Memancing Ikan Duyung di Auckland Bridge

Lama blog tak berupdate sebab aku malas menaip. Tapi disebabkan ada orang suruh cerita, maka aku ceritakanlah jugak walaupun page Facebook aku dah bersepah gambar untuk orang tengok. Cerita kali ni, pasal mencandat duyung di Auckland. Ramai orang tak tahu sebenarnya yang dekat Auckland new Zealand ni, ada tempat memancing sotong yang agak popular. Walaupun agak mahal, tapi duyung yang korang akan dapat sangat memuaskan hati.


Untuk sampai ke tempat yang strategik, korang kena bayar NZD150 (NZD120 untuk student NZ) sebab almaklumlah, bukan senang nak memancing duyung ni. Spesies yang terancam. Lepas bayar, semalam kami naik ke platform tempat mengumpan ikan duyung dekat tengah-tengah Auckland Bridge tu. Jauh la jugak tapi demi memancing duyung, kami gagahkan jua.



Di situ akan ada beberapa staff yang akan memastikan segalanya selamat disitu. Cuba bayangkan, jambatan besi sepanjang 1.02KM, di tengah nya pula ada platform memancing yang terletak di bawah jalanraya laluan lori, kontena, dan kereta Batman. Gegaran kecil tu kadang-kadang terasa tapi aku berpegang pada prinsip "tempat ni secara umumnya selamat, tapi kalau ditakdirkan mati, aku rela".

Tentunya ramai yang tertanya-tanya kalau kita nak memancing ikan duyung, umpan apa yang kita gunakan? Jawapannya ialah manusia. Ini kerana mitos Greek menunjukkan bahawa ikan duyung adalah spesis karnivor yang gemar memikat para kelasi kapal ke lautan lalu mengokak mereka secara berjemaah. Kemudian, bagaimanakah pula caranya untuk memancing ikan duyung?

Gambar ni boleh klik untuk tumbesaran, atau lihat melalui INSTAGRAM
Di bawah ni ada rakaman video sepanjang 3 minit untuk tengok proses "memancing ikan duyung" yang dimaksudkan. Walaupun umpan dan hasilnya lebih kurang je, anda akan dapat lihat ada sedikit perubahan yang terjadi pada ikan duyung yang berjaya dinaikkan.



Adalah diingatkan bahawa bukan semua orang bernasib baik mendapatkan ikan duyung basah. Semalam kami dapat yang basah punya, so. were lucky.


Sekian, itulah cerita kali ni. Kalau ada masa lagi aku cerita pasal benda lain pulak. Okay? Btw, ni ada contest dari Samsung

22 ulasan: Leave Your Comments

  1. Iklan dari Samsung tu rosak ke apa?

    BalasPadam
  2. Seronok nya! Teringin nk memancing ikan duyung gak tp x pernah ada chance o_O

    BalasPadam
  3. dapat berapa ekor?janda ke duyung dara?hikhikhik

    BalasPadam
  4. sengih je sepanjang aku tengok video tu, hensemnyewww abamm pandam ni mancing duyunggewwww...

    BalasPadam
  5. walawei!

    bawak duyung tu balik malaysia boleh? haha.

    BalasPadam
  6. weyh betol ke pancing duyung? aku takleh tengok video tue.. stuck2.. ke ko bungee jumping dalam air?

    BalasPadam
  7. amboi..ensem nau duyung nye..hahaha..

    BalasPadam
  8. baru nak suruh kau buat entry ni! macam tetahu jeh dalam fikiran aku. hehehe

    BalasPadam
  9. tak gayat ke ha? aku yang tengok ni pulak rasa gayat.

    BalasPadam
  10. haha hidup ponnn belog kau ni.more stories pleaseeee.hahahaha

    BalasPadam
  11. wah! terbaik.. upside down tuh!

    BalasPadam
  12. @Bella Bell
    masa nak terjun tu baru gayat. jilaka betei =_=

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran