Pantun Realiti Facebook

Harini saya tiada mood untuk publish tulisan panjang-panjang jadi mari kita jadikan harini sebagai hari santai. Minggu depan dah mula kelas dah adoih! Takpe 3 subjek je untuk trimester ni.



Sekian. Ada lagi sebenarnya tapi aku malas nak bagi orang scroll banyak sangat. Mungkin lain kali kita buat Pantun Facebook 2? Haha

Amalia Alias - Artis Cover Korea dari Jepun buatan Malaysia


Aku rasa kalau korang dah baca Blog Milimilo yang comel tu, mesti korang ada ternampak pasal awek ni kan? Minta maaf kalau skil photoshop aku tahap cimpanzi tapi ni je aku mampu fikir dan buat masa tulis entry ni. Daripada lu orang pergi tengok video youtube made by some pre-pubescent ladies yang berlumba-lumba melalak lagu Bruno Mars dengan gitar, baik tengok the real talent dalam arena cover song youtube ni.

Tak pernah tengok? Meh tengok sedas. Aku ternganga masa tengok video ni sebab suara diorang sangat sedap nak-nak pulak part Korea walaupun aku tak paham sepatah haram depa nyanyi apa..



Sedap tak? Sedap tak? Seriously korang boleh tau aku bukan jenis yang baca novel cintan cintun Ahadiat Akashah mahupun jenis yang tengok Twilight Saga. Tapi lagu ni ialah exception lah sebab berjaya membuatkan aku tengok sampai habis. Vokal sedap, video lawa. Tahniah kepada Si Penyanyi Amalia Alias dan juga tukang buat video.

Okay jom berkenalan sikit dengan awek ni.
Menurut skill stalkerisme saya, dia ni single lagi tapi sebelum kau orang yang lelaki ni nak pergi mengorat dia sila pastikan ada cukup duit untuk hantaran dia ye. Dah nak dapat degree dah dia ni, dalam Pharmacology pulak tu, Universiti Kumamoto Jepun pulak tu.  

Lahir 12 Mei 1990. Walauweh dia lahir 364 hari lambat daripada aku. Sekarang ni umur nak masuk 21 dah, tapi aku kekal muda 12 tahun. Selain tu kalau korang nak tau dia ni dulu sekolah dekat Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS) dan merupakan salah seorang top-10 students dalam sekolah. Tiap kali trial SPM je muka dia top 10. Tension betul aku. Aku study nak mampus macam mana pun tak boleh naik top 10 jugak..

Dia ni dari dulu lagi suka melalak dekat sekolah dan banyak masuk pertandingan menyanyi. Dia kata, dia ni ada stage fright so bila nak perform atas pentas dia gelabah sikit. Sebab tu dia cuba untuk menyanyi dekat Youtube dan Facebook dulu.


Jangan tipula kalau korang kata muka dia takde macam muka orang Korea. Aku rasa mungkin sebab dari sekolah dulu lagi dia minat dengan Korea gila-gila sampai boleh cakap Korea sekarang, lalu muka dia bertransformasi menjadi muka orang Korea. Mind you, this girl is currently studying in Japan, not Korea
"one thing yg pelik,aku blaja kat jpn tapi aku mmg tak minat lgsg drma,lagu,artis ke ape2 la pasal jpn..mmg tak kenal..takat takuya kimura tu kenal lah kot.mmg jrg sgt dgr lagu jpn or tgk drama jpn..maybe sbb aku dah bosan kot dgr org ckp jepun hari2 kat kelas kat mana2 pun haha..." ( Amalia Alias, 2011)
Selain lagu-lagu Korea dia jugak ada buat cover Shontelle-Impossible. Aku cakap banyak pun tak guna. Apa lagi, kalau korang nak dengar lagu-lagu dia, sila sokong Amalia Alias dengan melawati siaran Youtube beliau [KLIK SINI] 

Battle of The Fans

Petang 22 Febuari 2011 di Wellington taklah secerah semalam. In fact, 1 harini sangat gelap dan suram mungkin mengiringi hati aku yang penuh bermacam-macam soalan ni. As sastera as it sounds, salah satu benda yang bermain dekat fikiran aku ialah...


Disebabkan aku ni bukanlah mat sastera tapi hanyalah blogger berlidah puaka, maka harini aku memepersembahkan korang dengan Kajian Kes Facebook 30: Battle of The Fans. Korang tahu Battle of  the Bands kan? di mana band-band muzik naik atas pentas dan menyanyi, ada yang melalak, ada juga yang menyanyi macam suara penagih dadah; cuba mempersembahkan lagu terbaik mereka untuk melariskan jualan album dan juga menunjukkan siapa yang terbaik.

Itu dunia muzik. Industri muzik. Apa yang kita ada dekat dunia Facebook?


Pendapat peribadi aku mengatakan benda ni sungguh tak matang. Macam budak-budak. Bukannya semua pengundi ada Facebook. Tambahan pulak perlu ke dalam page tu nak maki-maki parti lain? Sebar fitnah?

Jangan ingat Pakatan Rakyat je, orang seberang sana pun dok ada...


Kenapa aku kata benda ni budak-budak? Tak ada rujukan aku takkan cakap sembarangan la brader. Lu orang nak berkempen boleh tak tunjuk cara matang dan professional sikit?


Ini lagi satu perangai orang kita, suka maki mencarut secara terang-terangan. Ingat lagi kes blogger kutuk Islam dulu? Haa time tu lah kita berlumba-lumba nak buat blog kutuk dia, maki dia padahal pernah korang baca hadis di mana-mana mengatakan ianya okay untuk mencarut demi mempertahankan Islam? ajaran sesat tu brader. Apa bezanya korang dengan orang yang dikutuk tu?


Tak guna like benda-benda gila ni. Sesetengahnya memang tak membawa kebaikan pun. Ada pulak haritu aku tengok orang like gerakan pelik-pelik. Paling aku tak puas hati kalau invite invite aku masuk event, group, dan page tahpape. Sepuk kang...

Politik tu tak kotor tapi dikotorkan. Tanpa politik macam mana kita nak berjual beli, belajar, berekonomi, berkahwin, dan berehem-ehem? Asyik ayat politik kotor je gua dengar, wa rasa otak lu orang yang terlalu kotor sebab selalu tonton 3gp rempit!

Pahlawan Berbaju Besi Wellington

Semalam aku langsung tak boleh nak blogwalking disebabkan aku menjalani kehidupan sebagai manusia. Maka maksudnya aku life-walking; iaitu berjalan jalan menghirup udara segar sambil menjalani kehidupan yang best di New Zealand ni.

Pagi-pagi tu lagi dah janji dengan member nak pergi pukul 7.50 am tapi disebabkan Ipod aka alarm clock aku tercucuk dekat headphone pulak maka alarmnya taklah berapa kuat didengari. Dengan itu, aku terbangun lambat dan aku suruh diorang pergi dulu. Bila sampai kat kaunter tiket keretapi, aku pun terus naik keretapi terbabit tanpa disedari yang aku dah salah naik train. Dah sejam naik baru perasan. Dah sampai terminal dah pun


Itupun lepas makcik baik hati kat atas ni sembang-sembang dengan aku. Dalam setengah jam jugakla kami sembang baru aku tau yang aku sesat. Setengah jam tu dia asyik cakap aku ada great hobby la, hensem la, fotogenikla, Malaysia la..macam-macam lah. Last-last aku tangkap gambar dia sebab faham-faham je la dia memang nak suruh aku tangkap gambar dia walaupun segan-segan haha. Nice meeting you Janette!



Sesampai je kat Harcourt Park, Upper Hutt City, Wellington, aku ternampak insan comel kat atas ni. Bawak keluar kamera tangkap gambau sedas dari jauh. Takleh tangkap dari dekat nanti mak pak dia boleh saman aku. Ni tak kena apa-apa sebab depa tak perasan hehe


Lepastu pergi tengok one-on-one combat. Memang cool gila bila tengok diorang pakai baju zirah besi yang berat caharam tu. Kletang kletung kletang sound efek dia.


Wakil dari US dan New Zealand sedang bermesra-mesraan di atas padang rumput. Tikam dia bro tikam dia bro, aku jerit. Tapi diorang mana faham Bahasa Malaysia.


Tengok pakcik ni penat gila. Semalam temperature tinggi nak-nak pulak diorang pakai baju besi panas tu. Memang masak la. Bayangkan kepala pakcik tu ialah telur, maka dapatlah kita telur goreng.


Haa ada jugak group foot combat. Tapi yang ni aku rasa bdiorang berlakon je sebab sumpah lawak sangat. Rules dia ialah bila kau kena tikam, kau kena mati. Kena tetak ke, kena libas ke, wajib mati! Dan wajib defend bendera (atau panji) group masing-masing daripada dirampas.


Siot gila pakcik tu pedajal pemegang bendera sendiri. Time tu pakcik tu memang dah takde orang dah kat side dia. Kena kepung dengan opponents lak tu.

Okay mesti korang nak tengok jousting tu apa kan? Haa yang atas ni semua kita tak panggil jousting sebab jousting ialah aksi macam dalam filem Inggeris yang knights naik atas kuda, lepas tu dia tikam pihak lawan guna lance (tombak) ataupun trident (tombak).


Cool gila! Gadis-gadis di luar sana sila bayangkan diri anda diselamatkan daripada raksasa oleh pahlawan dekat atas ni. Agak-agak lepas tu ada aksi-aksi melutut sebelah kaki dengan diiringi bunga ros dan puisi-puisi indah tak? wahaha


Ka-POW! Bunyi tombak diorang patah. Tapi tak menepati citarasa aku sangatlah benda ni sebab aku nak yang guna tombak besi betul-betul punya. Lepas tu bila opponent dia jatuh, diorang sambung lawan atas tanah. Ala macam cite Merlin TV3 tu..

Ni kan blog aku, tak sahla kalau takde gambar aku mengkamera-lacurkan diri. Nak-nak pulak lepas Ms Janette cakap aku fotogenik. Fotogedik ada la kot.


Sekian.

Tips Blogger Popular dalam 24 Jam.

Korang jangan risau, ini bukan tips tipu punya tapi memang betul berkesan. Anda dijamin dapat baclink berpuluh-puluh, dan trafik yang beribu. Kalau tak percaya tak apalah tapi jangan pergi dulu, anda baca di bawah ni. *Sambil buat gaya ejen MLM*


Merujuk kepada Tips Blogging Popular 30 Minit Episod 2, salah satu point aku ialah membuat entri-entri yang mengundang kontroversi dan mereka yang dah lama menjadi pembaca berdaftar dan pembaca senyap aku pasti tahu yang point-point tu berunsurkan sarcasm yang mana definisinya tentu penganut fahaman pro-HSKLBK faham dengan tepat.

Selama ni aku selalu rasa macam "Hek eleh, saja nak trafik la mamat ni buat entri camtu". Hari semalam, aku cakap "eh, terkena batang hidung sendiri" lol. Tapi percayalah, percayalah sayang, aku memang movie-holic dan suka buat review. Pergi tengok kat butang "Download Movie" kat tabs atas tu ada berapa movie aku dah review?

Betul, aku memang teringin nak jadi famous macam LiyanaLunia, macam Eyriqazz, macam MelRomeo, dan amcam Obefiend! dan ramai lagi yang hebat-hebat tapi bukanlah dengan benda-benda kontroversi. Kot macam ni macam mana aku nak jadi Menteri kang takde orang nak undi aku hahahahaha. Jadi menteri Penerangan dan Kebudayaan boleh tak? Bolehlah saya cakap dekat FINAS untuk tapis scene hantu kopek dalam filem kontroversi tu. In case ada orang tak faham, kopek itu bukan mengopek kelapa tapi ialah bermaksud tetek ataupun boobs, atau bahasa buku Biologi tingkatan 5, payudara. 




Panjang sudah melalut. Ok back to my original point, tips blogging popular 24 jam. Korang cari 1 filem yang disukai ramai, lepastu korang bagi review personal tulus ikhlas tentang apa yang korang fikir pasal movie tersebut. Contohnya seperti Review Movie Hantu Setan Kak Limah Balik Kampung

P/S: Famous actresses dont necessarily make good movies. High budget doesnt necessarily make good movie, and directors with qualifications doesnt mean he's always good at what he does. Me, Im just a low-standard blogger. 
P/S 2: Comment section is changed to pop-up now because people are complaining they have to scroll a lot to leave their comments and that their internet connection is not good as.
P/S 3: Im away the whole day for International Jousting Competition. The next entry will be posted based on that event. 

Pandangan saya tentang header blog

Dalam dunia blog, header ialah antara satu benda yang paling penting dan perlu dititikberatkan dalam kehidupan berblogging kita. Antara fungsi yang diletakkan pada header ialah memberi impression ataupun pandangan pertama terhadap nilai atau ciri sesuatu blog tersebut.


ARC banner


Maksud aku disini ialah, kalau blog korang awal-awal dah menunjukkan muka korang yang separa cute tu, maka secara automatiknya akan ada 3 golongan pembaca yang wujud berdasarkan header korang tu.
  • “Cun/hensem gila woh mamat ni. Mari kita follow beliau lalu memuji semua hasil tulisan beliau
  • “Ahh ni konfem blog camwhore ni. Malas gua nak baca”
  • “Pedulik hapa aku dengan header ni. Yang penting ialah content

Untuk point pertama, header yang menayang muka. Setiap kali aku masuk blog macam ni, antara isi penting dalam blog tersebut ialah blog yang membuat tutorial mekap, tutorial shawl, tutorial membeli belah, berjimba dan bermacam lagi. Aku paling tak boleh belah kalau nama blog dan description blog tersebut cuba memberitahu pembaca bahawa pemilik blog ialah Lelaki Terkacak atau Gadis Tercantik dalam dunia blog sambil menayangkan aksi-aksi separa sarkis dengan tujuan untuk membuat header yang lawa. “Kalau muka memang betul lawa takpelah sayang” ujarku sambil melihat selipar jamban yang mungkin lebih cantik dari sesetengah header berkenaan.

Sebenarnya ya sayang-sayang sekalian, korang tak letak header pun takpe kalau content korang kuat. Tapi kalau tak berapa nak kuat, maka perlulah header yang kemas dan menarik. Jangan edit secara terlampaulah. Seksa aku nak load page korang. Simple aje sudahlah macam ni..

ARC banner

Huruf aje pun bolehlah. Loading pun senang ye tak? Dan yang penting, tak payah nak pening-pening kepala bila orang kutuk header kau buruk ke, camwhore ke, cambitchy ke..
Tapi, andainya korang masih nak jugak letak gambar korang dekat header tanpa menunjukkan sentimen perasan diri lawa ataupun lebih hensem, ataupun terhangat daripada lelaki lain, maka buatlah seperti header aku

ARC banner

Semoga anda semua dilanda mimpi ngeri pada hari Rabu ini. Selamat bekerja dan belajar untuk para pembaca blog murahan ni.

Salahkah aku menjadi bukan anonymous

Sekarang sudah masuk waktu fardu Asar bagi Wellington City New Zealand dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. 


Ayat di atas merupakan satu penipuan besar sebab sekarang pukul 8 malam dan waktu Maghrib akan masuk tak lama lagi sekitar 8:27 pm. Jadi sebelum aku solat Maghrib, mari melepaskan apa yang terbuku dalam hati sejak 2-3 hari lepas akibat kesibukan yang melanda diri disebabkan exam. Eh, annoying gila ayat bersambung-sambung aku. Korang tak pening ke baca?


Okay harini aku nak merapik pasal komen. Malas dah nak sentuh pasal anonymous sebab dah ramai sangat cerita pasal pengomen tanpa identiti tu. Alah apa susah, chill sudah..tak payah layan. Jimat masa korang. Tapi kali ni aku nak cakap pasal para pengomen yang sudi bagi komen jujur tanpa menggunakan identiti anonymous. Dalam kes ni, akulah insan terbabit.

Korang nampak gambar pertama? Itu namanya kotak komen. Komen lah apape pun, nak caci ke, nak setuju ke aku tak kisah asalkan bawak hujah bernas. Tapi, kalau korang nak pembaca asyik puji je, maka adalah dinasihatkan kotak komen korang tu diberi nama kotak mengampu ataupun kotak menipu. Maka dengan itu, sebelum aku komen entri korang, bolehlah aku menekan butang pangkah dengan pantas sebab secara lahiriahnya aku ialah seorang manusia yang jujur. Kalau kau lawa, aku kata lawa; tak lawa sudah.


Dulu cikgu aku, dan cikgu-cikgu korang selalu cakap ayat ni. Konfem punya. "Belajar daripada kesilapan, jadikan kritikan sebagai batu loncatan dalam hidup". Maka kalau orang komen buruk, kita boleh belajar di amna kita silap dan berusaha untuk memperbaiki apa yang kita masih belum mahir. Bukannya dengan mengutuk orang yang bagi komen tu balik. Tak kisahlah kalau yang bagi komen tu anonymous. Biasalah hidup ni ada atas ada bawahnya, life is not a bed of roses.




Brader ni pulak cakap life is like a box of chocolate. Natijahnya sama saja. bayangkan coklat jenama Mawawa (tak wujud), kita tak tahu rasanya macam mana. Tapi untuk 'mengetahui' 'rasa' tu macam mana, kita kenalah 'makan' dulu. Daripada pengalaman kita dapat bermacam pengetahuan. Mari kita tengok apa komen orang lain


Terima kasih pada @masturahidrus, @farharazak, dan juga @rasyiqah87 atas pandangan korang dekat twitter. Macam aku cakap tadi, kalau nak orang puji the whole time, sila namakan kotak komen anda sebagai kotak ampuan ataupun kotak pujian palsu. 


Itu sahaja entri serius untuk hari ini. Dibawah post ini ialah kotak komen. Sekian.

Penambahan Ciri Baru Fanpage Facebook

Dear readers, the admin-slash-author of this itty-bitty personal blog is still in final exam mood. Your comments, visits and everything related to this blog will be returned on Tuesday 15 Feb 2010


Okay kembali lagi kita berblog dengan tak sedar diri diri hari Isnin ni ada final exam yang menyakitkan hati. Kali ni kita sambung epiusod Kajian Kes Facebook yang telah pun mencapai angka 29. Tajuk kita pada kali ini ialah ciir baru yang dibuat pada profile fanpage. Jadi secara umumnya, info kali ini amat bermanfaat untuk admin-admin fanpage.


Para admin fanpages sekalian, kalau korang masih belum bukak fanpage korang hari ni, sila buka sekarang sebab korang akan nampak sesuatu seperti gambarajah dibawah. Aku tak tahu bila Mark Zuckerberg update benda ni sebab baru hari ni aku perasan. Semalam takde lagi rasanya.


New! An Upgrade for Pages
We're about to make it easier for you and your fans to connect with each other.
Nampak tak macam ni? Kalau korang tak nampak, tunggu je la sampai esok kot.
Ok jom kita tengok satu-satu apa yang ada dekat penambahbaikan oleh team Facebook terhadap fanpage.
Kalau korang tak boleh nak upgrade lagi, mungkin sebab perubahan ni memakan masa untuk sampai ke Malaysia. Agaknya lah kan


#1. Photo Showcase
Benda ni lebih kurang sama dengan personal profile semua orang je. Setiap kali korang ada gambar baru, tak kisahlah korang upload ke ataupun kawan korang yang upload, mesti dia keluar dekat atas tu. Gambar atas ni menunjukkan senarai movie yang dah direview.

#2. Navigation (navigasi?)
Kalau korang (admin) tekan upgrade, maka korang akan kehilangan tabs dan akan digantikan dengan navigation di bahagian sidebar kiri fanpage

#3. Wall filter
Ini memang benda yang paling bagus rasanya dalam perubahan ni. Katakanlah korang post apape dekat wall fanpage tu, post yang paling banyak dapat sambutan (like dan komen) akan dipaparkan terlebih dahulu. Jadi pengunjung boleh tengok terus apa yang paling menarik dekat page korang.

Aku rasa 3 ni je kot yang penting. Yang lagi 2 tu tak berapa penting sangat dan tak menarik kalau nak diceritakan pun. Oh ya, 1 benda lagi.


Aku tak berani nak cakap ni benda bagus atau tak. Korang boleh gunakan akaun Facebook korang sebagai admin fanpage all the time dan dapatkan News Feed dan notification sebagainya, ataupun korang boleh biarkan setting tu untuk kekal seperti sedia ada sekarang. Kelebihannya kalau guna account as fanpage, korang tahu apa yang terjadi dekat fanpage korang. Maka boleh berinteraksi dengan fans yang membawa 1001 persoalan dsb.

Keburukannya..


Walauweh. Agak-agakla notification sampai macam ni. Tak macam sikit pulak kalau nak gabung semua fanpage yang aku create sampai ke harini. Ada 7 semuanya. Okaylah bergantung dekat korang nak buat macam mana. Aku hanya menyampaikan ilmu Facebook. lol

Dekat bawah ni ialah satu benda yang dipanggil Facebook Like Box. Tujuannya ialah untuk korang klik 'like'. Kalau anda suka entri ini sila klik like. Kalau tak suka sila pegi jogging laju-laju. Sekian.

Scott Pilgrim VS The World *Review & Download*

Selepas berhari-hari tak update blog akhirnya harini aku nak cuba mengupdate jugak walaupun lepasni nak berkejar balik ke universiti untuk sambung buat assignment yang tak siap lagi tu. Kali ni kita akan review pasal cerita Scott Pilgrim VS The World dan seperti biasa, disertakan dengan link download untuk para lanun tanahair sekalian.


Korang kena tahu dulu yang Scott Pilgrim berasal daripada komik/video game US yang boleh dikatakan super duper hits. Cerita dia pasal sorang loser yang jugak merupakan seorang part-time ahli muzik. Bukan macam filem P Ramlee Ibu Mertuaku, cerita ni tiada berkaitan dengan mak mertua Scott...

Secara kasarnya cerita ni pasal Scott yang nak berawekkan Ramona Flowers, yang dilakonkan oleh ex aku Zooey Deschanel). Tapi untuk dating dengan minah tu, Scott kena kalahkan 7 orang ex dia yang dah membentuk persatuan yang dinamakan The 7 evil exes. Update: okay awek tu bukan zooey tapi dia still ex aku




Video youtube kat atas ni ialah 1st evil ex Ramona Flowers yang Scott kena lawan. Ini bagi aku ialah scene lawan yang paling lawak dalam cerita ni. Musuh yang Scott kena lawan tu kalau korang perasan dia berlakon sebagai Dr Raj Koothrapali dalam series The Big Bang Theory. Kalau korang taknak dengar lagu starting yang pendek tu, boleh terus lompat ke minit 2:30 untuk terus ke part dia berlawan. Tak rugi tengok.

Senang cerita, filem ni memang huge success dan lawak gila. Cuma satu je aku tak suka. Jalan cerita dia sebijik sebijik macam dalam komik. Dialog pun semua sama.


DOWNLOAD

Tutorial Bina Universiti Kurang Daripada 20 saat

Wahai bloggers sekalian aku tahu ada antara korang yang benci dengan universiti korang kan? Ye, korang berdarah muda, semua apa yang orang tua-tua universiti termasuklah dekan, naib dekan, chanselor hapa semua mentadbir dalam gaya diorang. Bukan apa yang korang nak.


Tapi jangan risau! Saya ada penyelesaiannya. Daripada korang duduk universiti atas dasar terpaksa, apa kata kita buat universiti sendiri? Perlukah ada duit berbillion-billion? Perlukah menarah bukit dan merampas tanah hakmilik petani miskin? Perlukah membunuh flora yang memberikan kita oksigen? Perlukah membuat pinjaman PTPTN? Sudah tentu tidak! Ikuti langkah di bawah ini!


Edit Profile > Education & Work > taip nama Universiti > siap!




Senang kan? Tak payah bayar yuran, takpayah nak bising-bising internet slow, dan tak payah kena panggil anjing menyalak oleh pihak ITMS kalau bising-bising pasal internet Universiti XXXX perlahan tahap gaban sampai menyusahkan perjalanan urusan penting.

Keburukan buat Universiti melalui Facebook ialah korang tak boleh belajar apa-apa dekat situ. Buat suka-suka je hehehe. Okay nak g pasar Ahad. Selamat hari Ahad!

Hantu Kak Limah Balik Rumah Direct Link Mediafire & Review

Haih harini hari paling gila sejak aku start blog ni. 4 update dalam masa sehari disebabkan bosan takde ape nak buat padahal Encik Ah Simon aka assignment tu tengah tunggu untuk disiapkan. Research paper tak baca lagi etc. [klik untuk tengok]

Anyways, jangan dengar aku membebel. Tadi aku dah nak pegi library bila tiba-tiba je ada update dekat tapak download movie aku. Okay, korang boleh sedut sekarang. Long live pirate. Tapi link dekat bawah sinun sebab aku nak menghajar korang sikit pasal cerita ni [klik untuk tengok]

Poster je la cun...
Orang kata cerita ni best gila? Yeke? Meh sini aku review sikit, First sekali korang kena tahu, aku hari-hari tengok movie dengan kadar purata 3 cerita satu hari sejak 3 bulan yang lepas. Dan ini ialah pendapat peribadi. Taknak dengar takpe, boleh klik sini

Bagi aku cerita ni sangat tak berbaloi untuk korang hebah-hebah dekat status Facebook sampai berjela-jela memuji cerita ni. Aku tak kata pun cerita ni 100% teruk tapi kalau nak diletakkan dalam kategori Box Office Malaysia punya movie, sumpah tak layak. Seharusnya cerita ni diletakkan dalam kategori telemovie. Tak tahu bezanya? Movie tu kira filem wayang la, telemovie tu bawah sikit...tahap-tahap CD Momok dekat pasar malam dulu-dulu. Yang nilah [klik]


Okay scene 1  dekat warung Pak Jabit. Ini apa yang kita biasanya panggil sebagai inside jokes. Aku tak tahu kalau nama pengarah/produser yang dia sebut time kat warung ni wujud ke tak tapi nilai-nilai kelawakannya takde langsung. Hipotesis aku? orang yang rasa benda ni lawak hanyalah orang yang memang fanatik cerita Malaysia dan jugak yang dah tengok cerita Zomba Kampung Pisang. Kalau memang inilah tujuan sapa-sapa yang buat cerita ni, aku rasa kesianlah dekat orang tu sebab matlamat pembikinan filem tak universal sungguh. Yang universal ialah game ini [klik]

Anyway, ada sesiapa kira berapa kali filem ni sebut Zomba Kampung Pisang? Sangat teruk la ulang banyak kali sebab nak bagi penonton rasa benda tu lawak dan cuba nak kaitkan dengan zomba. Kenapa tak boleh nak buat sesuatu yang fresh? Sesungguhnya adalah 1 pengetahuan am untuk penonton-penonton movie di seluruh dunia bahawa sequel  yang dikaitkan dengan prequel akan berakhir dengan kritik-kritik yang caharam. Contohnya, Mean Girls dengan Mean Girls 2.


Gambar di atas ditangkap menggunakan Photoscape pada minit ke 18.25 daripada awal cerita. 18 minit tengok je beb aku dah tau yang Cik Nin ni sebenarnya ialah hantu! Tersangat simple cara aku tahu

  • Dari awal sampai la ke minit 18:25, hanya Hussein (Awie) yang bercakap dengan Cik Nin. Orang lain takdak
  • Bapak Cik Nin, si Wak Jabit tu benci sangat dekat Awie
Kamonla, kita fikir logik disini. Awek (aku) cun kerja warung dalam kampung yang ada banyak anak teruna. Takkanla diorang taknak usha takpun kenyit-kenyit mata ke. Paling busuk pun menggatal la sikit-sikit dengan suara ala-ala manja. Apapapun, kesimpulannya ialah Cik Nin tu hantu.


Minit ke 1:04:351, wadehel kah cerita Melayu nak buat stail Hindustan? Aku tak suka. Korang suka?


Perhatikan pelakon tambahan di belakang. Ini scene perbincangan di balai raya yang diorang nak bakar rumah Kak Limah tu. Sedihla aku tengok pelakon cacamarba macam tu. Hampir semua pelakon tambahan dalam cerita ni buat kerja macam nak tak nak je. Kena paksa kot?


Just another inside joke. Kalau korang tak tengok cerita Zomba Kampung Pisang tu memang haramjadah tak faham scene ni. Dan of course, usaha pathetic mereka untuk membuatkan scene ni nampak lawak ialah dengan mengulangi perkataan zomba, zomba. baik korang tengok yang ni [klik]


Dan akhirnya "hantu" Kak Limah tumpas ditangan anak si Mamat yang suka menembak. Pfft. Bukan hantu rupanya. 


Pastu anak dia datang dengan ambulan wad mental sambil cakap "Maaflah semua, mak saya lari dari pusat mental" etc. Hoi shilakhe, mak kau kena tembaklah bodoh. Nak buat lawak pun sensitif la sikit benda-benda yang tak boleh nak dibuat melawak. General rule: Orang kena tembak, kita hantar pergi hospital. Orang kampung pulak semua bodoh tak nak minta maaf. Kepada penulis skrip cerita ni, tolonglah...ini scene yang aku paling tak boleh terima dalam cerita ni. Dahla kena tembak tanpa soal siasat, jatuh dari atap pulak tu. Sumpah tak lawak.

Nampak sangat orang Malaysia ni bodoh sombong+ degil macam ni. Dah buat salah boleh pulak tak nak minta maaf. Salah besar kot tembak mak orang. Sedangkan tergelek ayam dengan kereta pun boleh mencetuskan gpergaduhan antara keluarga, inikan pulak sesi tembak-tembak kaki orang.


Ending pulak. Siapa perempuan ni? Okay dia ada dalam cerita zomba kampung pisang *sigh* tapi kalau aku tak tengok mesti aku tak faham kan? Kenapa dia nak balik dekat Hussein? Kenapa dia mati? Bila dia mati? Ya, jawapannya tunggulah dalam filem seterusnya, Pontianak Harum Sundal Kampung Pisang.


Update: ok fine, dia mati. Tapi kenapa Hussein tak takut? Kan hantu. Satu lg kelemahan cerita ni ialah hypocrisy . Cakap tak percaya hantu tapi takut jugak. Sudah-sudahlah tak habis habis orang Melayu ni dengan hantu.

DOWNLOAD lah kalau nak menyesal.

Akses Internet Mansoura sudah pulih

Pagi ni aku terkejut tengok wall facebook sebab ada budak Manoura dah boleh online. Korang ingat lagi cerita aku pasal semalam kan. Yang sambut birthday dia dalam kesedihan tu. Harini dia ucapkan terima kasih sebab sudi call dari New Zealand ke Mesir.


Takde hal la sista oi. Kita dah jadi adik beradik tak sah berapa tahun dah? Tapi memang aku bersyukur sangatlah at least kita tau diorang selamat dan okay kat sana. Tengok screenshot bawah


Ye kami akan doakan korang semua. Semoga cepat dan selamat balik ke Malaysia. Family korang tengah risau sesak nafas tu. Balik rumah nanti peluk mak ayah ketat-ketat wokai?

P/S: KLIK SINI UNTUK ENTRI HARINI

3 Lakonan Tom Hanks Terbaik

Sebagai seorang yang movie-holic yang mempunyai akses internet, maka korang mesti takkan terlepas daripada mendownload cerita-cerita best. Kali ni aku nak cerita pasal salah 1 actor yang paling aku respek sebab kalau tengok cerita dia, konfem takkan bangun dari tempat duduk.


Ada sesiapa yang tak kenal Tom Hanks? Dia ni antara pelakon Hollywood yang aku paling respek sekali sebab hampir semua cerita yang dia berlakon best best. Tak tahulah kalau zaman muda dia punya cerita tak best tapi so far ini 3 filem pilihan aku..
#3. CAST AWAY (2010)


Sebenarnya aku baru je tengok cerita ni petang semalam sebab masa tengah-tengah browse maklumat pasal Tom Hanks, terjumpa movie ni yang merupakan salah satu daripada top-ranked cerita dia. Rating IMDB 7.5/10, Nominated for 2 Oscars dan Another 11 wins & 21 nominations menunjukkan betapa awesomenya cerita ni. Cerita pasal pegawai FedEx yang terperangkap dekat pulau tanpa penghuni. Dalam cerita ni dia tunjuk macam mana Tom Hanks (as Chris Nolan) belajar untuk survive. 
DOWNLOAD
#2. THE TERMINAL (2004)

Dalam cerita ni Tom Hanks jadi seorang pelancong berwarganegara Krahkozia (Soviet). Tapi masalahnya sebelum dia dibenarkan masuk ke US, dia terpaksa ditahan sebab negara dia mengalamai reformasi dan visa serta passport dia tak sah di mana-mana negara dalam dunia ni. Maka jadilah dia orang tanpa warganegara dan disebabkan tu, nak masuk US tak boleh, nak balik Krahkozia pun tak boleh.

Selama hampir setahun dia tinggal kat situ, korang boleh tengok macam mana dia boleh jadi sangat terkenal dengan kreativiti dan keselambaan dia buat airport tu macam rumah dia. Dalam movie ni jugak ex aku aka Catherine Zeta-Jones berlakon.

#1. FORREST GUMP (1994)

"Run, Forrest, Run!". So far inilah filem Tom Hanks yang terhebat sekali. Aku dah tengok berpuluh kali, lebih banyak daripada bilangan aku tengok cerita 500 Days of Summer. Cerita pasal Tom Hanks jadi budak lebih kurang 3 suku tapi kekurangan dia tu lah yang buat dia lebih hebat daripada orang lain.

Ini jugak merupakan satu kisah cinta seorang 3 suku dengan seorang perempuan bernama Jenny. Tapi sayangnya Jenny tu seperti wanita tipikal yang lain, tak mau pandang dekat Forrest tapi last-last anak dia Forrest yang jaga. Nasib baik anak tu anak Forrest.

Analisis secara kasar menunjukkan Tom Hanks ni filem filem top dia ialah bila dia melakonkan watak kesian dan tertindas. Kiranya macam Nasir Bilal Khan la kot? Tapi 100x ganda lagi bagus. Contohnya dalam filem Cast Away, boleh nampak darah macam betul-betul keluar daripada kaki dia ditambah pulak dengan ekspresi muka dia. Memang terbaik.

Selain 3 filem ni, aku jugak suka cerita Angels & Demons, The Da Vincci Code dan lain-lain lagi. Kalau korang nak tau, suara Woody Woodpecker dalam Toy Story tu pun dia yang berlakon

P/S: Album Hall of Fame aku yang lama di private profile telah dipindahkan ke page Facebook arc13. Movie-movie baru akan diletakkan kat sana

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran