RIP Blanket Man 1957-2012

Pagi ni selepas aku terbangun daripada tidur yang penuh misteri (sebab aku tak tahu macam mana aku boleh tertidur), benda pertama yang aku check ialah jam, kot-kot terlepas Subuh ke. Lepas periksa jam dan masih ada beberapa minit untuk mengeliat macam kucing, maka benda yang wajib diperiksa lepas tu ialah twitter aku dekat Ipod. Di bahagian "news" ada berita yang buat aku terkejut, Blanket Man dah mati.


Untuk pengetahuan korang, Blanket Man ni kira macam icon Wellington sebab kalau korang pernah jalan-jalan dekat city Wellington ni, akan nampak mamat dalam gambar dekat atas ni duduk dekat kaki lima dan kawasan-kawasan traffic lights. Dia hanya pakai cawat dengan sehelai selimut, sebab tu dipanggil Blanket Man. Bayangkan suhu dekat sini yang sejuk gila %^&%^&*^&, dia boleh tidur dekat luar dengan pakai cawat dan sehelai selimut je. Kalau aku dah mati dah

Dan ya, petang semalam (Ahad 3.35pm) dia menghembuskan nafas terakhir pada usia 54 tahun disebabkan penggunaan alkohol berlebihan dan jugak malnutrisi. Aku selalu jugak bila nampak dia, terasa kesian sebab berlawanan dengan Malaysia, manusia di kaki lima di sini susah nak jumpa. Dia je yang ada tapi dia tak kacau orang dan takde mintak sedekah pun


Dan yang menarik pasal Blanket Man ni ialah dia ada ada Ipod Classic. dan aku selalu tertanya-tanya dekat mana dia cas benda tu sebab telinga dia selalu bersumbat dengan earphone. Orang kata dia cas kat Burger King. Minggu lepas aku nampak dia terbungkang dekat traffic light dan Ipod dia dah bertukar jadi radio handheld biasa. Tak tau la apa jadi

Menurut Dominion Post, dia ni sebenarnya manusia biasa je, ada kerja, ada anak bini tapi jadi macam ni sebab ada masalah personal membabitkan masalah minum arak dia tu. Banyak kali dah ditangkap dan dibawak ke mahkamah sebab masalah yang sama, dan jugak sebab hisap ganja. Anyway, disebabkan keadaan mental dia, siapalah kita nak cakap apa-apa

Good bye Bernard Hana (Blanket Man).

14 ulasan: Leave Your Comments

  1. I saw this news somewhere.. Ingatkan blanket man ni pejuang ke revolutionis ke hape ke.. Homeless alcoholic rupe2 nye.. RIP Blanket Man ^^

    BalasPadam
  2. Dia x minta sedekah, dia x kacaw org..
    Which is pada aku, xkesah laah..

    RIP Blanket Man!

    BalasPadam
  3. dia ni tak minta sedekah, tapi mana datang duit beli arak? adui...tapi style...layan ipod...hehe

    BalasPadam
  4. thanks asfan sebab buat entry ni.ak dr semalam asek dok refresh je dashboard tue.haha.
    sedih weh sedih.sebak sume ada sbb enthlah selama ni asek nmpk je dia kalo turun town.yg sedihnya dia x kacau pun idop org, layan perasaan dia je.tapi tabik spring la, dia mmp bertahan dlm keadaan cuaca kt welly yg enth apa2 tue kn.

    sedih la sedih.bye2 ben hana.

    BalasPadam
  5. @Nazri Hanafiah

    haaa yang ni aku x sure la pulak mane dia dpt duit tu. Maybe anak dia bg?

    BalasPadam
  6. @Fatin Aliyya

    xyah refresh dashboard pun takpe ko boleh refresh fb haha. setiap kali update mesti ada Networkedblogs post dekat fb

    BalasPadam
  7. aku rasa ipod dia tak nyala la kot.


    ni dah tukar komen box baru dah..

    BalasPadam
  8. :O tagk gambar last tu mcm lembut je blanket dia. RIP blanket man :D

    BalasPadam
  9. Ada dekat kawasan rumah kakak aku laki tue pakai kain pelikat je.Tapi takpelah suhu dekat Malaysia bukan sejuk sgt.hehehe

    BalasPadam
  10. ko tak pernah borak dengan dia ke..??

    BalasPadam
  11. macam mana la die boleh bertahan dgn cuaca sejuk tu..pelik je aku rase..aku yg baru demam sejuk ketar2 skit pun dah tak tahan..tebal betol kulit die..T_T

    BalasPadam
  12. ouh.. rip blanket man...

    hilanglah 1 ikon NZ... sob3...

    BalasPadam
  13. Ooo. kira dia ni ada masalah mental la ea?

    BalasPadam
  14. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran