Entri selingan: Oriental Harbour Wellington

Setelah sekian lama aku menyepikan diri dalam dunia blog, korang ingat aku pergi kemana hah?mati ka?haha tak baik ohh nanti mulut tu aku kasi kaki mau? Kalau naktau aku sekarang dimana dan sedang buat apa, cari sendiri dalam entri terdahulu. Entri ni diiringi dengan lagu yang ditujukan khas untuk rakan-rakan blogger yang kacak dan jelita sekalian.


Lama betul tak update bukan apa, aku ada masalah sikit dengan penempatan dan juga internet. Ni pun baru aje dapat masuk internet (tumpang rumah member) jadi bagi memenuhi kehendak korang semua, aku akan ceritakan sedikit apa yang menarik di New Zealand ni. Ataupun lebih tepat, di Bandar Wellington.
Beberapa hari yang lepas kami pergi jalan-jalan cari pemandangan dekat Waterfront, Wellington City. Sebenarnya dari hari pertama lagi ada seorang pakcik ni yang kami kenal dalam penerbangan dari Auckland ke Wellington. 
Pakcik ni memberikan gambaran yang orang New Zealand adalah peramah dan juga baik-baik belaka. Alah tapi biasalah dalam setandan pisang tak semuanya buruk. Dan dah tentulah kan, dalam setandan pisang juga tak semuanya cantik. Tolong faham parody peribahasa tersebut.


Wellington ni sebenarnya ibu Negara New Zealand dan yang menariknya, ada tempat bernama Waterfront kat sini. Tempat ni, dan sekitar Wellington City, walaupun sesak dengan umat manusia yang ramainya macam semut, tapi yang menariknya, tiada asap. Diulangi, tiada asap. Jadi kalau korang tak biasa dengan asap macam aku, korang akan rasa tempat ni sangat best.
 Dari jauh lagi kami berjalan dah Nampak sesuatu yang sangat menarik iaitu arca (yeke?aku tak tau nak bahasakan benda bulat tu apa) yang tergantung di antara 2 bangunan tu. Ukiran yang ada pada bebola tu ialah daun yang juga menjadi symbol kepada New Zealand. Tak tau daun apa? Sila google sendiri haha.

Sebelum berjalan dengan lebih jauh, aku nak cerita sikit yang merpati kat Wellington sangat banyak Cuma bezanya dengan merpati dekat Malaysia, yang disini sangat berani dan tak takut pada manusia. Takutla jugak..petik lebih je ayat tadi tu koh3
 Aku rasa diorang pun suka dekat-dekat dengan  manusia sebab manusia kiwi (orang NZ) suka bagi diorang makan. Mungkin itu menjelaskan kenapa merpati disini jarang-jarang aku Nampak diorang terbang. Badan dah besar sangat jadi malas nak terbang. Kalau tengok, memang diorang ni gemuk-gemuk! Rasa nak goreng
Ada satu kawasan ni pulak, burung merpati kat situ sangat-sangat lah happy gamaknye, sampaikan dia boleh lambung-lambung lagi makanan yang dia tengah patuk tu. Berlagak gila! Disebabkan geram tengok burung-burung yang berlagak gila tu, maka kawan-kawan aku pun naik gila juga pergi kejar burung-burung terbabit di tempat kejadian.
Lepas tu, dengan melawan ribut yang amat laju, ceh takdela ribut. Cuma angina saje tapi angina dia makdatuk memang kuat habis! Oh ada tak aku bagitau korang yang sekarang ni tengah musim panas di Wellington? Tapi musim panas dia kau kena juga bawak sweater sebab suhu dia dalam 17-22C. Sejuk nak mati! Tapi aku dah boleh biasakan diri sikit.
Dekat kawasan ni ada satu bangunan yan nampaknye sangat retro tapi entahlah cuba korang nilai sendiri warna kat dinding dia.
Jalan lagi kedepan, ada fountain yang memang takkan jumpa di Malaysia sebab sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, aku rasa, memang patutlah fountain seumpamanya tak dibina. Membazir air! Tapi jangan risau, New Zealand banyak air hohohoho.
Sebenarnya ada satu konsert kat situ masa tu tapi aku tak pergi sebab dah terang-terang tulis kat situ “Nokia Indie”. Jadi sebagai manusia normal kacak yang pelik lagi jelik melihat trend pakai baju “Saya hati kosong” aku tak jadilah nak pergi. Eh, taka da kaitan pun. Indie Malaysia je macamtu. Lagu yang diorang nyanyi agak sedap tapi aku dengar daripada luar tapak je sebab ada kaum hawa yang join trip jadi macam tak selamat bagi aku untuk mereka masuk ke kawasan tu. Baik kami tengok pemandangan sambil menukarkan rambut menjadi wolverine. Angin laju gila kot.
Lepas mengusha apa yang patut diusha, kami pun bertolak balik dan pada masa tu lah kami Nampak ada 1 kumpulan ni diorang mabuk, da nada  lelaki yang berdiri atas tebing laut tu dengan hanya berseluar dalam. Dia nak terjun dalam lautlah! Aku pun dengan pantasnya keluarkan fon aku untuk rekod video tapi malangnya kawan aku dan-dannnn aje tepon time tu. Maka secara automatiknya, tak dapatlah korang tengok orang mabuk yang terjun kedalam laut lepas menanggalkan seluar dalamnye.
Okay itu aje laporan buat kali ini daripada Wellington, New Zealand. Internet belum masuk lagi ye. Ni pun aku tumpan rumah member. Sekian
Oh ye, banyak lagi sebenarnya gambar di fanpage. Silalah lihat.







More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran