Memaparkan catatan dengan label Soalan Psikologi Pembaca. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soalan Psikologi Pembaca. Papar semua catatan
Dalam entri kali ini kami akan menjawab soalan yang diutarakan oleh pembaca ke alamat emel kami. Untuk soalan-soalan yang lain, sila rujuk pautan ini. Untuk soalan-soalan yang ingin ditanya, sila gunakan fungsi "search bar" di bahagian kanan web ini.  

Image result for looking at green

Soalan kali ini berbunyi seperti berikut:
Subject:Warna Hijau Penyembuh kepada Segala Penyakit
Cikgu BM kata bila melihat warna hijau seperti daun ,pokok2, bunga warna hijau dan lain-lain lagi yang warna hijau akan beri lebih fokus pada setiap perkara malahan akan merehatkan mata yang melilau kepeningan dan minda.Betulkah fakta yang diberikan itu ,minta penjelasan.
Jawapan: Mengikut pengalaman saya belajar dan juga rujukan terkini, tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa adanya kesan terhadap kesihatan apabila kita melihat kepada warna-warna tertentu. Warna hijau dikatakan dapat menyembuhkan penyakit, warna ungu dapat meningkatkan kreativiti, dan sebagainya.

Namun begitu, tiada kajian, setakat yang diketahui, yang berjaya menunjukkan bahawa pesakit yang ditunjukkan warna hijau sembuh disebabkan warna tersebut secara eksklusif. Adakah jika anak anda demam maka dia akan sembuh jika ditayangkan sekeping duit lima ringgit? Tidak.

Namun begitu, pemilihan warna-warna tertentu ada mempunyai kesan terhadap mood anda dan mengikut kajian daripada Koelsch et al. (2016), perbezaan mood anda mempengaruhi kadar penyembuhan di mana orang yang moodnya lebih elok akan lebih cepat sembuh berbanding mereka yang mempunyai mood yang teruk.

Tambahan pula, warna-warna tertentu mempunyai kesan terhadap mood anda. Mengikut kajian saintifik, warna hijau memberikan kesan baik kepada mood kita (Akers et al., 2012) tetapi adalah amat bahaya jika kita mahu menyimpulkan bahawa warna hijau yang mempengaruhi penyakit secara langsung kerana setakat ini, apa yang kita ketahui ialah:

warna hijau -----> mood positif --------> kadar penyembuhan penyakit

Oleh yang demikian, warna hijau tidak menyembuhkan sebarang penyakit. 

ADAKAH WARNA HIJAU DAPAT MENINGKATKAN FOKUS?

Malangnya sekali lagi, tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan seperti ini. Kewujudan atau ketiadaan kesan warna terhadap fokus seseorang adalah sama rata mengikut pertimbangan kami(mungkin topik ini memerlukan kajian yang lebih mendalam). Walau bagaimanapun, dapatan berbeza ditemukan dalam memori. Jika seorang pelajar diberikan 3 persembahan slaid Microsoft Powerpoint yang mempunyai 3 warna latar yang berbeza iaitu hijau, putih, dan biru,


warna yang mana satukah lebih mudah diingati semula?

Menurut McConnohie (1999) seperti dipetik daripada Mariam Adawiah dan Muhammad Faiz (2013), warna latar putih memberikan kesan positif yang paling tinggi terhadap memori kita. Ini bermaksud, kadar penyimpanan maklumat dalam memori kita paling tinggi apabila warna latar putih digunakan pada tulisan.

Walaupun tiada kaitan terus antara warna hijau dengan fokus pelajar, namun terdapat banyak kajian yang mengaitkan warna tersebut dengan pencapaian seseorang. Sebagai contoh, Kwallek, Woodson, dan Sales (1996) menemukan bahawa warna hijau dapat meningkatkan prestasi pekerja di dalam pejabat, manakala untuk para pelajar, University of Illinois at Urbana-Champaign (2016) menemukan bahawa prestasi pelajar dapat meningkat jika mereka melihat landskap hijau berbanding pelajar yang berada dalam bilik tertutup.

ADAKAH WARNA HIJAU DAPAT MEREHATKAN MATA

"Lihat benda hijau untuk merehatkan mata untuk setiap 30 minit kita membuat kerja", begitulah kata nasihat yang seringkali kita dengari. Apa yang terjadi apabila kita membaca sesuatu atau melihat apa-apa sahaja seperti skrin komputer pada jarak yang dekat, otot yang terlibat untuk memfokuskan pandangan akan terbeban dan melihat objek yang jauhlah yang sebenarnya merehatkan mata. 

Kesilapan "melihat benda hijau akan merehatkan mata" terhasil kerana selalunya apabila kita melihat objek yang berada jauh, objek tersebut akan cenderung untuk menjadi warna hijau, seperti hutan di bukit, padang, sawah padi, dan sebagainya. Kekeliruan ini seterusnya disampaikan dari mulut ke mulut dan menjadikan seolah-olah warna hijau mempunyai kuasa ajaib untuk merehatkan otot mata.

Kesimpulannya, warna hijau tidak mempunyai kuasa ajaib untuk merehatkan otot mata. 


RUJUKAN:
1. Koelsch, S., Boehlig, A., Hohenadel, M., Nitsche, I., Bauer, K., & Sack, U. (2016). The impact of acute stress on hormones and cytokines, and how their recovery is affected by music-evoked positive mood. Scientific Reports, 6, 23008. http://doi.org/10.1038/srep23008
2. Akers, A., Barton, J., Cossey, R., Gainsford, P., Griffin, M., and Micklewright, D. (2012). Visual color eprception in green exercise: Positive effects on mood and perceived exertion. Environmental Science and Technology, 46, 8661-8666.
3. McConnohie, B. V. (1999). Unpublished doctoral dissertation. Johnson Bible College, Florida.
4. Mariam Adawiah, Z. and Muhammad Faiz, M. (2013). The Influence of Colour on Memory Performance: A Review. The Malaysian Journal of Medical Sciences : MJMS, 20(2), 3–9.
5. Kwallek, N., Hoodson, W., Lewis, C. M., and Sales, C. (1999). Impact of three interior colour schemes on worker mood and performance relative to individual environmental sensitivity. COLOR Research and Application. 22 (2). 121-132. 
6. University of Illinois at Urbana-Champaign. (2016, January 22). A green view through a classroom window can improve students’ performance. ScienceDaily. Retrieved February 17, 2017 from www.sciencedaily.com/releases/2016/01/160122170932.htm
Satu lagi soalan yang bertangguh sekian lama dan ditanya oleh ramai orang ialah berkenaan kebolehpasaran bidang psikologi ni. Nanti bila dah habis belajar ada ke kerja yang menanti? Kalau tak macam mana nak bayar PTPTN kalau pointer rendah kan?

Anyway, soalan ni kerap ditanya kerana pelajar tu sendiri berminat dengan psikologi tetapi masalah timbul bila ibu bapa bertanya nanti nak kerja apa? Kita pun kena faham yang ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dia. Dalam keadaan dunia yang memerlukan duit, perkerjaan selepas zaman universiti tu satu kewajipan lah. Takkan nak mak ayah bela biawak terdampar di rumah pulak? Nanti nak kahwin lagi, nak membiak lagi..

Psikologi ialah salah satu bidang yang semakin mendapat tempat dalam budaya pop sekarang. Pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan psikologi pun dah bertambah banyak terutamanya di negara-negara membangun seperti New Zealand, UK, dan sebagainya. Antara profesion-profesion yang memerlukan psikologi termasuklah:

  • Kaunselor - untuk menjadi seorang kaunselor, tak perlu ijazah pun tak apa asalkan ada diploma dan kemudian anda perlu mengambil lesen kaunselor. Lesen ni adalah wajib bagi pengamal kaunseling atau kaunselor sebab korang kan bagi nasihat kat orang. Kalau tiada badan yang monitor atau mengesahkan apa yang korang nasihat tu sebagai beretika, nanti wujud pula masalah-masalah yang melibatkan nyawa. Walau bagaimanapun, adalah tidak wajib untuk guru kaunseling di sekolah untuk mempunyai lese. Pendaftaran kaunselor boleh dibuat di http://www.kpwkm.gov.my/counselor
  • Psikologis Klinikal - Untuk maklumat tentang psikologis klinikal, ahli psikologis, dan psikiatris, boleh rujuk entri Perbezaan Psikologis dengan Psikiatris dan Psikologis Klinikal
  • Ahli Psikologi - Untuk maklumat tentang psikologis klinikal, ahli psikologis, dan psikiatris, boleh rujuk entri Perbezaan Psikologis dengan Psikiatris dan Psikologis Klinikal
  • Psikiatris - Untuk maklumat tentang psikologis klinikal, ahli psikologis, dan psikiatris, boleh rujuk entri Perbezaan Psikologis dengan Psikiatris dan Psikologis Klinikal
  • Psikologis Industri dan Organisasi - Pensyarah semasa saya menuntut dulu cakap, karier dalam bidang psikologi yang paling mendatangkan duit ialah IO Psychologist/ Work Psychologist/ Occupational Psychologist. Ketiga-tiga ni merujuk kepada profesion yang sama. Seorang IO Psychologist menggunakan pengetahuan tentang psikologi dan menjalankan intervensi tertentu untuk memantapkan produktiviti syarikat. Pengetahuan-pengeahuan psikologi tu terlebih dahulu akan disemak, dan dibentangkan kepada bos-bos untuk mendapatkan bajet bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu. Contohnya, pengubahsuaian susunatur meja dan kerusi bilik pengurus perlu diubah bagi mengeratkan hubungan pengurus dengan pekerja, pemilihan warna dalam ofis, dan sebagainya. Seorang rakan saya setelah menamatkan pengajian dalam IO Psychology, telah ditawarkan pekerjaan oleh Shell Malaysia. Kaya dah dia
  • Pensyarah - untuk menjadi seorang pensyarah, mestilah ada sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dan sebaik-baiknya Masters untuk memastikan yang korang tahu selok-belok psikologi dengan baik. Kalau Teori Erik-Erikson pun takhafal habislah generasi muda
  • Psikologis Forensik - Malangnya setelah dicari dan dikaji, bidang ini belum lagi menembusi bidang pendidikan di Malaysia. Kursus ini belum ditawarkan di Malaysia, dan juga tiada peluang pekerjaan yang memerlukan pekerjaan ini secara spesifik. Seorang psikologis forensik menggunakan pengetahuan psikologi untuk menyelesaikan masalah jenayah dan membina profail orang yang dikehendaki bagi memudahkan siasatan, Macam cerita Criminal Minds tu
  • Pegawai Sumber Manusia - Human Resource dalam Bahasa Inggeris. Tidak memerlukan psikologi sebagai tiang utama tetapi menggunakan aplikasinya semasa bekerja.
  • Cikgu/ Guru - Sama dengan HR, tidak memerlukan bidang psikologi sebagai teras utama tetapi sebaliknya pendekatan psikologi digunakan dalam cara pengajaran guru-guru melalui ilmu pendidikan/pedagogi
Tidak kurang juga ramainya yang bertanyakan tentang kerjaya saya sekarang dan haluan yang telah saya ikuti untuk mencapai tahap sekarang. Maklumat tersebut terpaksa dirahsiakan kerana ianya sangat kompleks dan akan membuatkan anda pening dengan maklumat di atas jadi tidak perlulah diceritakan.

Sekian, harap maklumat di atas dapat membantu. Sila tuliskan komen/penambahan di ruangan bawah artikel ini
Soalan yang bersepah dalam email kami yang kadang-kadang terlepas pandang untuk dijawab kembali ialah tentang pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi. Dalam artikel kali ini, kami akan menjawab soalan ni mengikut pengetahuan pihak kami


1 .Jadi, adakah keputusan Biologi C melayakkan kamu ke ijazah sarjana muda psikologi?
Jawapannya tidak.

2. Adakah keputusan Biologi A+++++ melayakkan kamu ke ijazah sarjana muda psikologi?
Jawapannya masih tidak.

Antara perkara yang pelajar lepasan ataupun calon SPM selalu keliru ialah perjalanan kehidupan akademik mereka selepas SPM. Dont beat yourself too hard because I too,was one of you. Ditambah pula dengan kesusahan kami untuk mendapatkan akses maklumat

3. Mengapa kami katakan tidak? Sebenarnya setahu kami, tidak ada lagi mana-mana program ijazah yang membenarkan pemohon untuk menggunakan keputusan SPM terus untuk memasuki program ijazah sarjana muda, dan sudah tentu sekali ijazah psikologi pun menggunakan undang-undang yang sama.

4. Selepas SPM, adik-adik semua bolehlah memilih sama ada memasuki program matrikulasi, asasi di IPT, program A-level/persediaan, diploma, dan juga STPM. Daripada keputusan pilihan-pilihan inilah yang akan menentukan sama ada adik layak memasuki program ijazah sarjana muda psikologi. Rujuk petikan di bawah

Matrikulasi
Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
Nak masuk susah (Contra)
Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
Kurang praktikal (Contra)
Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)

Asasi / Foundation
Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
Nak masuk susah (Contra)
Cepat tamat pengajian - Terus masuk d (untuk artikel penuh sila ke http://theotherkhairul.blogspot.com/2011/03/lepasan-spm-pilih-course-apa-untuk.html

5. Untuk masuk ke program ijazah sarjana muda psikologi, apa laluan yang perlu diambil? Senang cerita, kau ambik la science-related field. Asasi sains, diploma sains, science stream masa STPM dan juga jurusan sains hayat masa matrikulasi.

6. Ini hanya untuk memudahkan urusan kau masa belajar nanti (sebab ijazah sarjana muda psikologi ni ada yang sains hardcore punya main biologi dan statistik dan sedikit kimia;) dan meningkatkan kebarangkalian untuk kau diterima masuk ke jurusan tersebut.

7. Banyak universiti yang menerima non-science students sebagai pelajar psikologi tetapi pokok pangkalnya, kalau korang berada di tempat pegawai UPU (untuk IPTA sahaja) , korang pilih pelajar akaun CGPA 2.75 ke ataupun pelajar sains CGPA 3.60 untuk masuk jurusan psikologi? Exactlayyy

8. Untuk senarai universiti yang menawarkan bidang psikologi, rujuk post ini "Halatuju Psikologi Selepas SPM" http://www.arcx13.com/2013/12/halatuju-psikologi-selepas-spm.html

9. Adakah keputusan C sains, biologi, kimia, hatta sejarah sekalipun tidak mempengaruhi keputusan masuk psikologi. Sebab biasanya tiada laluan dari SPM ke Ijazah kan?

Jawapannya tidak. Keputusan tu akan tentukan anda masuk aliran apa selepas SPM nanti dan seterusnya berbalik kepada point no 5 dan 6.


Harap dapat membantu sedikit sebanyak. Sekian, komen dan maklumbalas amatlah dihargai.

Ruangan ni dimulakan atas sebab email-email yang dihantar ke psych.malaysia@gmail.com. Bagi mereka yang hendak bertanyakan soalan yang belum ditulis dalam blog ni, maka saya akan menjawabnya melalui emel seberapa kadar segera yang boleh. Biasanya saya jawab on the spot dan kemudian akan share di segmen Soalan Psikologi Pembaca.

Soalan 1:
as salam abam panda. sy dpt info tentang abam panda drpd link auta psikolgi : bekaitan kalau mimpikan seseorang. sy nak bertanya? naluri boleh dipercayai tak ? sebab sy selalu merasakan naluri saya kadang2 betul. 
kedua, sy ada sukakan seseorang, tapi selalu merasakan dalam hati saya dan dia berkomunikasi antara satu sama lain. sy cuba tepis tapi selalu je ada. sy takut cuma terbuai dengan perasaan sendiri.tapi naluri saya katakan memang sy dan dia suka dalam diam antara satu sama lain. sy tak berhubung dengan org tu speri chat, msg atau seumpanya atas faktor lain. contoh ; agama tk membenarkan kalau lelaki dan perempuan berhubung kalau takda hal yg penting. 
ketiga, sy memang selalu termimpikan dia. mimpi tersebut sebelum subuh. sy bingung. sy takut ada masalah psikologi dan mental. hrp dpt membantu.  terima kasih abam panda, wassalam. - Sara (bukan nama sebenar)
Untuk soalan di atas saya hanya akan jawab yang berkaitan psikologi. Yang bab cinta dan agama bukanlah bidang saya melainkan ada kaitan dengan psikologi. Untuk soalan pembaca ni yang mengatakan dia mempunyai naluri dan bertanyakan jika dia boleh mempercayainya, jawapan saya ialah tidak disebabkan cognitive bias

Ada sejenis cognitive bias yang dinamakan sebagai confirmation bias di mana ia merupakan satu kecenderungan untuk seseorang menerima sesuatu insiden atau perkara tu hanya kerana ia menjadikan tanggapan awalnya betul. Okay disebabkan ayat ni pening lalat sikit, maka dalam kata lain,

Sara rasa dia ada naluri sixth sense dan dia macam boleh kesan sesuatu kejadian sebelum ia berlaku. Kadang-kadang naluri Sara betul dan ini menguatkan lagi kepercayaannya bahawa dia ada sixth sense. Namun begitu, bagaimana pula dengan situasi lain yang nalurinya tak tepat? Disebabkan confirmation bias inilah kita anggap seolah-olah fakta yang tidak sama dengan kepercayaan kita tu sebagai tidak wujud. Sepatutnya, kalau betul ada 6th sense maka tentulah 100% naluri kita tepat tetapi tidak sebaliknya.

Untuk haiwan pula, "sixth sense" bukanlah sesuatu yang magic di dalam otak. Haiwan macam labah-labah ada 'superpower' yang boleh tahu jenis, berat, dan saiz mangsa dalam sarangnya melalui cilia di kakinya (National Geographic), manakala haiwan lain berupaya melihat perubahan alam melalui cahaya UV (terdengar info ni di LiteFM).

So, kalau anda rasa anda ada 6th sense, stop. Manusia biasa tiada power tersebut dan ini hanyalah disebabkan kesalahan pemikiran melalui confirmation bias.
Gadis Dove mana menjadi pilihan anda?

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran