Self-Fulfilling Prophecy - Kenapa Niat Penting Untuk Sesuatu?

Dulu masa sekolah, cikgu selalu cakap yang sebelum kita pergi ke kelas, kita mestilah tetapkan niat dulu. Cikgu selalu cakap kalau kita tetapkan hati kita dan berusaha ke arah tu, tiada apa yang mustahil di dunia ni. Jangan katakan nak jadi berjaya, nak masukkan ubat gigi balik ke dalam tiub Colgate tu pun boleh agaknya!

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Dalam lagu ni pun ada jelaskan serba-sedikit tentang kepentingan keyakinan diri dalam melakukan apa sahaja. If you think you can do it, you will definitely can! Itulah tips yang saya amalkan especially bila pernah menghadiri satu kuliah yang bertajuk self-fulfilling prophecy.

Self-fulfilling prophecy
Dalam Bahasa Malaysia, fenomena psikologi yang sangat penting ni dipanggil sebagai ramalan kebenaran sendiri. Daripada namanya sahaja kita sudah boleh agak yang benda ni sebenarnya berpunca daripada diri kita sendiri. Ia berlaku apabila akal kita percaya yang kita mempunyai suatu kualiti yang tertentu (walaupun kita tak ada) dan akhirnya kita betul-betul terjadi.

Dalam kata lain, jika minda korang dah set yang korang ni adalah manusia yang berjaya, maka perbuatan korang walaupun sedikit akan dirasakan berjaya. Dan daripada kejayaan-kejayaan yang kecil tu, menyemarakkan pula lagi api semangat untuk korang jadi lebih produktif dan lebih berjaya. Mekanisme dia adalah seperti yang berikut:

Percaya diri sendiri baik ---> Buat benda baik ---> Terus menerus buat benda baik ---> Betul-betul jadi baik

..dan step pertama di atas ni kadang-kadang hanya memerlukan seseorang itu untuk mengatakan ayat tersebut kepada diri sendiri (Merton, 1948) . Teringat pula zaman job hunting lepas pulang dari New Zealand dulu - setiap pagi sebelum saya pergi bertemu duga, saya akan cakap pada diri saya :


  • "I am good at interviews and I will do this one just fine". 
  • "Hi handsome, look great today. Want to kick ass at interviews?" Puji la diri sendiri. Bukan kena bayar pun
  • "I'm gonna speak like I already have the job"
Bila kita dah tak percaya pada diri sendiri, maka apa yang kita akan buat tu dirasakan tak bermakna dan jadi sia-sia sebab perbuatan kita tak selari dengan mindset. Itulah sebabnya bila Spiderman rasa tension dan keliru dengan aksi dia sendiri, dia kehilangan kebolehan untuk keluarkan spider web dan melekat pada dinding untuk seketika. Bukan faktor fisiologi dan bakat sahaja memainkan peranan, malah faktor psikologi pun sama

Samalah juga dengan para pelajar di luar sana yang masih atau akan menghadapi musim peperiksaan. If you are too tensed up to face the examination, you're not going to be able to do anything. Relaks, dan yakin pada diri sendiri yang korang dah usaha apa yang termampu dan korang akan buat yang terbaik.

All the best kepada semua orang yang sedang menghadapi peperiksaan. Semoga dipermudahkan. Artikel ini ditulis khas kepada Cik Y yang akan menghadapi paper exam very very soon. 



REFERENCE:

Meerton, R. K. (1948). The Self-fulfilling prophecy. The Antioch Review, 8, 2. 193-210

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran