Inception Dalam Kehidupan Normal - Fakta Psikologi


Dalam filem Inception yang Leonardo D'Caperiuk berlakon tu, inception ni biasanya orang faham sebagai mimpi dalam mimpi dalam mimpi lepas tu pusing gasing nak tahu itu mimpi ataupun alam nyata. Betul tak? Kalau dari segi bahasa, Inception dalam konteks ni sebenarnya bermaksud proses meletakkan idea baru atau pemikiran orang lain ke dalam minda separa sedar (subconscious mind) seseorang yang lain.

****
Tapi eloklah kalau saya terangkan dulu apa tu subconscious mind. Benda ni dalam Bahasa Malaysia dipanggil sebagai minda separa sedar di mana proses minda ni tidak dikawal sepenuhnya oleh kita. Bukanlah maknanya automatik tapi maksudnya ialah kita tak tumpukan perhatian pun pada benda tu. Sebagai contoh, masa korang baca blog ni, korang sedang menggunakan minda sedar (conscious mind). Kalau saya tanya:
  1. Baris pertama artikel ni cerita pasal apa?
  2. Apa huruf pertama yang digunakan dalam ayat pertama artikel ni?
Kalau korang mampu jawab soalan 1, itu maknanya korang menggunakan conscious mind dengan bagus dan sangat-sangat menumpukan perhatian. Tetapi, most people tak boleh jawab soalan kedua sedangkan semua orang dah baca ayat pertama. Jadi, small details seperti inilah yang masuk ke subconsious mind. Kalau dalam teknik hypnoterapi (menggunakan hipnosis), pakar akan memukau dan "membawa" pesakit ke masa-masa tertentu yang hendak diingat dan mereka akan bertanyakan soalan seperti "apa yang korang bau?" untuk mengakses kepada minda separa sedar kita  

Dan sebab inilah juga antara teknik melatih minda ialah dengan membuat aktiviti harian seperti mengingat balik segala details harian untuk melatih subconsious mind

 ****

Jadi, kawan saya di Twitter ada bertanya [link] pasal orang yang terlampau percaya pada mimpi sehinggakan terbawa-bawa ke dalam kehidupan seharian. So saya anggap dia tanya pasal Inception lah kan? Kalau itu lah yang dia tanya maka ini jawapan saya - Inception ni adalah benar dan memang betul-betul terjadi.

In fact, ada beberapa video yang menjelaskan tentang memori kita ni di Youtube, Video pilihan saya ialah daripada Elizabeth Loftus, nama dia memang cukup power kalau dalam bab memori ni.


Ini faktanya: Memori boleh dibentuk, dan dibentuk semula. Maksudnya, kita boleh ingat apa yang kita buat minggu lepas, dan orang lain boleh buat kita percaya yang kita buat benda yang kita tak buat pun minggu lepas. Kekadang benda yang kita mimpikan tu pula kita anggap sebagai benda yang betul-betul dah terjadi dan benda tu terpahat dalam memori. So, in the future bila kita cuba ingat balik, maka benda yang tak betul tu akan muncul sekali sebagai "real memory" padahal tidak pun sebenarnya. Ada juga keadaan di mana kita rasa macam benda tu pernah terjadi dan ini adalah dipanggil sebagai Deja Vu. (klik untuk baca) 

Sebenarnya, conscious mind kita ni tak berapa kuat pun sebab dia menggunakan Working Memory so benda yang kita nampak atau baca dalam satu-satu masa sebenarnya dihimpunkan dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk senang otak kita proses. Obviously kita tak boleh nak hafal semua benda dalam satu masa kan? 98% manusia tiada keupayaan photographic memory. Bila memori kita berada dalam bentuk pecah-pecahan atau fragments, ini meninggalkan ruang-ruang kosong dalam kisah hidup kita

dan ruang-ruang kosong ni disebabkan kita tak beri perhatian sangat padanya, maka dia terbuka kepada suntikan fakta palsu. jeng jeng jeng...

Which is why, kalau korang baca dalam komik Hajime Kindaichi ataupun Detective Conan, mereka ni adalah jenis-jenis manusia yang melakukan metathinking iaitu berfikir tentang proses berfikir. Mereka bukan berfikir terus je membabi buta tapi mereka menyambungkan fakta-fakta yang ada dengan berhati-hati sedangkan kebanyakan daripada kita nampak fakta sikit terus buat kesimpulan. Jangan risau sangatlah, kita sama aje!

Sebagai penutup, marilah kita mensedekahkah bacaan Al-Fatihah untuk seluruh pesawat MH370 dengan mengharapkan pengakhiran baik kepada musibah ni.

Sekian,

[Psikologi] Adakah Anda Mengigau?


Okay persoalan kali ni diutarakan di Twitter @psikoologi sebenarnya di mana topik dibuka sekiranya ada yang bertanyakan sesuatu, dan secara kebetulan saya mempunyai sedikit pengetahuan dalam tu. Biasanya kalau tak reply tu maknanya saya tak tahu lah ataupun malas haha. Anyway, kali ni ada orang yang bertanyakan tentang kejadian bercakap-cakap semasa tidur. Tentu korang pun pernah mengalami benda ni kan? Mungkin pernah terdengar kawan atau saudara mara bersembang dalam tidur? Adakah bercakap semasa tidur ni bermakna orang tu sedang bermimpi? Haa teruskan membaca, please.

Yang sebenarnya, sleep-talking ataupun "mengigau" dalam bahasa kita yang lebih umum, adalah sejenis parasomnia. Mengikut psikologi lah kan, parasomnia ni sebenarnya adalah perkara-perkara luar biasa yang terjadi semasa tidur. Ye lah, sepatutnya waktu tidur badan kita berehat tapi boleh pulak mulut tu meracau-racau

Perbuatan berkata-kata dalam tidur ni juga ada nama rasminya iaitu somniloquy

Walaupun somniloquy adalah benda yang luar biasa semasa tidur, ianya bukanlah satu kejadian yang pelik sebabnya perkara ni sangat common dan biasanya tidak memerlukan rawatan melainkan atas sebab-sebab tertentu.

Setiap kali tidur, kebiasaannya, kita takkan bercakap lebih daripada 30 saat tetapi boleh bercakap banyak-banyak kali semasa tidur. Maksudnya, jika kita bersembang, perbualan tu takkan melebihi 30 saat dan ada kemungkinan selepas sembang tu, akan bercakap lagi selang beberapa lama kemudian. Benda yang kita cakapkan pula boleh jadi benda yang tak teratur, benda yang tak masuk akal, dan boleh juga mencarut. Kawan saya minggu lepas, tiba-tiba azan pukul 3 pagi. Terkejut aku. Anak buah saya pulak banyak kali menyanyi dalam tidur. Of course korang takkan perasan kalau korang mengigau. Biasanya orang lain yang akan bagitau kita

Jadi, adakah maksudnya yang kita mengigau (bercakap masa tidur) ni adalah petanda kita sedang bermimpi? Jawapannya ialah TAK SEMESTINYA.  Kajian menunjukkan bahawa somniloquy ni boleh berlaku dalam mana-mana peringkat tidur. Apabila bermimpi, kita berada di peringkat REM (klik untuk baca) tapi jika mengigau boleh berlaku di mana-mana peringkat, maka maksudnya mengigau bukanlah petanda bahawa kita sedang bermimpi!

Mengikut data, hampir setiap 1 daripada 2 orang kanak-kanak berumur 3-10 tahun akan bercakap semasa tidur dan bagi orang dewasa pula, sebanyak 5% masih bercakap dalam tidur. Tiada perbezaan antara jantina dalam fenomena ini so jangan pula keluarkan "fakta" di laman sosial bahawa lelaki lagi kuat mengigau!

***
Walaupun tadi saya cakap yang mengigau ni tak bahaya, tapi ia boleh juga menjadi petanda kepada masalah psikologi dan kesihatan yang serius apabila menepati ciri-ciri tertentu. Antara masalah yang menyebabkan orang menjerit semasa tidur ialah REM Sleep Behaviour Disorder (RBD) dan sleep terrors. Mereka yang mempunyai RBD biasanya bertindak ganas dan mengamuk di dalam tidur. Kanak-kanak yang mengalami sleep terrors pula akan berjalan dan bercakap semasa tidur sama seperti dalam movie seram barat.

Semasa tidur, manusia boleh melakukan banyak perkara pelik. Sebagai contoh, NSRED (nocturnal sleep-related eating disorder) di mana manusia boleh makan semasa tidur (macam Monkey D. Luffy. lol), melakukan hubungan seks ketika tidur (sexsomnia) dan terdapat juga kes di New Zealand dalam 2 tahun lepas di mana kanak-kanak berumur 5 tahun bawa kereta mak bapak dia dan drive dalam keadaan tidur.

Jadi, kalau anda ada masalah kesihatan, apa yang menyebabkan anda meracau masa tidur?

  • Ubat-ubatan tertentu
  • Stress
  • Demam (saya meracau setiap kali demam teruk)
  • Masalah mental
  • Penyalahgunaan dadah
Sekian, terima kasih.

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran