Hakikat SPM Yang Remaja Malaysia Wajib Tahu


Setiap tahun ada SPM dan setiap tahun akan wujud jenis-jenis manusia yang sedari sekolah dia malas nak berusaha, lalu SPM pun buat cincai-boncai lalu dikhabarkan pula kepada adik-adik calon untuk buat sama seperti mereka buat dulu: cincai boncai untuk SPM. Mereka selalu kata SPM bukanlah penentu segalanya dan SPM tak penting pun dan apa yang penting ialah result korang selepas SPM (degree, STPM, postgrad etc). SPM tak penting, diorang kata...

Tipu.

Orang muda Malaysia dah diasuh dengan fahaman SPM tak penting. Meh sini aku bagitahu, SPM sebenarnya sangat penting. Hakikatnya, result SPM korang ni bukan aje penting, tapi bapak segala penting. Result SPM ialah tiket kepada segala-galanya dan ingat ni, benda tu walaupun tiket, tapi berupaya menentukan hala tuju dan tahap hidup korang di kemudian hari. Bayangkan tiket konsert, dan artis tu sebagai kejayaan. Kalau tiket korang bagus, dapatlah duduk dekat dengan artis. Kalau tiket hek eleh, dapatlah intai artis dari jauh je sambil genggam penumbuk jeles dengan orang tiket baris depan.


SPM SEBAGAI TIKET EMAS
Result SPM ni kalau nak cakap pada satu tahap ekstremiti, kalau kau kantoi maka habislah hidup kau di kemudian hari. Semua benda akan gunakan result SPM dan benda yang paling senang kita nampak ialah permohonan UPU. Nama dia PERMOHONAN UPU sebab korang kena memohon untuk masuk ke universiti, serta memohon untuk belajar bidang yang kita nak belajar sebab universiti-universiti yang ada bukanlah milik bapak kita. Benda tu, guna SPM mula-mula sekali. Result bagus, tinggi lah peluang untuk korang dapat apa yang korang nak, result teruk nak harapkan nama korang kena proses pun tak payah la.

"Tapi, kawan aku result SPM dia bagus pun tak dapat apa yang dia mohon untuk UPU. Macam mana tu?"

Kadang-kadang memang kita tak dapat apa yang kita mahu, tapi benda ni terjadi pada minoriti. Majoriti yang dapat apa yang diorang nak, bukan dalam kategori result SPM bagus, tapi mereka tu cemerlang nak mampus maka nama mereka tersenarai dulu. Lagipun, bercakap dari sudut statistik, kes-kes kecil result SPM 'bagus' ni tak signifikan dan tak menggambarkan kepentingan SPM. Masalah muncul bila mereka-mereka ni disalah ertikan oleh pengguna internet muda sebagai modal insan, dan segala kata-kata perlu dipercaya. Itulah masalah kita, dengar kata orang yang tak berjaya. Apa kata dengar juga kata mereka yang berjaya? Tanya diorang macam mana nak menghadapi sistem dan cara-cara hidup dengan result SPM cemerlang.

"I am free"
Result SPM bagus, boleh study di Victoria University of Wellington, New Zealand

SPM SEBAGAI EMAS
Tadi aku ada kata SPM tu tiket emas. Dalam konteks lain, result SPM ialah 'emas'. Dengan result SPM (dalam sesetengah situasi awal, result percubaan SPM), korang boleh memohon biasiswa. PETRONAS, KPM, MARA, JPA, dan banyak lagi lah tak larat aku nak senaraikan di sini. Semua tu kalau korang nak rasa beban bayar kos sara hidup dan yuran universiti ringan, maka mohonlah untuk biasiswa tu. Insya-Allah seronok rasa belajar.

Alternatively, kalau tak dapat biasiswa korang bolehlah gunakan saluran mainstream PTPTN. PTPTN ni pulak adalah sejenis pinjaman. Duit dah pinjam kena bayar sebab nak pegi berak kat tandas awam pun kena guna duit. Inikan pula nak belajar di peringkat tertiary education. Berita baiknya, kalau result korang dean list memanjang, PTPTN tu jadi biasiswa. Tak payah bayar woi.

Tapi kalau duit PTPTN tu kau rasa macam hak kau, setiap kali masuk duit terus pegi sambar Iphone18, lepas tu joli sana sini dan tak belajar maka duit tu hilanglah berkatnya dan study pun kelaut, result ke laut, lalu korang terasa nak mintak PTPTN dimansuhkan. Nasihat awal, kalau korang rasa di peringkat universiti nak main-main, tak payah la belajar dan tak payah pinjam PTPTN sebab ramai lagi yang memerlukan peluang tu. Your job is to earn your keep.

Kebanyakan pemabaca internet selalu salah faham dan lari topik kelaut so biar aku cakap awal-awal disini sebagai penutup tirai:

  • Result SPM tu tiket dan meningkatkan kebarangkalian korang untuk berjaya di kemudian hari. Tak bermakna Result SPM bagus, di peringkat degree boleh buat cincai-boncai.
  • Benar ada orang yang berjaya di kemudian hari tanpa result SPM tapi mereka berjaya lambat. Ada tiket first class cepatlah sampai London mek oi.
  • Bukan result SPM je penting. Ko-kurikulum, sahsiah, kepimpinan semua tu bonus points bro
  • Result SPM adalah buah mulut yang paling popular. Makcik-makcik akan tanya result SPM, bukan result pra-ijazah dalam penulisan kreatif korang. Penulisan kreatif pun dia tak kenal natang hape. Ini penting untuk impress bakal ibu mertua.
Okay yang last tu aku gurau je. Bye.

28 ulasan: Leave Your Comments

  1. Like seriously bukan sahaja result SPM itu penting tapi trial SPM pun penting gila. Kalau nk mohon biasiswa certain syarikat like SimeDarby, trial SPM must at least 7A's.

    BalasPadam
  2. JPA sponsored here.
    Dh jadik engineer pun :)

    Yeeehaaaaaaa!!

    BalasPadam
  3. @Nur Amirah binti Omar tu la pasal. benda tu AT LEAST which means kalau dpt 7A pun xtentu lg dpt biasiswa :D

    BalasPadam
  4. aku selalu cakap kat adik2 aku
    sila score dengan jayanya spm,

    memanglah, tak semua dapat result gempak dapat pergi oversea, dapat masuk higly-popular-and-highly-extreme course
    contohnya aku

    tapi, dengan tiket spm lah aku dapat scholar
    dapat scholar, ko boleh ringan beban family kau





    BalasPadam
  5. SPM

    guwe nyesal x stadi betul2 untuk Addmath... serius beb...

    subjek lain da lawa da alhamdulilah, tiba tang admath cukup2 makan ja... and then ak stadi kat universiti, amek calculus subject, and blaja balik admath bagai, dan ternyata admath SENANG GILA! menyesal dowh haha... pasal admath la guwe tak dapat biasiswa2 yg ditawarkan (x ckup syarat)

    pesanan guwe kepada masyarakat:
    blajaq betui2...tang admath tu tekan kan... haha

    BalasPadam
  6. @Blue Vader sama lah dengan aku tapi tang kimia. hahahha

    BalasPadam
  7. dan aku hasil tajaan bukan JPA, bukan MARA, bukan Petronas dan sebagainya tp, aku tajaan KPM.. mmg betul SPM tu penting, tapi kalau gagal SPM jangan rse gagal dlm hidup terus..Peluang ada dimana-mana..InsyaAllah..(^_^)

    Just do the best utk semua calon SPM!

    BalasPadam
  8. Aku SPM pesendirian jaa.. *rendah diri*

    BalasPadam
  9. setuju 100%...result spm mmg penting...
    benda tuelah penentu dapat sambung srudy kat mana nanti dapat kerja kat mana....

    bg saya yg dah kerja nie, dah tahu pahit jerih suahnya nk dpt duit, terasa sedikit kesal sebab masa spm dulu cuma dpt 3A ajer..sekrang nie dgn duit gaji yg ade nie kenalah lah bayar balik loan mase study kat poli dulu..kalau dulu result gempak mesti dah boleh dapat biasiswa, dah tak payah pening2 nk bayar balik loan...=,="

    p/s: buat tuan blog, semoga dapat dean list..:)

    BalasPadam
  10. @Terbang Bersamaku dean list takde kat sistem sini tapi terima kasih.

    pembaca lain dengar apa dia cakap ni ye

    BalasPadam
  11. SPM gila penting.,.. tu kata cg2 aku.. maybe dulu2, kalo tak blaja sungguh2 utk spm, nk msuk u tu ada harapan lagi sbb persaingan tak mcm skrg.. skrg ni, nk msuk u, sampai nak pecah otak study biar result tu grand....

    so, SPM mmg penting.. cara belajar tu laa yg kena batul.. kalo study bagai nak rak tapi hasil tak kemana takde guna jugak.. study tu kena enjoy bak kata cg aku.. InsyaAllah nanti result SPM tu boleh kasi sengih :D

    BalasPadam
  12. bila result dah ke laut.maka sama sama terjun laut.bye

    alooohh rindu ah kat kau panda.

    BalasPadam
  13. Tahniah untuk semua yang dapat result SPM yang bagus...

    Semoga mendapat kerja yang bagus juga nanti... Dan jangan lupa pada ibu bapa serta keluarga bila dah ada pakwe atau makwe.. ;)

    **pemabaca = pembaca.. tolong perbetulkan.. :D

    BalasPadam
  14. betul sangat! spm mmg penting.. aku pernah rasa kecewa dlu masa result spm tak berapa nak membanggakan dan aku cuma mampu ditawarkan form 6 je tak macam kawan2 lain yang dapat pergi matriks dan masuk u..uhuhu..

    dorang ramai yang dah berjaya aku baru nak membina kejayaan..selow sket dr dorang..T_T

    BalasPadam
  15. memang betul pun part nak dapatkan scholar tu. jeles tengok kawan2 study overseas.

    BalasPadam
  16. kalau addmath xlulus boleh masuk u tak??

    BalasPadam
  17. salam, saya dapat 5A dlm spm, tapi akaun saya tak lulus. Agak2 lepas ke saya ni? Stress memikirkan hal ni.

    BalasPadam
  18. @Anonymous

    waalaikumsalam, kalau nak ambik accounting mmg xlepas :)

    BalasPadam
  19. Sangat setuju dengan pendapat penulis. Teringat dulu masa saya belajar dekat MRSM pengetua selalu dok ulang, "SPM is not everything, but everything start with SPM."


    Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

    BalasPadam
  20. BOLEH TAK BANTU PELAJAR SAYA YANG TAK SEDAR KEPENTINGAN SPM

    BalasPadam
    Balasan
    1. bantuan macam mana yang encik azhar cari tu?

      Padam
  21. salam. saya lpsn spm 2013. baru semalam result keluar.Allah lebih mengetahui. Saya dpt 4A. Agak kecewa kerana tak capai target. UPSR 5A PMR 8A. SPM tettt.. mungkin saya rase terlalu selesa dan Allah 'cubit' saye dgn sedikit ujian.. rase mcm jatuh tergolek2 sgt! ;(

    BalasPadam
  22. Semalam baru ambik result SPM, kurang memuaskan tapi tetap bersyukur. 3A je. Sedih sebab science subjects (fizik, biologi,addmath,kimia) cukup cukup makan je. Ingat nak ambik course law tapi English subject pun B. Takpalah, rezeki ada dimana mana, InsyaAllah :)

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum, saya pelajar lepasan SPM 2013. Result SPM kimia, physic n addmath x mengancam ckit so soalan saya ialah klo lah saya belajo rajin2 lps ni n dpt 4 flat kt matrik ke, boleh ke sya apply madic or dental .. sebab saya tgk syarat2 khas nak apply doktor perubatan pun dia still nak amik result SPM terutama subject science + add math..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummussalam.study elok2 kat matrik.pastikan dpt 4 flat or 3.8 at least.then,awk boleh cuba mohon biasiswa mara.

      kwn kakak sye just dpt 5A je mase spm.xpi,kat matrik result die gempak.and skrg die smbung belajar medic.

      so,berusahalah. then,doa dan tawakal. in shaa Allah,dipermudahkan.

      Padam
  24. Saya spm 5A pas2 English saya dpat A solid hrap2 dpat la course law...amin ya rabbal alamin

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran