Hai Kitew Shuweet Couple

Setelah sekian lama...




Yes akhirnya episod Kajian Kes Facebook kembali semula tapi kalini akak pulak yang tulis sebab abang panda ada 2 test minggu ni so dia tengah berguling-guling atas katil tu sambil berfikir yang kononyya berguling-guling tu boleh bagi dia A+ untuk 2 subjek test minggu ni. Anyway, harini akak nak cerita lagi pasal fanpage Facebook yang direka khas untuk anak-anak muda


See shuwit kan anak-anak muda sekarang? Eh, akak pun muda jugak tapi akak okay je single. Bak kata mak Abang Panda dulu; diri sendiri tu pun mak belikan spender, ada hati nak gatal-gatal dengan anak orang. Entahlah bebudak sekarang ni, seronok agaknya dapat populariti dengan diletakkan gambar diorang pada page.

Berikut ialah info pasal page ni..

Bantuan Kajian Statistik dan Psikologikal

Seperti mana yang sesetengah korang telah nampak atau buat-buat tak nampak kat page Facebook aku, ada satu status yang meminta kerjasama para bloggers sekalian yang berminat untuk menyertai satu research di mana apa yang peserta buat hanyalah buat screenshot dengan menggunakan photoscape atau mana-mana software atau program komputer lain yang berkeupayaan untuk berbuat demikian

Eksperimen yang akan dijalankan ni mempunyai 2 bahagian di mana bahagian pertama yang telah dinyatakan tadi  hanya akan melibatkan masa tidak lebih daripada 5 minit; dan bahagian kedua pula akan diberitahu kemudian untuk mengelakkan result bias yang berpunca daripada peserta.

In case ada antara korang yang nak kata "Eleh nak gunakan kita letteww untuk dia lulus kerja kursus dia". maka saya minta anda menyimpan pemikiran itu dalam tong sampah kerana kenyataannya ini ialah satu kajian suka suka yang menggunakan statistik dan bakal menyokong dan juga menyebabkan persepsi ramai bloggers Malaysia akan berubah setelah bahagian kedua kajian ini disiapkan.

Report penuh akan diterbitkan pada hujung Jun disebabkan sekarang Victoria University of Wellington masih dalam proses menghabiskan sisa-sisa test dan sedang menghadapi bulan peperiksaan final. Jadi dalam erti kata lainnya aku sedang busy, otherwise boleh disiapkan dalam masa seminggu je benda ni,  dengan  mengandaikan bahawa saya mendapat kerjasama penuh daripada anda semua.

Para peserta akan diberi instruction penuh melalui email yang akan disertakan dengan borang dalam format docx untuk diisi. So far dah ada 10 bloggers yang sign up. Dan disebabkan aku hanya perlukan 30 maka lagi 20 orang diperlukan asap

Ini ialah kajian tentang benda baru. Korang takkan jumpa kajian seumpama ni di Google Scholar. Believe me, I did. So, 30 orang ni akan jadi bantuan yang sangat besar dalam sumbangan kajian ni. Okay dah cukup kot akumerepek. Ingat, aku masih perlukan 20 orang. Bila dah cukup barulah semua borang akan dihantar dan kajian boleh dijalankan.Daftar diri anda di link bawah ni

Penerima Wang Group Login Facebook Dapat 4 Juta Dolar

Kalau korang rajin tengok kawan korang like like page Facebook atau masukgroup yang pelik-pelik di Facebook, aku rasa ada chance 80% yangkorang wajib pernah tengok ada makhluk dalam news feed yang join benda-benda yang bertajuk seperti "Login Facebook Dapat 4 Juta Dolar" kan?


Macam gambar di atas ni, siap ada step untuk dapatkan berjuta-juta dollar hanya dengan login Facebook. Sebab apa? Sebab bisnes bisnes (?) macam ni pernah bukak booth dekat universiti universiti terhebat di Malaysia, di ekspo, dan macam-macam tempat lagi. Siap ada website woh maka ianya perniagaan sah..

Kita takpernah dengar orang yang  join benda ni betul-betul dapat 4 juta dolar! Dengan bantuan abang dzaquanimran kita yang peramah lagi tidak lokek berkongsi ilmu mendapat jutaan dollar


Tapi kalau anda masih tak faham bagaimana caranya untuk mendapatkan atau nak check di mana duit 4 juta dollar tersebut akan muncul, jangan malu! Silalah bertanya sebab bak kata pepatah Melayu, Malu bertanya sesat jalan.

Melawat Muzium Freemason New Zealand

#INTENDED SARCASM LOCATION-INVARIANT

Cakap pasal Freemason, mesti kening kiri korang dah terkuit-kuit macam cacing dah kan? Cakap Freemason je kita membayangkan penganut Illuminati, organisasi rahsia, world domination, Dajjal lah ape lah. Meninggalkan itu semua untuk korang peningkan kepala sendiri, aku nak cerita pengalaman aku masa Backpacking Around South Island tahun lepas untuk korang baca.

arrowtown freemason malaysia

Arrowtown ni letaknya di Queenstown, South Island New Zealand. Ianya mula ditubuhkan pada tahun 1861 apabila seorang brader bernama Jack Tewa terjumpa emas. Maka dari situ bermulalah aktiviti melombong emas sehingga terbentuknya sebuah bandar, di mana zaman tu Gagasan Tanah Melayu masih lagi belum ditubuhkan. Kertas kerja pun takde. Itu sejarah dia.

Nak dijadikan cerita, turun saja kami dari kereta, aku terpisah dengan 4 member aku yang lain sebab aku pergi carik jamban untuk menghasilkan emas sendiri. Sebaik je keluar tandas, aku baru perasan line Vodafone NZ disitu tak berapa kuat akibat kekuatan kuasa jahat Freemason dan Illuminati yang menguasai kawasan ini.

arrowtown freemason pyramid

Masa aku berjalan-jalan di Arrowtown tu, sungguh terasa sejuk ibarat ada sepasang mata yang asyik memerhatikan gerak geri aku. Tiba-tiba guruh berdentum "PIAAAAAARRRRR" dengan kuat sekali walaupun bunyinya macam guruh filem Hindustan. Hujan pun turun dengan renyai-renyai lalu aku melarikan diri ke tangga berdekatan untuk mencari kawasan berteduh. Maka aku telah dipertemukan dengan piramid Freemason! Alangkah takutnya aku, sungguh kuat kuasa gelap di Arrowtown ini

Aplikasi Auto Retweet Triberr.com


Oklah dah lama aku tak buat tutorial maka kali ni aku nak hajar korang untuk join satu webservice twitter yang sangat cool dimana ahli-ahli kepada group boleh retweet entri blog korang secara automatik. Menurut website tersebut, dia masih tak ada persaingan tapi ada antara kita yang tahu twitter ada WhiteMerpati cumanya WhiteMerpati tu aku nampak bias gila. Siapa gila trafik dan ada twitter, benda ni memang sesuai gila untuk korang. Yang tak berapa gila trafik dan nak sampaikan mesej ke dunia dengan meluas pun boleh guna benda ni.

STEP 1 - DAFTAR TRIBERR.COM

Langkah pertama ni sangat unik sebab korang takkan boleh join tanpa ada invitation. Korang tak boleh suka suka masuk dan wujudkan puak (tribe) baru tanpa menjadi ahli kepada puak yang dah sedia ada. Kalau dah ada invite code, klik pada "I have an invite code"

STEP 2 - DAFTAR DENGAN BETULIni untuk membolehkan korang import entri blog dan berjaya di-retweet oleh ahli puak korang. Kalau salah setup, maka sia-sia je korang join jadi ahli puak. 2 benda yang wajib ialah:
  • RSS FEED - Ini untuk import entri blog
  • CONNECT TWITTER - Ini untuk korang retweet blog orang lain.
TIPS RSS FEED
Untuk default RSS bagi mereka yang gunakan blogspot, RSS korang ialah  http://namablog.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss

Untuk default RSS bagi mereka yang nak entri blog berlabel tertentu sahaja di-retweet, gunakan format
RSS 2.0: http://www.namablog.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss/-/labelatautag
Maka lepastu bila dah siap, dan nampak muka korang dah ada dalam senarai ahli macam gambar kat bawah ni, kiranya korang dah berjaya menjadi ahli puak! Maka lepastu bila korang update blog, website ni akan tarik 'feed' blog korang lalu akan di-retweet-kan oleh ahli lain yang sedia ada. Goyang kaki je lah.

______________________________________________________
SOALAN KERAP DITANYA AHLI PUAK AKU
______________________________________________________

Of Birthday Cake and Card

PERSONAL

So, today is 13th May and it's Friday, and there are no other person that could resemble these two features better than Jason of Friday the 13th and Rebecca Black.

That would be pretty lame because it is my birthday today. Yes sir, I was born on 13th May and I am pretty much go against racism. In case any of you are wondering why Ive been using panda as my signature all this time, it's because Pandas are black and white, and also Asian.

Anyway, birthdays are not birthdays unless they have cakes and cards. Only that, mine is more awesome than any of you ever had. Here is a photo of my birthday cake


This cake is called the Creator and was ordered from Wellington's Cuba Street Hellpizza store. Its pretty cheap too, ONLY NZD20, which  is equivalent to RM47.37. Superb.


last but not least, here's a photo of my birthday card. The only thing that's interesting about this birthday card is it does not have any birthday wish on it, nor in the content. This one was purchased at NZD115 (RM272.39). Really cheap for a birthday card

Just so you know, Im having a birthday party at 11 a.m today. No balloons and clowns, only papers, pencils, pens, and fear. Oh, and the party is named " PSYC231 Test 3"

Happy 13th birthday for me. Still young and kicking asses.

Gambar Bilik Tidur Lelaki

Entri Personal

Obviously, aku malas mahu menaip sebab tangan aku busy dengan assignment, jadi aku nak berkongsi gambar je sebab kalau aku tak busy, aku takkan share gambar ni. Agak paradoks ayat itu.





More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran