Drama Hidup

Orang kata,

Hidup ni bagaikan drama
Sebab tu ada drama 'kisah benar'.
Tapi apa yang mereka lupa,
Kita tak tahu awal hujungnya
Kita tak tahu di mana plotnya
Di mana klimaksnya
Di mana iklan berbayarnya.

Orang kata,

Kita adalah pelakon di atas pentas drama
Drama hidup sendiri
Tapi mereka lupa
Kita tak pasti dengan watak yang dibawa
Adakah kita wakta utama?
Watak sampingan, watak sia-sia?
Adakah kita tahu jenis drama apa
Yang kita lakonkan?

Orang kata

Hidup tanpa kegagalan, itulah yang gagal.
Tiada pengajaran katanya.
Mungkin itulah hikmah
Yang mungkin aku jumpa esok
Agaknya.

Hidup ini susah,
Siapa kata senang?
Ini bukan sajak, bukan prosa
Hanya luahan watak drama.


10 ulasan: Leave Your Comments

  1. hidup memang drama, sana sini orang berlakon.. bezanya dengan drama dalam tb tu, diorang berlakon untuk dapat anugerah bintang popular..real life plak berlakon, berlakon dan terus berlakon..aiisshh

    BalasPadam
  2. hidup ini susah-sy sgt setuju!
    pasal apa-hatta makan sekalipun bukanlah perkara mudah, tak kunyah betul2 kita akan tercekik, makan berlebih2 akan jadi obes, kurang makan akan jd kurang zat-kurus kering. itu baru tentang makan belum masuk perkara lain. :)

    BalasPadam
  3. memang drama pun hidup kita ni..tapi drama yang berterusan selagi nyawa masih dikandung badan..akan merasa menjadi pelakon utama,pelakon sampingan mahupun pelakon yang sia-sia..akan merasa segala kejayaan dan kekalahan..akan berlakon dalam suasan yg mungkin gembira, yang sedih, yang sadis dan sebagainya..

    dan pengakhiran drama hidup kita hanyalah mati..

    BalasPadam
  4. manusia ni memang pelakon. dan watak kita masing2 boleh pilih sendiri. cuma majlis anugerah dia nanti ada kat alam sana je..

    BalasPadam
  5. Jangan kau berani kata kau telah gagal.

    Gagal itu lebih mulia dari tidak langsung mencuba.

    sekurangnya2 gagal datang selepas mencuba.

    mencuba dan kemudian gagal adalah drama hidup manusia yang penuh pancaroba.

    BalasPadam
  6. manusia sang patung kertas di jalanan kehidupan.

    BalasPadam
  7. Hoi rajinnya memasing bermadah puisi kat sini. *Sebat guna ekor pari*

    BalasPadam
  8. Weyhh. Ada typo tu.. Bukan wakta utama, watak utama.


    Aku tak reti berpuisi, tapi aku paham la apa maksud puisi ko tu. *Hebat jugek aku ni. Kah3.

    BalasPadam
  9. dasyat jugak eh ko berpuisi2 bagai pepanda. kagum3!

    BalasPadam
  10. tetiba teringat lagu "Dunia ini satu perjuangan." siapa penyanyi tu, dah lupa plak. Cer google cer google

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran