Naik Kuda Okareka Rotorua New Zealand (1)

Lama sungguh tak update blog dan tiba-tiba mood tu datang. Jadi mari kita rewind ke kisah beberapa bulan yang lepas, rasanya bulan Februari, sebelum semester 1 2012 di VUW bermula. Kali ni kita bercerita pasal Naik kuda, berkayak, naik bot di Okareka Farm Experience, Rotorua New Zealand. 


Kalau tengok gambar, cantik je cuaca cerah dan tak hujan. Adalah diingatkan bahawa ini cerita musim panas haritu. Sekarang dah winter mana nak dapat cuaca macam tu haha. So, mungkin ini boleh dijadikan guide untuk sesiapa yang nak book benda ni sekitar Disember-Mac.

Aktiviti kitorang start awal-awal pagi lagi. Dalam pukul 10 pagi kalau tak silap sebabnya pakcik dari ladang tu yang ambik kitorang daripada backpackers tempat kitorang tidur. Free je padahal jauh la jugak nak ambik kitorang. Setengah jam naik kereta. Benda yang korang perlukan ialah: Seluar panjang yang tak licin (Bukan pajama, bukan seluar slack), kasut bertumit, dan pakaian mandi. Lepas sampai, korang akan berkenalan dengan instructor dan juga kuda-kuda yang korang bakal naik. Kalau berat ahli melebihi 100kg seorang, email mereka dulu untuk kesesuaian. Tapi kami ringan je. Nak-nak pulak si @eifeefie ni.



Dan bermulalah sesi naik kuda. Sejam setengah baqhang! Duduklah atas kuda tu sampai berdarah punggung korang. Boleh je mintak rehat tapi kami lagi suka duduk atas kuda. Masa naik kuda akan ada jalan rata, dan jalan bukit.


Lepas naik bukit tinggi tu dan tengok pemandangan indah, korang akan turun balik ikut jalan yang sama dan buat aktiviti berkayak lah pulak! Kan aku kata tadi full-day experience? :D. Berkayak merentas tasik apa entah namanya tak ingat. Dalam sejam.


Lepas naik darat, kita makan lunch pulak. Tapi lunch omputeh ni lain sikit dengan kita. kalau kita rilek boleh kunyah roti anytime, bagi diorang benda tu dah proper meal. Mana la nak cari nasik goreng kampung pulak kat sini. Sebagai pelanggan, kesian pulak tengok pakcik tu set tempat dan kemas jadi kami tolonglah dia. Semangat Malaysia tu!


Bersambung...
Kos dan aktiviti tambahan akan diceritakan nanti

16 ulasan: Leave Your Comments

  1. wishlist aku ialah menunggang kuda..tapi aku tahu selagi aku kat serawak ni, hasrat aku takkan tercapai

    BalasPadam
  2. aku nak naik kuda jugak! ah jeles kemain ah

    BalasPadam
  3. wahahahaha!!! ni yang rasa nak sambung study dekat obersi ni. huhhu. bestnya!!

    BalasPadam
  4. Pehh. Pehhhh. Bestnya ko duk sana ek. Macam- macam aktiviti ko buat. Kadang- kadang aku tertanya jugak. Cam ne ko boleh bahagikan masa ko untuk kerja, study, buat assignment, kelas dan buat aktiviti macam di atas. Ke ko tak tidur? hehe

    BalasPadam
  5. @norinaomar naik kuda masuk duit syiling pun boleh sbnanye lol

    BalasPadam
  6. doi, duk imagine cam cite merlin ouh naik kuda kat tmpat lawa kemain.

    BalasPadam
  7. waahh.. cunnya pemandangan disana!

    kuda tu ada feeling ngan ko tuu.. siap tetutup mata lagi tuh. ekekeke;)

    BalasPadam
  8. Best best.. kuda hang kuda laki ka pompuan?.. koh koh koh

    BalasPadam
  9. seronok... teringin... btw tcre.

    BalasPadam
  10. seronoknye.. interesting.. myb pasni boleh dijdkan rujukan.. :)

    BalasPadam
  11. salam adik@abang, boleh email saya jap... sebab saya ada sesuatu nk tanya pasal NZ.

    ni emal saya, mfaizjamaludin@gmail.com

    harap sangat2 ye.. tq..

    salam

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran