Tips Untuk Pelajar Psikologi

Kadang-kadang orang yang berada dalam bidang psikologi tu sendiri ada masalah untuk memahami tentang minda manusia, apatah lagi jika anda masih seorang pelajar di menara gading. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru bagi mereka yang menceburkan diri dalam bidang psikologi terutamanya disebabkan umur bidang ini yang masih baru dalam Malaysia. Tambahan pula, bidang ini bukanlah satu bidang yang menjadi pilihan ibu bapa dan guru-guru di sekolah pun ramai yang masih tidak tahu tentang psikologi ini, menjadikan para pelajar seolah-olah tidak tahu apa-apa tentang apa yang mereka pelajari.

Jika anda ingin mengetahui apa keputusan yang melayakkan sijil anda untuk psikologi di menara gading, klik lah di sini

1. PSIKOLOGI BUKANLAH COMMON SENSE SEMATA-MATA

Sebenarnya banyak aspek psikologi yang kita pelajari adalah apa yang orang panggil sebagai "common sense" yang berlandaskan statistik, nombor, dan perbandingan umur yang mengambil kira kajian dan kerja kuat pengkaji yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Walaupun ia adalah sejenis common sense, tetapi melalui psikologi kita boleh tahu yang mana ialah common sense yang logik dan mempunyai dasar yang kuat untuk dipercayai. 

Sebagai contoh, orang yang ada common sense takkan percaya bahawa sehelai tuala wanita yang ditampal pada dahi bayi yang mengalami kekuningan (jaundice),akan menyebabkan kekuningan itu berkurangan. Kadang-kadang, kajian dibuat untuk menentukan jika sesuatu common sense itu adalah betul ataupun tidak

"Peningkatan penjualan ais krim menyebabkan kes pembunuhan meningkat di US". Data ini memang wujud dan selalu diceritakan dalam buku statistik dan dalam buku psikologi terutamanya dalam buku metodologi kajian.  Boleh jadi ia adalah satu common sense- orang US terlampau suka kan ais krim sehingga sanggup berbunuhan. Mungkin ais krim tak cukup, atau kes rompakan yang terjadi sebab nak beli ais krim? 

Tetapi tidak, jika kita belajar psikologi, kita akan tahu tentang korelasi (correlation) dan juga causation di mana jika kita ada dua data yang nampaknya macam berkaitan, mungkin ianya tidak berkaitan waima sekelumit tah gigi pun.

So, masih rasa common sense dalam psikologi perlu diambil ringan? Baca setiap perenggan dalam buku atau nota dengan teliti dan jangan rasa kita boleh teka semua benda tu dan goreng sesedap rasa.

2. BERHATI-HATI DENGAN APA YANG ANDA BACA

Antara sebab saya mula berhenti tweet di akaun @psikoologi dan hanya berkongsi pautan internet di sana akhir-akhir ini ialah terlampau ramai pengguna internet yang mula percaya bahawa apa yang disampaikan itu adalah tentang diri mereka. Cuba lah tanya dengan rakan-rakan anda dan bacakan beberapa ciri OCD (baca di sini) dan tanya jika mereka rasa diri mereka OCD? Saya rasa lebih 60% akan mengiyakannya. Untuk mengelakkan Ramalan Kebenaran Sendiri (Self-fulfilling Prophecy) berlaku, maka lebih elok jika kita percaya bahawa diri kita adalah normal dan kita berusaha untuk menjadi manusia yang positif. Konsep dualisme tentang diri kita dan perkara negatif yang kita baca perlu diwujudkan.

Sebelum psikologi sosial dan psikologi positif mula popular, bidang ni didominasi oleh kajian dan penulisan yang berkait rapat dengan bidang perubatan. Sejak dulu lagi, psikologi adalah berkait rapat dengan isu seperti sakit mental, ketidakseimbangan pemikiran, dan sebagainya. jadi tidak hairanlah jika banyak kandungan psikologi adalah berkait rapat dengan otak pembunuh bersiri, halusinasi, delusi, ataupun skizofrenia. Info seperti ini boleh dikategorikan sebagai maklumat yang mempunyai konotasi negatif.

Manusia ada sejenis kesalahan pemikiran yang dinamakan sebagai negativity bias. Otak, ataupun pemikiran kita mempunyai tindakbalas yang lebih kuat kepada maklumat negatif berbanding yang positif. Dalam kajian Cacioppo dalam Journal of Personality and Psychology, beliau mendapati bahawa otak kita memproses maklumat dengan lebih kuat pada gambar yang negatif (kucing mati), berbanding gambar neutral (pinggan) dan gambar positif (pizza).

Saya tahu, antara tips untuk belajar ialah dengan mengaitkan perkara tersebut dengan diri sendiri tetapi untuk psikologi, kita berikan pengecualian. Jangan kaitkan diri anda dengan simptom gangguan mental yang ada dalam manual diagnostik. Anda cantik, anda hensem, anda pandai, anda friendly, dan mental anda sihat.

3. BUAT WATAK KHAYALAN

Antara teknik yang digunakan untuk menghafal ialah palace of memory/ method of loci. Bayangkan satu tempat yang anda cukup biasa. Contohnya rumah sendiri. Dalam rumah ada 3 bilik dan dalam setiap bilik ada seorang pesakit mental. 

Bilik 1 - Ada pesakit skizofrenia. Selain selalu kata ada kawan lain di sisi dia (halusinasi), dia juga mengatakan pelawat yang datang ke biliknya ialah (delusi). Bayangkan simptom dan semua yang berkaitan tentang pesakit ni. Kita akan bina perwatakan yang kuat lengkap dengan cirinya. Alah ibarat mengingat semula cerita Suamiku Encik Arrogant ke apa benda entah. 

So, bila kita nak mengingat kembali fakta tersebut, pejamkan mata dan bukalah pintu-pintu yang ada pesakit tu. Nescaya boleh menjawab tanpa ada masalah

Alternatifnya, jika anda ingin mengingat fakta yang lain, bayangkan anda masuk ke dalam rumah dan seorang ahli keluarga atau orang yang anda kenali dalam rumah tu ceritakan satu fakta psikologi yang anda ingin hafal.

4. TIMBA PENGETAHUAN DENGAN NIAT UNTUK MENGAPLIKASIKAN

Tips ini datang khas dari graduan Unversity of Canterbury, NZ, Cik Diyana Halim. Ya betul, antara teknik yang paling berguna untuk mahir dengan fakta psikologi ialah dengan mencari sebab di mana kita akan menggunakan maklumat tu terutamanya untuk maklumat yang susah dihadam. Dulu masa kecil pun kita rasa yang matematik duit tu susah sebab ada sen sen tapi bila dah amalkan semasa beli aiskrim, wah jadi mudah pula matematik ringkas tu. 

Sebagai contoh, Applied Behaviour Analysis (ABA) punya langkah yang cukup renyah kalau nak dihafal tanpa menjiwainya. Tapi bila kita nampak di mana nak gunakan pengetahuan tersebut, dengan izin Tuhan tidak ada masalah pun 


Gambar di atas ialah graf ABA untuk autisme yang saya buat semasa menjalankan projek intervensi tingkahlaku. Apa yang saya nak sampaikan ialah setiap kali jumpa graf atau langkah-langkah untuk menjalankan sesuatu terapi atau intervensi, cuba aplikasikan.

Action speaks louder than words kan?

----------
Mungkin ini sahajalah tips spesifik untuk belajar psikologi yang saya boleh berikan. Selain tips-tips di atas, tak tinggal solat, betulkan niat, dan "tips" yang selalu kita dengar tu bolehlah juga diamalkan. 

SUMBER:

Negative Information Weighs More Heavily on the Brain: The Negativity Bias in Evaluative Categorizations (free PDF).

Announcement; Blog Maklumat Psikologi ini akan dipadam dalam masa 1 minggu kerana belum menjelaskan yuran tahunan RM50.00. kalau anda mahu mengekalkan blog ini, bolehlah hubungi saya di 0197039495 untuk menyumbang. Jumlah terkumpul setakat ini ialah RM10

Trichotillomania - Kegilaan Mencabut Rambut

Untuk 2 minggu lepas ni, saya suka menonton satu cerita yang bernama Criminal Minds yang dahulunya mengemukakan banyak statistik tentang jenayah dan kaitan dengan mental illness. Dalam satu episod, dia ada cerita pasal sejenis Impulsive Control Disorder (ICD) (klik untuk baca tentang OCD | klik untuk baca tentang OCPD) yang dinamakan sebagai Trichotillomania (TTM). 

Walaupun dalam Bahasa Melayu, trichotiilomania ni boleh didefinisikan sebagai sejenis gangguan yang menyebabkan orang mencabut rambut, tapi tak semestinya rambut yang di atas kepala tu sahaja. Antara jenis rambut (atau bulu) yang selalu dikaitkan dengan kes trichotillomania ialah kening. Fenomena mencabut kening ni boleh dilihat dalam cerita "The Internship". 

Selain daripada rambut dan bulu kening, tak ketinggalan juga dalam senarai ialah bulu hidung, bulu tangan, bulu kaki, bulu kemaluan dan juga bulu mata. Ouch.

ETYMOLOGY
Trichotillomania berasal daripada perkataan Greek oleh seorang pakar kulit berbangsa Perancis bernama Hallopeau
  • thrix (rambut)
  • tillein (mencabut)
  • mania (kegilaan)

DALAM PEMIKIRAN

Kalau kita tengok dalam filem, disorder atau gangguan ini sebenarnya berkait rapat dengan stress di mana pesakit akan mengalami sejenis gangguan pemikiran yang menyebabkan dia  tidak dapat mengawal dirinya daripada mencabut bulu (kompulsif) di bahagian tertentu untuk menghilangkan pemikiran atau stressor tersebut. Kebiasaannya, mereka hanya mencabut sehelai rambut dengan sekali tarikan tetapi berterusan untuk beberapa jam. Disebabkan fenomena ini iimpulsif, maka ia bukanlah disengajakan. Ibarat makcik-makcik yang melatah, begitulah juga orang yang menanggung azab trichotillomania ni  hanya jika mengalami OCD. Terdapat juga sub-jenis lain di mana TTM adalah disengajakan (Flessner, Woods, Franklin, Cashin, & Keuthen, 2008).

Selalu kita nampak fenomena tarik rambut ni ada pada budak-budak dan ya, kanak-kanak juga boleh mengalami TTM tetapi selalunya lebih berkait rapat dengan masalah tingkah laku seperti ADHD (klik untuk baca ADHD). 

UMUR TRICHOTILLOMANIA

Adalah penting untuk kita mengetahui kategori umur pesakit TTM untuk menentukan sama ada betul ia mengalami TTM atau hanya sekadar fenomena biasa.

  1. Mean umur untuk pesakit TTM ialah antara 9 -13 tahun. 
  2. Untuk kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun, penarikan rambut adalah biasa. 
  3. TTM pada kanak-kanak pra-sekolah pula, penarikan rambut kebiasaannya berlaku semasa tidur
  4. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan bahawa kanak-kanak pra-sekolahyang menarik rambut akan mengalami TTM apabila umur mereka meningkat. Jangan risau, anak anda selamat. Lagipun, TTM adalah agak jarang dikesan di mana prevalennya hanyalah dari 0.6% sehingga 4% sahaja**
(Tay, Levy, &Metry, 2004)

RAWATAN TTM
Seperti biasa, yang pertama sekali yang saya sarankan kepada pembaca ialah jangan terus menuduh seseorang itu ada TTM melainkan telah mendapatkan pandangan pakar. Isi blog ini hanyalah sebagai panduan dan informasi dan bukan untuk anda mendiagnosis sendiri. Walau bagaimanapun, jika seseorang yang anda kenal ada TTM, maka rawatan yang boleh diambil ialah:

  • Cognitive Behaviour Therapy (CBT) ialah sejenis psikoterapi di mana fokusnya adalah untuk mengubah pemikiran pesakit, perasaan, dan perlakuan mereka dengan cara-cara tertentu seperti pembalikan tabiat, terapi komitmen, dan sebagainya
  • Kawalan stimulus
  • Terapi Perlakuan Dialectic (DBT)
  • N-acetyl-cysteine, sejenis asid amino tetapi setakat yang saya tahu dan baca, belum ada lagi sejenis ubat yang betul-betul berkesan dan diluluskan oleh FDA untuk TTM. Apa yang dibuat ialah dengan mengenal pasti simptom seperti depresi dan memberikan ubat untuk depresi. Ubat untuk OCD juga pernah diberi untuk pesakit TTM tetapi tidak menunjukkan kesan yang memberangsangkan kerana bahagian di otak yang bertanggungjawab untuk gangguan ini masih belum dikenal pasti. Pada pendapat saya, terapi perlakuan dan minda lah yang paling sesuai setakat ini.
Senarai rawatan dari Franklin et al. (2011)
SUMBER: 

The Milwaukee Inventory for Subtypes of Trichotillomania-Adult Version (MIST-A): Development of an Instrument for the Assessment of “Focused” and “Automatic” Hair Pulling (free PDF)

Trichotillomania in Childhood: Case Series and Review (free PDF)

Treatment Guidelines for Trchotillomania, Skin-Picking, and Other Body-Focused Repititive behaviours (free PDF).

Announcement; Blog Maklumat Psikologi ini akan dipadam dalam masa 2 minggu kerana belum menjelaskan yuran tahunan RM50.00. kalau anda mahu mengekalkan blog ini, bolehlah hubungi saya di 0197039495 untuk menyumbang 

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran