Memaparkan catatan dengan label Psikologi Neurosains. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Psikologi Neurosains. Papar semua catatan
Untuk 2 minggu lepas ni, saya suka menonton satu cerita yang bernama Criminal Minds yang dahulunya mengemukakan banyak statistik tentang jenayah dan kaitan dengan mental illness. Dalam satu episod, dia ada cerita pasal sejenis Impulsive Control Disorder (ICD) (klik untuk baca tentang OCD | klik untuk baca tentang OCPD) yang dinamakan sebagai Trichotillomania (TTM). 

Walaupun dalam Bahasa Melayu, trichotiilomania ni boleh didefinisikan sebagai sejenis gangguan yang menyebabkan orang mencabut rambut, tapi tak semestinya rambut yang di atas kepala tu sahaja. Antara jenis rambut (atau bulu) yang selalu dikaitkan dengan kes trichotillomania ialah kening. Fenomena mencabut kening ni boleh dilihat dalam cerita "The Internship". 

Selain daripada rambut dan bulu kening, tak ketinggalan juga dalam senarai ialah bulu hidung, bulu tangan, bulu kaki, bulu kemaluan dan juga bulu mata. Ouch.

ETYMOLOGY
Trichotillomania berasal daripada perkataan Greek oleh seorang pakar kulit berbangsa Perancis bernama Hallopeau
  • thrix (rambut)
  • tillein (mencabut)
  • mania (kegilaan)

DALAM PEMIKIRAN

Kalau kita tengok dalam filem, disorder atau gangguan ini sebenarnya berkait rapat dengan stress di mana pesakit akan mengalami sejenis gangguan pemikiran yang menyebabkan dia  tidak dapat mengawal dirinya daripada mencabut bulu (kompulsif) di bahagian tertentu untuk menghilangkan pemikiran atau stressor tersebut. Kebiasaannya, mereka hanya mencabut sehelai rambut dengan sekali tarikan tetapi berterusan untuk beberapa jam. Disebabkan fenomena ini iimpulsif, maka ia bukanlah disengajakan. Ibarat makcik-makcik yang melatah, begitulah juga orang yang menanggung azab trichotillomania ni  hanya jika mengalami OCD. Terdapat juga sub-jenis lain di mana TTM adalah disengajakan (Flessner, Woods, Franklin, Cashin, & Keuthen, 2008).

Selalu kita nampak fenomena tarik rambut ni ada pada budak-budak dan ya, kanak-kanak juga boleh mengalami TTM tetapi selalunya lebih berkait rapat dengan masalah tingkah laku seperti ADHD (klik untuk baca ADHD). 

UMUR TRICHOTILLOMANIA

Adalah penting untuk kita mengetahui kategori umur pesakit TTM untuk menentukan sama ada betul ia mengalami TTM atau hanya sekadar fenomena biasa.

  1. Mean umur untuk pesakit TTM ialah antara 9 -13 tahun. 
  2. Untuk kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun, penarikan rambut adalah biasa. 
  3. TTM pada kanak-kanak pra-sekolah pula, penarikan rambut kebiasaannya berlaku semasa tidur
  4. Walau bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan bahawa kanak-kanak pra-sekolahyang menarik rambut akan mengalami TTM apabila umur mereka meningkat. Jangan risau, anak anda selamat. Lagipun, TTM adalah agak jarang dikesan di mana prevalennya hanyalah dari 0.6% sehingga 4% sahaja**
(Tay, Levy, &Metry, 2004)

RAWATAN TTM
Seperti biasa, yang pertama sekali yang saya sarankan kepada pembaca ialah jangan terus menuduh seseorang itu ada TTM melainkan telah mendapatkan pandangan pakar. Isi blog ini hanyalah sebagai panduan dan informasi dan bukan untuk anda mendiagnosis sendiri. Walau bagaimanapun, jika seseorang yang anda kenal ada TTM, maka rawatan yang boleh diambil ialah:

  • Cognitive Behaviour Therapy (CBT) ialah sejenis psikoterapi di mana fokusnya adalah untuk mengubah pemikiran pesakit, perasaan, dan perlakuan mereka dengan cara-cara tertentu seperti pembalikan tabiat, terapi komitmen, dan sebagainya
  • Kawalan stimulus
  • Terapi Perlakuan Dialectic (DBT)
  • N-acetyl-cysteine, sejenis asid amino tetapi setakat yang saya tahu dan baca, belum ada lagi sejenis ubat yang betul-betul berkesan dan diluluskan oleh FDA untuk TTM. Apa yang dibuat ialah dengan mengenal pasti simptom seperti depresi dan memberikan ubat untuk depresi. Ubat untuk OCD juga pernah diberi untuk pesakit TTM tetapi tidak menunjukkan kesan yang memberangsangkan kerana bahagian di otak yang bertanggungjawab untuk gangguan ini masih belum dikenal pasti. Pada pendapat saya, terapi perlakuan dan minda lah yang paling sesuai setakat ini.
Senarai rawatan dari Franklin et al. (2011)
SUMBER: 

The Milwaukee Inventory for Subtypes of Trichotillomania-Adult Version (MIST-A): Development of an Instrument for the Assessment of “Focused” and “Automatic” Hair Pulling (free PDF)

Trichotillomania in Childhood: Case Series and Review (free PDF)

Treatment Guidelines for Trchotillomania, Skin-Picking, and Other Body-Focused Repititive behaviours (free PDF).

Announcement; Blog Maklumat Psikologi ini akan dipadam dalam masa 2 minggu kerana belum menjelaskan yuran tahunan RM50.00. kalau anda mahu mengekalkan blog ini, bolehlah hubungi saya di 0197039495 untuk menyumbang 
Isu-isu berkaitan dengan kesihatan mental semakin mendapat perhatian dalam kalangan penduduk Malaysia which is a good thing but unfortunately rakyat Malaysia tidak mengambil maklumat tentang kesihatan mental daripada sumber yang betul tetapi daripada laman sosial yang disebarkan oleh kawan-kawan yang tiada latihan dalam bidang kesihatan mental. Tak kurang juga yang membuat penulisan dalam bentuk cerpen yang...

..juga tak berapa betul sampaikan menyebabkan stigma kepada mereka yang mempunyai gangguan mental semakin marak dan akhirnya disisihkan masyarakat.

Antara gangguan mental yang selalu disalahertikan dalam artikel-artikel yang dipanggil sebagai cerpen ataupun novel ialah sejenis penyakit yang diberi nama Skizofrenia. Saya secara sendirinya lebih menyukai terma "gangguan" berbanding "penyakit" sebab seolah-olah skizofrenia ni boleh pula berjangkit (pendapat peribadi)

Tidak. Skizofrenia tidak boleh berjangkit.

Kepada para penulis buku Indie dan juga mereka yang masih belajar tentang kesihatan mental, baca lah artikel ini dengan penuh ketelitian untuk mengelakkan kesalahfahaman tentang Skizofrenia.

CIKGU ASFAN, SKIZOFRENIA TU APA?
1. Skizofrenia ialah sejenis gangguan kepada otak yang sangat kronik sehingga menyebabkan pesakit biasanya mendengar suara yang orang lain tak dengar, rasa apa yang orang lain tak rasa, dan nampak apa yang orang lain tak nampak. Jeng jeng jeng....

2. "Jadi, orang yang kena rasuk, histeria dan bomoh-bomoh tu semua skizofrenia ke cikgu? Sebab diorang nampak hantu kan?" pelajar Tingkatan 5 tanya soalan ni masa kelas relief tahun lepas.

3. Ini sebenarnya bergantung kepada perspektif mana yang ingin diambil. Psikologi dan psikiatri merupakan satu bidang yang berasaskan sains tulen di mana kewujudan entiti-entiti misterius masih lagi belum diterima. Boleh jadi, mereka tu skizofrenia atau ada masalah yang lain, atau mungkin juga tiada masalah langsung! Setakat yang saya tahu, belum ada lagi pakar psikologi dari segi perubatan, terutamanya mereka yang menulis jurnal-jurnal psikologi yang menerima kewujudan kuasa ghaib. Setiap perkara ada penjelasan yang saintifik

4. Skizofrenia ni sebenarnya ada beberapa jenis mengikut manual diagnosis masalah mental IV (DSM-IV). Antara ciri sepunya yang ada pada pesakit Skizofrenia ialah

  • Halusinasi - ni pesen manusia yang 'rasa' dengan sepenuh hati dan pancainderanya bahawa ada sesuatu di situ padahal orang lain tak nampak/hidu/dengar apa-apa pun. Contohnya, dengar ada suara berbisik di telinga "Yusooff Taiyooob" padahal tiada radio/TV menayangkan iklan tersebut. Tu halusinasi la tu
  • Delusi - Kepercayaan pelik-pelik yang bukannya datang daripada adat (sebab sesetengah benda pelik ni kan adat). Contohnya, seorang lelaki yang percaya bahawa kiamat akan datang apabila anjingnya mengangkat kaki. Ada juga kes di mana dia percaya bahawa dia ialah orang lain[1]
  • Kecelaruan pemikiran (thought disorder) - Ini bermaksud pemikiran logik seseorang tu tidak bersambung secara sihat ataupun langsung tak tersusun. Kita takkan faham dia cakap pasal apa.
  • Gangguan pergerakan - Senang cerita tengok gambar di atas lah. Dalam kes yang lebih ekstrem pada zaman ketiadaan rawatan, ada pesakit skizofrenia yang langsung tidak boleh bergerak, sejenis fenomena yang dipanggil sebagai catatonia.
Semua simptom yang diterangkan tadi tu ialah sifat asal yang tak ada pada manusia tetapi ADA pada pesakit skizofrenia. Maka, keempat-empat tu dinamakan sebagai simptom positif. 

Selain tu, ada juga simptom negatif di mana sifat/perlakuan asal manusia telah hilang pada pesakit seperti ini. Contohnya:
  • "Flat affect" - ekspresi muka tak berubah masa bercakap ataupun dia bercakap dengan tona suara yang mendatar. Ibarat robot
  • Tiada rasa seronok/nikmat dalam kehidupan seharian
  • Tidak boleh memulakan atau mengekalkan sesuatu aktiviti yang dirancang
  • Bercakap sikit sangat walaupun dipaksa bercakap (okay, yang ini cukup terasa haha)
Tapi janganlah disebabkan satu simptom je korang dah mengaku ada skizofrenia! Diagnosis hanya boleh dilakukan apabila simptom tu ada sekurang-kurangnya DUA, melebihi 6 bulan secara berterusan, mendatangkan masalah kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling, dan juga tidak disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan atau dadah. [2]

PENINGLAH CIKGU! CUBA BAGI CONTOH


Budak dalam video ni ada kawan yang orang lain tak nampak yang bernama "Seven". Benda tu pernah suruh dia tikam mak sendiri guna garfu dan dia buat!

Untuk contoh dan pemahaman yang lebih mendalam, antara kes yang paling popular dan telah diadaptasi ke filem ialah cerita tentang seorang penerima Anugerah Nobel yang bernama John Nash. Saya sendiri dah tengok cerita ni lebih daripada 10 kali sebab terlampau best. Nama filem tersebut ialah "A Beautiful Mind"

CIKGU, APA PENYEBAB SKIZOFRENIA NI?
Kajian terhadap kesihatan mental ni merupakan satu benda yang secara relatifnya, baru dan masih mentah jika dibandingkan dengan bidang perubatan biasa. Setakat ni, tiada sebab utama yang diketahui menyebabkan skizofrenia. Saintis masih dengan teori biopsikososial mereka [3]

Faktor genetik membuatkan otak lain daripada normal
Cara membesar membentuk kesihatan psikologi yang berlainan
Akhir sekali faktor sosial (persekitaran) yang merangsang seseorang yang memang sudah terdedah tu untuk bertindak di luar kawalan

Sebagai penutup, adakah korang setuju yang orang nampak "hantu" ni sebenarnya berhalusinasi? Tuliskan di ruang komen bawah

 
[1]  Schizophr Bull (2010) 36 (4): 667-679.doi: 10.1093/schbul/sbqTul001. First published online: February 8, 2010
  DSM-IV Criteria for Schizophrenia
[3] Schizophr Bull (2009) 35 (4): 798-806.doi: 10.1093/schbul/sbn008First published online: February 27, 2008
Ada orang kata bahawa melatah ni merupakan satu fenomena yang hanya berlaku kepada orang Melayu dan saya sendiri pernah membacanya dalam sebuah tesis yang ditulis orang Inggeris semasa belajar di Victoria University of Wellington pada tahun 2011. Malah dalam kajian Kenny (1978) pun
turut mengatakan yang melatah ni sinonim dengan Tanah Melayu dan Indonesia sejak abad ke 19 lagi. Tapi kalau kita baca lagi melalui sumber-sumber lain, maka kita akan tahu bahawa yang sebenarnya melatah ini bukanlah unik pada Kepulauan Melayu sahaja

Latah mengikut definisi Kamus Dewan Pelajar ialah:

atah I1 penyakit saraf yg menyebabkan seseorang melakukan atau mengucapkan sesuatu tanpa disedarinya apabila dirangsang. 2 berkelakuan spt orang gila (kerana percintaan dll). melatah melakukan sesuatu atau mengeluarkan perkataan tanpa disedari kerana terperanjat dsb. pelatah orang yg selalu melatah.
1. Mengikut definisi kamus dewan yang juga turut digunapakai oleh jurnal-jurnal perubatan, maka kita boleh simpulkan bahawa latah ialah satu penyakit saraf atau lebih tepat lagi, ialah satu tingkahlaku yang neurofisiologi yang dibentuk oleh budaya masyarakat setempat

2. Dalam kata lain, sebenanrya perbuatan melatah ini ialah sesuatu yang diamalkan sekian lama, lalu membentuk tingkahlaku yang hampir spontan apabila diberikan perangsang untuk berbuat demikian. Maknanya, seseorang tu perlu terkejut dengan cara yang berlebih-lebih seperti mengeluarkan perkataan "opocot mak kau!" di peringkat awal lalu berubah menjadi lebih teruk dan tidak terkawal

3. Melalui kajian pembentukan protein dalam otak siput yang dikenakan rangsangan elektrik, kita dapat menyimpulkan bahawa pembelajaran/amalan tertentu menyebabkan perubahan fisiologi kepada otak (pemerhatian yang sama pada pesakit Alzheimer).

4. Dengan menggunakan pemerhatian daripada jurnal jurnal macam tu, kita dapat andaikan bahawa perubahan fisiologi otak telah berlaku apabila seseorang tu belajar melatah
  • mengikut orang yang lebih tua/ rakan-rakan melalui observational learning
  • melalui praktis
5. Memanglah kalau difikirkan dengan logik tiada sesiapa yang ingin berlatih melatah. Tapi dalam konteks budaya yang menganggap itu sebagai sesuatu yang biasa, Pelatah yang hidup dalam budaya melatah  pada mulanya takkan rasa benda tu salah. 

6. Sebagai contoh, mat saleh yang terkejut akan mencarut sebagai respons dan lama-kelamaan perbuatan tu menjadi respon automatik yang semakin teruk.

7. Adakah melatah ni hanya terjadi kepada penduduk Kepulauan Melayu? Tidak semestinya.

8. Burma = Yaun 
Thailand = bah-tsche 
Filipina = mali-mali
Siberia - amurakh 
Lapp land - lap panic 
Jepun - Imu

9. Jadi, seperti yang emak saya selalu pesan masa kecil dulu, janganlah biasakan diri tu melatah

Sekian, terima kasih

-------------------------
RUJUKAN:
Kenny, M. G. (1978) LATAH: The symbolism of putative mental disorder. Culture, Medicine, and Psychiatry, 2(3). pp. 209-231

Galloway, D. J (1922). A Contribution to the Psychology of "Latah". Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society No. 85 (1922), pp. 140-150
Published by: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society
Astaga berapa ramai lah yang tanya soalan ni tapi baru kali ni nak jelaskan haha. Untuk post yang pertama tahun ni (walhal dah bulan 2. Pemalas punya admin) maka kami terasa bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan kepada permasalahan ini. Jangan katakan pelajar lepasan SPM yang baru mahu memilih jalan kerjaya, yang dah belajar dalam ijazah sarjana muda dalam psikologi pun belum tentu dapat jelaskan dengan baik perbezaan antara ketiga-tiga profession ini. Maka di akhir artikel ni, pembaca aan tahu perbezaan psikologis vs psikiatris vs psikologis klinikal. Pengetahuan ini amat penting untuk pelajar, ibu bapa, dan guru-guru untuk menyampaikan maklumat yang benar

Teka-teki: Saya seorang doktor, boleh berikan diagnosis, dan boleh memberikan preskripsi ubat. Dalam konteks profesion psikologi, siapakah saya? Sila jawab di bahagian komen selepas membaca artikel ini P

Kalau teka-teki di atas agak susah untuk dijawab marilah kita berkenalan dengan profesion yang tiga ini ter
--------------------------------------
#1. PSIKOLOGIS/AHLI PSIKOLOGI
--------------------------------------
Secara mudahnya, seorang psikologis ialah seorang manusia yang mempunyai pengetahuan yang meluas dalam bidang psikologi. Buku teks psikologi, menggunakan pengetahuan daripada artikel dan journal yang ditulis oleh mereka ini. Contoh psikologis yang terkenal ialah seperti B.F Skinner, James Watson, Brofenbrenner, dan sebagainya kerana tanpa mereka-mereka ini yang pelopor kepada psikologi asas moden, tiadalah penemuan baru yang akan dibuat. Dalam kata lain, kalau dalam bidang kimia kita ada ahli kimia, maka dalam psikologi kita ada psikologis/ahli psikologi.

Walau bagaimanapun, bukanlah semua orang mampu mendapat gelaran psikologis ini. Seorang pelajar dalam bidang psikologi yang menulis artikel dan berjaya menerbitkannya dalam jurnal antarabangsa belum lagi boleh dipanggil sebagai psikologis kerana untuk bergelar sebagai psikologis, gelaran tersebut mestilah berdaftar dan berlesen terutamanya di luar negara. Mereka ini juga memegang kelulusan Doktor Falsafah (PhD) [sesetengahnya hanya memerlukan Masters Degree dan paling cikai, ijazah sarjana muda] dalam psikologi dan kerjanya adalah untuk membantu menjadikan kehidupan lebih baik. Selain daripada Masters atau PhD, untuk menjadi seorang Psikologis Berdaftar, seseorang itu perlu menjalani latihan klinikal berpantau selama 2 tahun

Antara kerja psikologis ialah:
  • Menjalankan sesi terapi berkumpulan ataupun secara individu untu orang dewasa, kanak-kanak, keluarga tentang masalah seperti depresi, anzieti, dan masalah dadah
  • Bekerja di sekolah untuk membantu pembelajaran murid-murid. Di Malaysia, servis ini disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas, terutamanya. 
  • Menjadi pakar rujuk khas tentang psikologi terutamanya prosiding mahkamah yang memerlukan kepakaran tersebut
Kesimpulannya, psikologis ialah seorang pakcik yang power dalam pengetahuan psikologi dengan begitu mendalam sekali.

-------------------------------------------
#2. PSIKOLOGIS KLINIKAL
-------------------------------------------
Untuk psikologis klinikal, mereka ini ialah mereka yang ada kelulusan sama dengan seorang psikologis, ditambah lagi dengan 2 tahun program Masters dalam latihan klinikal yang dikendalikan oleh universiti yang bertauliah. Setelah siap Masters, mereka perlu lagi menjalani program pemantauan klinikal selama 2 tahun dan perlu menjalani pengajian tambahan setiap tahun. Untuk psikologis klinikal, ada yang dapat title "Doktor" dan mereka ini ada PhD dalam psikologi ataupun Ijazah Kedoktoran Psikologi Klinikal (Psy. D)

Sebagai seorang psikologis klinikal, anda tidak boleh memberikan preskripsi ubat sebab hangpa secara natijahnya bukan doktor perubatan! Di beberapa tempat di seluruh dunia, profesion ini mempunyai kebenaran untuk memberikan preskripsi ubat-ubatan tertentu sahaja.

So far kita dah kenalpasti kerjaya psikologis klinikal dengan psikologis tak ada beza kan? Sebenarnya psikiatris tugasnya lebih kepada individu yang mengalami gangguan teruk seperti masalah mental manakala psikologis pula membantu masalah yang kurang teruknya. Make sense kan? Sebab ada latihan tambahan 2 tahun siap dengan sambung pengajian lagi

------------------------------------------ 
#3. PSIKIATRIS/ PAKAR PSIKIATRI
------------------------------------------
Biasanya orang tanya apa perbezaan psikologis dengan psikiatris? Seorang psikiatris mulakan karier mereka dengan mempelajari ilmu perubatan. Maknanya mereka perlu ada kelulusan dalam bidang perubatan daripada institusi yang diiktiraf. "Doktor" homeopati tak kira, ok? Biasanya step 1 ni mengambil masa kira-kira 5 tahun

Kemudian, doktor-doktor muda ni akan menyambung residency training mereka dalam bidang kesihatan mental pula selama 4 tahun. Setelah tamat, barulah mereka akan diberi lesen sebagai psikiatri

Disebabkan mereka ini ialah doktor, maka mereka memegang mandat dan kuasa untuk memberikan ubat kepada pesakit mereka. Psikologis dan psikologis klinikal akan merujuk kepada mereka ini untuk pesakit masing-masing. Antara tugasan lain termasuklah:
  • Mendiagnos dan merawat pesakit mental
  • Memasukkan pesakit ke dalam wad mental
  • Mencadangkan terapi dan memberikan ubat-ubatan 
Okay cukuplah maklumat setakat tu. Diharapkan kami telah memberikan penerangan yang cukup baik untuk perbezaan antara ketiga-tiga profession ini. Kalau pembaca sekalian faham dengan apa yang disampaikan, cubalah jawab soalan yang tertera di bawah gambar di permulaan artikel ini.

Hantarkan komen dan pertanyaan anda di bawah ini. Kami ingin mengetahui respon anda

Masa sekolah dulu, sekolah KUSESS dikatakan amat berhantu especially setiap tahun ganjil. Pada tahun 2005 misalnya, kes histeria adalah amat bersepah sampaikan ada cerita yang pasal budak perempuan histeria pukul 3 pagi, nampak pocong, nenek kira katil, makcik jual karipap dan maca-macam lah. Tapi yang paling real masa tu ialah kes kena tindih masa tidur.

Caption iklan: "hai saya doktor gigi"
"Malam tadi kan, aku terbangun dalam pukul 3 macam tu, lepastu aku tak boleh gerak tau. Yang boleh bergerak mata aku je yang lain semua macam lumpuh. Lepas tu, aku nampak ada hantu tindih aku sampai sesak nafas!"
(Mangsa, 2005)

Salam 1 Ramadan untuk semua umat Islam di Malaysia dan kawasan yang sewaktu dengannya yang mula berpuasa hari ini. Untuk mereka yang berada di benua Australasia sana especially New Zealand, selamat berpuasa esok lah kan. Jadi pada hari ini kita akan menghadamkan satu ekstrak kajian psikologi berkenaan pembelian makanan dan juga bazar Ramadan dari sudut psikologi kognitif.


Baiklah. ada claim yang mengatakan bahawa jangan shopping bila kita lapar sebab nanti kita akan membazir. Ungkapan seperti ini ada orang tanya pada akun twitter @psikoologi dan inilah tujuan akaun tu diwujudkan - untuk menjadi kaunter pertanyaan pasal tweet-tweet yang mengaku psikologi padahal benda tu tipu. Anyway, berbalik kepada claim tersebut. Ianya ialah benar dan benar-benar belaka

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran