Bystander Effect - Mengapa Kita Tak Tolong Orang?

Kadang-kala kita jalan-jalan dekat pasar dan kita nampak pengemis yang sangat kasihan rupanya. Kaki tinggal sebelah, mata buta, dan memegang sebiji mangkuk yang berisi wang syiling - meminta derma daripada pengunjung-pengunjung kawasan yang bermurah hati. Kadang-kala saya perhatikan banyak juga yang mereka dapat tapi mungkin ada masanya pendapatan tak seberapa. Ada antara kita yang bermurah hati untuk terus menderma dengan ikhlas namun ada pula yang berfikir dua tiga kali untuk tolong dan ada yang tak tolong langsung.

Kalau menderma pada yang memerlukan tu tak nampak penting? Macam mana pula dengan kes pembunuhan?



Kitty Genovese, merupakan satu contoh dan sebab mengapa "Bystander Effect" menjadi salah satu topik yang menarik dan paling popular dalam Psikologi Kognitif dan Psikologi Jenayah. Ceritanya bermula apabila seorang perempuan yang bernama Kitty Genovese balik dari kerja apartment beliau sekitar jam 3 pagi pada Jumaat 13 Mac 1964 (Friday the 13th). Malang tak berbau bila tiba-tiba dia diserang oleh seorang lelaki yang kemudian menikam beliau.

Disebabkan Kitty ni manusia yang agak kental maka semasa diserang tu beliau memekiklah minta tolong seperti manusia normal yang lain. Dilaporkan dalam kajian bystander effect tu, hampir 40 orang yang mendengar beliau meminta pertolongan tapi tak ada seorang pun yang nak menolong.

Mengikut kajian, bystander effect ni terjadi disebabkan dua faktor utama. Efek bystander ni hanya satu keadaan dan bukannya sebab mengapa manusia bertindak untuk tidak menolong orang yang dalam kesusahan. Sebab-sebab tu ialah kerana

Sesetengah manusia ni ialah makhluk yang bila dia nampak orang tu dalam kesusahan, dia akan tengok keadaan sekeliling dulu. Jika ada ramai orang, maka dia akan rasa bahawa tanggungjawab menolong orang yang dalam kesusahan tu adalah perlu dipikul orang lain. Dalam kata lain, "biarlah orang lain yang tolong mamat tu, bukannya aku". Situasi ini adalah dipanggil sebagai "diffusion of responsibility"

Satu lagi ialah apabila manusia tu terasa yang mereka perlu bertindak dalam situasi yang bermoral dan diterima. Bila orang lain gagal bertindak, maka kita terasa bahawa mungkin ada sebab-sebab tertentu kenapa orang lain tak tolong, seperti pergaduhan antara kekasih (bergantung pada budaya). The need to behave in correct and socially-accepted ways

Jadi kesimpulannya, cara untuk elakkan diri kita daripada terjebak ke Bystander Effect ni ialah jangan hiraukan orang lain dan apa yang mereka fikir; jika ada orang yang dalam kesusahan janganlah dengan teragak-agak nak menolong mereka

Rujukan: Chekron & Brauer (2002). The bystander effect and social control behaviour: the effect of the presence of others on people's reactions to norm violations รจ

4 ulasan: Leave Your Comments

  1. ouchhh ~~!!! aku rasa aku salah seorang dalam golongan nie...

    BalasPadam
  2. Jadi, dlam kes Genovese di atas, kalau terdengar org jerit mintak tolong, apa yg seharusnya kita buat?
    Nak datang tolong, tak pasal2 kita plak yg jadi mangsa nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. actually kalau dalam buku teks, salah satu sebab lagi kenapa orang tak tolong ialah bimbang atas keselamatan diri, dan ni tergolong dalam faktor kedua dalam artikel di atas.

      Kalau ikutkan kajian 2004, sebenarnya kes Genovese ni dikira sebagai satu mitos dalam psikologi sebabnya tak pernah ada 38 orang pun yang jadi saksi dan jiran dia. Yang bagi testimoni tepat hanya seorang dan yang lain hanya confirm kepada kes.

      Padam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran