Lindungi Gambar Anda dari web GadisComel


Bila aku cakap psal privasi di internet, sesetengah orang akan mencebik bibir diorang yang tak seksi tu dan mempersoalkan kenapa aku harus jadi menggelabah gila tahap paranoid taknak add orang dekat Facebook, dan set itu, set ini, sebagai private info blablabla. Nak tahu sebab apa? Ini salah satu sebabnya...

Memperkenalkan, website GadisComel, siapa yang lagi hot!!!Anda pilih!


Web ni memang kuang hajaq sungguh walaupun sangat seronok untuk di klik sambil buat rating terhadap muka gadis-gadis internet ni. Korang pernah tengok cerita The Social Network tak? Sistem dia sebijik macam yang Mark Zuckerberg buat masa dia dekat uni dulu. Klik pada muka awek yang korang lagi suka. Serius takde faedah.

Ni lah dia bahana tayang gambar kat internet. Kalau korang nak tips-tips privasi dan sebagainya bolehlah berbuat demikian dengan merujuk kepada seksyen Kajian Kes facebook. Selamat melindungi gambar anda.


Update:
Wadehel kah gadis gadis itu
Dari pagi aku main, dah terjumpa 2 muka ex aku dalam tu, dan 1 member skolah rendah. Walauweh. Creepy tak?
Jutaan terima kasih kepada Cik Ema Orend3vil89 sebab share link ni dekat Facebook. Diharap lepas ni korang tak tayang gambar dah dekat Facebook, blog etc ataupun at least setkan album kepada private.

Tutorial Lindungi Copyright Blog Anda Tynt.com

Penatnya jadi blogger bila hasil penulisan kena ciplak dan si penciplak tak tinggalkan link untuk menghargai hasil tulisan kita yang diciplak tu kan? Tapi tak boleh jugak nak salahkan si penciplak sebabnya mungkin dia orang tak tahu yang aktiviti diorang buat tu salah disisi norma masyarakat blogger.


Jadi, saya memperkenalkan servis web percuma dari Tynt.com di mana website ni dengan secara automatiknya akan meletakkan backlink kepada entry anda yang disalin dengan kejamnya. Benda ni lagi bagus dari license Creative Commons tu sebab CC takde bagi backlink automatik. Tak percaya? Jom tengok apa jadi kalau korang cuba copy entry dari blog yang dah dilindungi..


Lepastu cuba paste dan tengok apa jadi..


Haa nampak tak dia create backlink secara automatik? Maka dengan automatiknya si peniru akan sedar bahawa dia sebenarnya sedang menyalin hasil kerja seorang blogger lain. Simple, macam tu je. Dan bukan tu saje, servis percuma ini jugak boleh memberikan insight terhadap entri blog korang tentang bilangan perkataan yang disalin, siapa menyalin, dan juga keywords yang digunakan.


Cara nak pasang dia senang je tak sampai pun 2 minit. Korang daftar akaun di Tynt.com dan lepastu ambil code dia dan tampalkan di bawah kod <head> . Macam tu je. Sangat senang.

P/S: Aku tahu benda ni sebab aku selidik whos.among.us yang menunjukkan bilangan user yang online dekat blog korang tu.  Aku pun guna jugak benda tu saja suka-suka nak tengok berapa orang online dalam 1 waktu hehe. OMG lab test hari senin tak study ape lagi. Korang tolonglah jangan paksa aku update hari-hari dengan klik butang Like Facebook tu.

Lawatan Sambil Belajar ke Somes Island

Kepada pembaca sekalian yang masih setia membaca, terima kasihlah kat korang tapi aku cakap awal-awal aku takde mood nak berblogging sekarang. nak tekan publish pun malas dekat draft-draft yang bersusun tu


Kalau cakap pasal lawatan sambil belajar mesti korang terbayangkan sekumpulan kanak-kanak bawah 6 tahun yang diketuai seorang guru separa muda bawak anak murid ke suatu kawasan sambil berkata " Anak-anak sekalian, tu namanya Beruang....sebut elok-elok ya, Be---ruanggg----". Tapi kalau aku cakap yang pergi lawatan sambil belajar ni orang dewasa, berumur 20-an, pelajar universiti, macam mana pulak?


Baiklah anak-anak sekalian, harini cikgu nak bawak korang semua melawat ke Somes Island, Wellington, New Zealand. Kalau naik bot dari pelabuhan dekat Wellington tu, 20 minit je boleh sampai nak kira dekat tak dekatnya tempat ni dengan Universiti Victoria. Fakta menarik pasal pulau ni ialah asalnya tempat ni merupakan pusat kuarantin untuk orang Eropah yang ada masa penempatan awal di sini dulu. Sekarang ni dia jadi kawasan perlindungan dan pemuliharaan flora dan fauna New Zealand untuk spesies-spesies tertentu.




Thanks, Naomi for the lovely photo (should you read this blog, which I suppose you dont). Dalam puluhan student yang ambik kelas Biologi Flora dan Fauna masa cuti musim panas ni, kami je la yang bukan orang Kiwi. Yang kanan tu orang Kiwi la.




Okaylah berbalik kepada rombongan kita semula ya. Jom anak-anak semua kita tengok spesis hidupan yang ada dekat Somes Island tapi tak ada dekat Malaysia. Spesis kita yang pertama ni namanya ular. Ceh takdela cikgu memain je. New Zealand tak ada ular ye. Simpan dalam otak beku tu elok-elok. Diulangi New Zealand tak ular...gambar tak clear sangat sebab cikgu guna Sony a-290 je kan..




Haa gambar ni baru la nampak yang menatang ni sebenarnya bukan ular kan anak-anak sekalian? Ni nama dia kita panggil skinks. Menatang ni tergolong dalam Family Reptile ataupun bahasa Malaysianya reptilia. Senang je nak kenal dia, bayangkan ular, lepastu tambahkan 4 kaki maka jadilah skinks. 2 gambar dekat atas ni ditangkap masa depa tengah syok berjemur dekat bawah matahari yang dilindungi daun-daun hutan.




Spesies hidupan kedua ye anak-anak ialah dipanggil weta yakni sejenis serangga. Menatang ni ada 5 jenis iaitu giant weta, ground weta, tree weta, cave weta & tusked weta.  Cuba anak-anak teka yang atas ni weta yang mana? Gambar ni ditangkap masa kami duduk berehat selepas hampir sejam merayau-raya atas pulau 3 orang sebab terpisah dengan kumpulan yang kami ikut. Kalau lelaki ialah organisma yang mempunyai ekor di hadapan, tree weta betina pulak ialah serangga yang mempunyai ekor di belakang. Yang jantan tak da ekor dan ekor tu sebenarnya dipanggil ovipositor.




Haa murid-murid ini ialah sekor lagi reptilia New Zealand yang menyerupai ular tapi bahagian kepala je la. Benda ni sebenarnya bolehlah dipanggil cicak pokok dan nama dia ialah gecko (Hoplodactylus maculatus). Sebijik dengan cicak Malaysia, cuma dia takde buat bunyik cekcekcek. Member kiwi cikgu cakap, disebabkan diorang ni haiwan terpelihara, satu gecko berharga USD1000 di pasaran gelap.


Diingatkan bahawa ini bukan cicak, maka tak perlulah anak-anak sekalian buru dia di malam Jumaat untuk mendapatkan pahala lebih. Ada baiknya malam tersebut digunakan untuk bermesra dengan bini (kalau ada). Jangan bagitau mak korang cikgu cakap tu ya.



Okay murid-murid, kalau korang suka dinosaur, atas ni ialah salah satu makhluk di dunia yang paling lama dah bertapak di dunia ni. Bukan biawak ye, ini nama dia Tuatara (Sphenodon sp.). Disebabkan reptilia ni boleh hidup sampai umur dia 100+, maka belum ada sebarang rekod rasmi yang boleh bagi apa apa kenyataan pasal reptilia ni. Disebabkan Universiti Victoria Wellington sangat cool, maka kita ada bela beberapa ekor dekat Murphy building untuk mengkajinya.


Gambar atas tak clear sangat ya murid-murid sebab cikgu miskin, mampu ada lense fokus 200mm je. Nak beli lain cikgu tak mampu.  




Okaylah, last sekali cikgu nak tunjuk native species dekat New Zealand, Red Admiral Butterfly (Vanessa gonerilla). Tengok pun dah tahu ni ialah seekor rama-rama.



Ingat lagi cikgu cakap tadi weta ada 5 jenis? Haa yang kat baju cikgu tu ialah giant weta (Deinacrida rugosa) dan juga merupakan jantina betina sebab dia ada ovipositor tapi pendek je lah. Cikgu pun tak tahu sebab apa yang betina-betina ni suka dekat cikgu. Apapepun, sebab apa nama dia giant weta? Sebab dia besar gila tu. Serangga apa yang lagi besar dari tu? Berat dia dalam lingkungan 75g. Walaupun dia besar, tapi dia juga dipanggil lovable, friendly giant. 


Seronok tak murid-murid? Seronok kan? Mana lagi best? Broga Hill Malaysia ke atau Somes Island New Zealand?

Kelas 9am-5pm, setiap hari ada 2 kuliah dan 2 lab. Blogging kena slow-slow sikit sebab nak baca lab instruction, revision etc. Isnin ni ada lab test yang membuatkan aku cuak sebab nak kenal pokok New Zealand dengan nama yang pelik-pelik adalah satu kesukaran yang nyata

Puzzling World New Zealand

Aku rasa korang semua mesti pernah tengok gambar-gambar ilusi optik dekat internet yang pasal tangga tanpa penghujung, muka manusia dalam buah-buahan dan sebagainya. Cuma kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku pergi dekat tempat yang mengumpul dan mempamerkan benda-benda macam tu dekat New Zealand. atau lebih tepat lagi, dekat Queenstown, New Zealand. Selamat datang ke Puzzling World


Masa mula-mula sampai memang terasa "Alahai comelnya tempat ni" sebab tempat ni banyak benda-benda menarik macam permainan dan rumah-rumah pelik macam gambar kat atas tu. Rumah-rumah tu memang dibina senget-benget macam tu dan aku tak tahu kalau ada orang tinggal dalam nya ke tak. Macam mana diorang buang air besar?


Haa inila gambar puzzle yang aku cakap tadi. Pelik kan? 1 tangan melukis satu tangan yang sedang melukis tangan yang melukis tangan tadi. Okay aku yang menaip pun dah pening. Selain gambar-gambar pelik macam tu, ada jugak permainan seperti..


..The Great Maze (Labyrinth) yang menyebabkan 4 makhluk kat dalam gambar atas ni tak jumpa-jumpa jalan keluar dan menara sasaran padahal aku dah dok tengah shoot gambar diorang dari atas menara kuning. Diorang tengah jalan dekat sebelah jalan yang betul tu sebenarnya cuma diorang tak perasan je. Selain tu...


Hall of Following Faces di mana muka-muka seperti Albert Einstein diukir pada dinding dan dibuat secara 3D. Kalau korang berdiri depan dia, dia tengok korang. Korang bergerak ke kanan, dia tengok korang. Korang bergerak ke kiri pun dia tengok korang. Sila rujuk gambar di atas.


Ni pulak dipanggil Ames Room . Apa yang peliknya bilik ni ialah dia boleh buatkan orang nampak kerdil dan gergasi macam gambar kawan aku kat atas ni. Teknik ni digunakan dalam cerita Lord of the Rings. In case ada orang tak tahu, LOTR dibuat di New Zealand.

Awal entri ni aku ada cakap pasal buang air kan? Nah tengok gambar bawah ni dekat Roman-Style Toilets di mana korang berpeluang buang air dengan kartun dekat dinding. Haha..


P/S: Bila korang pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan adalah dinasihatkan korang pergi dengan orang yang ada bawak kamera sebab orang yang ada kamera tu tugasnya tangkap gambar dan gambar dia takkan ada dekat dalam banyak gambar. Esok ada kelas. Thanks for reading. Bye.

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran