Website Ping Blog Baru BLOGR MY

Okay beberapa puluh bulan yang lalu aku pernah tulis pasal Gengblogger tapi website tu asyik rosak je maybe sebab ramai sangat blogger yang dok ping dan spam discussion board dekat sana agaknya. Tapi minggu lepas aku ada tweet pasal satu website ni yang aku tahu owner dia student Uniten. Well, at least masa aku ada kat sana, dia masih student Uniten. Sekarang ni aku tak tahu lah kan. Dipendekkan cerita sebagai bacan santai di hari Sabtu, ini ialah website ping blog yang baru
Klik gambar untuk tumbesaran sihat
Okay aku tulis entri ni berdasarkan nombor pada gambar lah ya

Logik Sains "Islam" di Page Facebook

Kalau orang tanya aku la kan sebab aku macam sentiasa ada di twitter sekarang ni, jawapannya ialah Facebook makin lama makin bosan. Benda yang sama, takde perubahan kecuali perubahan pada layouts. "Artis" tetap akan post benda yang kurang bijak (amboi sopannya bahasa aku) dan masih dapat beratus-ratus like, orang yang post benda baik tapi tak popular akan dibiarkan, dengan berapa ramai yang berdoa dekat Facebook, golongan yang mengharam dan meng-yahudikan semua benda dan yang paling aku menyampah, jenis yang share benda mengarut.


Untuk pendekkan cerita, dalam Facebook, selalu tersebarnya benda-benda seperti nota di bawah ni
"The scientists have proved that the voice which comes from our heart is "lub-dup". But now the analyzed that it is RUB-DUB-DUB is an Arabic words which means one who made each and everything in the universe, and who has the command on everything. That is "Allah". So it means every heartbeat every heartbeat says "Allah, Allah" (((hit the share((((( - source

RIP Blanket Man 1957-2012

Pagi ni selepas aku terbangun daripada tidur yang penuh misteri (sebab aku tak tahu macam mana aku boleh tertidur), benda pertama yang aku check ialah jam, kot-kot terlepas Subuh ke. Lepas periksa jam dan masih ada beberapa minit untuk mengeliat macam kucing, maka benda yang wajib diperiksa lepas tu ialah twitter aku dekat Ipod. Di bahagian "news" ada berita yang buat aku terkejut, Blanket Man dah mati.


Untuk pengetahuan korang, Blanket Man ni kira macam icon Wellington sebab kalau korang pernah jalan-jalan dekat city Wellington ni, akan nampak mamat dalam gambar dekat atas ni duduk dekat kaki lima dan kawasan-kawasan traffic lights. Dia hanya pakai cawat dengan sehelai selimut, sebab tu dipanggil Blanket Man. Bayangkan suhu dekat sini yang sejuk gila %^&%^&*^&, dia boleh tidur dekat luar dengan pakai cawat dan sehelai selimut je. Kalau aku dah mati dah

Dan ya, petang semalam (Ahad 3.35pm) dia menghembuskan nafas terakhir pada usia 54 tahun disebabkan penggunaan alkohol berlebihan dan jugak malnutrisi. Aku selalu jugak bila nampak dia, terasa kesian sebab berlawanan dengan Malaysia, manusia di kaki lima di sini susah nak jumpa. Dia je yang ada tapi dia tak kacau orang dan takde mintak sedekah pun

Jenis-Jenis Fobia Yang Pelik

Fobia adalah salah satu subtopik dalam Abnormal Psychology yang aku belajar 2 tahun lepas jadi sebelum aku tunjuk jenis-jenis fobia pelik mengikut pilihan aku, jom kita belajar sikit apa tu fobia. Fobia (Phobia) ialah perasaan takut yang amat sangat, melampau dan selalunya tak patut pun ada kalau dibandingkan dengan tahap benda yang korang takut tu. Sebagai contoh, kawan korang takut gila dengan darah, walhal tak patut pun sebab bukannya darah tu boleh gigit dia. Faham? Okay tu maksud fobia secara general.


Dan selain tu korang kena tahu jugak yang untuk sesuatu benda tu di-diagnos sebagai "fobia" dia kena mendatangkan ketakutan yang super sehingga boleh mengganggu kehidupan seharian. Contohnya, ablutophobia, takut mandi/bersihkan diri akan menyebabkan orang busuk lalu takde sape nak dekat. Asalkan ketakutan tu boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal, emosi, atau sosial seseorang, benda tu boleh jadi fobia. Untuk diagnos masalah korang, sila berjumpa psikiatri yang berhampiran. Okay, sekarang kita tengok list fobia yang menarik.

Hantu Toyol Asrama KUSESS 2005

Okay disebabkan hari tu punya cerita Kisah Hantu Unik yang berlaku dekat KUSESS macam dapat respon baik daripada junior-junior yang aku tak kenal, kita sambung lagi cerita hantu kat sekolah yang aku sendiri alami tapi seperti yang aku cerita masa entri lepas, aku tak percaya wujudnya hantu ni. Ini lebih kepada pengalaman misteri

cerita hantu kusess 2

KISAH TOYOL MENGGANAS 2005
Pada entri lepas aku ada cerita yang setiap tahun ganjil, sekolah aku mesti ada mass hysteria pasal hantu hantuma hantum ni. 2005 ialah tahun form4 baru masuk. Budak sebelah katil aku, kita namakan Mael (nama sebenar hampir sama), ialah student baru masuk dorm Cengal 3 dan dia duduk katil bawah. Kami guna katil double-decker time tu tak taula sekarang dah guna katil kapal terbang ke apa. Katil aku sebelah dia je tapi belah atas.

Masa tu sekolah memang tengah kecoh lah ada kes toyol mencurik. Duit hilang la apa la tapi aku yakin yang mencurik tu manusia. Manusia punya susu toyol dapat nama. Kesian toyol. Maka sekolah aku telah mengambil Inisiatif dengan bantuan Ustaz Nordin (ustaz sekolah yang cool gila) untuk buat apa-apa yang patut seperti menabur kacang ke merata tempat sebab dengar khabarnya toyol kalau nampak kacang hijau, dia tak jadi mencuri sebab leka main kacang hijau. Guna ketam pun sama tapi ketam mahal kami tak mampu nak menternak ketam di setiap penjuru dorm.


More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran