[Psikologi] Adakah Anda Mengigau?


Okay persoalan kali ni diutarakan di Twitter @psikoologi sebenarnya di mana topik dibuka sekiranya ada yang bertanyakan sesuatu, dan secara kebetulan saya mempunyai sedikit pengetahuan dalam tu. Biasanya kalau tak reply tu maknanya saya tak tahu lah ataupun malas haha. Anyway, kali ni ada orang yang bertanyakan tentang kejadian bercakap-cakap semasa tidur. Tentu korang pun pernah mengalami benda ni kan? Mungkin pernah terdengar kawan atau saudara mara bersembang dalam tidur? Adakah bercakap semasa tidur ni bermakna orang tu sedang bermimpi? Haa teruskan membaca, please.

Yang sebenarnya, sleep-talking ataupun "mengigau" dalam bahasa kita yang lebih umum, adalah sejenis parasomnia. Mengikut psikologi lah kan, parasomnia ni sebenarnya adalah perkara-perkara luar biasa yang terjadi semasa tidur. Ye lah, sepatutnya waktu tidur badan kita berehat tapi boleh pulak mulut tu meracau-racau

Perbuatan berkata-kata dalam tidur ni juga ada nama rasminya iaitu somniloquy

Walaupun somniloquy adalah benda yang luar biasa semasa tidur, ianya bukanlah satu kejadian yang pelik sebabnya perkara ni sangat common dan biasanya tidak memerlukan rawatan melainkan atas sebab-sebab tertentu.

Setiap kali tidur, kebiasaannya, kita takkan bercakap lebih daripada 30 saat tetapi boleh bercakap banyak-banyak kali semasa tidur. Maksudnya, jika kita bersembang, perbualan tu takkan melebihi 30 saat dan ada kemungkinan selepas sembang tu, akan bercakap lagi selang beberapa lama kemudian. Benda yang kita cakapkan pula boleh jadi benda yang tak teratur, benda yang tak masuk akal, dan boleh juga mencarut. Kawan saya minggu lepas, tiba-tiba azan pukul 3 pagi. Terkejut aku. Anak buah saya pulak banyak kali menyanyi dalam tidur. Of course korang takkan perasan kalau korang mengigau. Biasanya orang lain yang akan bagitau kita

Jadi, adakah maksudnya yang kita mengigau (bercakap masa tidur) ni adalah petanda kita sedang bermimpi? Jawapannya ialah TAK SEMESTINYA.  Kajian menunjukkan bahawa somniloquy ni boleh berlaku dalam mana-mana peringkat tidur. Apabila bermimpi, kita berada di peringkat REM (klik untuk baca) tapi jika mengigau boleh berlaku di mana-mana peringkat, maka maksudnya mengigau bukanlah petanda bahawa kita sedang bermimpi!

Mengikut data, hampir setiap 1 daripada 2 orang kanak-kanak berumur 3-10 tahun akan bercakap semasa tidur dan bagi orang dewasa pula, sebanyak 5% masih bercakap dalam tidur. Tiada perbezaan antara jantina dalam fenomena ini so jangan pula keluarkan "fakta" di laman sosial bahawa lelaki lagi kuat mengigau!

***
Walaupun tadi saya cakap yang mengigau ni tak bahaya, tapi ia boleh juga menjadi petanda kepada masalah psikologi dan kesihatan yang serius apabila menepati ciri-ciri tertentu. Antara masalah yang menyebabkan orang menjerit semasa tidur ialah REM Sleep Behaviour Disorder (RBD) dan sleep terrors. Mereka yang mempunyai RBD biasanya bertindak ganas dan mengamuk di dalam tidur. Kanak-kanak yang mengalami sleep terrors pula akan berjalan dan bercakap semasa tidur sama seperti dalam movie seram barat.

Semasa tidur, manusia boleh melakukan banyak perkara pelik. Sebagai contoh, NSRED (nocturnal sleep-related eating disorder) di mana manusia boleh makan semasa tidur (macam Monkey D. Luffy. lol), melakukan hubungan seks ketika tidur (sexsomnia) dan terdapat juga kes di New Zealand dalam 2 tahun lepas di mana kanak-kanak berumur 5 tahun bawa kereta mak bapak dia dan drive dalam keadaan tidur.

Jadi, kalau anda ada masalah kesihatan, apa yang menyebabkan anda meracau masa tidur?

  • Ubat-ubatan tertentu
  • Stress
  • Demam (saya meracau setiap kali demam teruk)
  • Masalah mental
  • Penyalahgunaan dadah
Sekian, terima kasih.

11 ulasan: Leave Your Comments

  1. saya sejak ada anak je rasanya dah hilang penyakit mengigau.. dari saya kecik rasanya.. bukan sekali dua mengigau memang kerap. sampai dah kawen kena gelak dengan asben.. dia kata siap boleh reply lagi bila suami sy bercakap masa saya mengigau.. kadang2 memalukan nak2 lg dgn org yg x tau kelemahan kita ni.. kalau dh biasa mcm family sendiri.. dh takde rasa apa2. tp Alhamdulillah sejak ada anak.. dh x dengat asben cakap saya mengigau maybe sebab lebih bahagia kot. mungkin faktor stress kot saya mengigau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. huish menarik. Baguslah kalau sekarang dah tak ada :)

      Padam
  2. Kenapakah kebanyakan perkataan yg dituturkan masa mengigau itu selalunya seperti tidak lengkap, tidak tepat dan kedengaran merapu?
    Adakah ianya berkaitan dgn bahagian otak yang mengawal pertuturan seperti di Broca's area?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Broca's aphasia ni adalah sejenis condition bila ada damage di bahagian otak tu yang menyebabkan slurred, incomprehensible speech. Actually otak kita masih sihat sebab slurred speech hanya berlaku ketika tidur. Bukan permanent. Ada beberapa journal article yang menarik kata waktu tidur ni esp NREM stages, ialah waktu declarative memory kita diperkuatkan. Maka sebab tu mungkin kita bercakap2 tapi tak penuh

      Gais S, & Born J (2004). Declarative memory consolidation: mechanisms acting during human sleep. Learning & memory (Cold Spring Harbor, N.Y.), 11 (6), 679-85 PMID: 15576885


      Petit, D., Touchette, E., Tremblay, R., Boivin, M., & Montplaisir, J. (2007). Dyssomnias and Parasomnias in Early Childhood PEDIATRICS, 119 (5) DOI: 10.1542/peds.2006-2132

      Backhaus J, Junghanns K, Born J, Hohaus K, Faasch F, & Hohagen F (2006). Impaired declarative memory consolidation during sleep in patients with primary insomnia: Influence of sleep architecture and nocturnal cortisol release. Biological psychiatry, 60 (12), 1324-30 PMID: 16876140

      Daurat A, Terrier P, Foret J, & Tiberge M (2007). Slow wave sleep and recollection in recognition memory. Consciousness and cognition, 16 (2), 445-55 PMID: 16877007

      Tucker MA, Hirota Y, Wamsley EJ, Lau H, Chaklader A, & Fishbein W (2006). A daytime nap containing solely non-REM sleep enhances declarative but not procedural memory. Neurobiology of learning and memory, 86 (2), 241-7 PMID: 16647282

      Wagner, U., & Born, J. (2008). Memory consolidation during sleep: Interactive effects of sleep stages and HPA regulation Stress, 11 (1), 28-41 DOI: 10.1080/10253890701408822

      Padam
  3. Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tgk URL pun saya dah tak minat nak pergi baca. Tapi disebabkan saya agak free harini, saya pun klik lah link tu

      Ternyata itu tindakan paling tak bijak yang saya buat. Saya rasa saya nak skip makan tengahari harini :(

      Padam
  4. aku adalah antara manusia yang tak pernah fail mengigau setiap malam. hahaaa sekarang baru tau sikit apesal. thanks!

    BalasPadam
  5. I'm one of your silent readers.sukenye baca blog abam ni. Santai, tak meleret, senang nak faham term saintifik dgn mudahnya..keep it up abam^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks for the comment. Kekadang rasa macam takde orang baca sebab sunyi sangat blog ni lol

      Padam
  6. walaupun post ni dah lama tapi nak jugak komen sebab tetiba teringat aritu punya cerita mengigau. room-mate cakap saya ngigau siap iqamat pukul 4 pagi pastu baca surah al-baqarah. siap betul pulak tu ayat yg dibaca. lol

    BalasPadam
  7. Orang cakap mengigau sbb stress...tp sy tak stress pun hampir tiap2 malam roomate ckp sy mengigau...

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran