Peluang Pekerjaan dan Kerjaya Psikologi

Satu lagi soalan yang bertangguh sekian lama dan ditanya oleh ramai orang ialah berkenaan kebolehpasaran bidang psikologi ni. Nanti bila dah habis belajar ada ke kerja yang menanti? Kalau tak macam mana nak bayar PTPTN kalau pointer rendah kan?

Anyway, soalan ni kerap ditanya kerana pelajar tu sendiri berminat dengan psikologi tetapi masalah timbul bila ibu bapa bertanya nanti nak kerja apa? Kita pun kena faham yang ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dia. Dalam keadaan dunia yang memerlukan duit, perkerjaan selepas zaman universiti tu satu kewajipan lah. Takkan nak mak ayah bela biawak terdampar di rumah pulak? Nanti nak kahwin lagi, nak membiak lagi..

Psikologi ialah salah satu bidang yang semakin mendapat tempat dalam budaya pop sekarang. Pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan psikologi pun dah bertambah banyak terutamanya di negara-negara membangun seperti New Zealand, UK, dan sebagainya. Antara profesion-profesion yang memerlukan psikologi termasuklah:

  • Kaunselor - untuk menjadi seorang kaunselor, tak perlu ijazah pun tak apa asalkan ada diploma dan kemudian anda perlu mengambil lesen kaunselor. Lesen ni adalah wajib bagi pengamal kaunseling atau kaunselor sebab korang kan bagi nasihat kat orang. Kalau tiada badan yang monitor atau mengesahkan apa yang korang nasihat tu sebagai beretika, nanti wujud pula masalah-masalah yang melibatkan nyawa. Walau bagaimanapun, adalah tidak wajib untuk guru kaunseling di sekolah untuk mempunyai lese. Pendaftaran kaunselor boleh dibuat di http://www.kpwkm.gov.my/counselor
  • Psikologis Klinikal - Untuk maklumat tentang psikologis klinikal, ahli psikologis, dan psikiatris, boleh rujuk entri Perbezaan Psikologis dengan Psikiatris dan Psikologis Klinikal
  • Ahli Psikologi - Untuk maklumat tentang psikologis klinikal, ahli psikologis, dan psikiatris, boleh rujuk entri Perbezaan Psikologis dengan Psikiatris dan Psikologis Klinikal
  • Psikiatris - Untuk maklumat tentang psikologis klinikal, ahli psikologis, dan psikiatris, boleh rujuk entri Perbezaan Psikologis dengan Psikiatris dan Psikologis Klinikal
  • Psikologis Industri dan Organisasi - Pensyarah semasa saya menuntut dulu cakap, karier dalam bidang psikologi yang paling mendatangkan duit ialah IO Psychologist/ Work Psychologist/ Occupational Psychologist. Ketiga-tiga ni merujuk kepada profesion yang sama. Seorang IO Psychologist menggunakan pengetahuan tentang psikologi dan menjalankan intervensi tertentu untuk memantapkan produktiviti syarikat. Pengetahuan-pengeahuan psikologi tu terlebih dahulu akan disemak, dan dibentangkan kepada bos-bos untuk mendapatkan bajet bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu. Contohnya, pengubahsuaian susunatur meja dan kerusi bilik pengurus perlu diubah bagi mengeratkan hubungan pengurus dengan pekerja, pemilihan warna dalam ofis, dan sebagainya. Seorang rakan saya setelah menamatkan pengajian dalam IO Psychology, telah ditawarkan pekerjaan oleh Shell Malaysia. Kaya dah dia
  • Pensyarah - untuk menjadi seorang pensyarah, mestilah ada sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dan sebaik-baiknya Masters untuk memastikan yang korang tahu selok-belok psikologi dengan baik. Kalau Teori Erik-Erikson pun takhafal habislah generasi muda
  • Psikologis Forensik - Malangnya setelah dicari dan dikaji, bidang ini belum lagi menembusi bidang pendidikan di Malaysia. Kursus ini belum ditawarkan di Malaysia, dan juga tiada peluang pekerjaan yang memerlukan pekerjaan ini secara spesifik. Seorang psikologis forensik menggunakan pengetahuan psikologi untuk menyelesaikan masalah jenayah dan membina profail orang yang dikehendaki bagi memudahkan siasatan, Macam cerita Criminal Minds tu
  • Pegawai Sumber Manusia - Human Resource dalam Bahasa Inggeris. Tidak memerlukan psikologi sebagai tiang utama tetapi menggunakan aplikasinya semasa bekerja.
  • Cikgu/ Guru - Sama dengan HR, tidak memerlukan bidang psikologi sebagai teras utama tetapi sebaliknya pendekatan psikologi digunakan dalam cara pengajaran guru-guru melalui ilmu pendidikan/pedagogi
Tidak kurang juga ramainya yang bertanyakan tentang kerjaya saya sekarang dan haluan yang telah saya ikuti untuk mencapai tahap sekarang. Maklumat tersebut terpaksa dirahsiakan kerana ianya sangat kompleks dan akan membuatkan anda pening dengan maklumat di atas jadi tidak perlulah diceritakan.

Sekian, harap maklumat di atas dapat membantu. Sila tuliskan komen/penambahan di ruangan bawah artikel ini

15 ulasan: Leave Your Comments

  1. Assalamualaikum. Saya seorang lepasan diploma perakaunan dan saya berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Ijazah Psikologis Forensik. Adakah saya boleh memohon Ijazah Psikologis Forensik dan bagaimana untuk membuat permohonan?

    BalasPadam
  2. cuba baca atas ni. dah tulis dah kat atas tu. Kalau malas jugak tekan CTRL+F lepas tu taip

    p
    s
    i
    k
    o
    l
    o
    g
    i


    f
    o
    r
    e
    n
    s
    i
    k

    Insya Allah barokahh

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas maklumat di atas, banyak membantu!

    BalasPadam
  4. no problem. glad that you read it :D

    BalasPadam
  5. pedulik lah pulak tengok nama orang :(

    BalasPadam
  6. Tq.... Sangat mmbantu๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    BalasPadam
  7. hi, kalau kita mimpi seseorang yg kita kenal dan pernah rapat MUNGKIN kita merinduinya sampai terbawa dlm mimipi, itu tak mustahil kan? tak logiknya sebb katty and siti tak kenal awk, tp if someone yg kita kenal berkemungkinan la.. if kita mmpi someone tu bermakna dia rindu kita tu sy tak sure tp if kita mimpi someone tu mybe kita yg rindu dia, sbb sy mengalami nya.. kalau org lain tu tak pasti la sy.. contoh esok raya mlm ni mst mimpi pasal raya, sama jugak mcm rindu kt seseorg teringat kat dia mlm tu mimpi dia. so pendapat awk?

    BalasPadam
  8. muqaddimah najihah Nurhashimah7 Jun 2015 9:08 PTG

    Bukan semua soal hidup ini boleh dikupas dengan psikologi. Awak macam taksub sangat dengan psikologi barat

    BalasPadam
  9. Malas nak dedahkan identiti10 Jun 2015 2:22 PG

    Hm? Psikiatris? Bukan psikiatris tu bidang medic ke? Psychology bukan bidang medic kan?

    BalasPadam
  10. Mardhiah Yunos15 Jun 2015 9:33 PTG

    Salam. Alhamdulillah terima kasih sangat pada sharing & effort Asfan untuk terangkan dengan detail & mudah tentang psikologi! Sangat membantu orang ramai yang berminat dengan psikologi & ingin jadikan sebagai profesion seperti saya. Moga Allah permudahkan jalan Asfan & bakal2 psikologis yang makin jelas & laju ke matlamat mereka :)

    BalasPadam
  11. Maaf nak tanya? Tadi saya baru saja mimpi orang yang saya sayang. Sampai terbawak mimpi apa dia sedang rindu atau saya yang rindu dia emm ๐Ÿ˜ข

    BalasPadam
  12. saya bukan nak menyibuk tapi mmg dikata mimpi itu permainan tidur dan tak bermaksud jugak mimpi seseorang itu maksudnya dia rindu kan kita tetapi ianya juga sebagai mesej daripada ALLAH untuk meingatkan kita sesuatu contohnya munking org itu akan kembali kepada Allah atau pun munking ada musibah yg menimpanya betul tak?? jadi tak perlu lah kita gaduhnya2 hanya pasal mimpi okay? :)

    BalasPadam
  13. Ian Brandon Manfred23 Julai 2015 5:06 PTG

    hello baby aku just nak tahu apa maksud dia bukan nak baca benda panjang2 kau ni sial banggang anjing pukkimak

    BalasPadam
  14. Ian Brandon bodoh4 Ogos 2015 11:01 PTG

    tu lah bodoh. pergi sekolah pun sia-sia. maksudnya memang takde maksud lah. Selipar pun lagi bijak daripada kau

    BalasPadam
  15. saya ada kembar.kmi pernah mimpi perkara yang sama masa kecil dulu :).sy brminat nak tahu lebih mengenai psikologi kalau ada rujukan yg boleh sy rujuk mengenai ini mohon kongsikan kpd sy.

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran