CutiCuti NewZealand Wellington-Christchurch

Dengan internet dan masa yang amat limited ni pun aku berusaha untuk update blog sementara menunggu kengkawan lain bangun dan bersiap-siap. Okay harini dah hari ke5 travelling di South Island New Zealand dan juga merupakan hari pertama aku dekat Queenstown ni. So kita start dengan cerita hari pertama


Ada cerita kelakar dan legend di sebalik penerbangan kitorang dari Wellington ke Christchurch ni. Tak tau ke Christchurch dekat mana? Ala, tempat yang kena gempa bumi haritu yang kecoh sampai ke Malaysia tu. Okay, alkisahnya kami ni nak guna tiket kapalterbang orang lain untuk ke tempat tu tapi malangnya terkantoi di kaunter sebab kiosk tak boleh digunakan atas sebab-sebab tertentu. Rayu punya rayu sambil buat muka comel, maka berjayalah naik flight tersebut. Korang ingat murah ke tiket walaupun domestic flight je? mahal kot. NZD139


Muka lega selepas berjaya dapatkan tiket flight. Menurut sumber yang bolehla dipercayai, kitorang ni lagenda pertama yang buat kes macam ni. Ni kalau kena tangkap dekat airport memag kena soalsiasat pasal hal berkaitan terrorism la kot. Lagi haru.


Sampai di lapangan terbang Christchurch kami dijemput oleh member Lily (awek baju pink) yang jugak merupakan ex-senior aku dekat KUSESS dulu. Lily plak yang 2 dari kanan tu. Kitorang lepak situ makan-makan. Aku kalau bab makan free ni memang ko hidangla apape, harus aku bantai sampai habis nak nak pulak kalau sedap macam Wan Zana masak. (bodek).

Disebabkan laptiop ni bukan aku punya, dan internet sangat mahal dan limited dekat tempat kitorang tidur ni, maka gambar tak boleh nak edit dan tak boleh nak online lama-lama. Gambar travel kitorang mungkin akan di-upload lepas habis bercuti iaitu pada minggu hadapan.

Photo Of The Day:

15 ulasan: Leave Your Comments

  1. sikitnye gambar
    haha
    ok2
    teringin woo nk p sana!



    Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

    BalasPadam
  2. haha.boleh tengah cerita cakap internet mahal.tak tau ke orang tengah excited membaca.hekhekhek.

    BalasPadam
  3. perghh...ape tempat menarik kat sane?

    BalasPadam
  4. nasib baik tak kantoi terus kan..kalau tak hang dah popular kat malaysia ni nanti..mesti tv3 kuarkan berita ttg hang...haha...coolll

    BalasPadam
  5. wah..bestnye..
    i definitely go there someday...insyaAllah...

    ~ DanieL AdiE ~

    BalasPadam
  6. pherghh... nasib baik lepas...

    gambar last tu... takleh blah la.

    muka dia cool sangat... hahaha... mcm tengah cakap..."can i help u?"

    BalasPadam
  7. Akak suka sangat cerita sebegini...Mohon..IZIN ikut serta yek..DIK COMELLLLL

    BalasPadam
  8. tumpang kecomelan namaku juga rasanya.hahaha

    BalasPadam
  9. smart ah gambar.. kamera baru tuuuu! ;D

    BalasPadam
  10. kucing comeeeeeeeeel !
    mcm lassie . erk ?

    BalasPadam
  11. perghhh!kucing tu garangggggg gilerr kot! hahahaha

    BalasPadam
  12. aku tggu kau update ni bro...cepat2...hehe...

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran