Bungy Jump The Ledge Queenstown

Rasanya sangat tak best kalau aku cuba summarize satu-satu apa yang aku buat dalam seminggu cuti dan menghabiskan duit di South Island. So, baik ambik tempat-tempat terpikih aje dan cerita elok-elok. Kali ni kita cerita pasal Bungy Jump.


Sambungan alkisah berjimba di New Zealand, tempat ni letaknya dekat Queenstown, New Zealand. Alkisahnya dekat Queenstown tu ada 3 tempat bungy yang dimiliki oleh syarikat AJHackett, iaitu The Ledge (dekat sebelah city centre), Nevis Arc (dekat canyon) dan Kawarau Bridge.

Tiket mendalah ni aku dapat dengan potongan harga sebanyak 50% dari GrabOne. Harga asal ialah RM180 dan dengan menggunakan matematik darjah 2 anda kira sendirilah berapa yang aku kena bayar. Disebabkan itu tiket offer maka tak bolehlah nak memilih sangat pergi ke Nevis Arc untuk lompat yang 147m punya. So terpaksalah lompat yang pendek punya di The Ledge ni (43m)


Okay atas ni la gambar aku lompat dari platform The Ledge Bungy tu. Tinggi kan? Sama tahap dengan meja duduk dah tu hehe. Okay tipu je. gambar sebenarnya ada kat bawah ni



Aku orang kedua yang melompat dalam hari tu. orang pertama plak ialah sorang member yang datang sama-sama dengan aku. Bezanya ialah dia banyak kali lompat tapi tak jadi dan aku lompat dalam sekali lari je haha. Tu la, aku dah kata sapa menang o-som pergi dulu tapi tak nak pulak. Aku ni dah la selalu menang o-som :D. Nak tengok aku lompat? Klik butang "PLAY" dekat bawah ni.




Masa lompat tu memang mula-mula rasa kerek sikit. Tapi bila dah freefall baru la rasa cuak sikit. Sikit je tak banyak. Tapi kalau dah masa terjun tu nampak pokok dengan batu kat depan mata, nak rasa apa pulak la kan? Dah la aku tak kahwin lagi.

Apapapun, aktiviti lompat Bungy dekat The Ledge ni memang menarik walaupun bagi sesetengah orang (macam aku), adrenaline rush tu tak dapat rasa pun. Drive kereta sejauh 400km merentas gunung-ganang lagi mendebarkan kot rasanya.

Photo of The Day:

Contest berakhir tak lama lagi. Hadiah semua dah ready. Baik korang join cepat. Klik "OLDER POST" sekali untuk info tambahan.

35 ulasan: Leave Your Comments

  1. wah,nama tempat bungy jump satu tu mcm nama abang.haha.

    eh,jangan la tutup dulu contest.baru terperasan ni haa ada contest mcmna tah boleh lambat baca T_T

    BalasPadam
  2. errr....bungee jumping...say no =p
    tahniah dan syabas kerna anda berjaya melakukannya..hehe

    BalasPadam
  3. smart syiall...nak jugggaaaa!!! hahha

    Entri Terbaru : Eleh..SPM je pon

    :)

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. nak jugakkk~~!!! kene kumpul duit cepat2 ni nak merealisasikan impian wat bungee jumping... chaiyok2 untuk diri sendiri!!

    err... camne nak naik balik? nanti dorang tarik naikkan kite balik eh?? sorry la terdelete komen kat atas tu tadi... huhuhhh

    BalasPadam
  6. ades.jeles.nk gak bungy jump.hmm. :)

    BalasPadam
  7. wohhhh style gila bungy jump
    nak try gak tp x kesampaian lg
    huhuhuh

    BalasPadam
  8. woahh..nice la...the pic..hehe

    BalasPadam
  9. wah bestnya...teringin nak lompat dan jerit kuat2x...^___^

    BalasPadam
  10. Bestnya...akak nak cuba lah

    BalasPadam
  11. owhh seronaknyaaaaaaaaaaa...!~
    nak beli satu letak dalam bilik ah..

    BalasPadam
  12. oiiiii kau!!! jeles ok.. nak gak pergi. dala tagged video.. siottttt ja T___T

    BalasPadam
  13. wahhhh~ teringin jugak!! tai xtau berani ke idak..

    BalasPadam
  14. sempoi lah arc...
    pic of the day tu cun siot...video ni mmg siap service dia skali ker?

    BalasPadam
  15. isk betul2 mencabar jantung ni. silap2 leh pengsan waktu terjun sebab terkejut. hehe

    BalasPadam
  16. fuhyoo.. gua tak pernah main mende ni

    BalasPadam
  17. @Cik Agogo
    yup diorg tarik balik naik atas guna mesin haha..cuak gak kot2 terhntuk pale kt platform tu

    BalasPadam
  18. @Mikaielle
    tiket tu aku dpt 50% off..dlm 90nzd...pastu video ngan photo (siap print+ soft copy) another 80nzd :P

    BalasPadam
  19. kt mesia ngk kt sunway mcm br ade...hmmm..but not sure brape..maybe next year nk try..huhuhu....ni same place mcm si kennysia aritue pi ea...cooL man..daa lame nak buggy jump ni....fuuuuuu

    BalasPadam
  20. smart gilak. ak yang tgk ni pun dah teruja nak lompat !

    BalasPadam
  21. @NuruL aTikah
    tu pilotHans kate kt malaysia ada :D

    BalasPadam
  22. waaaaaa best nya..aku nak try tapi takut pon hado...haahha

    terer terer

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran