Dakwah Melalui Kemesraan Victoria University

Pagi ni dimulakan dengan aku melompat turun dari katil sebab jam dan menunjukkan 6.30 pagi. Subuh gajah mammoth, mandi kerbau, dan sarapan kambing tu normal sangat dah, dan lepastu study. Test tadi jam 12 tengahari dan aku keluar jam 12.30 tengahari. Alhamdulillah apa yang aku baca memang betul masuk exam. Apa yang aku jawab salah, itu padan muka.

Memandangkan jam menunjukkan masih ada 30 minit untuk dibazirkan, maka aku capai majalah Salient, iaitu majalah yang students Victoria University terbitkan. Untuk pengetahuan korang, majalah ni dapat award best student magazine in New Zealand dan dia selalu cover isu-isu pasal homosexuality, student finances  government, seks, dan sebagainya. Terus-terang aku cakap, kekadang nak tengok cover majalah tu pun tak lalu sebab ada gambar ayam jantan (baca: cock). Jadi, bila diati tulis something pasal Islam, iaitu identiti majoriti kami rakyat Malaysia di Wellington ni, aku jadi berminat membaca, despite of the fact that last week's issue punya aku main crossword puzzle je.

Penulis ni bukanlah beragama Islam, dan menurut artikel di atas versi online (klik untuk baca), mula-mula dia masuk dia rasa kekok sebab keadaan dia amcam dalam lagu Taylor Swift:

"She wears hijabs
I wear short skirts.."

macam tu lah lebih kurang. Tapi dia sedar yang Muslimah yang dia pandang tu, tak judge dia. Sebaliknya, dia dapat senyuman mesra dan jugak ilmu yang berguna daripada speaker pada malam tu.. Now, tak perlulah aku nak passive-voice kan cerita dia sebab korang boleh baca online. Cumanya, tahniah kepada VicMuslims (blog| Facebook) untuk program yang sangat-sangat psoitif ni sempena Muslim Awareness Week Victoria University of Wellington 2012.

Hebat sungguh sampaikan orang Inggeris masuk dengar pendedahan tentang Islam, sesuatu yang tak semua kita boleh/akan buat walaupun berkemampuan. Dan tahniah jugak kepada 2 orang junior yang namanya diquote dalam majalah tu (Fatimah & Maria) sebab menunjukkan sifat Muslimah yang positif dan juga menimbulkan minat Emily Watson tu untuk mempelajari tentang Islam.

So, apa yang kita boleh belajar dari peristiwa hari ini?

POSITIVISM

Bila kita tengok balik, Emily ni mula-mula sekali tertarik dengan friendliness daripada Maria dan juga Fatimah. Disebabkan mereka berdua ialah first impression, maka pandangan positif tu dibawa sampai ke hujung program. Apa yang aku simpulkan daripada artikel Salient tu ialah Emily enjoy mempelajari tentang Islam walaupun benda yang dia belajar sikit.

Juga menarik, sifat Emily yang ingin tahu, di mana dia tak masuk ke dalam bilik tu dengan tanggapan bahawa dia akan mati kena suicide bomb.

Tidak satu pun daripada pihak yang dinyatakan di atas menunjukkan persepsi awal yang buruk kepada pihak yang satu lagi. Mereka tidak judgmental dan dalam usaha mereka ke arah kebaikan, tidak pula mereka  merendahkan orang yang bukan sekumpulan dengan mereka. Mereka tunjukkan kebaikan, orang luar melihat kebaikan tu, lalu mereka terpikat. Mereka tak menggunakan negativism, merendah-rendahkan kumpulan yang lain untuk menaikkan martabat diri sendiri.


Teringat dulu ada kawan yang menyebarkan gambar ni kepada rakan bukan Muslim semasa berdakwah. Now, this is something that I'd call negativism dalam berdakwah. Cuba letakkan diri kita dalam kedudukan orang Kiwi New Zealand contohnya, anda akan suka tak kalau orang kata anda tu kotor? jijik, tak menarik kerana anda tak pakai tudung? Bilakita dah establish yang dia tu busuk, hina, macam mana dia nak tertarik dengan apa yang kita nak sampaikan?

Ternyata Vicmuslims 2012 sangat bagus dalam penyampaian mereka. My second applause to Vicmuslims, quoting from Emily on Salient:

"I was interested to know how they viewed this clothing requirement. “The hijab symbolises the link between a woman and Allah,” one speaker explained. Far from being viewed as inferior, she argued, a Muslim woman feels more respected once she covers her head. What’s more, the hijab is “a great equaliser in terms of age and beauty. Women are valued for their kindness and intelligence, rather than for their physical attributes.” It makes no sense to claim that women are less valued than men, for “in the eyes of Allah, men and women are equal.”

Betul, masa aku baca majalah tu tadi, berkali-kali aku senyum bangga, melihatkan cara mereka yang sangat bagus. Secara personal, sebab blog ni blog random dan personal, aku ucapkan tahniah berjuta-juta lemon kepada VicMuslims 2012. Harap pembaca blog ni dapat mempelajari sesuatu, dan terutamanya kat diri aku sendiri yang perlu belajar macam mana nak jadi manusia yang bagus.

Sekian, 30 minit mengarang blog, ayuh kita study untuk test akhir subjek Child Development besok pagi.
Churs.

3 ulasan: Leave Your Comments

  1. tahniah! penulisan yg mbuka minda kami di sini tentang apa yg blaku di sana..gudluck jugak utk test esok..wah, paper yg best tu :)

    BalasPadam
  2. aku pun tersenyum baca artikel ni..tahniah pada Fatimah dan Maria sebab membawa imej Islam dengan sangat baik dan terkesan di hati Emily tanpa sebarang prejudis..

    BalasPadam
  3. memang sangat menarik.. bijak diorg..
    cara berhikmah..

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran