Memaparkan catatan dengan label Cognitive. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cognitive. Papar semua catatan
Dulu masa sekolah, cikgu selalu cakap yang sebelum kita pergi ke kelas, kita mestilah tetapkan niat dulu. Cikgu selalu cakap kalau kita tetapkan hati kita dan berusaha ke arah tu, tiada apa yang mustahil di dunia ni. Jangan katakan nak jadi berjaya, nak masukkan ubat gigi balik ke dalam tiub Colgate tu pun boleh agaknya!

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Dalam lagu ni pun ada jelaskan serba-sedikit tentang kepentingan keyakinan diri dalam melakukan apa sahaja. If you think you can do it, you will definitely can! Itulah tips yang saya amalkan especially bila pernah menghadiri satu kuliah yang bertajuk self-fulfilling prophecy.

Self-fulfilling prophecy
Dalam Bahasa Malaysia, fenomena psikologi yang sangat penting ni dipanggil sebagai ramalan kebenaran sendiri. Daripada namanya sahaja kita sudah boleh agak yang benda ni sebenarnya berpunca daripada diri kita sendiri. Ia berlaku apabila akal kita percaya yang kita mempunyai suatu kualiti yang tertentu (walaupun kita tak ada) dan akhirnya kita betul-betul terjadi.

Dalam kata lain, jika minda korang dah set yang korang ni adalah manusia yang berjaya, maka perbuatan korang walaupun sedikit akan dirasakan berjaya. Dan daripada kejayaan-kejayaan yang kecil tu, menyemarakkan pula lagi api semangat untuk korang jadi lebih produktif dan lebih berjaya. Mekanisme dia adalah seperti yang berikut:

Percaya diri sendiri baik ---> Buat benda baik ---> Terus menerus buat benda baik ---> Betul-betul jadi baik

..dan step pertama di atas ni kadang-kadang hanya memerlukan seseorang itu untuk mengatakan ayat tersebut kepada diri sendiri (Merton, 1948) . Teringat pula zaman job hunting lepas pulang dari New Zealand dulu - setiap pagi sebelum saya pergi bertemu duga, saya akan cakap pada diri saya :


  • "I am good at interviews and I will do this one just fine". 
  • "Hi handsome, look great today. Want to kick ass at interviews?" Puji la diri sendiri. Bukan kena bayar pun
  • "I'm gonna speak like I already have the job"
Bila kita dah tak percaya pada diri sendiri, maka apa yang kita akan buat tu dirasakan tak bermakna dan jadi sia-sia sebab perbuatan kita tak selari dengan mindset. Itulah sebabnya bila Spiderman rasa tension dan keliru dengan aksi dia sendiri, dia kehilangan kebolehan untuk keluarkan spider web dan melekat pada dinding untuk seketika. Bukan faktor fisiologi dan bakat sahaja memainkan peranan, malah faktor psikologi pun sama

Samalah juga dengan para pelajar di luar sana yang masih atau akan menghadapi musim peperiksaan. If you are too tensed up to face the examination, you're not going to be able to do anything. Relaks, dan yakin pada diri sendiri yang korang dah usaha apa yang termampu dan korang akan buat yang terbaik.

All the best kepada semua orang yang sedang menghadapi peperiksaan. Semoga dipermudahkan. Artikel ini ditulis khas kepada Cik Y yang akan menghadapi paper exam very very soon. 



REFERENCE:

Meerton, R. K. (1948). The Self-fulfilling prophecy. The Antioch Review, 8, 2. 193-210
Astaga berapa ramai lah yang tanya soalan ni tapi baru kali ni nak jelaskan haha. Untuk post yang pertama tahun ni (walhal dah bulan 2. Pemalas punya admin) maka kami terasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada permasalahan ini. Jangan katakan pelajar lepasan SPM yang baru mahu memilih jalan kerjaya, yang dah belajar dalam ijazah sarjana muda dalam psikologi pun belum tentu dapat jelaskan dengan baik perbezaan antara ketiga-tiga profession ini. Maka di akhir artikel ni, pembaca aan tahu perbezaan psikologis vs psikiatris vs psikologis klinikal. Pengetahuan ini amat penting untuk pelajar, ibu bapa, dan guru-guru untuk menyampaikan maklumat yang benar

Teka-teki: Saya seorang doktor, boleh berikan diagnosis, dan boleh memberikan preskripsi ubat. Dalam konteks profesion psikologi, siapakah saya? Sila jawab di bahagian komen selepas membaca artikel ini P

Kalau teka-teki di atas agak susah untuk dijawab marilah kita berkenalan dengan profesion yang tiga ini ter
--------------------------------------
#1. PSIKOLOGIS/AHLI PSIKOLOGI
--------------------------------------
Secara mudahnya, seorang psikologis ialah seorang manusia yang mempunyai pengetahuan yang meluas dalam bidang psikologi. Buku teks psikologi, menggunakan pengetahuan daripada artikel dan journal yang ditulis oleh mereka ini. Contoh psikologis yang terkenal ialah seperti B.F Skinner, James Watson, Brofenbrenner, dan sebagainya kerana tanpa mereka-mereka ini yang pelopor kepada psikologi asas moden, tiadalah penemuan baru yang akan dibuat. Dalam kata lain, kalau dalam bidang kimia kita ada ahli kimia, maka dalam psikologi kita ada psikologis/ahli psikologi.

Walau bagaimanapun, bukanlah semua orang mampu mendapat gelaran psikologis ini. Seorang pelajar dalam bidang psikologi yang menulis artikel dan berjaya menerbitkannya dalam jurnal antarabangsa belum lagi boleh dipanggil sebagai psikologis kerana untuk bergelar sebagai psikologis, gelaran tersebut mestilah berdaftar dan berlesen terutamanya di luar negara. Mereka ini juga memegang kelulusan Doktor Falsafah (PhD) [sesetengahnya hanya memerlukan Masters Degree dan paling cikai, ijazah sarjana muda] dalam psikologi dan kerjanya adalah untuk membantu menjadikan kehidupan lebih baik. Selain daripada Masters atau PhD, untuk menjadi seorang Psikologis Berdaftar, seseorang itu perlu menjalani latihan klinikal berpantau selama 2 tahun

Antara kerja psikologis ialah:
  • Menjalankan sesi terapi berkumpulan ataupun secara individu untu orang dewasa, kanak-kanak, keluarga tentang masalah seperti depresi, anzieti, dan masalah dadah
  • Bekerja di sekolah untuk membantu pembelajaran murid-murid. Di Malaysia, servis ini disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas, terutamanya. 
  • Menjadi pakar rujuk khas tentang psikologi terutamanya prosiding mahkamah yang memerlukan kepakaran tersebut
Kesimpulannya, psikologis ialah seorang pakcik yang power dalam pengetahuan psikologi dengan begitu mendalam sekali.

-------------------------------------------
#2. PSIKOLOGIS KLINIKAL
-------------------------------------------
Untuk psikologis klinikal, mereka ini ialah mereka yang ada kelulusan sama dengan seorang psikologis, ditambah lagi dengan 2 tahun program Masters dalam latihan klinikal yang dikendalikan oleh universiti yang bertauliah. Setelah siap Masters, mereka perlu lagi menjalani program pemantauan klinikal selama 2 tahun dan perlu menjalani pengajian tambahan setiap tahun. Untuk psikologis klinikal, ada yang dapat title "Doktor" dan mereka ini ada PhD dalam psikologi ataupun Ijazah Kedoktoran Psikologi Klinikal (Psy. D)

Sebagai seorang psikologis klinikal, anda tidak boleh memberikan preskripsi ubat sebab hangpa secara natijahnya bukan doktor perubatan! Di beberapa tempat di seluruh dunia, profesion ini mempunyai kebenaran untuk memberikan preskripsi ubat-ubatan tertentu sahaja.

So far kita dah kenalpasti kerjaya psikologis klinikal dengan psikologis tak ada beza kan? Sebenarnya psikiatris tugasnya lebih kepada individu yang mengalami gangguan teruk seperti masalah mental manakala psikologis pula membantu masalah yang kurang teruknya. Make sense kan? Sebab ada latihan tambahan 2 tahun siap dengan sambung pengajian lagi

------------------------------------------ 
#3. PSIKIATRIS/ PAKAR PSIKIATRI
------------------------------------------
Biasanya orang tanya apa perbezaan psikologis dengan psikiatris? Seorang psikiatris mulakan karier mereka dengan mempelajari ilmu perubatan. Maknanya mereka perlu ada kelulusan dalam bidang perubatan daripada institusi yang diiktiraf. "Doktor" homeopati tak kira, ok? Biasanya step 1 ni mengambil masa kira-kira 5 tahun

Kemudian, doktor-doktor muda ni akan menyambung residency training mereka dalam bidang kesihatan mental pula selama 4 tahun. Setelah tamat, barulah mereka akan diberi lesen sebagai psikiatri

Disebabkan mereka ini ialah doktor, maka mereka memegang mandat dan kuasa untuk memberikan ubat kepada pesakit mereka. Psikologis dan psikologis klinikal akan merujuk kepada mereka ini untuk pesakit masing-masing. Antara tugasan lain termasuklah:
  • Mendiagnos dan merawat pesakit mental
  • Memasukkan pesakit ke dalam wad mental
  • Mencadangkan terapi dan memberikan ubat-ubatan 
Okay cukuplah maklumat setakat tu. Diharapkan kami telah memberikan penerangan yang cukup baik untuk perbezaan antara ketiga-tiga profession ini. Kalau pembaca sekalian faham dengan apa yang disampaikan, cubalah jawab soalan yang tertera di bawah gambar di permulaan artikel ini.

Hantarkan komen dan pertanyaan anda di bawah ini. Kami ingin mengetahui respon anda

A food for thought on a sunny Sunday in Wellington, New Zealand.

So, last week aku ada post pasal 1 movie yang patut ditonton oleh semua orang terutamanya golongan yang berumur 10-35 tahun dan movie tu bertajuk God Bless America (2011). Cerita ni walaupun tajuk dia ada mention America dan jugak cerita tu dia tujukan pada orang sana, tapi sebenarnya benda yang dia tunjukkan dalam tu adalah sangat boleh diapplikasikan dalam masyarakat di semua negara yang membangun, contohnya Malaysia.

"Die, Kardashian. Die!"
Antara perkara yang cerita ni highlight ialah masyarakat kita ni makin lama hidup makin tak tahu malu. In fact, bagi setiap benda yang memalukan tu seolah-olah membuatkan kita lagi bangga dan seronok pulak. Dalam kata lain, generasi yang tak tahu malu. Kita boleh tengok sendiri dalam internet berapa ramai yang jadi badut tak bergaji dan memalukan diri sendiri. Tapi mereka ni lupa yang mereka bukan hidup dalam dunia ni sorang-sorang. For every action that you do, you reflect some on your parents. Panas perut mengandungkan korang, tahu?

Kali ni kita bercerita pasal tidur pulak memandangkan ramai kawan-kawan di twitter seperti tidak faham apa itu kepentingan tidur dalam kehidupan seharian.


More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran