Memaparkan catatan dengan label Kajian Kes Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kajian Kes Facebook. Papar semua catatan
Pernahkah anda melihat gambar di bawah ni? Sebelum benda ni tersebar lebih meluas dan memberikan perspektif negatif terhadap orang yang kononnya "mengambil" berat dekat Angelina Jolie, meh baca apa yang aku nak sampaikan dulu. Pertama sekali, mari baca komik 'Islamik' tersebut yang diambil daripada sini.
So, 'Obama' dengan 'Bush' tengah berbincang tentang plan untuk membunuh ramai umat Islam dan Angelina Jolie, dan si pemerhati terkantoi tak kisah dengan kematian 140 juta orang tu, and instead, divert his attention to the death plan of Angelina Jolie.
Kalau orang tanya aku la kan sebab aku macam sentiasa ada di twitter sekarang ni, jawapannya ialah Facebook makin lama makin bosan. Benda yang sama, takde perubahan kecuali perubahan pada layouts. "Artis" tetap akan post benda yang kurang bijak (amboi sopannya bahasa aku) dan masih dapat beratus-ratus like, orang yang post benda baik tapi tak popular akan dibiarkan, dengan berapa ramai yang berdoa dekat Facebook, golongan yang mengharam dan meng-yahudikan semua benda dan yang paling aku menyampah, jenis yang share benda mengarut.


Untuk pendekkan cerita, dalam Facebook, selalu tersebarnya benda-benda seperti nota di bawah ni
"The scientists have proved that the voice which comes from our heart is "lub-dup". But now the analyzed that it is RUB-DUB-DUB is an Arabic words which means one who made each and everything in the universe, and who has the command on everything. That is "Allah". So it means every heartbeat every heartbeat says "Allah, Allah" (((hit the share((((( - source

Haritu aku ada tulis pasal doa di Facebook dekat status aku tapi entah kenapa aku terasa orang yang komen mempunyai masalah membaca walaupun tiada unsur sarkasme yang diselitkan dalam status tersebut. Tapi takpe, kalau korang tak terang dekat status tu, dan aku yakin ramai yang agak tak setuju dengan status tu, meh aku cerita dengan lebih lanjut apa problem aku dengan isu Doa di Facebook ni.


Sebelum aku sambung dengan lebih lanjut, aku nak make sure korang faham yang ini bukanlah hujah yang disokong oleh mana-mana dalil ke pak ustaz ke, imam muda asyraf yang orang selalu dok tweet kalau ada benda nak tanya tu ke (semua benda dia tahu kan? hebat) ataupun aku nak tegakkan benang yang basah mahupun lembap. Ni pandangan sendiri je, kalau tak setuju cakap ah

Pertama sekali, apa definisi "DOA"? bukan DotA ye adik-adik. Since aku takde buku teks masa sekolah agama kecik-kecik dulu, so aku takleh directly quote dari situ tapi ada website ni kata maksudnya ialah
Doa ialah permohonan seseorang hamba terhadap Allah secara terus bagi meyelesaikan segala masalah rohani dan jasmani, dunia dan akhirat sama ada untuk dirinya sendiri atau untuk saudara mara, sahabat handai dan seterusnya untuk kaum muslimin dan muslimat.
Okay ni kali terakhir lah aku nak panggil diorang ni lembu. Rasa macam tak baik pulak melabelkan manusia dengan makanan yang sungguh sedap. Tak layak rasanya dibandingkan burger daging sedap dengan manusia yang tak menggunakan akal sepenuhnya

kajian kes facebook 40

Apapun, ini ialah sambungan daripada tajuk Bagaimana Facebook Menukar Manusia Menjadi Lembu. Kali ni kita sambung pula ulasan pasal jenis-jenis lembu tu ya.

SAMBUNGAN LEMBU #2: LEMBU MLM
Okay pada isu lepas aku tak sempat nak tulis kenapa golongan MLM ni yang banyak guna fungsi nota Facebook sebagai medium pengantar nota-nota pelik, tak berasas, tahyul, dan merepek di Facebook dan kemudiannya meng-kreditkan nota yang dicuri daripada blog-blog itu ke fanpage sendiri. Sebabnya senang sahaja, bila orang rasa teruja dengan nota-nota merepek tu, mereka akan rasa ingin tahu tentang sumber asal "ilmu tersebut"

Dalam psikologi, ada dikatakan yang manusia ni ialah natural informavore. Mereka laparkan informasi. Jadi, bila korang jumpa page MLM dengan kata-kata aluan cacat seperti "login facebook dapat 1 juta dollar sehari" korang akan tertarik. Nak-nak pulak bebudak yang baru kenal internet. Memangla akan kena tipu.

Dalam senarai peribahasa Melayu yang aku tahu, ada satu yang berbunyi "bagai lembu dicucuk hidungnya". Sebenarnya aku tak pasti lah itu peribahasa, simpulan bahasa, bidalan ataupun hanya ungkapan tapi apa yang aku ingat maksudnya ialah seseorang yang hanya menurut kata-kata orang lain. Lebih kuranglah. Maka kali ini kita bercakap tentang bagaimana Facebook menukar manusia normal, atau dalam range normal (termasuklah aku), menjadi lembu. Jangan risau, semua orang berpeluang. Baca sampai habis dulu.

kajian kes facebook 39

Kalau kita tengok Facebook sekarang ni, kalau upload gambar, gedebuk seketul besar dia keluar dekat timeline. Kalau share nota (Facebook Notes) yang disertakan dengan gambar, maka kalau tengok dekat skrin aku, 70% akan dipenuhi dengan gambar tu, dan adalah beberapa baris ayat daripada nota yang dicakapkan. Jadi ya, bagaimanakah ciri Facebook ini menukar manusia jadi lembu?

Kita bahagikan lembu-lembu ini kepada beberapa kategori

Zaman makin berubah dan sekarang trend pada hari jadi ialah menghadiahkan pensel HB untuk meraikan hari jadi. Bila tiba hari jadi, secara umumnya, seorang manusia normal akan memeriksa 2 benda iaitu handphone dan juga Facebook untuk melihat ucapan daripada kawan-kawan. Kalau tak dilayan dikata pulak sombong

Maka korang pun periksa lah ucapan dari kawan...

kajian kes facebook 38

Ucapan pertama - "Selamat hari jadi, kawan. Moga panjang umur dan murah rezeki. Ada murah rezeki bolehlah belanja aku makan". Simple dan penuh bermakna dalam nada gurauan yang diterima daripada kawan sebaya

Ucapan kedua - "Happy birthday hun, hope you have a blast one". Wallpost ini datangnya dari kenalan rapat yang tiada hubungan intim dengan si penerima. Okay fine, dia sosial sikit maka begitulah ayatnya

Ucapan ketiga - "Selamat hari jadi bro! Moga hidup diberkati Tuhan!". Ucapan ini diterima daripada member kolej yang kaki drift. Seliar-liar beliau sempat lagi mendoakan kesejahteraan member dia sempena birthday

Ucapan keempat - "Ke hadapan bakal adik ipar, happy birthday dan study rajin-rajin". Ini ialah ucapan daripada bakal kakak ipar yang awesome

Ucapan kelima - "HB!!" - Ucapan ini datangnya dari alien. Entah apa maksudnya tiada siapa yang tahu. Mungkin sekali beliau tensi tak dapat jawab soalan peperiksaan dengan pensel HB sebab sekarang wajib guna pensel 2B.

Menjelang raya lah sangat walhal puasa pun belum masuk apekes la manusia kat Malaysia ni. Apesal aku kata Malaysia? sebabnya aku takde member pak Arab so aku tak tahu diorang suka celebrate bulan yang mana. Dengar cerita diorang merindui bulan Ramadhan sangat-sangat. Aku rasa aku tahu sebabnya tapi disebabkan malas nak bertanya sekarang ni, aku suggest korang tanya kawan-kawan yang tahu


Dah lama aku tak menyerang di slot Kajian Kes Facebook kan? Dah episod 37 dah pun..

Berbalik kepada puasa dan raya, mesti para bapak di luar sana memikirkan macamana nak balik menghadap bini dengan muncung tahap boleh sangkut baju sebab si bapak takde duit nak beli langsir baru, kereta baru, sofa baru, TV Plasma. Baju baru, itu baru, ini baru, Johor Baharu..

Si ibu pulak disebabkan nak mendapatkan wang lebih, maka bersengkang mata mencari lobang-lobang yang boleh membuatkan duit dengan pantas dan lumayan. Ini tidak termasuk menurun nombor ekor atau mengangkung kerana hantu setan semua kena ikat. Maka bermulalah bisnes itu bisnes ini, yang halal, Alhamdulillah. Si anak pulak tolong ibu bapa masing-masing bagi mengelakkan maruah keluarga tercalar akibat menggunakan perabot lama menjelang Hari Raya

Itu kisah lama. Sekarang zaman internet. Bisnes semua online. Nak marketing wajib melalui alam maya. Ada guna cara bagus, jual barang secara halal, bagus. Peniaga macam ni yang kita nak, amanah dalam berurusan, tidak menipu. Ada jugak yang menipu

TAPI AKU TAK PAHAM KENAPA ORANG TERTIPU DENGAN BENDA NI



Setelah sekian lama...




Yes akhirnya episod Kajian Kes Facebook kembali semula tapi kalini akak pulak yang tulis sebab abang panda ada 2 test minggu ni so dia tengah berguling-guling atas katil tu sambil berfikir yang kononyya berguling-guling tu boleh bagi dia A+ untuk 2 subjek test minggu ni. Anyway, harini akak nak cerita lagi pasal fanpage Facebook yang direka khas untuk anak-anak muda


See shuwit kan anak-anak muda sekarang? Eh, akak pun muda jugak tapi akak okay je single. Bak kata mak Abang Panda dulu; diri sendiri tu pun mak belikan spender, ada hati nak gatal-gatal dengan anak orang. Entahlah bebudak sekarang ni, seronok agaknya dapat populariti dengan diletakkan gambar diorang pada page.

Berikut ialah info pasal page ni..
Kalau korang rajin tengok kawan korang like like page Facebook atau masukgroup yang pelik-pelik di Facebook, aku rasa ada chance 80% yangkorang wajib pernah tengok ada makhluk dalam news feed yang join benda-benda yang bertajuk seperti "Login Facebook Dapat 4 Juta Dolar" kan?


Macam gambar di atas ni, siap ada step untuk dapatkan berjuta-juta dollar hanya dengan login Facebook. Sebab apa? Sebab bisnes bisnes (?) macam ni pernah bukak booth dekat universiti universiti terhebat di Malaysia, di ekspo, dan macam-macam tempat lagi. Siap ada website woh maka ianya perniagaan sah..

Kita takpernah dengar orang yang  join benda ni betul-betul dapat 4 juta dolar! Dengan bantuan abang dzaquanimran kita yang peramah lagi tidak lokek berkongsi ilmu mendapat jutaan dollar


Tapi kalau anda masih tak faham bagaimana caranya untuk mendapatkan atau nak check di mana duit 4 juta dollar tersebut akan muncul, jangan malu! Silalah bertanya sebab bak kata pepatah Melayu, Malu bertanya sesat jalan.

SARCASM

Adakah anda seorang lelaki yang sweet? Adakah anda seorang gadis yang bertudung? Katakan "YA" dan kami akan merealisasikan harapan anda untuk menjadi bintang fanpage PENCARIAN LELAKI SWEET DAN GADIS BERTUDUNG! Sudah tentu anda semua sedia maklum dengan apa yang kami cari! Lelaki sweet dan gadis bertudung lah.


Matlamat penubuhan organisasi kami ialah untuk menggalakkan para jejaka tidak kira umur di luar sana untuk menjadi sweet dan semanis-manis mungkin lalu menangkap gambar dengan kamera handphone sendirian sambil membuat muka muka manis.

Selain itu, kami juga berhasrat untuk meramaikan lagi ahli-ahli kami untuk memakai tudung dalam apa jua cara, apa jua warna lalu menangkap gambar di depan cermin atau menggunakan kamera kompak mahupun handphone. Selepas tangkap gambar, tudung boleh cabut! Sila rujuk profile ahli kami untuk kepastian jika anda seorang stalker. Maka suci murnilah tujuan penubuhan page kami ini!

Metodologi kami senang saja. Anda boleh ikuti beberapa step ini untuk menjadi idaman kalbu setiap manusia
Haritu saya buka Facebook dan terjumpa orang share link berkenaan benda ni. Nampak macam betul, tapi betul ke? Betul ke? Ingat balik prinsip kehidupan yang saya uar-uarkan di Facebook dan Twitter, "always check what you share on the internet". Okay baca petikan di bawah ni






BERSAMBUNG.....
Harini saya tiada mood untuk publish tulisan panjang-panjang jadi mari kita jadikan harini sebagai hari santai. Minggu depan dah mula kelas dah adoih! Takpe 3 subjek je untuk trimester ni.



Sekian. Ada lagi sebenarnya tapi aku malas nak bagi orang scroll banyak sangat. Mungkin lain kali kita buat Pantun Facebook 2? Haha
Petang 22 Febuari 2011 di Wellington taklah secerah semalam. In fact, 1 harini sangat gelap dan suram mungkin mengiringi hati aku yang penuh bermacam-macam soalan ni. As sastera as it sounds, salah satu benda yang bermain dekat fikiran aku ialah...


Disebabkan aku ni bukanlah mat sastera tapi hanyalah blogger berlidah puaka, maka harini aku memepersembahkan korang dengan Kajian Kes Facebook 30: Battle of The Fans. Korang tahu Battle of  the Bands kan? di mana band-band muzik naik atas pentas dan menyanyi, ada yang melalak, ada juga yang menyanyi macam suara penagih dadah; cuba mempersembahkan lagu terbaik mereka untuk melariskan jualan album dan juga menunjukkan siapa yang terbaik.

Itu dunia muzik. Industri muzik. Apa yang kita ada dekat dunia Facebook?


Pendapat peribadi aku mengatakan benda ni sungguh tak matang. Macam budak-budak. Bukannya semua pengundi ada Facebook. Tambahan pulak perlu ke dalam page tu nak maki-maki parti lain? Sebar fitnah?

Jangan ingat Pakatan Rakyat je, orang seberang sana pun dok ada...


Kenapa aku kata benda ni budak-budak? Tak ada rujukan aku takkan cakap sembarangan la brader. Lu orang nak berkempen boleh tak tunjuk cara matang dan professional sikit?


Ini lagi satu perangai orang kita, suka maki mencarut secara terang-terangan. Ingat lagi kes blogger kutuk Islam dulu? Haa time tu lah kita berlumba-lumba nak buat blog kutuk dia, maki dia padahal pernah korang baca hadis di mana-mana mengatakan ianya okay untuk mencarut demi mempertahankan Islam? ajaran sesat tu brader. Apa bezanya korang dengan orang yang dikutuk tu?


Tak guna like benda-benda gila ni. Sesetengahnya memang tak membawa kebaikan pun. Ada pulak haritu aku tengok orang like gerakan pelik-pelik. Paling aku tak puas hati kalau invite invite aku masuk event, group, dan page tahpape. Sepuk kang...

Politik tu tak kotor tapi dikotorkan. Tanpa politik macam mana kita nak berjual beli, belajar, berekonomi, berkahwin, dan berehem-ehem? Asyik ayat politik kotor je gua dengar, wa rasa otak lu orang yang terlalu kotor sebab selalu tonton 3gp rempit!
Dear readers, the admin-slash-author of this itty-bitty personal blog is still in final exam mood. Your comments, visits and everything related to this blog will be returned on Tuesday 15 Feb 2010


Okay kembali lagi kita berblog dengan tak sedar diri diri hari Isnin ni ada final exam yang menyakitkan hati. Kali ni kita sambung epiusod Kajian Kes Facebook yang telah pun mencapai angka 29. Tajuk kita pada kali ini ialah ciir baru yang dibuat pada profile fanpage. Jadi secara umumnya, info kali ini amat bermanfaat untuk admin-admin fanpage.


Para admin fanpages sekalian, kalau korang masih belum bukak fanpage korang hari ni, sila buka sekarang sebab korang akan nampak sesuatu seperti gambarajah dibawah. Aku tak tahu bila Mark Zuckerberg update benda ni sebab baru hari ni aku perasan. Semalam takde lagi rasanya.


New! An Upgrade for Pages
We're about to make it easier for you and your fans to connect with each other.
Nampak tak macam ni? Kalau korang tak nampak, tunggu je la sampai esok kot.
Ok jom kita tengok satu-satu apa yang ada dekat penambahbaikan oleh team Facebook terhadap fanpage.
Kalau korang tak boleh nak upgrade lagi, mungkin sebab perubahan ni memakan masa untuk sampai ke Malaysia. Agaknya lah kan


#1. Photo Showcase
Benda ni lebih kurang sama dengan personal profile semua orang je. Setiap kali korang ada gambar baru, tak kisahlah korang upload ke ataupun kawan korang yang upload, mesti dia keluar dekat atas tu. Gambar atas ni menunjukkan senarai movie yang dah direview.

#2. Navigation (navigasi?)
Kalau korang (admin) tekan upgrade, maka korang akan kehilangan tabs dan akan digantikan dengan navigation di bahagian sidebar kiri fanpage

#3. Wall filter
Ini memang benda yang paling bagus rasanya dalam perubahan ni. Katakanlah korang post apape dekat wall fanpage tu, post yang paling banyak dapat sambutan (like dan komen) akan dipaparkan terlebih dahulu. Jadi pengunjung boleh tengok terus apa yang paling menarik dekat page korang.

Aku rasa 3 ni je kot yang penting. Yang lagi 2 tu tak berapa penting sangat dan tak menarik kalau nak diceritakan pun. Oh ya, 1 benda lagi.


Aku tak berani nak cakap ni benda bagus atau tak. Korang boleh gunakan akaun Facebook korang sebagai admin fanpage all the time dan dapatkan News Feed dan notification sebagainya, ataupun korang boleh biarkan setting tu untuk kekal seperti sedia ada sekarang. Kelebihannya kalau guna account as fanpage, korang tahu apa yang terjadi dekat fanpage korang. Maka boleh berinteraksi dengan fans yang membawa 1001 persoalan dsb.

Keburukannya..


Walauweh. Agak-agakla notification sampai macam ni. Tak macam sikit pulak kalau nak gabung semua fanpage yang aku create sampai ke harini. Ada 7 semuanya. Okaylah bergantung dekat korang nak buat macam mana. Aku hanya menyampaikan ilmu Facebook. lol

Dekat bawah ni ialah satu benda yang dipanggil Facebook Like Box. Tujuannya ialah untuk korang klik 'like'. Kalau anda suka entri ini sila klik like. Kalau tak suka sila pegi jogging laju-laju. Sekian.
Hai yu all tengah buat tu? Rindu dekat Ahkak Fenny tak? Mesti rindu kan? Sorry tak dapat layan permintaan peminat semua sebab sejak I cerita pasal tips mekap 1 dan 2, terus I pergi jual ais kacang di Auckland. Dengan kesungguhan dan kecantikan cara bermekap ahkak la ahkak berjaya beli sebuah laptop untuk online facebook.

Tapi ahkak tension la dengan sesetengah pengguna facebook yang suka buat Teori Konspirasi tahap haramjadah. Bukan sahaja benda merepek diorang percaya, benda yang mustahil pun diorang percaya. Contohnya macam kes kita kali ni pasal nota Facebook yang ahkak terima baru-baru ni mengatakan bahawa..
Seorang pelajar cina berusia 17 tahun ... mengandung ....Beliau seorang kanak2 miskin dan bapanya pula seorang penjual TUALAWANITA.... banyak tuala wanita yang expired,si bapa telah mengagihkantuala wanita itu untuk dipakai oleh anak dan isterinya......so anak2 dgn bini dia pon pakaila TUALA WANITA tu.....lepas maybe beberapa bulan si anak mengalami muntah,loya tekak mcmorang2 mengandung tu...Dengan segera si bapa membawa anak ke hospital untuk diperiksa apepenyakit anaknya..dan doktor memberi jawapan yang mengejutkan bahawa si anak telahMENGANDUNG........Scan punya scan doktor memberitahu bahawa terdapat 20 EKOR ANAK TIKUSyang dikandungkan oleh pelajar terbabit...MUNGKIN KETIKA PERIOD TELUR2TIKUS TELAH DISENYAWAKAN KOT DAN MASUK KEDALAM OVARI PELAJARTERSEBUT..MUNGKINN.....doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas pelajar tersebut keranadidapati anak2 tikus terbabit telah tumbuh gigi dan dikhuatiri akanmemakan kesemua organ dalaman pelajar tersebut....kesemua doktor sahaja yang berani melakukan pembedahan itu,...pelajar terbabit kini disahkan tidak boleh mengandung lg kerana merekatelah mencuci keseluruhan dalaman pelajar tersebut kerana dikhutiridijangkiti virus tikus yg kotor itu...

Okay akak rasa nak tergelak baca nota tahap cipan ni. Ahkak rasa orang yang sebarkan nota ni mungkin terkena kenan cipan agaknya sebab tu dia malas masuk kelas Sains masa sekolah dulu.Ahkak ni selalu je pakai tuala wanita yang dah expired sebabnya tuala wanita mana ada tarikh luput! Ok meh sini ahkak tunjuk apa yang salah dengan nota cipan tu
  1. Tuala wanita ada expiry date kah?
  2. DNA manusia dan tikus tak compatible menyebabkan mustahilnya lahir separuh manusia dan separuh tikus
  3. Dan paling cipan sekali, tikus apa yang bertelur? Tikus mamalia lah ngek maka dia beranak
Tapi, kalau betullah apa yang dicakapkan dalam nota ni;


Okay Ahkak nak pergi sambung jual ais kacang dekat Auckland. Tata.
Sumber| Nota Cipan

Love,
Ahkak Fenny
Nak gelak atau nak marah? Itu persoalan utama, tapi apa yang membimbangkan ialah bukannya perasaan kita si pembaca, tapi perbuatan segelintir pihak yang otaknya mungkin dah dibekukan dengan mempercayai semua Teori Konspirasi. Dikaitkan dengan yahudi la pulak. Apa kata orang pasal Upin & Ipin?
Gambar tu aku saja-saja edit korang janganlah percaya pulak. Tadi aku ternampak sorang kawan ni dia post pasal kisah Upin Ipin yang mempunyai unsur Illuminati ke Yahudi ke entah atas sebab yang berikut:
1)Sebutlah Uffin bukan Upin
Upin dalam bahasa Aramaic bermaksud "Aku benci Rasul." Sebutlah Ariffin bukan Ipin
Ipin dalam bahasa Syriac bermaksud " Aku suka Israel
Penulis teori ni mungkin terlalu banyak menghidu kentut unta. Apakejadah bahasa menjadi pengertian kepada sesuatu yang kita sendiri pun tak tahu? Dulu aku pernah cerita pasal Bahasa Maori New Zealand . Dari situ kita boleh faham bahawa apa yang kita maksudkan, tidak sama dengan apa yang difahami oleh orang yang berlainan latar budaya. Contohnya, TAHI dalam Bahasa Malaysia bermaksud NAJIS manakala dalam bahasa Maori bermaksud 'SATU'
Ini diburukkan lagi oleh penggunaan huruf "U" pada baju Upin dan "I" pada baju Ipin."U" bermaksud " USA ""I" bermaksud " Israel "
Dengan jujukan di dalam kotak oren, maka batallah sudah akidah semua umat Islam yang berbahasa Inggeris sambil berbalas SMS. Contoh:
Aizat: Yuyu, you (u) nak g manew nanti?
Yuyu: Ala u, I nak pergi kedai mamak beli tong gas

Dan juga maaf ya rakan-rakan yang sedang belajar di USA, akidah anda sudah terbatal dengan menjejakkan kaki ke sana hatta untuk mencari ilmu sekalipun


Okay paling epik sekali:
Baru-baru ini Syarikat Apple telah melancarkan iPhone 4g. Diharap ikhwah danakhawat semua dapat sama2 memboikot iPhone 4g kerana ia sebenarnya adalahagenda yahudi. ' i ' pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada ' Israel ' .4g pula bermaksud "god, gold, glory and girl". kalu kamu benar2 cintakanAllah dan rasul, sila sebarkan kepada semua umat Islam kalau tidak solatkamu tidak sah selama 40 hari 40 malam.
"I" pada ikan juga merujuk kepada Israel. Maka janganlah makan ikan. "I" juga merujuk kepada Ibu, maka bunuhlah ibu kamu sebab Ibu kamu Israel. "I " juga merujuk kepada Itik, iaitu lambang kesyaitanan yang tak cukup syaitan kalau dibandingkan dengan kambing hitam.


Fakta penting:
  • Kawan-kawan saya yang ada Iphone simpan kompas kiblat dan Alqur'an elektronik di dalamnya. Saya takda Iphone
  • Gold untuk Iphone 4 apekejadahnya? Kita yang berhabis duit untuk beli adalaaaa
  • Girl - apa kaitan dengan Iphone 4? Nak kaitkan dengan sejarah Portugis Melaka pun agak-agaklah bai
  • Dalam AlQur'an tiada menyebut Allah dan rasul menyuruh umat Islam menyebarkan fitnah
Siapa percaya teori makhluk tak cukup kasih sayang ni sila telan air perahan stokin banyak-banyak. Moga-moga kebuduhan anda dapat diubati.
Cheerios!!
Insan comel sharing-sharing| IrahHajerah

Sebelum anda semua sambung membaca haruslah anda ketahui bahawa entry kali ni dispesifikkan kepada para blogger atau sesiapa sahaja yang memiliki page facebook sendiri tidak kisahlah fanpage, writer page, artist page, malah page alumni sekolah pun boleh

Kita tengok perbezaan
Gambar di atas ialah gambar fanpage yang biasa, yang takda kick. kalau orang masuk pun orang akan menguap sambil makan kuaci. Sila bandingkan dengan page dibawah pula.
Dan ini ialah fanpage yang lebih comel daripada biasa. Ada borang email, dan ada introduction untuk mengalu-alukan kedatangan pelawat anda yang comel-comel belaka.

Step 1: Cari page Static FBML di facebook dan klik Add to My page

Step 2: Pilih page yang anda mahu edit. Jangan tamak, buat satu-satu dulu sebab lepas ni nak main coding

Step 3: Masuk profile fanpage anda, klik Edit Page > Application

Step 4: Antara senarai applikasi yang ada sila cari FBML dan klik "Go To Application"

Step 5: Masukkan code yang anda mahu muncul di page tersebut


Step 6: Save Changes

Step 7: Masuk fanpage anda, dan susun tabs yang ada mengikut kesukaan

Step 8: Klik "Setting" pada bawah kanan tabs dan set default landing page kepada "Selamat Datang" yang anda baru buat tadi. Jadi semua pelawat akan singgah di mukasurat tu dulu. Siap!
  • Fakta Ekspress
  • Tak boleh buat pada profile peribadi
  • Boleh guna semua kod HTML
  • Tak boleh guna animated photo
  • Static FBML pages boleh buat banyak-banyak

Episod 18 dan 19 tidak disertakan bersama banner.
Sebelum kita bermula dengan entah apa benda lagi yang Facebook update pada kali ni marilah kita bukak kamus untuk mengetahui apa itu Friendship. Seperti yang disebut dalam Kamus Bahasa Panda Edisi Terhad,
Friend: Kawan
Ship: Kapal
Friendship: Kapal kawan
Apa kaitan friendship dengan Facebook? Jom tengok gambar di bawah. Gambar ni menunjukkan cara stalking terbaru yang diwujudkan demi menyokong Kelab Stalker Terhebat Dunia.
Wallpost Papanda ARC kepada Z@ck yang disertai oleh mattopman
Bila klik kat bahagian See Friendship anda akan nampak hubungan anda dengan pemilik profile tersebut. Contoh "hubungan" yang anda boleh nampak termasuklah seperti gambar di bawah. Pendek kata summary kepada relationship korang dengan kawan korang:
Penjelasan dibawah ni mengikut nombor
1. Gambar korang yang paling skandal
Ini hanyalah teori tapi aku rasa gambar yang ditunjukkan tu ialah gambar bersama yang paling banyak mendapat komen dan like daripada orang lain. Gambar di atas ni menunjukkan kami tengah dressing untuk Asian Night Market di Waterfront  Wellington City New Zealand. Tapi Zack ni kawan je


2. Connection dan network
Ni dia tunjuk hubungan kita. Kalau bini dia akan tulis "Wife" atau lebih kurang macam tu lah. Kalau adik dia akan tulis Sister/brother. Network pulak merujuk kepada network seperti Malaysia, New Zealand, dan sebagaimya. Benda ni menyenangkan terutamanya kalau korang ada kawan yang suka tukar nama pelik-pelik seperti Papanda Jadian. So korang boleh check siapalah mamat ni.


3. Overview
Menunjukkan semua berkaitan fungsi facebook yang melibatkan korang berdua seperti Wall Post,  dan Likes. Misal kata aku dengan Zack ada 8 persamaan dari segi likes. Tak tahulah pages apa yang kami like. Penat nak usha. Kelebihan fungsi ini: Entah macam takde je


4. Events attended
Menunjukkan acara-acara yang korang dah pergi bersama. Bersama ye bukan sama-sama. Kelebihan fungsi ni ialah seperti dialog di bawah:
ARC: Zack, haritu apa nama event yang kita pergi ada badut datang tu eh?
Zack: Entah aku tak ingat. Kau checklah "Friendship" dekat facebook
ARC: Oh ni dia dah jumpa. Open House Hari raya lah
(Dialog rekaan)
5. Mutual Friends
Kawan korang yang telah di add oleh kedua-dua pihak. Kelebihannya boleh dilihat kalau anda pening-pening lalat nak tahu si dia ni dah add si polan ke belum ke. Kenal ke tak kenal ke. Amat bagus untuk kaki stalker profile orang.


6. Photos
Ini menunjukkan gambar yang telah di tag bersama. kalau korang kene tag dekat gambar selipar ke kad raya ke, gambar tu akan turut keluar di page "Friendship" ni.

7. Stalkerama Function
Haa ni korang kene cari sendiri sebab aku tak letak dalam gambar di atas. Benda ni tool paling hebat untuk stalker. Kita bukan je boleh check connection dengan kawan kita yang sorang ni tapi dengan kawan dia pun boleh. Bahaya tak? Bahaya tak? Gadis- gadis di luar sana jangan tulis semua maklumat peribadi di facebook mahupun di blog okay?
"Friendship" Facebook Function:
Friendship meter: 30%
Stalker meter: 70%
Okay itu sahaja kali ni. Agak panjang kan? Dah 12.40 malam. Mari kita tidur sebab besok nak pergi pasar beli sayur dengan Mak Temah. Cheerios


1. Pertama sekali masukkan nilai-nilai yang anda suka ke dalam kotak di bawah ni. Kalau anda tak masukkan memang sampai kiamat pun takkan jadi tips ni (Secara ajaibnya kod yang anda perlukan akan di-update secara automatik)
Width of the Like Box                     (Enter the appropriate width of the FB like box) Facebook Fan Page / Profile URL
2. Kemudian Pak Mat dan Cik Bedah bolehlah login masuk blogger dan pergi ke Dashboard. Masuk Design > Edit HTML dan tick pada “Expand Widget Templates” 3. Cari  ]]></b:skin> guna CTRL+F pada dalam template anda dan di ATAS nya sila paste kod dibawah ni
.fb_like_box {
margin-top:10px;
-moz-border-radius:10px 10px 10px 10px;
border-radius:10px;
background-color:#3B5999;
border:3px solid #2B2B2B;
margin-bottom:10px;
padding:10px 7px;
width:540px;
}
.fb_like_top {
overflow:visible;
padding:0;margin:0 0 5px;
width:349px;
height:24px;
background:url("http://lh5.ggpht.com/_u4gySN2ZgqE/TJ3dpjy9PaI/AAAAAAAABr0/PTUXIS8ykps/fblogo%5B3%5D.jpg") no-repeat scroll left top transparent;
}

.fb_like_button_holder {
-moz-border-radius:10px 10px 10px 10px;
border-radius:10px;
background:none repeat scroll 0 0 #FFFFFF;
padding:12px 12px 0 12px;
width:515px;
height:42px;
}
4. Sekarang cari kod ni pulak <data:post.body/>pun guna CTRL+F jugak dan di BAWAH nya anda paste kod ini
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div class='fb_like_box'>

<div class='fb_like_top'></div>
<div class='fb_like_button_holder'>
<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show_faces=false&amp;width=100&amp;action=like&amp;font=arial&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px;height:30px;'/>
</div> </div> </b:if>
5. Now Save your template and you will see a Facebook Like Box on your post pages.

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran