Saya Rasa Saya Ada Naluri


Ruangan ni dimulakan atas sebab email-email yang dihantar ke psych.malaysia@gmail.com. Bagi mereka yang hendak bertanyakan soalan yang belum ditulis dalam blog ni, maka saya akan menjawabnya melalui emel seberapa kadar segera yang boleh. Biasanya saya jawab on the spot dan kemudian akan share di segmen Soalan Psikologi Pembaca.

Soalan 1:
as salam abam panda. sy dpt info tentang abam panda drpd link auta psikolgi : bekaitan kalau mimpikan seseorang. sy nak bertanya? naluri boleh dipercayai tak ? sebab sy selalu merasakan naluri saya kadang2 betul. 
kedua, sy ada sukakan seseorang, tapi selalu merasakan dalam hati saya dan dia berkomunikasi antara satu sama lain. sy cuba tepis tapi selalu je ada. sy takut cuma terbuai dengan perasaan sendiri.tapi naluri saya katakan memang sy dan dia suka dalam diam antara satu sama lain. sy tak berhubung dengan org tu speri chat, msg atau seumpanya atas faktor lain. contoh ; agama tk membenarkan kalau lelaki dan perempuan berhubung kalau takda hal yg penting. 
ketiga, sy memang selalu termimpikan dia. mimpi tersebut sebelum subuh. sy bingung. sy takut ada masalah psikologi dan mental. hrp dpt membantu.  terima kasih abam panda, wassalam. - Sara (bukan nama sebenar)
Untuk soalan di atas saya hanya akan jawab yang berkaitan psikologi. Yang bab cinta dan agama bukanlah bidang saya melainkan ada kaitan dengan psikologi. Untuk soalan pembaca ni yang mengatakan dia mempunyai naluri dan bertanyakan jika dia boleh mempercayainya, jawapan saya ialah tidak disebabkan cognitive bias

Ada sejenis cognitive bias yang dinamakan sebagai confirmation bias di mana ia merupakan satu kecenderungan untuk seseorang menerima sesuatu insiden atau perkara tu hanya kerana ia menjadikan tanggapan awalnya betul. Okay disebabkan ayat ni pening lalat sikit, maka dalam kata lain,

Sara rasa dia ada naluri sixth sense dan dia macam boleh kesan sesuatu kejadian sebelum ia berlaku. Kadang-kadang naluri Sara betul dan ini menguatkan lagi kepercayaannya bahawa dia ada sixth sense. Namun begitu, bagaimana pula dengan situasi lain yang nalurinya tak tepat? Disebabkan confirmation bias inilah kita anggap seolah-olah fakta yang tidak sama dengan kepercayaan kita tu sebagai tidak wujud. Sepatutnya, kalau betul ada 6th sense maka tentulah 100% naluri kita tepat tetapi tidak sebaliknya.

Untuk haiwan pula, "sixth sense" bukanlah sesuatu yang magic di dalam otak. Haiwan macam labah-labah ada 'superpower' yang boleh tahu jenis, berat, dan saiz mangsa dalam sarangnya melalui cilia di kakinya (National Geographic), manakala haiwan lain berupaya melihat perubahan alam melalui cahaya UV (terdengar info ni di LiteFM).

So, kalau anda rasa anda ada 6th sense, stop. Manusia biasa tiada power tersebut dan ini hanyalah disebabkan kesalahan pemikiran melalui confirmation bias.
Gadis Dove mana menjadi pilihan anda?

4 ulasan: Leave Your Comments

  1. naluri selalu membinasakan. *takde kena mengena*

    BalasPadam
  2. Kdg2 aku fikir '6th sense' ni associated dgn pengalaman.
    Pakcik aku dulu dapat teka tepat berapa minit lagi nak turun hujan, dan dia selalu tepat.
    Kata dia, dia dapat tahu bila tgk awan berarak, kelembapan udara, burun2 lari balik sarang dsb.
    Semuanya datang dari pengalaman dia lama duduk dalam hutan jd askar.

    Aku kagum dgn dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk benda-benda macam tu kita dah panggil pengalaman/skill dan bukannya 6th sense. Sama juga dengan meteorologist. Dia dapat predict hujan taufan semua dengan pengetahuan dan skil dia, bukannya sebab 'special gift' yang diberikan sejak lahir

      Padam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran