Apakah Itu ADHD?

ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder) ialah sejenis gangguan psikologi yang sangat banyak dilihat pada kanak-kanak. Gangguan jenis ni bolehlah dikira sebagai agak kerap dalam populasi kanak-kanak dunia berbanding dengan gangguan yang lain seperti child depression, child schizophrenia, dan sebagainya. Kalau di sekolah, simptom ni bukan biasa dilihat di unit Pendidikan Khas sahaja malah kadang-kadang ciri ADHD boleh dilihat dalam kelas pelajar biasa yang tidak berdaftar sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Mengapa bahaya? Sebab jika tidak dikawal sejak kecil maka ia akan berlarutan sehingga dewasa.

Mengamuk adalah salah satu simptom ADHD
Jadi apabila kita bercakap tentang ADHD, mungkin soalan yang paling kerap ditanya ialah apa ciri-ciri kanak-kanak ADHD? Biasanya gangguan ni ditunjukkan dalam 3 perkara iaitu tak boleh tumpukan perhatian, masalah mengawal tingkah laku, dan hiperaktif, terlampau aktif tak reti duduk diam.

ADHD ada 3 jenis, iaitu jenis hiperaktif-impulsif, jenis inatentif (tidak menumpukan perhatian), dan akhir sekali jenis hiperaktif-inatentif. Sebelum anda meneruskan bacaan ke bawah, ahrus diingati bahawa simptom yang ditulis hanya berfungsi sebagai petunjuk awal dan diagnosis hanya boleh dilakukan oleh pakar.


***
SIMPTOM ADHD
Seperti yang diterangkan di atas, kanak-kanak yang mempunyai ADHD kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa (terlampau aktif, tidak tumpukan perhatian dsb) tetapi simptom mereka sebenarnya adalah lebih teruk daripada kanak-kanak biasa dan juga tanda-tanda yang dilihat mestilah melebihi daripada setengah tahun

Simptom kurang perhatian

  • Tumpuan senang terganggu
  • Mempunyai masalah untuk fokus terhadap sesuatu
  • Cepat berasa bosan apabila melakukan sesuatu selepas beberapa minit
  • Selalu kehilangan barang dan terlupa menghantar kerja rumah
  • Tidak memeberikan respons apabila bercakap
  • Mengalami masalah untuk memproses maklumat dengan pantas dan tepat
  • Mengalami masalah mengikuti arahan
Simptom hiperaktif
  • Tidak boleh diam semasa duduk
  • Bercakap dengan tanpa berhenti
  • Berlari-lari dan menyentuh semua benda yang boleh dicapai
  • Sentiasa bergerak
  • Tidak boleh duduk diam di meja makan
  • Tidak mampu untuk melakukan aktiviti dalam keadaan senyap
Simpton impulsif (perbuatan mengejut, tiba-tiba)
  • Sangat tidak sabar
  • Mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, dan bertindak tanpa memikirkan akibatnya
  • Mempunyai masalah untuk menunggu giliran
  • Selalu memintas atau memotong percakapan atau aktiviti orang
Untuk mengelakkan pembaca daripada melakukan diagnosis sendiri tanpa bantuan pakar, cukuplah jika dinyatakan bahawa jika orang yang anda kenali mempunyai 6 atau lebih daripada simptom yang telah dinyatakan di atas, maka anda disaraknkan untuk mendapatkan khidmat pakar psikologi kanak-kanak kerana gangguan ini merupakan satu gangguan psikologi yang boleh menyebabkan masalah pada proses pertumbuhan kanak-kanak sebagai manusia yang sempurna fizikal dan mentalnya.


***
Soalan seterusnya mungkin adalah...

SEBAB BERLAKUNYA ADHD
Sama seperti gangguan mental yang lain, sebab muktamad masih belum dijumpai tetapi ramai pakar telah bersetuju bahawa ADHD adalah disebabkan oleh faktor genetik. Hasil kajian mereka menunjukkan ADHD berlaku pada kembar seiras. Jika anak kembar yang A mempunyai ADHD, maka B pun akan mempunyai ADHD kerana ia terjadi sejak dalam kandungan lagi. Kajian baru juga menunjukkan bahawa otak pesakit ADHD adalah lebih 'nipis' pada bahagian yang mengawal tumpuan


Antara sebab lain berlakunya ADHD ialah berpunca daripada asap rokok, alkohol, dan juga pendedahan kepada plumbum dalam cat dinding mengikut kajian-kajian lain. Ini menjelaskan sebab ADHD banyak dilihat dalam keluarga yang mempunyai pendapatan rendah kerana mereka yang mempunyai latar demografi inilah banyak menyalahgunakan alkohol, dan rokok.

Bertentangan dengan ramai guru Malaysia anggap, gula tidak menjadikan kanak-kanak hiperaktif. Sebenarnya teori tersebut adalah disebabkan oleh salah anggap ibu bapa melalui experimenter bias.

BAGAIMANA MAHU MENGUBATI ADHD?
Disebabkan otak dan psikologi manusia adalah sesuatu yang sangat kompleks maka setakat ini kita hanya ada cara untuk mengurangkan simptom dan menambahbaik kefungsian pesakit dalam kehidupan seharian mereka. Secara umumnya, memberi ubat-ubatan yang khusus dan disertakan dengan terapi psikologi seperti psikoterapi, dan pendidikan bersesuaian dengan tahap individu merupakan cara yang terbaik untuk merawat simptom ADHD.

Walau bagaimanapun, ubat-ubatan mempunyai kesan-kesan sampingan yang perlu diketahui oleh ibu-bapa yang mempunyai ahli keluarga dengan ADHD. Antara kesan sampingan ubatan ialah:

  • Kehilangan selera
  • Masalah tidur
  • mild anhedonia . Tiada perasaan atau emosi
Sekali lagi diingatkan bahawa informasi yang ditulis dalam blog ini hanya sebagai pendedahan kepada umum dan tidak bermaksud untuk dijadikan sebagai panduan diagnosis. 

2 ulasan: Leave Your Comments

  1. @AbamPanda;

    Kiranya...insan-insan yang ada sejarah dengan penyalahgunaan alkohol dan tembakau ada peluang yg lebih tinggi utk dapat anak yang ADHD la ya.

    Ini termasuk dengan insan2 yang tak smoking atau tonggang todi, tapi ada parents atau grandparents yang kaki tonggang dan heavy smoking ke?

    Mohon penjelasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ibu-bapa si anak tu menonggang dan heavy smoker masa pregnancy, maka dapatlah anak ADHD. Direct gene passers. Mesti mak bapak dan bukannya grandparents

      Dan pendedahan kepada asap rokok (post-natal, second-hand smoker) lepas lahir pun meningkatkan risiko ADHD

      So yeah, kalau baby tu je yang tak merokok dalam family tu, maka besar kemungkinan dia akan membesar dengan ADHD
      Ref: Int J Nurs Stud. 2013 Jun;50(6):797-806. doi: 10.1016/j.ijnurstu.2012.10.002. Epub 2012 Oct 26.
      Attention deficit hyperactivity disorder among children exposed to secondhand smoke: a logistic regression analysis of secondary data.

      Padam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran