Header Sokongan Harimau Malaya Untuk Blogger

 harimau malayaOkay short update. Aku dah 20 minit buat benda ni je so aku tak nak spend lagi banyak masa untuk tulis entri post. Korang tau kan malam ni skuad negara menentang Singapura dekat Stadium Nasional Bukit Jalil kan? Malam ni confirm timeline twitter sesak lagi

Dari 20 minit lepas aku cuba buat ehader yang lawa kononnya untuk support game malam ni. Walaupun tak dapat menghadirkan diri di Stadium Nasional Bukit Jalil tapi entah aku rasa puas hati kalau dapat letak header blog sokong Harimau Malaya. Benda least aku boleh buat kot dalam menyampaikan hasrat untuk menyokong skuad negara walaupun match bola lain aku haram tak tengok.

Anyway, aku ada save file yang belum bertulis nama blog aku untuk korang edit, dan buat header sekali. Setakat letak nama blog sendiri bukan susah pun. Ada dua versi, versi file PSD untuk photoshop, dan JPEG untuk orang yang nak guna Photoscape

Pak Pandir Facebook Mendapat Iphone Percuma

Menjelang raya lah sangat walhal puasa pun belum masuk apekes la manusia kat Malaysia ni. Apesal aku kata Malaysia? sebabnya aku takde member pak Arab so aku tak tahu diorang suka celebrate bulan yang mana. Dengar cerita diorang merindui bulan Ramadhan sangat-sangat. Aku rasa aku tahu sebabnya tapi disebabkan malas nak bertanya sekarang ni, aku suggest korang tanya kawan-kawan yang tahu


Dah lama aku tak menyerang di slot Kajian Kes Facebook kan? Dah episod 37 dah pun..

Berbalik kepada puasa dan raya, mesti para bapak di luar sana memikirkan macamana nak balik menghadap bini dengan muncung tahap boleh sangkut baju sebab si bapak takde duit nak beli langsir baru, kereta baru, sofa baru, TV Plasma. Baju baru, itu baru, ini baru, Johor Baharu..

Si ibu pulak disebabkan nak mendapatkan wang lebih, maka bersengkang mata mencari lobang-lobang yang boleh membuatkan duit dengan pantas dan lumayan. Ini tidak termasuk menurun nombor ekor atau mengangkung kerana hantu setan semua kena ikat. Maka bermulalah bisnes itu bisnes ini, yang halal, Alhamdulillah. Si anak pulak tolong ibu bapa masing-masing bagi mengelakkan maruah keluarga tercalar akibat menggunakan perabot lama menjelang Hari Raya

Itu kisah lama. Sekarang zaman internet. Bisnes semua online. Nak marketing wajib melalui alam maya. Ada guna cara bagus, jual barang secara halal, bagus. Peniaga macam ni yang kita nak, amanah dalam berurusan, tidak menipu. Ada jugak yang menipu

TAPI AKU TAK PAHAM KENAPA ORANG TERTIPU DENGAN BENDA NI



Video Autism Carly Yang Berhabuk

Okay semester 2 2011 di VUW dah bermula dan sem ni aku ada azam baru di mana 8 am ke 5 pm aku taknak bukak blog. Mungkin dengan cara ni aku boleh score gred yang lagi bagus berbanding sem-sem lepas. Insya-Allah


Anyway, semalam ada kelas EPSY342: Diverse Learners di mana nombor 3 dalam nama subjek tu menandakan ianya untuk pelajar tahun ke-3 tapi aku masih tahun ke-2 sebab hobi aku memang tarik subjek tahun depan masuk tahun ni. Dalam separuh masa kedua semalam, kami belajar sikit-sikit pasal autism


Mengikut kajian yang dibuat pada tahun 2010, ASD (Autism Spectrum Disorder) berlaku kepada hampir 0.9% populasi dunia. Dalam kata lain lah kan, kalau dalam 1 bilik ada 110 orang kanak-kanak, ada kebarangkalian bahawa 1 daripada mereka ada autism

AUTISM TU APA ABAM PANDA?
Autism itu ialah sejenis gangguan mental dan bukannya sejenis kuih.Selalunya diiringi oleh simptom-simptom kecacatan lain seperti ADHD dan sawan.

Kalau nak cerita dalam blog memang terlalu panjang! Apa kata korang tanya Aunty Wiki sebab aku nak cerita pasal video seorang awek remaja yang bernama Carly ni dan dia mengalami autism

Kepada mereka yang menggunakan Berukband ataupun saja-saja malas nak tengok video ni. Rugilah korang. Sebab video ni bakal membawakan habuk misteri macam cerita 1 Litre of Tears . Masa tengok kau akan rasa mata kau pedih dan terasa nak keluar air. Ini normal. Perfectly normal Selama ni aku anggap orang yang ada autism ni ada dunia tersendiri yang kita tak boleh akses. Selama ni jugak aku anggap yang apa yang kita boleh buat untuk orang autism ialah hanya jaga diorang dan tunggu diorang membesar lalu mati sebab jangka hayat memang tak panjang. Kejam, aku tahu tapi ini kenyataan. Tapi dalam video ni kita boleh nampak walaupun tak boleh berkomunikasi dengan mulut, Carly boleh berkomunikasi dengan komputer. Hero gila. Bermula daripada tu, pengkaji autism semua ada cara untuk mengetahui apa yang pesakit autism rasa. Benda pertama yang dia taip ialah HURT dan HELP Bermula daripada tu dia mula menaip untuk menyampaikan apa yang pesakit autism alami melalui blog, dengan twitter beliau. Sumpah sayu video ni. Tak tipu. Ianya perspektif berlainan terhadap pesakit autism. Oh, btw

Main Salji di Mt Ruapehu New Zealand

Okay kalau semalam aku dah bagi tengok 1 gambar masa atas gunung salji maka hari ni aku nak bagi full story pulak. Seawal 6 pagi kami dah bangun untuk breakfast dan kemas-kemas untuk check out daripada tempat kitorang tidur malam sebelumnya sebab pagi tu kitorang memang dah plan nak pergi main salji


Rasanya memang takde siapa yang dibenarkan drive naik ke atas gunung tu. Entahlah aku tak tahu tapi kalau nak gerak naik dari town Ohakune ni, korang kena sewa shuttle. $25 untuk perjalanan pergi dan balik kalau ikut Matai Shuttle Service.

#WW Wordless Wednesday Iklan Syampu Salji

pelajar malaysia main salji nz

Full story esok...

Pengalaman Disumbat ke Lokap New Zealand

Ok guys macam yang korang boleh nampak dekat status Facebook aku, aku semalam dah bertolak ke Okahupune, North Island New Zealand untuk pergi main salji dekat Mount Ruapehu. Ini adalah disebabkan aku bosan nak mampus duduk tak buat apa apa dekat Wellington City sedangkan orang lain pergi bercuti ke South Island

wellington to mt ruapheu nz map

Maka kami pun menyewa kereta di Ace Rentals lalu bermula lah perjalanan kami yang sepanjang lebih 200km. Lagi kira-kira sejam nak sampai sambil membawa pada halaju 116km, masa turun bukit kami terserempak dengan sebuah kereta polis. Menyedari yang kami dah overlimit 100km/j maka dengan rela hati aku berhentikan kereta

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran