Adakah Anda Seorang Yang Berotak Kanan atau Kiri?

Masa zaman sekolah dulu, ada tak cikgu korang kata yang korang ni mungkin manusia yang jenis dominan otak kanan ataupun jenis dominan otak kiri? Baru haritu saya terjumpa 1 website yang bertanyakan beberapa soalan untuk menentukan sama ada korang ni berotak kanan ataupun kiri. Kefahaman umum adalah bahawa orang yang dominan otak kanan adalah lebih artistik manakala yang berotak kiri adalah lebih menggunakan proses logikal dan pengiraan. Betul ke?


Untuk ujian-ujian tersebut bolehlah menggunakan Iframe website tersebut di bawah ni. Content diambil daripada http://ms.sommer-sommer.com/ujian-otak/


Dah dapat result? Sebenarnya kajian baru mendapati bahawa penggunaan otak kanan dan kiri ni hanyalah satu mitos dan tidak benar sama sekali. Pengkaji di Utah University dah buat analisis terhadap 1000 orang dan mereka mendapati bahawa manusia menggunakan otak secara sama rata dan tidak dominan pada mana-mana bahagian otak.

Biasanya orang cakap bahawa orang yang menulis dengan tangan kanan, otak kirinya lebih aktif. Ini adalah separa benar kerana untuk orang bukan kidal, aktiviti percakapan menggunakan sumber yang ada di hemisfera kiri. Tetapi, tak bermakna lah pulak yang otak kiri kita ni lebih banyak neuron atau kita lebih banyak menggunakan hemisfera kiri berbanding hemisfera kanan

Sebenarnya, proses menghasilkan sesuatu yang kreatif atau proses pengiraan tidak tertakluk pada otak sebelah kanan atau kiri secara khusus. Manusia yang melakukan aktiviti ini sebenarnya menggunakan kedua-dua hemisfera otak mereka yang dicantumkan oleh corpus callosum.

Secara peribadi, saya rasa penemuan ni sangat menarik dan akan membentuk pengetahuan-pengetahuan psikologi yang baru sebab pengetahuan yang sebelum ini banyak yang dibina berdasarkan brain lateralization. Teknik terapi dan pemahaman dalam gangguan proses pembacaan seperti aphasia pun turut dibina atas pengetahuan tu maka besar kemungkinan kajian ni akan dibuat dengan lebih mendalam untuk mencari kaedah sesuai untuk menambah baik kualiti minda manusia.

Psikologi Warna

Warna apa yang sesuai untuk bilik tidur? Warna apa yang sesuai dipakai apabila pergi untuk interview ataupun temu duga dan warna jenis apa yang sesuai untuk kelas? Soalan-soalan ni biasanya ditanya dan kita tak tahu dari mana untuk mendapatkan info sebegini. Jadi, kali ini saya kumpulkan infografik tentang warna supaya dapat dikongsi untuk mereka yang ingin tahu tentang pemilihan warna dan psikologi manusia


Kesan pemilihan warna pada organisasi anda

Yang di bawah ni pula ialah kesan warna terhadap minda manusia. Warna apa yang membuatkan orang tenang, marah, atau was-was?


Dan sebagai seorang guru dan bakal menjadi ibu bapa satu hari nanti, warna apa yang sesuai untuk kelas pembelajaran? Warna apa yang sesuai untuk bilik tidur?

Harap infografik ni membantu. 

Adakah Bipolar Disorder Sejenis Masalah Mental?


Salah faham terhadapan gangguan mental biasanya disebarkan melalui media massa termasuklah internet dan juga filem. Kadang-kadang kita menggunakan sesuatu masalah mental yang serius sebagai deskripsi pada sifat kita walaupun kita tahu ianya tak betul. Sebagai contoh, kita pernah nampak Linda (bukan nama sebenar) yang mengakui bahawa dia mempunyai bipolar disorder hanya kerana dia menyesal dia tukar telefon dia kepada Samsung sedangkan sebelum ni dia merupakan seorang pengguna Iphone

Tapi malangnya dia salah. Bipolar Disorder bukanlah perasaan menyesal yang kejap nak atau kejap taknak, atau perasaan was-was. Ia merupakan satu masalah mental yang serius. Dalam masyarakat Malaysia, orang yang menghidap masalah bipolar disorder ni mungkin dilihat sebagai orang gila. 

Sebenarnya, bipolar disorder (atau manic-depressive illness) ialah sejenis gangguan pada otak manusia yang menyebabkan pertukaran pada mood, tenaga, dan kebolehan untuk menjalankan tugas-tugas seharian. Sama seperti masalah mental serius yang lain, ianya diberi perhatian yang khusus oleh pakar mental sebab ia mengganggu kehidupan seharian orang yang bermasalah bipolar disorder dan juga orang lain di sekelilingnya. Simptom-simptom penyakit ni adalah serius dan bukannya masalah emosi biasa yang kita hadapai dalam kehidupan seharian. Penyakit ini boleh menyebabkan masalah hubungan, masalah prestasi kerja/sekolah, sehinggalah ke kes bunuh diri. 

Pesakit yang menghidap bipolar disorder mengalami 2 situasi iaitu situasi mania dan juga depressed. Simptom yang ditunjukkan termasuklah senang dialihkan perhatiannya, tak perlu tidur, tahap pemikiran yang teruk, pengawalan amarah yang teruk, perlakuan yang tidak selamat, tenaga yang berlebihan melampau, bercakap dengan sangat laju, pemikiran yang datang dengan tiba-tiba dan tak dapat dibendung, perbelanjaan melampau yang membazir, binge eating/drinking, dan pengambilan dadah dalam episod mania.

Manakala dalam episod depression pula, pesakit biasanya berada dalam keadaan sedih, sentiasa letih dalam semua hal, tidak mempunyai minat dalam hampir semua perkara, tidak menunjukkan emosi, terasa sangat letih, mempunyai masalah tidur, dan memencilkan diri daripada rakan dan keluarga

Untuk jenis Bipolar Disorder I, pesakit mestilah mempunyai episod mania sekurang-kurangnya seminggu dan episod depression sekurang-kurangnya 2 minggu melainkan simptom yang ditunjukkan sangat teruk sehinggakan perlu dimasukkan ke dalam hospital. Simptom yang ditunjukkan mestilah sangat-sangat berlainan dengan sifat pesakit pada waktu biasa. 

http://knowingbipolardisorder.com/wp-content/uploads/2009/07/bipolar-brain.jpg
Hasil kajian PET Scan pada pesakit Bipolar Disorder menunjukkan bahawa otak pesakit adalah berbeza pada episod mania dan depression di mana otak mereka terlebih aktif semasa mania, dan terlampau biru (tak aktif) apabila depressed.

Selain daripada itu, otak manusia dengan bipolar disorder juga merembeskan neurotransmitter jenis serotonin, dopamine, dan norepinephrine yang menyebabkan fikiran berkecamuk yang datang secara tiba-tiba.

Kebiasaannya, pesakit Bipolar Disorder diberi ubat yang digunakan untuk menstabilkan emosi mereka seperti Lithium, Valporate, Lamotirigine, dan Carbamazephine di samping antidepressants (untuk situasi depression). Selain tu, terapi ECT (Electroconvulsive Therapy) dan TMS (Transcranial Magnetic Stimulation) juga digunakan sebagai kaedah rawatan yang tidak menggunakan ubat-ubatan.

Jika anda mengesyaki diri anda mempunyai masalah bipolar disorder, sila mendapatkan khidmat pakar di sekeliling anda. Jika anda berada di institusi pengajian tinggi, pertolongan boleh didapati melalui kaunselor anda. Dia mungkin tidak boleh menyembuhkan penyakit anda, tetapi dia ada penyelesaiannya. Untuk menjadi seorang kaunselor di Malaysia, seseorang tu perlu mendapatkan sijil pengesahan terlebih dahulu yang mengesahkan bahawa dia layak memberi khidmat kaunseling.

Saya Rasa Saya Ada Naluri


Ruangan ni dimulakan atas sebab email-email yang dihantar ke psych.malaysia@gmail.com. Bagi mereka yang hendak bertanyakan soalan yang belum ditulis dalam blog ni, maka saya akan menjawabnya melalui emel seberapa kadar segera yang boleh. Biasanya saya jawab on the spot dan kemudian akan share di segmen Soalan Psikologi Pembaca.

Soalan 1:
as salam abam panda. sy dpt info tentang abam panda drpd link auta psikolgi : bekaitan kalau mimpikan seseorang. sy nak bertanya? naluri boleh dipercayai tak ? sebab sy selalu merasakan naluri saya kadang2 betul. 
kedua, sy ada sukakan seseorang, tapi selalu merasakan dalam hati saya dan dia berkomunikasi antara satu sama lain. sy cuba tepis tapi selalu je ada. sy takut cuma terbuai dengan perasaan sendiri.tapi naluri saya katakan memang sy dan dia suka dalam diam antara satu sama lain. sy tak berhubung dengan org tu speri chat, msg atau seumpanya atas faktor lain. contoh ; agama tk membenarkan kalau lelaki dan perempuan berhubung kalau takda hal yg penting. 
ketiga, sy memang selalu termimpikan dia. mimpi tersebut sebelum subuh. sy bingung. sy takut ada masalah psikologi dan mental. hrp dpt membantu.  terima kasih abam panda, wassalam. - Sara (bukan nama sebenar)
Untuk soalan di atas saya hanya akan jawab yang berkaitan psikologi. Yang bab cinta dan agama bukanlah bidang saya melainkan ada kaitan dengan psikologi. Untuk soalan pembaca ni yang mengatakan dia mempunyai naluri dan bertanyakan jika dia boleh mempercayainya, jawapan saya ialah tidak disebabkan cognitive bias

Ada sejenis cognitive bias yang dinamakan sebagai confirmation bias di mana ia merupakan satu kecenderungan untuk seseorang menerima sesuatu insiden atau perkara tu hanya kerana ia menjadikan tanggapan awalnya betul. Okay disebabkan ayat ni pening lalat sikit, maka dalam kata lain,

Sara rasa dia ada naluri sixth sense dan dia macam boleh kesan sesuatu kejadian sebelum ia berlaku. Kadang-kadang naluri Sara betul dan ini menguatkan lagi kepercayaannya bahawa dia ada sixth sense. Namun begitu, bagaimana pula dengan situasi lain yang nalurinya tak tepat? Disebabkan confirmation bias inilah kita anggap seolah-olah fakta yang tidak sama dengan kepercayaan kita tu sebagai tidak wujud. Sepatutnya, kalau betul ada 6th sense maka tentulah 100% naluri kita tepat tetapi tidak sebaliknya.

Untuk haiwan pula, "sixth sense" bukanlah sesuatu yang magic di dalam otak. Haiwan macam labah-labah ada 'superpower' yang boleh tahu jenis, berat, dan saiz mangsa dalam sarangnya melalui cilia di kakinya (National Geographic), manakala haiwan lain berupaya melihat perubahan alam melalui cahaya UV (terdengar info ni di LiteFM).

So, kalau anda rasa anda ada 6th sense, stop. Manusia biasa tiada power tersebut dan ini hanyalah disebabkan kesalahan pemikiran melalui confirmation bias.
Gadis Dove mana menjadi pilihan anda?

Apakah Itu ADHD?

ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder) ialah sejenis gangguan psikologi yang sangat banyak dilihat pada kanak-kanak. Gangguan jenis ni bolehlah dikira sebagai agak kerap dalam populasi kanak-kanak dunia berbanding dengan gangguan yang lain seperti child depression, child schizophrenia, dan sebagainya. Kalau di sekolah, simptom ni bukan biasa dilihat di unit Pendidikan Khas sahaja malah kadang-kadang ciri ADHD boleh dilihat dalam kelas pelajar biasa yang tidak berdaftar sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Mengapa bahaya? Sebab jika tidak dikawal sejak kecil maka ia akan berlarutan sehingga dewasa.

Mengamuk adalah salah satu simptom ADHD
Jadi apabila kita bercakap tentang ADHD, mungkin soalan yang paling kerap ditanya ialah apa ciri-ciri kanak-kanak ADHD? Biasanya gangguan ni ditunjukkan dalam 3 perkara iaitu tak boleh tumpukan perhatian, masalah mengawal tingkah laku, dan hiperaktif, terlampau aktif tak reti duduk diam.

ADHD ada 3 jenis, iaitu jenis hiperaktif-impulsif, jenis inatentif (tidak menumpukan perhatian), dan akhir sekali jenis hiperaktif-inatentif. Sebelum anda meneruskan bacaan ke bawah, ahrus diingati bahawa simptom yang ditulis hanya berfungsi sebagai petunjuk awal dan diagnosis hanya boleh dilakukan oleh pakar.

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran