Aku Pun Boleh Doodle

Short update untuk hari ini ialah tentang hobi lama yang kini boleh dilakukan dengan menatap skrin komputer haha. Dulu masa kecik-kecik memang aku suka gila melukis sampaikan dinding rumah pun aku conteng.

doodle panda

Teringat jugak zaman sekolah rendah dulu orang bayar aku 50 sen untuk setiap gambar digimon yang aku lukis. Haha sucker gila padahal senang je tiru lukisan digimon tu. Tapi aku letak nama, alamat semua tu sekali la kononnya macam kad. Padahal kena air sikit je terus hancus sebab guna kertas lukisan lol. Siapa yang pandai tu dia gam dengan kad manila.

Tapi tu dulu. Sekarang ada komputer boleh lukis guna komputer aje. Contohnya macam gambar dekat bawah ni kan. Mula-mula masuk photoshop boleh buat sketch je dulu

doodle panda

Tutorial Menukar Label Secara Banyak Sekaligus Pada Entri Lama

Dah lama tak buat tutorial maka mari kita merepek pasal tutorial harini. Tips ni dijumpai secara tak sengaja ketika mengedit blog pada tahap gaban pagi tadi.

ADAKAH BLOG ANDA MEMPUNYAI RATUSAN ENTRI? ADAKAH ANDA MAHU MENUKAR TAGS/LABEL ENTRY TAPI TAK LARAT DISEBABKAN TERLALU BANYAK?

Saya ada penyelesaiannya! Memperkenalkan fungsi blogger menukar label pada blog secara pukal. Caranya sangat senang tapi mungkin memakan masa bergantung kepada nombor label dan entry yang anda telah post sepanjang riwayat hidup anda berblogging.

Tutorial menukar label pada entry blog banyak banyak

STEP#1 - MASUK EDIT POSTS
Pastikan korang jumpa page seperti di atas di mana korang kena tandakan pada entry-entry yang hendak ditukar labelnya. Selepas siap tandakan entri tersebut,


Tutorial menukar label pada entry blog banyak banyak' title=
 
STEP #2 - CARI KOTAK LABEL ACTION
Dan korang boleh apply mana-mana label untuk entri dalam dashboard korang tu tanpa ada masalah. Selain meletakkan label yang sedia ada pada entri tu, nak letak label baru pomboleyy.Kalau nak remove label, ada di bahagian bawah sekali dalam kotak label action tu


AMARAN - Pastikan korang tak buat silap amcam aku sebab tersalah buat label. Disebabkan itu, hanya 26 Kajian Kes Facebook yang berjaya dicari balik  berbanding episod sebenar iaitu 38. 

Bulan Itu Bulan Cinta - Supermoon

Semalam aku ada kongsi satu link daripada CNN News mengatakan bahawa malam ini merupakan bulan mengambang penuh yang paling besar dilihat dalam masa 20 tahun ini. Disebabkan umur aku dalam lingkungan lingkungan tu la jugak, maka inilah bulan mengambang penuh yang paling besar aku pernah tengok

Premium With Beautiful Eija [ends 27 april 2011]
Maka nak dijadikan cerita, aku pun capailah skuter tadi untuk naik atas bukit menangkap gambar di tengah malam. Gila kentang nak naik bukit yang pernah kecoh pasal cerita Vampire menyerang Wellington itu hari.

Jangan Katakan 'Tidak' pada Panda

Semalam lepas aku pening-pening menghadap buku teks, tiba-tiba perut ni meminta diisi. Kalau dia tak bising takpelah, ini memekak sampaikan aku segan nak duduk dekat library tu dek bunyik yang kuat gila. Maka dengan lajunya aku berjalan ke Cafe di Victoria University untuk beli Fish n Chips..


Cafe ni ialah antara cafe tempat pelajar Muslim beli makanan sebab sumber dipercayai mengatakan makanan sini halal tapi aku taknak la cari pasal makan Sandwich Bacon pulak dekat sini. Makan Fish n Chips aje sudahla. Cafe ni telah disponsor oleh sorang pakcik bernama Jack Illot pada tahun berapa entah aku tak kisah. Janji aku boleh makan kat sini.

Antara makanan yang boleh diketedarah oleh pelajar Muslim sekalian ialah Chips, Wedges, dan makanan-makanan Vegan yang lain. Tang daging apa semua tu aku tak taula. Baik elakkan daripada konfius aje


Masa aku ke kaunter tu, aku nampak kentang diorang dah nak habis jadi awek Orient dekat kaunter tu cakap "could you please wait for five minutes?"

"OK"

5 minit kemudian, aku ke kaunter tu lagi dengan muka unta kelaparan. Maka awek Cina/Vietnam (aku tak tahu) tu cakap lagi " sorry, these chips are for the other store. Could you wait for another 2 minutes?" sambil mengisi kentang yang dah siap digoreng ke dalam plastik untuk dihantar ke Cafe cawangan dia yang lagi satu.

Maka aku selaku panda comel telah bertukar menjadi Panda Garang on the spot. Tadi suruh aku tunggu 5 minit, sekarang suruh tunggu lagi la pulak. Gua ada kelas ni kejap lagi. Panda Garang pun cakap " Excuse me? what did you say just now?"

" Sorry, I cant give these ch....ayat dipotong, aku mencelah tak puas hati. Tiba-tiba supervisor dia datang dan suruh dia bagi je kentang tu kat aku sebelum aku naik hangin. Macam video dekat bawah ni



Dan, voila aku dapat fish n chips tu. Walaupun pada harga NZD5.50 (RM12.34).
Never say no to panda! Okay panda out pergi kelas. 

Classical Conditioning - Applikasi Kehidupan

Okay harini kita belajar Psychology lah tahap rendah punya. Jangan risau, sangat senang untuk difahami dan janganlah disebabkan benda ni sains korang ingat dia susah pulak. Senang je nak faham sebenarnya. Untuk matapelajaran Psychology yang susah sikit, sila rujuk sini: Nota Visual Sensory Memory


Classical Conditioning (CC) ialah satu teori yang dikemukakan oleh seorang ahli fisiologi Russia yang bernama Ivan Pavlov pada sekitar tahun 1901. Nak dijadikan cerita supaya simple dan tak meleret, pada suatu hari dia pegi melawat anjing dia dengan loceng. Seperti biasa, anjing dia meleleh-leleh air liur dan menggesel-gesel dekat kaki beliau menyangkakan yang pakcik Pavlov ni bawak makanan. Maka beliau pun peliklah, anjing ni kan hebat sesnori penghiduannya, kenapa pulak anjing tu boleh tak tahu yang dia tak bawak makanan? Siap meleleh-leleh lagi air liur..

Rupa-rupanya anjing ni dah terkena CC daripada kehidupan seharian dia. Selama ni Pavlov bagi anjing dia makan (rangsangan normal) dan anjing dia terliur (tindakbalas normal). 
Masa bagi anjing dia makan juga si Pavlov ni panggil anjing dia dengan bunyi loceng. Makanya; loceng = makanan, pada pemikiran akal si anjing itu.
Lama-lama, loceng bertindak sebagai rangsangan kawalan (conditioned stimulus) dan anjing tersebut akan fikir bahawa "okay, makanan datang, mari kita meleleh air liur" sebagai tindakbalas kawalan (conditioned response) melalui proses pengkaitan (association)

Tonton video di bawah untuk pemahaman mutlak






Penjelasan video:
  1. Gula-gula "Altoid" sebagai normal stimulus
  2. Makan dan air liur dirembeskan sebagai normal response terhadap gula-gula itu
  3. Proses disertakan dengan additional cue iaitu bunyik komputer Windows
  4. Proses association berlaku, maka lama-lama dia jadi
  5. Bunyi komputer Windows (conditioned stimulus)
  6. Air liur meleleh ( conditioned response). Voila!
Maka disebabkan benda inilah, kita jangan buat jahat dengan orang. Sebabnya nanti orang sakit hati. Lepas orang sakit hati, kita buat baik macam mana pun nanti orang cop kita dengan perkara jahat yang kita buat tu. Make sense? Tu tandanya korang dah faham. Tambahan lagi 1 contoh:


Ini ialah ais krim Paddle Pop yang berwarna warni. Maka paddle pop ialah aiskrim, bertindak sebagai normal stimulus. Normal response ialah kita terliur dan lapar. Association kepada eskrem paddlepop ialah kaler die
Lepas tu pulak kita nampak..


Tudung warna warni: Conditioned Stimulus
Maka dengan itu, sila jawab soalan ini. Apakah conditioned response kita terhadap tudung warna warni? Hehe....


Adios nak g kelas

Pantun Realiti Facebook 2





BERSAMBUNG.....

Sambutan Tahun Baru Cina Wellington New Zealand

Harini mood aku bercanggah maka aku berkeputusan untuk mengemas koleksi gambar-gambar yang bertempiaran dalam harddisk tu. Baru aku teringat aku lupa nak eksyen dengan korang pasal sambutan Tahun Baru Cina di Wellington pada minggu lepas. Ke 3 minggu lepas entah?


Ah comel; Dong chang dong chang dong chang cha cha. Sambutan ni diadakan di TSB Arena, berdekatan dengan harbour di sana. Alah, tempat aku tengok Konsert Paramore itu hari lah sayang.


Tu dia mak cik kau mekap tebal masa parade dari Courtenay Place ke TSB Arena. Siap ada naga dan singa lagi bhai. Kalau orang zoo nampak mesti dia dah tangkap.


Ini ialah tarian singa versi kanak-kanak yang saja-saja main sebab jakun dengan singa tak hidup. Sejarah asal tarian singa ialah pada zaman dulu, ada sorang sami yang tensen melihatkan kejahatan melanda tempat dia hidup. Maka bila tensen dan tiada rambut untuk ditarik, dia pun berdoa kepada dewa-dewi dia bagaimanakah untuk menghalau semua anasir kejahatan ni. Diorang kata "Lu taruk sekoq singa, nanti depa takut la"

So, tarian singa ialah tarian orang Cina yang bertujuan menghalau kejahatan, bukan untuk menyembah tok nenek moyang mereka, ataupun any of the god emperors.


Bukan tu je, ada juga orang sarkis datang buat pertunjukan. Team diorang ni dikenali sebagai Zirka Circus di mana nak kata femes tak femeslah, dah sampai Eropah, France dan bermacam lagi. Nanti bolehlah korang cakap Abang Panda femes gila, dah berblog sampai ke New Zealand, Eropah, Itali blablabla.


Sekali lagi gambar anak gadis comel. Diorang ni dari Tadika Islam di Wellington. Yelah tu! Diorang ni dari tabika mana tah aku tak tahu tapi diorang berjoget-joget dengan diiringi lagu cina. Wa pu ce thao la kan apa maksud lagu-lagu demikian.

Bilalah aku nak ada anak sendiri. Nak suruh dia buat tarian gamelan macam ex aku Maya Karin tu 

Kebuluran di Universiti - the7thmuffins

Hari ni hari Rabu bermakna dah 3 hari semester baru dekat Uni aku bermula. Jangan tanyalah Universiti mana. Kalau nak tahu klik butang tags New Zealand dekat sebelah ContactMe tu. Setakat ni okay lagi walaupun ada terima berita-berita yang tak best seperti gempa bumi pada malam tadi. Takde pape yang kronik terjadi so takpayah risau.

Harini aku kita cerita personal lah ye. Nak artikel ke pantun ke tunggu kemudian. Cerita harini pasal kononnya nak study dekat surau kat Uni aku tu. Jangan tak tahu Uni orang Inggeris ada sediakan surau untuk pelajar-pelajar Muslim menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Jangan kata 5 waktu, solat terawih tahun lepas pun kami buat dekat situ


Tengok gambar atas korang nampak tirai. Itu digunakan untuk menutup pandangan mata gatal atau pandangan mata tak sengaja sebab ruang solat kami kecil je maka kenalah jaga aurat elok-elok. Kok tersentuh ke kan ke kena ambik wudhuk balik. Time winter paling menggigit tulang sekali sebab sinki wudhuk tu takda air panas


Ini pulak bahagian dapur yang menempatkan air panas untuk buat kopi ke teh ke, siap ada microwave dengan peti sejuk baru tuu. Sapa sedekah situ memang gila baik hatilah. Allah membalas jasa kamu! Tapi kopi tu kosong tadi aku tengok. Saja ngada-ngada usha padahal bukannya aku gemar minum pun.

Nak dijadikan cerita kononnya tadi olok-olok nak stay dekat surau habiskan reading Cognitive yang tinggal 5 mukasurat tapi tiba-tiba perut ni dia dengki dengan tuan dia nak study. Maka dia buat perangai kuranghajar dia menyanyi lagu keroncong. Biasanya surau ni banyak orang wakafkan makanan free maka aku pun meluru ke peti sejuk untuk cari makanan kalau ada.


Buka je pintu ais, Ya Allah baiknya hati orang yang letak Kek Oren ni dalam peti ais. Kalau ada dalam surau yang tengah takde orang masa Maghrib tadi, nak saja aku ngorat dia dengan ayat "boleh saya makan kek oren awak hari-hari?

Okay nampak je nota tu aku pun cubalah "Help myself out with the cake orange"; tapi..


*Bunyi cengkerik* Dah habis rupanya. Time ni terbayang muka mak dah. Terpaksalah balik ke rumah masak, main Facebook sampai 2 jam, trolling sana sini, dan akhirnya tulis entry ni sebagai pengubat rindu korang kat blog kurang ajar ni kan. Study comes first, aku tak nak waktu blogging aku lebih banyak dari belajar

Kalaulah dekat Victoria University ni ada servis macam the7thmuffins kan ke best. Muffin tu kalau buat makan time belajar memang tahan kenyang 3-4 jam rasanya. Nampak pun macam sedap je. Dahla warna pink. 3-4 jam tu boleh buat reading 80 page woo..


Tapi untunglah korang orang Malaysia sebab the7thmuffins ni ada buat servis penghantaran muffin melalui pos! Selain warna pink tu ade je perisa lain. Nak tahu korang pergi la order sikit lepastu hantar dekat aku di New Zealand ni, boleh?
ORDER MUFFIN DI THE7thMUFFINS

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran