Adakah Bipolar Disorder Sejenis Masalah Mental?


Salah faham terhadapan gangguan mental biasanya disebarkan melalui media massa termasuklah internet dan juga filem. Kadang-kadang kita menggunakan sesuatu masalah mental yang serius sebagai deskripsi pada sifat kita walaupun kita tahu ianya tak betul. Sebagai contoh, kita pernah nampak Linda (bukan nama sebenar) yang mengakui bahawa dia mempunyai bipolar disorder hanya kerana dia menyesal dia tukar telefon dia kepada Samsung sedangkan sebelum ni dia merupakan seorang pengguna Iphone

Tapi malangnya dia salah. Bipolar Disorder bukanlah perasaan menyesal yang kejap nak atau kejap taknak, atau perasaan was-was. Ia merupakan satu masalah mental yang serius. Dalam masyarakat Malaysia, orang yang menghidap masalah bipolar disorder ni mungkin dilihat sebagai orang gila. 

Sebenarnya, bipolar disorder (atau manic-depressive illness) ialah sejenis gangguan pada otak manusia yang menyebabkan pertukaran pada mood, tenaga, dan kebolehan untuk menjalankan tugas-tugas seharian. Sama seperti masalah mental serius yang lain, ianya diberi perhatian yang khusus oleh pakar mental sebab ia mengganggu kehidupan seharian orang yang bermasalah bipolar disorder dan juga orang lain di sekelilingnya. Simptom-simptom penyakit ni adalah serius dan bukannya masalah emosi biasa yang kita hadapai dalam kehidupan seharian. Penyakit ini boleh menyebabkan masalah hubungan, masalah prestasi kerja/sekolah, sehinggalah ke kes bunuh diri. 

Pesakit yang menghidap bipolar disorder mengalami 2 situasi iaitu situasi mania dan juga depressed. Simptom yang ditunjukkan termasuklah senang dialihkan perhatiannya, tak perlu tidur, tahap pemikiran yang teruk, pengawalan amarah yang teruk, perlakuan yang tidak selamat, tenaga yang berlebihan melampau, bercakap dengan sangat laju, pemikiran yang datang dengan tiba-tiba dan tak dapat dibendung, perbelanjaan melampau yang membazir, binge eating/drinking, dan pengambilan dadah dalam episod mania.

Manakala dalam episod depression pula, pesakit biasanya berada dalam keadaan sedih, sentiasa letih dalam semua hal, tidak mempunyai minat dalam hampir semua perkara, tidak menunjukkan emosi, terasa sangat letih, mempunyai masalah tidur, dan memencilkan diri daripada rakan dan keluarga

Untuk jenis Bipolar Disorder I, pesakit mestilah mempunyai episod mania sekurang-kurangnya seminggu dan episod depression sekurang-kurangnya 2 minggu melainkan simptom yang ditunjukkan sangat teruk sehinggakan perlu dimasukkan ke dalam hospital. Simptom yang ditunjukkan mestilah sangat-sangat berlainan dengan sifat pesakit pada waktu biasa. 

http://knowingbipolardisorder.com/wp-content/uploads/2009/07/bipolar-brain.jpg
Hasil kajian PET Scan pada pesakit Bipolar Disorder menunjukkan bahawa otak pesakit adalah berbeza pada episod mania dan depression di mana otak mereka terlebih aktif semasa mania, dan terlampau biru (tak aktif) apabila depressed.

Selain daripada itu, otak manusia dengan bipolar disorder juga merembeskan neurotransmitter jenis serotonin, dopamine, dan norepinephrine yang menyebabkan fikiran berkecamuk yang datang secara tiba-tiba.

Kebiasaannya, pesakit Bipolar Disorder diberi ubat yang digunakan untuk menstabilkan emosi mereka seperti Lithium, Valporate, Lamotirigine, dan Carbamazephine di samping antidepressants (untuk situasi depression). Selain tu, terapi ECT (Electroconvulsive Therapy) dan TMS (Transcranial Magnetic Stimulation) juga digunakan sebagai kaedah rawatan yang tidak menggunakan ubat-ubatan.

Jika anda mengesyaki diri anda mempunyai masalah bipolar disorder, sila mendapatkan khidmat pakar di sekeliling anda. Jika anda berada di institusi pengajian tinggi, pertolongan boleh didapati melalui kaunselor anda. Dia mungkin tidak boleh menyembuhkan penyakit anda, tetapi dia ada penyelesaiannya. Untuk menjadi seorang kaunselor di Malaysia, seseorang tu perlu mendapatkan sijil pengesahan terlebih dahulu yang mengesahkan bahawa dia layak memberi khidmat kaunseling.

0 KOMEN DISINI:

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran