang bertanggungjawab 100% untuk APD, so benda ni adalah disebabkan oleh interaksi kompleks antara faktor-faktor ni. Dalam beberapa kajian seperti Crowe (1974) contohnya, APD ni ialah satu gangguan yang diwarisi secara genetik (bapak ada, anak pun ada) tapi juga bergantung pada faktor yang lagi dua tu

RAWATAN
Nak ubat orang pesen gini, kena bawak buat psikoterapi dalam tempoh masa yang panjang dengan pakar terapi yang mempunyai pengetahuan meluas pasal psikopat. Bayangkan korang bagi manusia macam Dr. Hannibal Lecter dalam filem Silence of the Lambs dekat kaunselor sekolah. Tak ke satu sekolah kena kokak dengan manusia tu? Dalam sumber yang lain, psikopat/sosiopat juga perlu dimasukkan ke dalam hospital untuk kemaslahatan ummah

Okay habih. Sila tekan butang like di bawah (tiada kiraan saat)
---------------------------------
RUJUKAN
Crowe, R. (1974). An adoption study of antisocial personality. Arch Gen Psychiatry. 31(6). p. 785-791. [link]

Shaeffer, C. M., Petras, H., Ialongo, N., Poduska, J., & Kellam, S. (2003). Modelling growth in boys' agressive behaviours across elementary school: links to later criminal involvement, conduct disorder, and antisocial personality disorder. Developmental Psychology. 39 (6). p1020-1035. [link]

Torgersen, S., Lygren,S., Oien, P. A., Skre, I., Onstad, S., Evardsen, J., Tambs, K., & Kringlen E. (2000). A twin study of personality disorders. Comprehensive Psychiatry 41(6). p. 416-425. [link]

Skizofrenia Kanak-kanak

Semalam unit Pendidikan Khas sekolah tempat aku bertugas ada meeting. Antara perkara yang dibincangkan dalam meeting tu ialah intipati simposium seorang wakil guru yang dihantar untuk mendengar tentang skizofrenia. Aku pun dengarlah dengan penuh teliti sebabnya aku memang suka dengan topik macam ni. Lepas cikgu tu cerita apa yang dia dapat, penolong kanan pulak bertanyakan soalan:

Source: Flickr  .Attribution-NonCommercial-NoDerivs 2.0 Generic (CC BY-NC-ND 2.0)
"Kalau budak-budak yang bercakap sorang-sorang tu kira skizofrenia ke Cikgu K?" Cikgu Penolong Kanan Pendidikan Khas tanya. Cikgu "P" namanya.

"Oh, kalau macam budak kita, yang berstatus OKU, dia tak boleh diklasifikasikan sebagai penghidap skizofrenia. Memang macam tu"

"Tapi kalau kita tengok pelajar kita macam si 'Z' dengan 'R' tu kan selalu bercakap sorang-sorang, Tu bukan sikozfrenia ke? Kita tengok simptom dia ada tapi kita tak pasti yang mana satu. Asfan? Ada apa-apa nak tambah?"

Ah sudah. Tiba-tiba nama aku naik nak kena bercerita pasal skizofrenia. Aku pun bangun lah untuk bercerita sebab memang dari kecil dididik untuk bangun bila kita nak ambil alih kuasa di pentas bercerita. lol. Anyway, ini ialah apa yang aku cakap dalam mesyuarat semalam:

  • Dalam mental health diagnosis, ada satu term yang dinamakan sebagai comorbidity. Maksudnya, pesakit tu ada gangguan lain, sebagai tambahan kepada gangguan yang kita tengah bincangkan. Selain tu, jika ada simptom yang sama, maka kita tengok pulak jika simptom tu lebih sesuai untuk dikategorikan bawah satu gangguan mental yang lain
  • Untuk pelajar kita, pendidikan khas ni, yang berstatus OKU ni, pada pendapat saya adalah mustahil untuk dia diklasifikasikan sebagai skizofrenia sebab berdasarkan apa yang saya kata tadi lah, pelajar tersebut menunjukkan ciri yang lebih ke arah autisme. 
  • Untuk autisme, gangguannya lebih ke arah komunikasi, masalah bersosial, perbuatan pelik yang berulang-ulang, dan juga dalam sesetengah kes, masalah pembelajaran.
  • Untuk skizofrenia pula, imagine manusia biasa yang perfectly normal, tapi dia selalu nampak ada kawan yang kita orang biasa ni tak nampak. Dan kawan dia tu bersembang pulak dengan dia. Ini salah satu daripada kriteria dalam skizofrenia lah
"Haa kalau macam tu kan memang sesuai dengan pelajar "R" kita tu? Kan dia ada kawan dia tu?" tanya Cikgu P lagi
(Untuk pengetahuan anda, pelajar R kami ni ada perangai cakap sorang-sorang, yang sumpah real. Dia kata dia ada kawan. Perempuan. Rambut pendek. Dan kawannya tu kami tak nampak.)

  • Untuk kanak-kanak 2-7 tahun kan mereka ada kecenderungan untuk main olok-olok (pretend play) macam main masak-masak. Jadi, considering that pelajar Pendidikan Khas kita si 'R' tu memang ada masalah perkembangan, jadi tak hairanlah jika dia bermain macam tu. 
  • Sebenarnya skizofrenia kanak-kanak ni berdasarkan apa yang saya belajar dulu, memang satu gangguan yang sangat sangat jarang dijumpai (Gonthier & Lyon, 2004) 
  • Untuk kefahaman lebih tentang skizofrenia, tontonlah movie "A Beautiful Mind".
"Baiklah. Terima kasih atas perkongsian tersebut. Maksudnya pelajar kita memang tak ada yang skizofrenia lah ya. Kalau ikut kad perubatan dia pun memang tak diklasifikasikan sebagai skizofrenia. Baiklah, agenda seterusnya..." sambung cikgu P.

Lalu kami pun tamatkan mesyuarat, dan pulang ke rumah untuk menghabiskan sisa Hari Sabtu kami.

--------------------------------------
RUJUKAN:
American Psychiatric Association (2000). DSM-IV Criteria for Schizophrenia [link]
Gonthier,M., and Lyon, M. A. (2004). Childhood-onset schizophrenia: An overview. Psychology in The Schools. p. 803-811. [link]
What are the symptoms for autism (2014). Autism Speaks. [link]

Ujian Psikometrik Berdasarkan Facebook dan Twitter

Disclaimer: If any of the screenshots used below violates any copyright, you may ask for me to take it down here

 Pagi ni aku bangun pagi dan bersiap untuk ke sekolah. Masa buka Facebook untuk tengok news tentang kajian psikologi terkini, ada terjumpa satu artikel yang sangat menarik untuk dikongsikan berkaitan ujian psikometrik. Untuk korang yang belum mengenali apa tu ujian psikometrik, sebahagian skop ujian ni ialah untuk menilai peribadi seseorang secara objektif - atau dalam kata lain, kita gunakan nombor untuk menilai seseorang.

Untuk sebahagian daripada pembaca blog ni, ujian psikometrik agak tidak asing terutamanya untuk mereka yang belajar ilmu kaunseling dan tak ketinggalan jugak adik-adik sekolah atau kolej (heck, even universities students and mak orang) yang suka buat quiz merepek dekat Facebook. 

"Analisis Tarikh Lahir dan blablabla Dr Fazli Khamisain*" yang paling popular sekali. Basically ujian ni sebenarnya orang buat secara suka-suka mengisi masa lapang ataupun melengahkan assignment tetapi ada juga yang terlampau percaya. Kebiasaannya, orang percaya benda rawak dan rambang macam tu disebabkan oleh Kesan Barnum [klik untuk baca] 

Tapi buat pertama kalinya, aku ada terjumpa sesuatu yang agak boleh dipercayai. Analisis personaliti seseorang berdasarkan "likes" Facebook! Apa yang lagi menarik ialah cara analisis personaliti ni adalah dibuat oleh para pengkaji daripada University of Cambridge. Adakah ia reliable? Well' at least kajian Kosinski, Stillwell, and Graepel (2012) better than "kajian tarikh lahir Dr Fazli Khamisain (tiada tahun)*" . So, macam mana nak check?



Benda pertama yang korang patut cuba ialah "YOUAREWHATYOULIKE". Apa yang benda ni buat ialah dia akan masuk akaun Facebook korang untuk kutip data pasal pages yang korang like, dan keluarkan analisis tentang kestabilan emosi, the big 5, dan... cubalah sendiri! 

Cara dia kira data? Secara simplenya, katakanlah secara puratanya orang yang like page Twitter bersifat liberal, maka kalau korang like page tu (dan page lain yang berkaitan), maka korang pun liberal jugalah. Ada sikit berkaitan dengan fenomena psikologi yang diberi nama sebagai "homofili" 

Yang menariknya, dia siap ada tunjuk siapa yang sama dan tak sama dengan kita sekali


Yang ni pulak analyze benda yang sama tapi dia tak keluar cantik, dia keluarkan keputusan analisis dalam bentuk kod. Kalau yang tadi analyze tentang personaliti, yang ini analyze tentang pegangan politik, agama, orientasi seks, dan minat kita terhadap sesuatu. 

In case korang berminat, result page dia menggunakan correlational value. Contoh:


Untuk value menghampiri 0, maksudnya korang takde kaitan dengan ciri tu. Bila menghampiri 1, maknanya korang amat serupa dengan ciri tu. Jadi berdasarkan keputusan algoritma ni, aku 75.99% (female val=0.7599)  menyerupai perempuan berdasarkan benda yang aku baca di Facebook. Ye la lelaki tak ramai suka baca hal berkaitan linguistik, personality, psikologi dan pasal haiwan di Facebook.

Oh well. Kalau korang nak guna Twitter pun ada! Yang ni bukanlah daripada University of Cambridge, tapi University of Auckland, New Zealand!


Servis yang ni pulak menggunakan linguistik sebagai pendekatan utama. Basically, dia akan menilai perkataan yang kita gunakan masa tweet, sama ada kita guna "I" atau "We" untuk menilai personaliti seseorang, dan bukannya topik yang dibincangkan dalam Twitter.

Tak payah login. Simply letak tweethandle like @arcx13  untuk analisis orang tu. Hanya boleh digunakan untuk mereka yang tak kunci akaun Twitter mereka.

So, apa keputusan korang?

-------
RUJUKAN:
Kosinki, M., Stillwell, D., & Graepel, T. (2012). Private traits and attributes are predictable from digital records of human behaviour. Proceedings of National Academy of Sciences of the United States of America. p. 5802- 5805

Apakah Subjek Psikologi Industri?

Adakah dengan menambahkan gaji sahaja dapat meningkatkan produktiviti?

Jawapannya tidak. Dalam kajian psikologi berkaitan pekerjaan, mereka mendapati bahawa duit bukan penentu produktiviti yang terbaik. Kajian ni dilakukan dalam Psikologi Industri dan Organisasi.

Dalam post yang lepas saya mungkin ada menyentuh sedikit tentang Psikologi Industri dan Organisasi atau nama glamernya "IO Psychology" untuk Industrial dan Organizational Psychology. Since pembelajaran saya dalam bidang psikologi ni hampir meliputi semua bidang (tetapi bukan semua topik) dalam psikologi, maka bolehlah saya menceritakan apa yang saya tahu tentang program ni. 

Di peringkat universiti korang boleh belajar IO Psych sebagai satu subjek pilihan ataupun menjadikannya sebagai pengkhususan ijazah korang, bergantung pada minat dan keperluan. Jika korang jenis cinta pada ilmu dan kajian dan berniat nak mengembangkan psikologi di Malaysia supaya naik di mata dunia, maka ambillah ia sebagai subjek tambahan kepada ijazah sains psikologi anda. 

Kalau korang jenis praktikal dan ingin mencari kepuasan menggunakan pengetahuan psikologi dalam konteks pekerjaan, inilah pengkhususan yang korang cari. Lecturer saya (Singapore Chinese) semasa di Victoria University kata "this is your gold mine if you work really hard on it" katanya dalam dialek Kantonis yang kadang-kadang kami komplen sebab tak faham. Belum kira grammar lagi tu.

Well, anyway, apakejadahnya natang bernama IO Psychology ni?

scientific study of human behavior in the workplace and applies psychological theories and principles to organizations
Satu bidang saintifik tentang perlakuan manusia di tempat kerja dan menggunakan pengetahuan dan teori-teori mak nenek psikologi terhadap sesebuah organisasi. Jadi, apa yang membezakan mereka dengan pelajar teori dan eksperimen macam saya?

  1. Tak perlu masuk ke dalam badan sehingga ke bahagian biologi
    sebab biasanya keadaan di tempat kerja tak melibatkan pengetahuan biologi yang kompleks. Cukup dengan tahu waktu kortisol memuncak, atau kesan duduk depan PC melebihi 2 jam, taklah perlu tahu suprachiasmatic nucleus tu apa, tak perlu tahu tentang ADHD, Autism dan perkara berkaitan kepelbagaian manusia (belum mainstream di Malaysia)
  2. IO Psychology is money money money!
    Ini lecturer yang kata tapi menurut beliau lagi, tanggungjawab untung, rugi, dan produktiviti juga berada dalam bahu korang so tanggungjawab berat lah sebab prestasi pekerja berada dalam kuasa korang. Psikologi Umum perlu sambung ke Clinical Psychology atau ke peringkat PhD to make money. Belum pernah dengar ada kerja khusus untuk Psikologi Umum. Tapi knowledge matters, right? Biasanya mereka (IO) ni bekerja dalam bahagian Human Resource sesebuah syarikat (HR). Kawan saya dari UNISEL, sekarang bekerja di HR Shell 
APA YANG SUBJEK PSIKOLOGI INDUSTRI BELAJAR?

Semasa saya mengikuti kursus Industrial dan Organisational Psychology di VUW, ada beberapa perkara yang ditekankan dalam IO Psych. 
  1. Teori dan kajian pakar Business Psych (IO Psych) yang mengeluarkan artikel tentang kajian sendiri. 
  2. Metodologi kajian
    Korang tak suka math? Nampak nombor je terus nak sawan? Maka ini bukan subjek/kursus sesuai untuk korang. Pegi ambik kaunseling. IO memang akan main dengan nombor untuk mengira data dalam kajian. Dalam metodologi korang akan belajar cara buat survey, cara susun ayat survey, jenis survey, cara kira, cara bandingkan data, memahami data, dan menerangkan maksud data
  3. Field trip bro!
    Field trip waklu lah. Hahaha. Masa kitorang buat field study, kami dikehendaki untuk pergi ke syarikat sekitar Wellington dan tebalkan diri mintak pekerja syarikat tu isi survey. Dalam hal ni ada juga beberapa cabaran yang kitorang kena hadapi antaranya ialah kita menyemak, satu lagi ialah data sensitif yang mungkin memburukkan nama syarikat tu. So, keep in mind kalau belajar benda ni perlulah bersedia
  4. Presentation
    Yang ni paling best sebab di sini lah kau boleh yakinkan orang kenapa kajian kau paling power. Kau kena terangkan kenapa kau buat kajian tu? Kajian tu berdasarkan teori dan kajian tokoh yang mana? Apa keputusan data yang dibuat? Kenapa gunakan cara pengiraan data tu? Dan so what kalau kau ada data tu?
Course coordinator saya masa saya belajar dulu ialah seorang berbangsa Jerman yang bernama Ron Fischer. Dia ni watlek watcool je tapi kalau baca kajian dia, memang power selain gaya hidup dia yang selamba dan penuh dengan budaya. Jadi, mungkinlah saya suka subjek IO ni partially sebab course coordinator/lecturer yang cool macam tu. Mungkin

Kalau ada soalan boleh tanya di bawah! 

Tips Psikologi Berguna Untuk Ramadan

Salam Ramadan ya akhi dan ya ukhti! Pada kali ni ana mahu share beberapa pengetahuan psikologi yang super berguna jayid jiddan supaya ukhti ukhti yang shomel Masha Allah sumua boleh amalkan semasa bulan Ramadan al-Mubarak ni. Insya Allah. Adapun semua fakta-fakta ni adalah berdasarkan kajian psikologi yang melibatkan pengiraan statistik dan diterjemahkan ke dalam konteks Ramadan. 

1. TIPS PSIKOLOGI BERBUKA: KITA TAK TAHU BILA NAK KENYANG!

Biasanya kita fikir bahawa jumlah makanan yang kita letak dalam pinggan tu ialah berapa tahap kelaparan kita - kalau lapar gila, ambil nasi gunung. Kalau tak lapar sangat, ambil sesuap je nasi. Betul, tapi itu hanya satu faktor. Tahukah antum antunna semua yang saiz pinggan pun mempengaruhi otak kita untuk menentukan berapa banyak kita perlu makan? dalam satu kajian, peserta eksperimen dibahagikan kepada 2 kumpulan:

  • Satu kumpulan makan sup daripada mangkuk yang biasa
  • Satu kumpulan lagi makan sup daripada mangkuk yang disambungkan dengan paip sup secara rahsia daripada bawah meja. of course mereka tak boleh pegang mangkuk tu.
So, apa yang terjadi ialah, dua-dua kumpulan mengatakan bahawa mereka sama kenyang dan sama puas hati walaupun kumpulan kedua tu dah makan 2 kali ganda lebih banyak sup berbanding group mangkuk biasa. So, pengajarannya, kita kenyang ke atau tak bergantung pada apa yang kita nampak di pinggan. Jadi sempena bulan puasa ni ambik ala kadar je dulu masuk pinggan da bukannya kaut satu gunung nasik terus.


RUJUKAN
Wansink, B., Painter, J. E., North, J. (2005). Bottomless Bowls: Why Visual Cues of Portion Size May Influence Intake
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

2. SEBAB MAK MERTUA KOMPLEN MASAKAN ANDA TAWAR

Untuk setiap manusia, semua anggota badan kita akan jadi tua. Kulit berkedut, ketiak menggelebeh, rambut beruban, dan kurangnya "taste buds" yang digunakan untuk mengesan rasa masam, manis, masin. Jadi kalau mertua korang komplen masakan korang tak sedap, janganlah down sangat. Mungkin sebab dia tua je dan deria rasa dah rosak

..atau korang memang spesies baru nak belajo masuk dapur. Tu pun faktor jugak hahaha

Untuk orang yang dah berumur, mereka memerlukan antara 2-9 kali ganda lebih banyak perasa seperti garam dan gula untuk mendapatkan rasa yang serupa dengan apa yang orang muda macam kita rasa. satu lagi sebab ialah deria bau manusia yang semakin lemah dengan umur. Sebenarnya kita 'merasa' makanan dengan bau. Pernah tak korang terbau kueyteow goreng yang sangat harum semerbak dan bila makan, air liur korang merecik-recik tumpah ke ladang gandum? Haa itulah contoh korang makan dengan menggunakan deria bau. Jadi, orang tua yang semakin kehilangan deria bau pun akan kehilangan deria rasa sekali 

RUJUKAN: 
Mojet, J.,Christ-Hazelhof, E., Heidema, J. (2001). Taste Perception with Age: Generic or Specific Losses in Threshold Sensitivity to the Five Basic Tastes?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
3. MAKAN SAMBIL TENGOK TV = GEMOK GEDEMPOL

Haa kalau korang berbuka tu, jangan pulak makan sambil tengok TV. Biasanya kalau kita makan sambil tengok TV ni kita akan fokus pada Power Rangers kat TV dan bukannya pada makanan. Maka berbalik pada tips no 1 tadi, korang takkan nampak apa yang korang makan dan rasa tak puas makan. Maka dengan itu korang akan ambik makanan lagi dan makan lagi dan makan lagi. Lama-lama jadi belon. Samala dengan pengguna internet sambil makan

Kajian menunjukkan bahawa orang yang makan tapi tak fokus pada makanan dia akan dapat dua benda
  1. Makan lebih banyak
  2. Tak enjoy makan. Rasa kureng
Jadi, moralnya di sini ialah.
  • Orang tua-tua kita power. Dari dulu lagi dia dah larang kita bercakap sambil makan. Hormat rezeki tu hoi
  • Kalau taknak duit korang dibazirkan, makanlah dengan penuh khusyuk sambl mensyukuri nikmat Allah. Jzkk brother
  • Makanan yang sedikit tapi disyukuri tu lebih berkualiti daripada makanan yang banyak tapi dizalimi
RUJUKAN
Bolhuis, D. P., Lakemond, C. M. M., Wijk. R. A., Luning, P.A., Graaf, C. D. (2013).
Consumption with Large Sip Sizes Increases Food Intake and Leads to Underestimation of the Amount Consumed

4. MAKAN KURANG KALORI LEBIH BAGUS!

Mengikut kajian daripada University of Texas, makan makanan yang kurang nilai kalorinya mempunyai ciri terapi terutamanya kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan otak seperti Alzheimer's, Parkinson, dan sebagainya.

Sebenarnya eksperimen ni dijalankan ke atas monyet sebab kalau buat kat manusia kira menyalahi etika eksperimen la pulak. Dalam tempoh 15 tahun, monyet yang dikurangkan kalorinya sebanyak 30% setiap hari otak mereka 'menua' dengan lebih lambat, hidup lebih lama, dan tiada penyakit diabetes. Kalau manusia yang setiap hari memakan 2000 kalori (secara purata), maka pemotongan sebanyak 600 kalori adalah perlu

So, bulan puasa ni marilah kita semua makan sekadar perlu je, Di samping menunaikan perintah Allah, kita dapat jugak menjaga kesihatan. Makan yang perlu, dan kurangkan pengambilan kalori.

RUJUKAN:
Gary, L. W. (2012). Eating Fewer Calories May be Therapeutic

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu sahaja untuk kali ni. Selamat berbuka! Renung-renungkan dan selamat beramal :D

Personality Disorder - Obsessive Compulsive II [REPOST]

Obsessive Compulsive ada 2 jenis di mana satu terletak di Axis I dan satu lagi di axis II dalam Manual Statistik dan Diagnostik-IV. Untuk senang faham, bolehlah dianggap bahawa Axis I untuk hal yang serius dan terperinci, manakala Axis II lebih abstrak dan senang dijumpai dalam kehidupan seharian kita. Jom kita berkenalan dengan Abang Pidi yang menghidap Obsessive-Compulsive Personality Disorder, OCPD, (Axis II) terlebih dahulu. Kisah ini diceritakan oleh jiran beliau.

Akak dah duduk kat kawasan kejiranan ni lama sudah. Semua orang akak kenal tapi yang paling menarik sekali sorang jiran akak ni nama Abang Pidi. Setiap hari dia keluar rumah tepat pukul 7 pagi dengan baju yang sama. Mungkin juga dia beli baju pattern sama banyak-banyak tapi saya tak tahulah. Lepastu dia akan naik kereta pada 7.05 minit untuk singgah ke Starbucks setiap pagi untuk minum secawan kopi sambil membaca suratkhabar. Dia ni kalau ada benda tak kena memang dia takkan buat kerja. Orang Inggeris cakap apa? Perfeksyenism? Oh, Perfectionism. Akak dengar sebab dia jarang siapkan kerja, dia selalu bertukar tempat kerja sampaikan bini dia pun tak tahan dengan dia - terlalu fokus tapi kena buang juga!
Demikianlah cerita Kak Murai kita pasal Abang Pidi. Seperti yang kita boleh faham, OCPD
  • Tak fleksible dan terlalu mengejar objektif
  • Perfectionism sehingga mengganggu pekerjaan
  • Terlalu terikat pada rutin dan jadual
  • Tidak menghiraukan perasaan orang lain
Dalam 100 orang manusia dalam dunia ni, hampir 2 orang akan menghidap gangguan jiwa OCPD. Walaupun dari segi positifnya orang rasa cemburu tengok dedikasi yang tinggi terhadap pekerjaan, tapi mereka ni tiada komitmen yang tinggi lalu menyebabkan kerja mereka takkan siap walaupun faktor luaran yang menganggu hanyalah sedikit. Disebabkan kesan yang menganggu kehidupan inilah ia dikategorikan dalam senarai gangguan jiwa. Besok akan bercerita pasal Obsessive-Compulsive Disorder iaitu OCD (Axis I)
Moral : Jangan terlampau tumpu perhatian pada kerja, dan sila habiskan kerja anda sebelum bertukar-tukar kerja dan sayangilah keluarga dan orang di sekeliling anda.

Educational Psychology: Why is it interesting?

When I come up with notions like “I really love learning educational psychology” and “(certain topic) is really interesting” I will be seen as a weirdo who just landed from Mars, a Martian. I don’t care really. I know myself. I like lots of things and I really love learning. Just so you know, I got B+ for that subject and the only thing that pissed me off during that time was that my classmates who played with their fancy iPhones got better grades than I did. Well I don’t want to care about that because I know I learn a lot of things in that class. The weird thing about me is that I am curious and interested about lots of things. I like Physics, Chemistry, Calculus, and Algebra –the lots. Although I know I suck a bit at few of these subjects, I don’t care. I love learning about them. 

When I was in school, I had always wanted to be a judge, a lawyer, a marine biologist, and the last ambition I had was to become a veterinarian. Every time I learn new things that fascinate me, I want to make them my life career. Growing up, I have never stopped asking about everything. Even though there were moments when people got tired of my questions (more than hundred times, I swear), I teach myself to never give up. There are moments when I feel so dejected because my questions are not answered, they are rendered as mediocre, unimportant, and stupid, and they are just too tired to answer my questions. I am not going to lie. 

That is one of the reasons why I love educational psychology. The lecturer, even though could not really teach well, he never shot my questions down. He had always been there to entertain my endless questions about Oedipus complex, and Gestalt theory, and how human has been conditioned since birth and all. There were also moments when we had heated arguments in class because I did not agree with his examples. He, unlike most of the teachers I have met in 20 years of learning, has never discouraged me from being curious. I understand that some of us might be deeply affected by the lecturers when learning. We usually succumb to the quality of the lecturers; if their quality of teaching is really bad, we decide to just ignore them and choose not to like the subject and end up having effed up grades. Don’t do that. The waste is on you, not the lecturers. For once, do something for yourself. Love a subject not because of the lecturer, but because you know that subject is interesting and you want to know more about it.

Another reason why I really like learning about educational psychology is that the topics that we learned are all fascinating. You know that feeling when you really like something, you don’t mind going the extra mile just to get it? That’s how I feel. I don’t mind spending hours and hours between the book shelves in the library to find the best references for the assignments. Sometimes, I go online just to read on articles that are related to educational psychology like bullying cases at school just because I want to. I am not even learning this subject this semester. But I don’t mind doing it.

Apart from these two reasons, I love educational psychology because some of the topics help clear up on certain issues. I have been looking for reasons why some people turn to homosexuals, and only after learning about Oedipus theory, I got some ideas on how homosexuality is triggered. This subject teaches me why humans act certain ways. It also educates me on why teenagers are so rebellious and hormonal; and why some children turn into certain kind of adults. It’s interesting. These are all theories and even though there have been few research conducted, they are not really proven to be legitimate and true. Even though they are theories, some of them actually make sense in my brain.

I have this one philosophy that I have been holding on to since I was 17 –to learn for the sake of knowing instead of for the sake of getting great grades. I find satisfaction in being able to know and explain in detail about subjects in educational psychology. To those of you who are interested in venturing in educational psychology, or pure psychology, my advice to you is to not focus just on finding jobs and getting good grades. I believe that when the time comes, you will get that job, or you can even create one. This is a very interesting field and it would be a waste to go after it just for reasons like getting great jobs. I wish you all the best and may the force be with you.

Keganasan Dalam Media dan Kesan Psikologi Kanak-kanak

Setiap pagi masa breakfast di kantin sekolah, aku akan selak-selak surat khabar kalaulah ada berita-berita yang menarik. Nak dijadikan cerita, minggu lepas masa tangan kanan menyuapkan nasi goreng kampung ke dalam mulut dan tangan kiri menyelak muka surat akhbar, aku ternampak tajuk di sebelah kiri ni (screenshot daripada mstar).

Dari Mstar,
Penerbit filem Datuk Yusof Haslam meluahkan rasa kesal apabila karya anaknya, Syafiq Yusof iaitu Abang Long Fadil diberi had tontonan untuk golongan 18 tahun ke atas (PG18) oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Yusof berkata, dia terkejut dengan keputusan LPF itu kerana karya berkenaan hanyalah sebuah filem dengan babak yang penuh aksi lawan selain berunsur komedi.
Sedangkan banyak filem lain terutamanya karya antarabangsa yang lebih ganas tetapi diberi pula tontonan untuk golongan berumur 13 tahun ke atas (P13).
"Abang Long Fadil akan ditayangkan pada 29 Mei ini dan ia jatuh pada musim cuti sekolah dan sayang sekali filem ini tidak dapat ditonton oleh budak sekolah kerana klasifikasinya ialah PG18.
Datuk, kalau Datuk terkejut dengan keterbukaan LPF terhadap filem antarabangsa, saya pula terkejut dengan 'ketertutupan' filem tempatan yang asyik dengan hantu jembalang, dan gangsterisme. Dalam artikel kali ni saya akan cuba jelaskan kenapa bahaya untuk kita dedahkan keganasan dalam media terhadap kanak-kanak. Sebelum tu biarlah saya rakyat yang capal hina ni (lol) bagitahu yang kesan keganasan media bukanlah seperti yang troll, 9gag, dan manusia degil internet lain fikirkan. Saya selalu nampak mereka ni kata media tiada apa-apa kesan terhadap psikologi manusia pastu siap buat lawak lagi kata "oh aku dah tengok cerita ganas dari kecik, maknanya sekarang ni aku pembunuh psiko la ye". Malah, media massa seperti surat khabar dan berita pun dah jadi hamsap bila mengatakan link keganasan dan media ni tidak signifikan. Tidak, Datuk. Tidak. 

Datuk, (Datuk tak baca, aku nak bagi korang baca sebenarnya)

Children see, children do
Apa yang budak nampak, budak buat. Teori ni pertama sekali ditunjukkan oleh Albert Bandura, seorang ahli psikologi yang wajib namanya ada dalam mana-mana buku psikologi pendidikan. Dalam buku psikologi tempatan dan untuk guru-guru pun ada tertulis yang bila budak nampak orang dewasa buat sesuatu, maka dia akan menirunya. Tapi Datuk, buku tempatan macam ni kurang lengkap isinya terutamanya buku pedagogi direct translation Mok Soon Sang di mana Bandura sebenarnya menetapkan beberapa syarat untuk sesuatu perlakuan tu ditiru oleh kanak-kanak.
  • Orang yang membuat perlakuan yang akan ditiru tu mestilah relevan dengan kehidupan seharian peniru
  • Yang ditiru tu seseorang yang dipandang tinggi
  • Perlakuan tak elok tu tidak diberikan hukuman 
Filem gangster tempatan telah pun menepati kesemua syarat tersebut. Filem tersebut dilakonkan oleh orang Melayu, budak sekolah pulak memang menyanjung artis sebab hensem, kelakar dan badan sado, dan dalam filem-filem gangster Melayu, memang jarang saya nampak direct link hukuman yang 'dijatuhkan' kepada gangster tersebut. Filem Rempit, KL Gangsters lagi banyak tunjukkan sisi 'cool' gangster berbanding akibat.

Datuk,

Schachter-Singer Theory\
Bukan teori psikologi pembelajaran je jadi masalah filem gangster ni, dalam kajian tentang motivasi perlakuan manusia, setiap aksi yang disertakan dengan emosi adalah lebih berkesan berbanding dengan aksi tanpa emosi. Emosi dalam konteks pembelajaran memudahkan ilmu tu diterima dan diingat semula, sama dengan memori flashbulb (klik untuk baca). Dalam teori ni,  dikatakan bahawa apabila manusia melihat sesuatu, maka dia akan berasa terangsang (perubahan hormon) dan kemudian mencari sumber keadaan tersebut (babak movie) sebelum merasakan sesuatu yang dipanggil emosi.

Filem gangster akhir-akhir ni banyak betul adegan lawak yang diselitkan dalam filem tak senonoh. Saya berasa keliru ya, kita nak buat orang benci dengan perangai gangster atau kita nak buat orang benci gejala tak sihat tersebut? Tapi produser filem peduli apa ye tak? Yang penting tu duit. Bila arousal berlaku akibat gelak, manusia yang tengok filem tersebut akan nampak gangster sebagai sesuatu yang seronok. Ini adalah bahaya terutamanya bila kanak-kanak yang menonton.

Datuk,

Saya faham tak semua orang faham apa yang saya tulis dan nampaknya macam seorang graduan yang obses dengan teori psikologi. Tapi Datuk, teori dalam sains tidak dinamakan "teori" melainkan kajian telah dibuat dan disertakan dengan data dalam bentuk statistik. Tapi, untuk pemahaman mudah, biar saya ceritakan pengalaman saya yang terjadi pada minggu lepas sebagai seorang guru ganti di sebuah sekolah di Selangor.

Meja guru tingkatan 3 yang saya tengah duduk tu ada berlambak kesan tompok cat air warna ungu. Jadi, seorang pelajar mengambil sebatang pembaris besi lalu mengikis kesan tersebut. Bila dah kikis, yang terhasil ialah serbuk cat kering. Tiba-tiba datang lagi seorang pelajar yang boleh tahan nakalnya datang ke meja dan buat aksi meyedut (snorting) dadah menggunakan hidung.
Saya: (buat-buat tak tahu) kamu buat apa ni?
Pelajar: Nak ting-tong aaa cikgu
Saya: Awak belajar kat mana buat benda ni?
Pelajar: KL Gangster aaa cikgu. Tailong tailong (buat aksi tumbuk-tumbuk, lalok, dan aksi 'mengerjakan' adik perempuan Malek)
Saya: Jangan buat benda tu! Tak elok. Yang awak tiru tu bukannya benda yang baik. Orang jahat je buat macam tu. Dalam cerita tu kan dia orang jahat. Yang awak orang baik ni tiru kenapa??
Menurut kajian, memang betul Datuk. Kanak-kanak yang terdedah pada keganasan dalam media menyebabkan mereka melakukan tindakan agresif (Anderson, et al., 2003) dan hubungan antara media violence dengan jenayah pula makin meningkat secara konsisten sejak 1975.

Jadi Datuk, bila media cuba tegakkan benang yang basah, cuba katakan yang keganasan media tiada kesan dalam psikologi kanak-kanak, cuba bayangkan anak murid saya yang dah contohi teladan daripada filem 'penuh sifat mahmudah' tempatan tu. Kami pun dah bosan sebenarnya asyik tema gangster je. Cuba buat filem pasal Perdana Ria ke tapi buat ala-ala Slumdog Millionaire. Boleh?

Hanya sekadar pendapat yang disertakan dengan fakta



-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rujukan:
Anderson, C.A, Berkowitz, L., Donnerstein, E., Huesmann, L.R., Johnson, J.D., Linz,D., Malamuth, N. M., Wartella, E. (2003). The influence of media violence on youth. Psychological Science in the Public Interest.
Bushman B. J., and Anderson, C. A. (2001). Media Violence and the American Public. American Psychologists
Huesmann, L.R. (1986). Psychological processes promoting the relation between exposure to media violence and aggressive behaviour by the viewer. Journal of Social Issues, 42(3). pp.125-139.
Myers, D. G. (2004) Theories of Emotion. Psychology: Seventh Edition, New York, NY: Worth Publishers

Senarai PDF Kajian Psikologi Percuma


Berikut adalah senarai artikel jurnal psikologi yang sahih. Kebanyakan daripada artikel ni adalah menggunakan Bahasa Inggeris dan diletakkan di dalam blog ni mengikut kategori dan akan ditambah dari masa ke masa untuk rujukan sendiri. Klik pada pautan untuk akses kepada artikel jurnal tersebut.

-----------------------------------------------------------------------------
COGNITIVE PSYCHOLOGY
-----------------------------------------------------------------------------
Bolhuis, D. P., Lakemond, C. M. M., Wijk. R. A., Luning, P.A., Graaf, C. D. (2013).
Consumption with Large Sip Sizes Increases Food Intake and Leads to Underestimation of the Amount Consumed è

Epley, N., & Whitcurch, E. (2008). Mirror mirror on the wall: Enhancement in self-recognition. è

Gary, L. W. (2012). Eating Fewer Calories May be Therapeutic è

Mita, T. H., Dermer, M., Knight, J. (1977). Reversed facial images and the mere-exposure hypothesis. è

Mojet, J.,Christ-Hazelhof, E., Heidema, J. (2001).
Taste Perception with Age: Generic or Specific Losses in Threshold Sensitivity to the Five Basic Tastes? è

Cleary, A. M. (2008). Recognition memory, familiarity, and deja vu experiences. è

Chekron & Brauer (2002). The bystander effect and social control behaviour: the effect of the presence of others on people's reactions to norm violations è

Jung, C.G. (1963). Dreams, Memories, Reflections è

Wansink, B., Painter, J. E., North, J. (2005). Bottomless Bowls: Why Visual Cues of Portion Size May Influence Intake è
-----------------------------------------------------------------------------
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN
-----------------------------------------------------------------------------

Anderson, C.A, Berkowitz, L., Donnerstein, E., Huesmann, L.R., Johnson, J.D., Linz,D., Malamuth, N. M., Wartella, E. (2003). The influence of media violence on youth. è

Huesmann, L.R. (1986). Psychological processes promoting the relation between exposure to media violence and aggressive behaviour by the viewer. è

Apakah Itu Narcissistic Personality Disorder?

Adakah korang atau kawan-kawan korang ada pesen yang terlampau mementingkan diri? Dia punya pentingkan diri ni bukan tahap-tahap biasa tapi dah sampai tahap merasakan bahawa diri dia tu adalah titik pergerakan dunia, dunia mesti berputar mengikut dia. Kalau ya, mungkin mamat atau minah tu ada sejenis masalah personaliti dalam psikologi yang dipanggil sebagai "Narcissistic Peronality Disorder".

Seperti biasa, saya kena ingatkan korang doktor-doktor instant di internet bahawa jangan gunakan artikel ni sebagai panduan untuk bagi diagnosis kepada diri sendiri ataupun rakan-rakan. Artikel ni cuma berfungsi sebagai pengenalan kepada Narcissistic Personality Disorder. Personality Disorder ni secara ringkasnya adalah gangguan dalam perangai manusia yang kita tak nampak dengan nyata tapi perlu berkenalan dulu dengan orang tersebut untuk mengetahui sifat dia. So, berbeza lah dengan eating disorder sebab kita boleh terus nampak daripada badan dia manakala personality disorder adalah sesuatu yang susah nak dilihat dengan mata kasar.

Orang yang narsisis biasanya akan rasakan dia lah yang paling hebat, sama ada berkhayal ataupun dari segi perlakuan. Maknanya, kalau dia fikir dia lah paling hebat dalam dunia ni, maka besar kemungkinan dia narsisis. Kalau dia memaki orang lain bodoh nokharoms dan mengatakan dia sahaja yang pandai dalam dunia ni, maka mungkin sekali dia narsisis. Bunyinya macam familiar dengan orang yang kita kenal dalam Twitter? haha

Mengikut Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorder (DSM), Gangguan Personaliti Narsisis (literalnya translation haha) ialah sejenis gangguan yang disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran. Biasanya anomali dalam perlakuan manusia memang disebabkan oleh faktor biososial sebab mental manusia ialah sesuatu yang dibentuk oleh mental dan pengaruh persekitaran. Samjay?

Untuk seseorang tu dikatakan sebagai pesakit narsisis, beliau mestilah mempunyai sekurang-kurangnya lima simptom di bawah ni.

Simptom Gangguan Personaliti Narsisis (Narcissist personality Disorder)

  • Poyo gila (grandiose sense of self-importance)  - Seperti yang dinyatakan di atas, dia rasa dia lah centre of the earth dan dia power dalam segala hal walaupun takde pencapaian yang kita boleh nampak. Kalau dia memang power, dan dia berlagak, rujuk point akhir
  • Berangan dia power - tak sudah-sudah berangan yang dia akan dapat kejayaan tanpa penghjung, cinta yang ulung, kekayaan tak habis makan lapan juta keturunan padahal takde apa pun. Blergh
  • Bajet dia unik - orang biasa macam weols tak boleh nak faham dia. Hanya expert dan orang berkuasa je boleh faham pemikiran dia. Mkay
  • Kalau takde orang yang sanjung dia, tak boleh hidup
  • Orang bagi reward pada kerja dia ialah sesuatu yang wajib - buat kerja tak banyak mana 
  • Hobi masa lapang termasuklah memanipulasi orang - Spesies mengadu domba, melagakan orang, menggunakan orang
  • Tiada empati - Tak boleh nak rasa apa yang orang lain rasakan. Pergunakan orang sebab rasa seronok dan untuk capai matlamat sendiri tanpa fikirkan apa yang orang tu rasa.
  • Suka jelly dengan orang lain - atau bajet orang lain jelly dengan dia
  • Peel dia memang suka berlagak in general

Biasanya disorder ni sangat susah dikesan. Sebabnya ialah benda ni gangguan pada personaliti orang dewasa. Zaman kanak-kanak dan remaja kan masih merupakan tahap tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak jadi perangai seperti ni dilihat sebagai bukan disorder dan masih boleh untuk dididik. Tapi bila orang dewasa yang buat, maka sah lah dia seorang yang narsisis. Kalau kanak-kanak yang berumur sekitar 5 tahun peel macam ni, mungkin dia hanya menunjukkan tahap egocentrism tapi orang dewasa tak boleh buat perangai natey macam ni.

Menurut American Psychological Association, seramai 6.2% daripada populasi dunia iaitu 434 juta manusia ada gangguan personaliti ni. Dan seperti apa yang korang rasa, bendda ni memang lagi banyak ada pada lelaki berbanding perempuan. Gangguan ni boleh diberi rawatan psikoterapi yang lama tapi kita kena ingat kalau dah perangainya bangga dengan diri, kenapa dia nak pergi buat terapi tu? Sebab dia rasa dia je yang betul, kan? Apa yang perlu diperbaiki? Nothing.

Tersebut alkisah seorang psikologis bernama Dr Twenge, dalam kajiannya yang dah diterjemahkan ke dalam buku, mengatakan yang manusia ni makin advance teknologi kita, makin kita jadi narsisis (Twenge & Campbell, 2009). Ini adalah sangat logik. Kau tengok kat simptom atas, dan kemudian kau tengok dan fikir-fikirkanlah apa yang generasi sekarang post dalam media sosial? Selfie, cerita pasal diri dia aje, pasal kejayaan yang dibesar-besarkan, memaki orang lain, dan sebagainya. Betul tak?

Berdasarkan simptom kat atas tu, korang ada berapa?
---------------------------------------------------------------
Rujukan:



Psych Central. (2014). Narcissistic Personality Disorder Symptoms.Psych Central. Retrieved on May 25, 2014, from http://psychcentral.com/disorders/narcissistic-personality-disorder-symptoms/

Symptom criteria summarized (la sangat)  from:
American Psychiatric Association. (2013). Diagnostic and statistical manual of mental disorders, fifth edition. Washington, DC: American Psychiatric Association.
Twenge, J. M., Campbell, W. K. (2009). The narcissism epidemic: Living in the age of entitlement. New York: Free Press.
Twenge, J. M. (2006). Generation Me. New York: Free Press

Tolong tweet artikel ni, please?

Psikologi dan Teater (Tribute to UIAM)

Entri blog psikologi kali ni didedikasikan sepenuhnya kepada warga teater Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak).

Dalam beberapa minggu yang lalu, saya dengan secara tiba-tibanya rasa teruja nak pergi menonton teater di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) yang dianjurkan oleh @iiumtheatreclub. Mula-mula tahu pasal siri teater ni pun sebab ada kawan di Twitter yang juga merupakan pelajar di sana dan dia Retweet poster promo untuk event teater tu.

Bermula dengan Caring Theatre Night, ke Ulek Mayang Suatu Ceritera Mistik, ke Nusantara Theatre Week, dan akhir sekali , Citra 2014 yang super awesome malam haritu saya tengok. Tahniah beribu-ribu lemon lah sebab bagi saya, event ni merupakan satu kejayaan besar. Saya suka semua benda yang dipersembahkan dalam teater ni walaupun masuk lambat sikit. Pementasan teater yang ada setan nama Makara tu pun sangat power sampaikan masa setan tu keluar, penonton semua menunjukkan reaksi takut

..dan saya teruja dengan penggunaan bayang dan ruang atas pentas yang mengkagumkan. Saya juga teruja ya amat dengan persembahan gamelan especially kepada awek yang main gambang (power!), caklempong, angklung, dan alat-alatan yang lain


Anyway, let's get back to psychology.

Mengikut kajian daripada Ruppert (2006), theatre performance atau mana-mana persembahan pentas mempengaruhi motivasi dan keputusan pelajar dalam bidang akademik. Pembelajaran dalam bidang lakonan teater sebenarnya dapat memberikan keperluan psikologi kepada pelajar dan juga dalam kemahiran diri dalam kehidupan.

Basically, apa yang kita buat dalam kelas di sekolah adalah sentiasa pasal akademik, betul? Kalau belajar tentang Fizik, fiziklah yang kita dapat, belajar tentang Sejarah, itu sahajalah yang kita dapat (kalau ada penerapan moral pun, adalah kurang efektif, pada pendapat saya) tapi untuk seseorang tu menjadi manusia yang berfungsi sebagai anggota masyarakat yang bagus, teater merupakan satu medium yang excellent. Dalam kajian ni, mereka melaporkan bahawa teater menjadikan diorang ni sebagai orang yang berusaha keras, lebih gigih, dan mempunyai skil sosial yang berguna dalam kehidupan.

Kawan saya pernah berkata, orang yang mengamalkan atau mempelajari seni ni, pemikiran dia adalah sedikit berbeza berbanding mereka yang terpilih untuk belajar sains. Orang seni pemikirannya lebih abstrak dan imaginatif manakala orang sains terikat dengan undang-undang dan peraturan. Tapi bagi saya, bergantunglah pada jenis sains yang orang tu study.

Teater yang saya tengok di UIA ni pula bukan aje ada pementasan teater tapi apa yang sebenarnya membuatkan saya berminat untuk bersungguh-sungguh pergi tengok Citra adalah perkataan "gamelan" dan alat-alat muzik lain. Orang yang main alat muzik mesti setuju kalau saya cakap yang bermain instrumen ni merupakan satu kepuasan yang tak boleh nak digambarkan bila bunyi yang indah keluar daripada sesuatu yang kita kawal. Macam beranak dan anak kita jadi tokoh masyarakat; cuma 'anak' kita ni instant. Tapi yang buat gamelan tu jadi favourite saya ialah nilai tradisional yang ada pada alatan tu. Malangnya gamelan adalah satu alatan yang jarang kita jumpa. That's why bila ada show macam ni, kita kena support : )

Bercakap tentang muzik,

..ada sejenis terapi yang dipanggil sebagai music therapy dalam arena psikologi. Terapi ni merupakan satu pendekatan klinikal yang digunakan untuk mengatasi masalah emosi, pemikiran, dan keperluan sosial seseorang individu. Sebenarnya pendekatan ni juga digunapakai dalam bidang Pendidikan Khas untuk anak-anak yang berkeperluan khas. Banyak juga kajian yang menunjukkan masalah tingkahlaku pelajar boleh dikawal dan diubah dengan menggunakan muzik sebagai salah satu medium.

Kesimpulannya, seni pementasan teater dan muzik ni bukanlah sekadar hobi tapi juga adalah sebagai satu medium untuk mencungkil potensi kita menjadi manusia yang lebih baik. Kepada pelajar UIA dan semua yang terlibat dengan teater, you have my respect. I expect for better next year if I'm still around :)

Rujukan: Ruppert, S. S. (2006), Critical Evidence How The Arts Benefit Student Achievement. National Assembly of State Arts Agencies. 

Cara-cara Elakkan Bertangguh (Procrastination) dengan Psikologi

Kita ni manusia biasa yang lemah, kadang-kadang tu bukan aje dari segi fizikal malah dari segi mental. Antara perangai orang yang mental nya lemah ni ialah jenis yang cepat terganggu tumpuannya. Kadang-kadang tu sampaikan masa beribadat pun tumpuan kita boleh terganggu dan mulalah sesuatu yang dipanggil sebagai "penangguhan" ataupun bahasa Inggerisnya, 'procrastination'. Dalam artikel kali ni, anda akan dapat sekurang-kurangnya 3 cara untuk melawan sifat bertangguh ni, dari segi psikologi.


Sebagai manusia biasa, saya sendiri kadang-kadang buat benda bertangguh ni mungkin sebab saya ni seorang perfectionist. Orang perfectionist ni dia nak benda tu disetelkan dengan result yang power. Kalau tak power, dia taknak buat. Ataupun ada jenis manusia yang tengah study 5 minit, lepas tu konon 'release' tension dengan main Facebook selama sejam. Kalau lima minit baca buku dapat 1 muka, dalam sehari boleh dapat lebih kurang 22 muka je lah. So, kita dapat tahu yang natang nama procrastination ni sangat-sangat menjadikan kita seorang yang tak produktif dan mungkin menyebabkan kita gagal dalam pelajaran

So, apakah cara mengelakkan procrastination mengikut kajian psikologi?

CARA 1: Marathon nota 20 minit
Untuk korang-korang yang bergelar pelajar, mesti susah nak baca buku teks dan nota kuliah semua tu kan? Nak-nak pulak bila ada internet connection di hujung jari peh lagi lah susah nak membaca. Untuk overcome problem ni, pertama sekali korang kena sign out Facebook dan Twitter tu. Handphone tu set timer untuk 20 minit dan letak jauh-jauh.

Kemudian, bawak keluar buku nota tu dan baca lah bersungguh-sungguh selama 20 mnit. Just, you and the book/notes. Bayangkan buku tu suami/isteri korang, selaklah sehelai demi sehelai dan bergembiralah masa menatap wajahnya sampailah handphone yang korang campak atas almari tadi berbunyi menandakan 20 minit dah tamat. Ambil masa 5 minit tu untuk buat benda yang korang paling suka. Makan ke angkat dumbell ke, gomol kucing ke...

Ada orang yang amalkan tweet apa yang dia baca. Percayalah dik, benda tu tak membantu sebab kat Twitter tu bukan awak je yang tweet. Ramai lagi yang tweet dan perhatian awak akan terganggu bila nampak tweet orang lain, dan apabila orang tanya awak pasal benda yang awak tweet tu

CARA 2: Denda Lima Hengget
Okay cara yang ni pulak memerlukan korang ada duit pecah RM5. Kalau takde, sila pergi kedai mamak berdekatan dan tukarkan duit orang kaya RM100 korang kepada nilai yang lebih kecil dengan membeli gula-gula Hacks

Langkah pertama, bagi duit tu kepada kawan/adik/sedara-mara yang boleh membantu korang dalam aktiviti ni. Buat perjanjian bahawa kalau korang tak siap kerja dalam masa yang ditetapkan, duit tu akan digunakan untuk buat benda yang korang paling tak suka. Contohlah macam aku, aku bagi member aku pegang RM5 tu dan kalau aku tak siap kerja maka duit RM5 tu akan pergi ke dana rokok harian dia. Kalau korang siap kerja dalam masa ditetapkan, maka duit tu akan kembali ke tangan korang dan bolehlah derma ke masjid-masjid berhampiran

Nilai RM5 boleh ditukar kepada nilai yang lebih tinggi mengikut kepentingan assignment/projek yang korang hendak buat. Pastikan nilai wang tu ada kesan kepada korang. Kalau gaji korang sebulan RM15K, set la denda tu jadi RM1K. Tapi kalau gaji ko dah berlambak gitu, aku tak rasa ko spesies kerja bertangguh.

CARA 3: Berlumba dengan kawan
Yang ni budak sekoah selalu buat dan ternyata ianya amat berkesan terutamanya untuk budak asrama. Diorang akan duduk sama-sama dan plan harini nak buat apa. Siapa yang siap dulu akan menang dan kalau nak lagi fun, member yang siap lambat dan banyak salah kena belanja aiskrim kat koop.

CARA 4: Set Tujuan
Cara ni pulak biasa digunakan oleh kakak dan abang ofis terutamanya dalam movie dan drama Amerika yang melibatkan kerja dalam cubicle. Orang Malaysia pun boleh amalkan teknik yang sama, jangan risau.

Caranya ialah dengan meletakkan gambar reward korang di depan mata. Contohnya kalau lah korang nak set gaji bulan ni nak pergi Krabi Thailand, maka letaklah gambar Krabi di stesen kerja korang. Bila korang rasa nak kerja bertangguh, tengok gambar tu dan fikir bahawa kalau korang tak fokus, maka korang tak deserve pergi ke Krabi

***
Okay tu je untuk kali ni. Selamat fokus menyiapkan tugasan. Abang nak pergi mandi kejap sebagai reward untuk siapkan entri ni dalam masa 30 minit :D

Flashbulb Memory, Rakyat Malaysia dan #MH370


Flashbulb memory ni sebenarnya ialah satu perkataan yang popular dalam bidang memori dan kognitif psikologi. Zaman dulu kan orang tangkap gambar dengan gunakan kamera besau gajah dan disertakan dengan flash tangan tu kan? Yang di tangan photographer tu lah yang dinamakan sebagai flashbulb.

So, kamera digunakan untuk apa? Of course lah untuk menangkap gambar. Dan gambar pula menunjukkan keadaan yang terperinci, keadaan yang berlaku pada waktu itu secara objektif. Maka dengan itu, pada tahun 1977, Roger Brown dengan James Kulik dua orang saintis mewartakan term memori flashbulb sebagai satu memori yang disertakan dengan respons emosi yang kuat lalu menyebabkan kita ingat every detail yang konkrit dan jelas, yang terjadi pada waktu tu. Yang lagi menariknya ialah memori jenis ni akan membuatkan kita ingat benda tu sampaila ke mati. Even pesakit nyanyuk pun ada yang mengingati peristiwa penting yang dikaitkan dengan flashbulb memory ni, mengikut sesetengah kajian lah.

Untuk kaitkan memori flashbulb dengan keadaan semasa, contoh terbaik ialah tentang kes MH370. Disebabkan kejadian ni sangat-sangat tragis dan melibatkan pelabagai emosi yang kuat seperti pengalaman trauma, maka ia akan menjadikannya sesuatu yang kita paling-paling ingat sekali. Trick dalam memori flashbulb ni yang menjadikan dia sebagai sejenis memori yang berlainan dengan cara kita menguruskan informasi biasa ialah dia mesti ada:

  • Kejadian penting. Perkara seperti kehilangan MH370, Bangunan WTC yang dilanggar kapal terbang;
  • Emosi. Biasanya emosi yang traumatik, ketakutan yang amat sangat
Bila ada dua benda ni, maka jadilah dia satu memori flashbulb dan kekallah dia dalam ingatan kita.

Tapi, 

betul ke memori yang kita ingat semasa kejadian traumatik tu merupakan sesuatu yang betul, seperti gambar yang ditangkap dengan kamera? Sebenarnya tidak. Kita takkan ingat pun semua benda yang terjadi pada waktu tu seperti apa yang sebenar-benarnya terjadi, dan yang lagi bahaya ialah memori kita tentang kejadian itu sangat-sangat boleh dibentuk semula, diolah semula sama seperti apa yang saya tulis sebelum ni dalam Inception Dalam Kehidupan Normal \

Actually memori flashbulb ni juga dilupakan sama seperti memori lain yang kita lupa tu. Tapi, kadar kehilangan memori tu dari otak kita bergantung pada efek media yang mengeluarkan kenyataan tentang kejadian tu. Dalam kajian Rubin & Talarico (2001), mereka mendapati cara kita menceritakan semula sesuatu perkara tu mempengaruhi memori kita tentang kejadian tersebut. Jika faktanya ialah kapal terbang tu dah berpatah balik dan tidak lagi menuju ke Beijing, macam mana pulak nelayan di Terengganu boleh terdengar bunyi kapal terbang meletup? Kemudian diceritakan pula kejadian tu pada orang lain dan perbuatan ni meyakinkan dia apa yang dia dengar tu adalah benda yang sebenar-benarnya terjadi.

Padahal tidak.

Sama juga dengan peranan media dan diri kita sendiri. Seandainya 5 tahun daripada sekarang kita ditanya tentang kejadian MH370, orang yang menerima berita daripada autoriti akan menyatakan bahawa semua ni tragedi yang tidak dapat dielakkan. Dan pemikiran ini akan kekal sampai ke tua.

Orang yang menerima dan menyebarkan berita daripada pihak yang mensandiwarakan kejadian MH370 pula sampai ke tua lah dia akan anggap bahawa kejadian ni merupakan drama terancang daripada pihak kerajaan. 

Anda yang mana satu?

----------
Rujukan:
  • Berntsen D., Thomsen, D.K. (2005) Personal memories for remote historical events:
Accuracy and clarity of flashbulb memories related to World War II. Journal of Experimental Psychology: General, 134, 242–257.
  • Brown, R. & Kulik, J. (1977) Flashbulb memories. Cognition, 5, 73–99.
  • Davidson, P.S.R., Cook, S.P., Glisky, E.L. (2006) Flashbulb memories for September 11th can be preserved in older adults. Neuropsychology, Development, and Cognition, 13, 196–206.
  • McGaugh, J.L. (1993) Memory and emotion: The making of lasting memories. New York: Columbia University Press.
  • Phelps E.A., Sharot T. (2008) How (and why) emotion enhances the subjective sense of recollection. Current Directions in Psychological Science, 17, 147–152.
  • Talarico, J.M., Rubin D.C. (2007) Flashbulb memories are special after all; in phenomenology, not accuracy.Applied Cognitive Psychology, 21: 557–578.

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran