Review Transformers 3 Dark Of The Moon New Zealand

SPOILER ALERT
Yaha jam sekarang menunjukkan 3am di mana aku abru saja balik dari tengok cerita Transformers 3: Dark Of The Moon dekat Reading Cinema, Wellington, New Zealand, port biasa rakyat Wellington untuk menonton movie

1/7/11? Cmon, kami disini baru bertarikh 29 Jun 2011 hehe. Okay cukup berlagak mari kita tengok review aku pasal filem ni. Ini ialah pendapat peribadi dan mungkin mengandungi beberapa spoilers penting. Jadi, kalau korang memang jenis tak suka spoilers sila klik pangkah sekarang atau baca entri lain. Entri ni akan sedaya upaya dicuba untuk menyeimbangkan yang best dan tak best

Tolong kembalikan Megan Fox saya. Awek ni bibir tak cun
Pertama sekali, saya ingin merasakan kecewa sebab ex saya si Megan Fox telah digantikan wataknya sebagai heroin Transformers yang seksi meksi, digantikan dengan seorang awek yang entah-aku-tak-kenal (Rosie Huntington-Whiteley, thanks for the info anon) yang juga seksi. Malangnya Michael Bay terlampau desperate nak menunjukkan yang awek ni juga mampu membawa watak awek seksi tapi berdikari sehinggakan terlampau tunjuk keseksian beliau.

Dalam kata lain, awal-awal cerita lagi depa dah tunjuk punggung si awek ni. Ini ialah cerita robot. Kalau mahu tengok punggung, saya prefer punggung robot

Tapi yang bagusnya, cerita ni memenuhi kehendak peminat sejak Transformers 1 lagi iaitu bagi si Sam Whitwicki entah macam mana nak eja nama dia tu, jadi hero. Aku tak nak cerita panjang sebab nanti kesian dekat orang Malaysia yang nak tengok cerita ni esok. Apa pun, Sam ialah hero, in a way.

Tapi masa mula-mula lagi aku dah teruja dengan intro cerita ni sebab ianya direka khas untuk pengalaman 3D yang superb. Sesiapa yang berhajat nak tengok dalam 2D baik jual tiket korang dan beli 3D punya sebab sangat-sangat berbaloi. Permulaan cerita je korang akan gerak-gerakkan kepala untuk mengelak serpihan besi yang 'terbang' ke arah korang dan korang akan rasa macam panggung tu bergerak. Almost 4D

Tapi pertengahan cerita terlampau banyak cakap sentimental. Dan takde pun efek tu. Efek 3D banyak pada intro, klimaks, dan ending


Okay kita tahu yang Transformers ni memang fiksyen sains tapi Transformers I dengan II kelihatan nyata dan real sebabnya kejadian tu terjadi dekat kawasan-kawasan yang terpencil di dunia. Paling-paling pun disaksikan beberapa puluh orang je

Dalam Transformers III, seluruh dunia mengalami world invasion daripada Cybertron! Ini membuatkan aku rasa "Alahai, kartun sudah cerita Transformers ni". Macam cerita War Of The World dah. Orang macam aku fikir "Okay, this is too far and its certainly not going to happen"

Dalam filem ni jugak menunjukkan yang Sam sanggup menceroboh masuk ke kubu Megatron dan "ehem" untuk menyelamatkan awek dia si Rosey tu. Secara logiknya sejiwang mana pun manusia tu, lantak pi la awek kau ke, kucing ke, peduli apa Megatron nak buat apa. Lari selamatkan diri dulu.

Tapi malangnya Sam tersangat romantik maka dia pergi selamatkan awek dia dulu dan telah berjaya mengorbankan satu pesawat yang boleh tembak Megatron dan kuncunya sampai cacat separuh badan. Kesimpulannya, Transformers 3 terlampau romantik mencapai tahap The Notebook. Kami peminat Transformers nak tengok cerita robot bukan cerita cinta.


Okay, sekarang part yang aku paling tak puas hati sekali ialah ending pada pertempuran antara 3 robot iaitu Optimus Prime, Megatron, dan Sentinel Prime. Sentinel Prime dah bergomol dengan Optimus berejam-jam, dan berjaya putuskan sebelah tangan Optimus. Tiba-tiba, Megatron datang dari belakang belasah Sentinel sampai lembik sebab dia kena teknik psikologi daripada Rosie Huntington.

Masa Sentinel terkulai layu, dalam sekelip mata Optimus Prime yang cacat separuh badan macam kena strok tu boleh bunuh Megatron dan kemudian tembak kepala Sentinel sampai hancur berderai. Sungguh tidak logik. Macam mana Megatron yang lebih kuat dari Sentinel boleh dikalahkan oleh Optimus yang lebih lemah daripada Sentinel?

Okay cukup. Berpindah ke point yang aku cukup suka dalam movie ni ialah dia berjaya tipu aku pada satu point. Ada plot twist yang aku expect, tapi methodology dia agak berlainan. yang ni taknak cerita lah sebab spoiler lebih-lebih pulak

Point kedua ialah akhirnya ada orang mention dalam movie ni "Why do the Decepticons always get the good shit?" sambil merujuk kepada bentuk pejuang-pejuang Decepticon yang ada weapon dan bentuk yang ganas. Kalau dibandingkan dengan Optimus Prime (lori) sungguhlah tak menakutkan. Rasanya lori sampah lagi menakutkan

Dan last but not least, hero favourite kita,


hampir mati tapi dia tak mati pun. Itu yang paling best sebab Bumblebee cara berlawan dia sangat cool dan ada beberapa scene dalam movie tu yang korang memang tak boleh miss tengok sebab scene tersebut sangat awesome.

Overall, Transformers 3 masuk dalam album Hall Of Fame

Kisah Seram Unik Sekolah Menengah

CERITA TAK SERAM

Khamis malam Jumaat, manusia tipikal kalau tak de kerja, dia akan fikir dua benda sahaja, iaitu hantu dan jugak cara-cara bersenggama dengan bini - walaupun yang menulis tu takde awek, jauh sekali teman hidup yang dinamakan bini. Tak percaya korang boleh masuk page Facebook Gengblogger sekarang dan tengok budak-budak tu tulis apa - a reason why I hate traffic hunters

papan tanda KUSESS SMSKS

Apapun, kali ni aku nak cerita pasal cerita seram yang terjadi dekat sekolah aku (asrama penuh) yang dirasakan unik dan mempunyai saksi sebanyak ratusan orang. Peristiwa ni terjadi masa tahun 2006 iaitu masa aku tingkatan 5 dan kami menguruskan program orientasi untuk student tingkatan 1 dan 4 yang baru

#WordlessWednesday - Cubaan Bunuh Diri New Zealand

Tutorial Butang Like dan Mesej Facebook Untuk Blogspot

Sekarang ni Facebook dah keluarkan butang baru di samping butang like yang memang dah ramai tahu dan popular dalam kalangan blogger sekarang ni. Tak cukup dengan butang like di mana blogger boleh 'like' seperti dalam news feed, sekarang entri blog juga boleh dihantar melalui mesej!


Ini ialah contohnya. Cuba tekan dan hantar pada mana mana group/kawan/email

Caranya senang sahaja,

STEP 1: Masuk Dashboard > Design > Edit HTML

STEP 2 : Tandakan "Expand Widget Template"


STEP 3: Carikan kod </head> dan tampalkan (paste) kod
<script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1' type='text/javascript'/> 
SEBELUM </head>. 

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran