Skizofrenia tu Apa?

Isu-isu berkaitan dengan kesihatan mental semakin mendapat perhatian dalam kalangan penduduk Malaysia which is a good thing but unfortunately rakyat Malaysia tidak mengambil maklumat tentang kesihatan mental daripada sumber yang betul tetapi daripada laman sosial yang disebarkan oleh kawan-kawan yang tiada latihan dalam bidang kesihatan mental. Tak kurang juga yang membuat penulisan dalam bentuk cerpen yang...

..juga tak berapa betul sampaikan menyebabkan stigma kepada mereka yang mempunyai gangguan mental semakin marak dan akhirnya disisihkan masyarakat.

Antara gangguan mental yang selalu disalahertikan dalam artikel-artikel yang dipanggil sebagai cerpen ataupun novel ialah sejenis penyakit yang diberi nama Skizofrenia. Saya secara sendirinya lebih menyukai terma "gangguan" berbanding "penyakit" sebab seolah-olah skizofrenia ni boleh pula berjangkit (pendapat peribadi)

Tidak. Skizofrenia tidak boleh berjangkit.

Kepada para penulis buku Indie dan juga mereka yang masih belajar tentang kesihatan mental, baca lah artikel ini dengan penuh ketelitian untuk mengelakkan kesalahfahaman tentang Skizofrenia.

CIKGU ASFAN, SKIZOFRENIA TU APA?
1. Skizofrenia ialah sejenis gangguan kepada otak yang sangat kronik sehingga menyebabkan pesakit biasanya mendengar suara yang orang lain tak dengar, rasa apa yang orang lain tak rasa, dan nampak apa yang orang lain tak nampak. Jeng jeng jeng....

2. "Jadi, orang yang kena rasuk, histeria dan bomoh-bomoh tu semua skizofrenia ke cikgu? Sebab diorang nampak hantu kan?" pelajar Tingkatan 5 tanya soalan ni masa kelas relief tahun lepas.

3. Ini sebenarnya bergantung kepada perspektif mana yang ingin diambil. Psikologi dan psikiatri merupakan satu bidang yang berasaskan sains tulen di mana kewujudan entiti-entiti misterius masih lagi belum diterima. Boleh jadi, mereka tu skizofrenia atau ada masalah yang lain, atau mungkin juga tiada masalah langsung! Setakat yang saya tahu, belum ada lagi pakar psikologi dari segi perubatan, terutamanya mereka yang menulis jurnal-jurnal psikologi yang menerima kewujudan kuasa ghaib. Setiap perkara ada penjelasan yang saintifik

4. Skizofrenia ni sebenarnya ada beberapa jenis mengikut manual diagnosis masalah mental IV (DSM-IV). Antara ciri sepunya yang ada pada pesakit Skizofrenia ialah

  • Halusinasi - ni pesen manusia yang 'rasa' dengan sepenuh hati dan pancainderanya bahawa ada sesuatu di situ padahal orang lain tak nampak/hidu/dengar apa-apa pun. Contohnya, dengar ada suara berbisik di telinga "Yusooff Taiyooob" padahal tiada radio/TV menayangkan iklan tersebut. Tu halusinasi la tu
  • Delusi - Kepercayaan pelik-pelik yang bukannya datang daripada adat (sebab sesetengah benda pelik ni kan adat). Contohnya, seorang lelaki yang percaya bahawa kiamat akan datang apabila anjingnya mengangkat kaki. Ada juga kes di mana dia percaya bahawa dia ialah orang lain[1]
  • Kecelaruan pemikiran (thought disorder) - Ini bermaksud pemikiran logik seseorang tu tidak bersambung secara sihat ataupun langsung tak tersusun. Kita takkan faham dia cakap pasal apa.
  • Gangguan pergerakan - Senang cerita tengok gambar di atas lah. Dalam kes yang lebih ekstrem pada zaman ketiadaan rawatan, ada pesakit skizofrenia yang langsung tidak boleh bergerak, sejenis fenomena yang dipanggil sebagai catatonia.
Semua simptom yang diterangkan tadi tu ialah sifat asal yang tak ada pada manusia tetapi ADA pada pesakit skizofrenia. Maka, keempat-empat tu dinamakan sebagai simptom positif. 

Selain tu, ada juga simptom negatif di mana sifat/perlakuan asal manusia telah hilang pada pesakit seperti ini. Contohnya:
  • "Flat affect" - ekspresi muka tak berubah masa bercakap ataupun dia bercakap dengan tona suara yang mendatar. Ibarat robot
  • Tiada rasa seronok/nikmat dalam kehidupan seharian
  • Tidak boleh memulakan atau mengekalkan sesuatu aktiviti yang dirancang
  • Bercakap sikit sangat walaupun dipaksa bercakap (okay, yang ini cukup terasa haha)
Tapi janganlah disebabkan satu simptom je korang dah mengaku ada skizofrenia! Diagnosis hanya boleh dilakukan apabila simptom tu ada sekurang-kurangnya DUA, melebihi 6 bulan secara berterusan, mendatangkan masalah kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling, dan juga tidak disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan atau dadah. [2]

PENINGLAH CIKGU! CUBA BAGI CONTOH


Budak dalam video ni ada kawan yang orang lain tak nampak yang bernama "Seven". Benda tu pernah suruh dia tikam mak sendiri guna garfu dan dia buat!

Untuk contoh dan pemahaman yang lebih mendalam, antara kes yang paling popular dan telah diadaptasi ke filem ialah cerita tentang seorang penerima Anugerah Nobel yang bernama John Nash. Saya sendiri dah tengok cerita ni lebih daripada 10 kali sebab terlampau best. Nama filem tersebut ialah "A Beautiful Mind"

CIKGU, APA PENYEBAB SKIZOFRENIA NI?
Kajian terhadap kesihatan mental ni merupakan satu benda yang secara relatifnya, baru dan masih mentah jika dibandingkan dengan bidang perubatan biasa. Setakat ni, tiada sebab utama yang diketahui menyebabkan skizofrenia. Saintis masih dengan teori biopsikososial mereka [3]

Faktor genetik membuatkan otak lain daripada normal
Cara membesar membentuk kesihatan psikologi yang berlainan
Akhir sekali faktor sosial (persekitaran) yang merangsang seseorang yang memang sudah terdedah tu untuk bertindak di luar kawalan

Sebagai penutup, adakah korang setuju yang orang nampak "hantu" ni sebenarnya berhalusinasi? Tuliskan di ruang komen bawah

 
[1]  Schizophr Bull (2010) 36 (4): 667-679.doi: 10.1093/schbul/sbqTul001. First published online: February 8, 2010
  DSM-IV Criteria for Schizophrenia
[3] Schizophr Bull (2009) 35 (4): 798-806.doi: 10.1093/schbul/sbn008First published online: February 27, 2008

0 KOMEN DISINI:

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran