Penyakit Gila Ketika Bulan Mengambang

Beberapa hari lepas, sekali lagi kami guru-guru dan pembantu di sekolah membincangkan soal kebajikan pelajar (walaupun secara tidak formal) tentang pelajar-pelajar tertentu yang tidak diketahui diagnosisnya. Untuk makluman pembaca semua, pelajar di pendidikan khas perlu mendapatkan kad OKU sebelum boleh diterima masuk ke dalam program pendidikan khas di sekolah-sekolah kerajaan yang menawarkan program tersebut dan dalam kandungan kadnya ada dilaporkan sama ada pelajar tersebut:
  • LD = Learning Disabilities , masalah pembelajaran
  • DE = Deaf, pekak
setidak-tidaknya inilah senario di tempat saya berkhidmat. Ada juga kategori lain yang akan dibincangkan dalam artikel di lain hari tetapi apa yang anda kena tahu ialah individu LD merangkumi mereka yang bermasalah autisme, ADHD, selective mutism (tahun ni ada seorang pelajar), Down Syndrome, dan lain-lain gangguan dalam DSM yang boleh mengganggu kefungsian hidup seseorang dan seterusnya menghalang individu tersebut daripada belajar secara normal dalam bilik darjah.

Dalam fail maklumat pelajar ini, ada terkandung surat pendaftaran dan pengesahan daripada pegawai perubatan bahawa pelajar tersebut telah didiagnosis sebagai sekian-sekian. Mungkin ada diperincikan tetapi fail saya yang tidak lengkap tetapi dalam fail pelajar, hanya dinyatakan pelajar tersebut berkategori LD tanpa ada spesifikasi sama ada autism, ADHD, dan sebagainya. 

Masa sebab itulah, dalam artikel kali ini, saya menulis tentang seorang pelajar yang tidak diektahui diagnosisnya. Jika pembaca masih ingat dalam artikel terdahulu bertajuk "Special Education Kids Whom I See Everyday", saya ada menceritakan tentang seorang pelajar yang apabila bulan mengambang, dia akan marah-marah pada semua orang. Marah, kena maki, ditunjuk jari tengah, dibaling batu dan diugut macam-macam adalah antara perkara yang dilakukannya.

Untuk menjaga privasi pelanggan, pelajar tersebut akan diberi nama N

Baru sahaja Jumaat yang lepas semasa kami menjalankan aktiviti di pusat sumber, N seorang sahaja yang duduk di luar sambil bercakap sorang-sorang. Baru sahaja keluar dari pintu, saya dibaling dengan seketul batu. Insiden ini lalu dibawa sebagai perbincangan ke dalam bilik guru sebagai perbincangan profesionalisme untuk kebaikan pelajar. Bukan untuk mengumpat ya

Jadi disebabkan sebelum ni kami memang diberitahu yang N memang akan buat perangai naik hantu dia apabila bulang mengambang jadi perbualan seperti yang berikut telah berlaku. Perbualan ini asalnya dalam dialek Sabah tapi telah diubahsuai untuk kesesuaian pembaca
A: Sekarang ni bulan tengah mengambang ke Z?
Z: Rasanya bukan. Kenapa kau tanya?
A: Sebab si N tu lah dia buat hal lagi. Baling batu tadi. Besar-besar pulak tu. Memang iya ke dia tu bila bulan mengambang je dia buat hal?
Z: Ye la tu orang cakap dia memang ada masalah kalau bulan mengambang. Mummy (bukan mak kandung, tapi penjaga) dia pun cakap macam tu.
A: Lah aku ingatkan korang main-main je cakap bulan mengambang. Ingatkan korang maksudkan dia datang bulan. Kebetulan memang dia tengah datang bulan tu kan
Alkisahnya, betulkah ada penyakit yang membuatkan sesetengah orang menjadi gila ketika bulan mengambang ni? Nampaknya macam ramai yang mendukung fahaman tersebut? Soalan yang sama juga ditanyakan di page Facebook Blog Psikologi. - Benarkah penyakit atau terma yang lebih sesuai, Gangguan Gila Semasa Bulan Mengambang ni wujud?

LITERATUR

Gangguan Semasa Bulan Mengambang dalam literatur-literatur yang terdapat di Google, juga dikenali sebagai "Lunar Effect" di mana keadaan bulan mengambang tu sendiri dipercayai mengubah kelakuan manusia. Ada yang mengatakan bahawa sinar yang datang daripada bulan tu yang memberi kesan kepada kulit manusia, mengganggu tidur lalu menyebabkan manusia mudah naik darah, dan sebagainya.

Tetapi, ingatlah. Walaupun sesuatu perkara tersebut ada muncul dalam hasil carian Google, tak bermaksud ia memang betul wujud. Kita juga ada baca tentang unicorn di internet tetapi tidak bermakna ia wujud

Pada zaman dulu memang ya perkara ini ada disebut seolah-olah seperti satu fenomena yang benar-benar terjadi. Teringat pula masa belajar Abnormal Psychology di universiti dulu pun pensyarah ada sentuh isu ini di mana Lunar Effect adalah sesuatu yang tidak logik dan tidak mempunyai asas saintifik mahupun statistik 

Sebenarnya, kes ini telah lama dibuat kajian ke atasnya. Sebuah kajian daripada Lieber dan Sherin (1972) telah memplot graf insiden kejadian kes bunuh dengan pergerakan fasa bulan di sebuah kawasan di Ohio, Amerika Syarikat. Dalam kajian tersebut, mereka menyimpulkan bahawa mungkin  Lunar Effect ni memang betul-betul wujud disebabkan berlakunya peningkatan signifikan dari segi statistik kes pembunuhan selepas berlakunya kejadian bulan mengambang. Dalam kajian yang sama, mereka juga menyimpulkan bahawa tidak ada kaitan langsung antara kedudukan bulan di daerah itu dengan bilangan kes membunuh.

KAJIAN BARU

Tiada yang pasti dalam dunia kajian terutamanya dalam psikologi. Terlampau panjang untuk diolah di sini dan mungkin akan diceritakan dalam topik lain. Disebabkan berlakunya banyak percanggahan pendapat, sebuah kajian dibuat pula oleh Owen, Tarantello, Jones, dan Tennant (1998). Dalam kajian yang lebih terperinci ini, semua fasa bulan direkodkan, dan definisi keganasan yang digunakan pun diperhalusi lagi supaya tiada masalah dengan data dan rekod. 

Kajian tersebut mendapati bahawa tiada kaitan antara pergerakan fasa bulan dengan peningkatan keganasan. 

KAITAN DENGAN PARASIT SEMASA BULAN MENGAMBANG
Ada yang berpendapat bahawa mungkin juga fenomena ini adalah disebabkan oleh kewujudan ulat atau parasit tertentu yang mengawal secara halus tindak tanduk ketika bulan mengambang. Ini adalah tidak benar sama sekali dan satu dakwaan yang tidak berasas. Selalunya hujah ini digunakan oleh penjual produk yang bukan sahaja menjual ubat-ubatan yang diragui, malah juga menjual nama agama demi memperdayakan pelanggan serta melariskan perniagaan

STATISTIK

Satu perkara yang anda perlu tahu tentang statstik yang digunakan ialah walaupun keputusan kaitan antara fasa bulan dengan kes bunuh adalah tidak signifikan, contohnya dalam 30 orang, hanya 7 yang membunuh ketika bulan mengambang, tetapi masih juga ada yang membunuh ketika itu. Mengapa?

Para saintis dan pengkaji berpendapat bahawa ini mungkin sekali disebabkan oleh Confirmation Bias dan Self-Fulfilling Prophecy. Sila klik untuk baca artikel tentang ini.

PENUTUP

Sebenarnya saya sendiri tak pasti apakah masalah yang dihadapi oleh Pelajar N. Bukan untuk melabel, tetapi jika kita tahu apa yang dihadapinya, maka terapi-terapi tertentu yang khusus bolehlah digunapakai untuk menangani masalahnya. Sekadar "ada masalah mental" bukanlah satu keputusan yang boleh memuaskan hati saya

Ada sesiapa yang mahu lontarkan pendapat di sini?

RUJUKAN:

Lieber, A. L. & Sherin, C. R. (1972). Homicides and the lunar cycle: Toward a theory of lunar influence on human emotional disturbance. American Journal of Pychiatry, 129 (1), 69-74

Owen, C., Tarantello, C., Jones, M., & Tennant, C. (1998). Lunar cycles and violent behaviour. Australian and New Zealand Journal of Psychiatry, 32, 496-499.

Cara Buat Assignment Review Filem Psikologi Abnormal

Semua pelajar yang mengambil jurusan psikologi pasti akan mengambil subjek yang berkisar tentang psikologi abnormal. Jika subjek ini merupakan subjek elektif, saya memang sarankan adik-adik ambil sebab ia memang sangat menarik dan penuh dengan informasi yang boleh meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa yang membacanya. Sejarah tentang rawatan sakit mental yang melibatkan penghalauan jin, pembuangan darah, dan melubangkan kepala semuanya diterangkan dalam subjek Abnormal Psychology.

Kebiasaannya, para pelajar akan menerima tugasan daripada penceramah di mana mereka akan diminta untuk menulis analisis tentang filem yang menceritakan perihal psikologi. Ramai pelajar yang rasakan tugasan ini  merupakan sesuatu yang mudah tapi jangan tersilap langkah sebab walaupun anda dapat menonton filem sebagai satu tugasan, laporan analisis masih kekal sebagai satu kerja yang rasmi dan menuntut anda supaya mengikuti cara gerak kerja yang betul.

Jadi, apa yang perlu anda semua buat sebelum memulakan tugasan ni?

Langkah 1
Mestilah kena pilih movie mana yang menjdi pilihan untuk tugasan. Soalan ni ramai yang tanda kepada saya tentang movie apa yang sesuai untuk dianalisis. Jangan risau, sebab kebiasaannya pensyarah akan berikan tajuk movie apa yang boleh digunakan untuk tugasan ini. Jika anda nak pilih sendiri, anda mesti ingat bahawa filem yang dipilih mesti berkisar tentang gangguan mental yang boleh dianalisis, bukan cerita sains fiksyen yang kononnya mempunyai kaitan dengan psychology seperti Limitless dan Inception.  Antara filem-filem yang paling awesome mengikut pandangan peribadi saya ialah

  • Fight Club (1999) - Undang-undang pertama pasal Fight Club ialah jangan sesekali bercakap pasal Fight Club.
  • Donnie Darko (2001) - cerita pasal budak lelaki yang ada halusinasi dan delusi pasal seekor arnab. Tak, arnab tu tak comel langsung sebab dia bersaiz manusia dan suruh Donnie bunuh orang. Movie ini menarik tapi tergolong dalam kategori "hard" pada saya sebab kena tengok berulang kali baru boleh faham. 
  • A Beautiful Mind (2001) - movie yang paling senang untuk dianalisis. Sesetengah kursus mengharamkan movie ini daripada dimasukkan dalam tugasan sebab terlampau direct. Cerita benar pasal penerima Anugerah Nobel yang ada skizofrenia. Ada plot twist yang power di pertengahan cerita.
  • Shutter Island (2010) - lakonan Leonardo DiCaprio, menceritakan tentang detik-detik cemas seorang lelaki yang terperangkap di sebuah pulau khas untuk pesakit mental
  • The Voices (2014) -lakonan Ryan Reynolds. Ini pun satu filem yang mudah untuk dikenalpasti simptom gangguan mental yang perlu dianalisis dan juga untuk kita mengkritik penyampaian maklumat dalam cerita tu
Langkah 2
Selepas pilih, ambil popcorn dalam sekilo macam tu, dan layanlah sambil menonton. Fokus dan enjoy cerita tu dari awal sehingga tamat

Langkah 3
Tonton semula tapi dengan membuat nota pula kali ini. Catatkan perkara-perkara berikut
  • apa simptom yang ditunjukkan
  • apa ubatan/rawatan yang ditunjukkan. 
  • apa kesan ubatan tersebut
  • bagaimana reaksi pelakon lain dalam cerita tersebut terhadap watak yang ada masalah mental tersebut?
  • apa pengakhiran cerita tersebut terhadap watak yang mengalami masalah mental?
Selagi tak cukup sehelai kertas A4 anda semua tulis, tonton semula dan cari maklumat-maklumat tersebut dengan terperinci. Buat jadual (table) untuk memastikan cara anda semua mencari maklumat dalam keadaan sistematik.

Langkah 4
Cari salinan Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders yang di manaversi terkini ialah DSM-V yang dikeluarkan pada Mac 2013. Ini adalah penting untuk anda rujuk simptom dan diagnosis terhadap gangguan mental dalam filem tu. Betul ke diorang diagnos? Jika anda tiada salinan ini, hubungi saya

Langkah 5
Tuliskan draf tentang tugasan tersebut tanpa menulis dengan ayat penuh. Biasanya layout tugasan ada diberikan oleh pensyarah. Perenggan 1 untuk apa, perenggan 2 untuk apa dan seterusnya. Pada masa yang sama,

Langkah 6
Cari kajian-kajian semasa atau terdahulu yang boleh digunakan untuk menyokong hujah anda dalam tugasan tersebut. Jangan gunakan Wikipedia dan elakkan juga guna website seperti about.com. Gunakan Google Scholar sebab maklumat dan kajian di situ boleh dipercayai. Antara kajian yang boleh digunakan dalam kebanyakan tugasan ialah
  • American Psychiatric Association (2013). Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (5th ed.). Arlington, VA: American Psychiatric Publishing.
  • Craddock, N., O’Donovan, M. C., & Owen, M. J. (2005). The Genetics of Schizophrenia and Bipolar Disorder: Dissecting Psychosis. Journal of Medical Genetics, 42, 193-204.
  • Chee, K. Y., & Salina, A. A. (2014). A Review of Schizophrenia Research in Malaysia. Medical Journal of Malaysia, 69 (Suppl A), 46-54.
  • Crisafulli, C., Drago, A., Calabro, M., Spina, E., & Serretti, A. (2015). A Molecular            Pathway Analysis Informs The Genetic Background at Risk for Schizophrenia.             Progress in Neuro-Psychopharmacology & Biological Psychiatry, 59, 21-30
  • Kopelowicz, A., Liberman, R. P., Zarate, R. (2006). Recent Advances in Social Skills             Training for Schizophrenia. Schizophrenia Bulletin, 32 (Suppl 1), 12-23
  • Leucht, S., & Davis, J. M. (2011). Are All Antipsychotic Drugs the Same? The British Journal of Psychiatry, 199, 269-271. doi: 10.1192/bjp.bp.111.095323
    dan banyak lagi. Untuk nampak bijak dan efisien di mata pensyarah, saya nasihatkan perkara berikut
  • Baca betul-betul kajian yang anda download tu. Bila masukkan dalam tugasan, pastikan kajian tu cakap apa yang anda maksudkan. Ilmu baca statistik penting di sini.
  • Gunakan lebih daripada 10 sumber rujukan yang sahih 
  • Jangan gunakan sumber tu hanya sekali sehaja. Nampak sangat bila terfikir idea, google, terus paste dan sebenarnya tidak memahami kajian yang telah dirujuk.
Langkah 7
Goreng sampai masak

Langkah 8
Proofread hasil kerja anda untuk kesalahan fakta, format, undang-undang APA, dan juga grammar. Jika anda menghadapi masalah untuk buat semua ini, saya cadangkan anda semua hubungi 0197039495 melalui aplikasi Whatsapp untuk servis yang power. Memang kadang-kadang kita terlampau yakin takde buat salah kan?

Langkah 9
Hantar dan doa banyak-banyak supaya tugasan yang mudah ni dianugerahkan dengan gred A+ dan ilmu yang dicari dan dihujahkan tu kekal dalam ingatan dan berguna untuk keadaan dan tempat lain.

Benar, tugasan ini ialah satu tugasan yang mudah tapi berdasarkan apa yang saya tulis tadi, jelaslah bahawa benda yang nampak mudah tidak semestinya perlu diambil mudah. Sentiasa ambil serius akan tugasan anda dan selamat menulis!

Fakta Psikologi: Perempuan Tidak Suka Overthinking


Selalu kita nampak website-website murahan menggunakan terma seperti "overthinking" yang kemudiannya dikaitkan dengan aspek psikologi seseorang terutamanya kaum wanita. Sudah saya terangkan dalam artikel yang terdahulu bahawa

10 Mitos Tentang Penyakit Mental

Berikut adalah 10 Mitos Tentang Penyakit Mental (10 Myths About Mental Illness) yang anda semua patut tahu. Sama seperti bidang perubatan, penyakit mental juga ada mitos yang ramai orang sebarkan tanpa bertanyakan kepada yang ahli. Maka, mari kita tengok apakah mitos-mitos tersebut



MITOS 1: Penyakit mental tidak dialami oleh kanak-kanak
FAKTA SEBENAR


Majoriti penyakit mental yang dialami pada peringkat dewasa bermula pada zaman kanak-kanak / remaja. Dan majoriti belia yang menerima bantuan / rawatan berjaya berkembang dengan baik.

Majority of adult mental illness begins during childhood or adolescence. Most of youth who receive help improve significantly with treatment.

多数精神病起源自孩童或青少年时期。大部分接受治疗的病患,病情将会得到显著的改善。



MITOS 2: IBU BAPA PUNYA DOSA, ANAK DAPAT PENYAKIT MENTAL
FAKTA SEBENAR:

Penyakit mental di dalam kanak-kanak adalah disebabkan biologi, persekitaran, atau kedua-duanya sekali. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor genetic dan ketidakseimbangan bahan kimia dalam badan atau kesan pengambilan dadah atau alkohol semasa hamil. Sebab lain ialah akibat penderaan, kanak-kanak yang terabai serta insiden yang menyebabkan mereka sangat tertekan.

Mental health disorders in children are caused by biology, environment, or a combination of both. They can be caused by genetics or biological factors such as a chemical imbalance or prenatal exposure to alcohol or drugs. They can also be the result of abusive or neglectful treatment or stressful events.

孩童的精神病是生理,环境因素所造成。其他的原因包刮基因遗传、脑部化学物质不平衡、产前吸取毒品以及酒、受家人虐待或忽略以及生活压力。


MITOS 3: PESAKIT MENTAL ADALAH BAHAYA
FAKTA SEBENAR:

Majoriti mereka yang mengidap penyakit mental adalah dari kes kemurungan dan kegelisahan. Mereka hidup seperti biasa, tetapi perasaan dan tingkah laku negatif mengganggu aktiviti seharian mereka.

Most people who have a mental illness struggle with depression and anxiety. They have normal lives, but their feelings and behaviours negatively affect their day-to-day activities.

大部分精神病患所患有的是忧郁症和焦虑症。他们可以如常生活。但是,他们负面的情感和行为影响了他们的日常生活


MITOS 4:  SEMUA PESAKIT MENTAL GANAS TAHAP PEMBUUH EBRSIRI
FAKTA SEBENAR:

Kajian menunjukkan bahawa hanya sedikit sahaja peratusan keganasan di dalam masyarakat yang disebabkan oleh pesakit mental.

Malangnya, media sering menggambarkan bahawa pesakit mental adalah pembunuh misteri.

Bahkan, pesakit mental adalah golongan yang kerap menjadi mangsa kepada keganasan.

Very little violence in society is caused by people who are mentally ill. Unfortunately, popular movies often portrays mentally ill people as dangerous. People with a major mental illness are more likely to be victims of violence than perpetrators.

研究发现只有小部分的暴力是精神病患所为。不幸的是,媒体时常把他们形容成危险人物。其实,精神病患时常是暴力事件中的受害者。


MITOS 5: KEMURUNGAN (DEPRESSION) ADALAH SEBAB LEMAH SEMANGAT
FAKTA SEBENAR:

Kajian menunjukkan bahawa kemurungan tidak ada kaitan dengan lemah atau malas. Ia disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia dan otak. Terapi dan ubat anti-depresi mampu membantu pesakit untuk sembuh.

Research shows that depression has nothing to do with being lazy or weak. It results from changes in brain chemistry or brain function. Therapy and/or medication help people to recover.

研究显示忧郁症不是因为个人的软弱或惰性。它是由于脑部化学物质及功能产生变化而引起的疾病。心理治疗和抗忧郁的药物可以帮助病患康复。



MITOS 6: PENAGIH DADAH TAK NAK BERUBAH
FAKTA SEBENAR:

Ketagihan merangkumi asbab yang agak kompleks.

Ia berkaitan dengan genetik, persekitaran, dan ada kalanya penagih mempunyai penyakit mental yang lain seperti kemurungan.

Apabila seseorang yang mengidap ketagihan beserta faktor-faktor yang disebutkan, ketagihan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihentikan.

Addictions involve complex factors including genetics the environment, and sometimes other underlying psychiatric conditions such as depression. When people who become addicted have these underlying vulnerabilities it's harder for them to simply kick the habit.

成瘾有着复杂的因素,其中包刮:基因、环境和潜在的精神病譬如忧郁症。因以上所素,上瘾者难以戒掉毒瘾。





MITOS 7: ECT TU KEJAM!

FAKTA SEBENAR: 


ECT dilakukan dibawah pengaruh ubat bius, dan pesakit dalam keadaan tidak sedar semasa melakukan ECT.

ECT adalah salah satu rawatan yang cukup berkesan dalam merawat kebanyakan penyakit mental yang tidak berkesan dengan ubat yang diberi.

ECT is one of the most effective treatments for people whose depression is so severe that antidepressant medications just don't do the job and who are debilitated by the depression.

电疗法对那些服食了药物但病情却没有得到改善的严重忧郁症病患起着非常显著的疗效。








MITOS 8: PESAKIT MENTAL NI DUNGU


FAKTA SEBENAR:



Tahap intelektual seseorang tidak ada kaitan dengan penyakit mental.

Bahkan, kadangkala kebanyakan pesakit mental mempunyai tahap intelektual dan kreativiti yang sangat tinggi.

Intelligence has nothing to do with mental illnesses or brain disorders.

On one hand, many people with mental disorders are brilliant, creative, productive people.

On the other hand, some people with mental disorders are not brilliant or creative. Certain mental illnesses may make it difficult for people to remember facts or get along with other people, making it seem like they are cognitively challenged.

Overall, the level of intelligence among people with mental illness likely parallels the patterns seen in any healthy population.

智力和精神病或脑功能障碍没有直接关系。并且,精神病患可以是聪明、有创意性及有生产能力的一群。总的来说,精神病患的智商与普罗民众的智商无异








MITOS 9: PESAKIT MENTAL TAK BOLEH BEKERJA!
FAKTA SEBENAR:

Apabila dalam keadaan stabil, pesakit mental mampu berfungsi dengan baik di tempat kerja.

Sebenarnya, apabila pesakit mental tidak dibenarkan bekerja, mereka akan rasa terasing, seterusnya meningkatkan lagi rasa tertekan dengan hidup, sekali gus menyebabkan mereka lebih sukar untuk sembuh daripada penyakitnya.

People with mental illness can and do function well in the workplace.

They are unlikely to miss any more workdays because of their condition than people with a chronic physical condition such as diabetes or heart disease.

The real problem is the prejudice against hiring people with mental illness. The resulting unemployment leaves them isolated, a situation that can add to their stress, and make it more difficult to recover from the illness

精神病患可以在职场上正常运作因为不见得他们会比起其他患有譬如糖尿病及心脏病的员工拿更多的假期。其实,真正的问题在于社会对精神病患的歧视,不愿聘请他们,以致加重他们的生活压力,并造成他们更难康复。


MITOS 10: PENYAKIT MENTAL ADALAH FOREVER AND EVER
FAKTA SEBENAR:

Dengan perkembangan zaman, kajian demi kajian dibuat, rawatan yang ada didapati BERKESAN!

Rawatan yang diberikan telah mengubah banyak hidup manusia yang ada di muka bumi.

Tidak percaya?

Bolehlah bertanya pengalaman mereka yang pernah mendapat rawatan dan kini mampu hidup dengan bahagia.

TREATMENT WORKS! Treatments for mental illnesses are more numerous and more sophisticated than ever and researchers continue to discover new treatments. Because of these advances, many people can and do recover from mental illness.

精神病的治疗是有效的!现今的治疗更加繁多、更加优越。学者也不停的发现新的治疗方法。就因为这些发展、进步,许多病患可以康复。

------
Diharap dengan info yang diberikan ini, kita sama-sama dapat memahami MI dengan lebih menyeluruh dan tidak bersandarkan mitos. Terima kasih kepada MYYINSIGHTS atas keizinan yang diberikan untuk menggunakan material mereka.

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran