Cathedral Cove Coromandel New Zealand - Pantai, Batu, dan Kepuasan

Sebenarnya aku baru balik dari Auckland, New Zealand dan banyak benda nak diceritakan dalam blog tapi buat masa sekarang kita start dengan Cathedral Cove,Coromandel aje dulu. Entri ni tak banyak tulisan, lebih banyak gambar aje rasanya. Ah layan je lah.

Cathedral Cove ni terletak dekat Coromandel, North Island New Zealand an jaraknya pulak kalau dari Auckland City adalah hampir 150km dalam area tu dan mengambil masa selama tidak melebihi 2 jam. Disebabkan kami ni dari The Middle of Middle Earth, Wellington maka tentulah lebih jauh. Thats why kami naik kapal terbang ke Auckland and then, drive. Otherwise, mahu mencapai 500km jugak lah dan akan mengambil masa lebih 12jam.


Seperti dalam gambar di atas, lepas sampai di tempat parking, korang kena lalu hutan, rumput rampai dan tempat jin (ade jin omputeh?) bertendang untuk sampai ke destinasi. Kena hiking sikit sekitar 45 minit macam tu tapi jangan risau tak terasa sangat pun sebab pemandangan dia sangat cantik.

Hutan yang korang kena lalu tu pulak takde lah hutan sangat sebab dah dikomersialkan. Ada signboard, dan ada laluan pejalan kaki di sesetengah tempat. Just make sure you dont wear heels here, or wedges. Lepas meredah semak, rumput, bukit, dan ladang lembu, inilah apa yang kami nampak...


Perkataan "cove" tu sebenarnya merujuk pada struktur yang macam gua kat gambar bawah ni. Dulu ada belajar dalam geografi tapi tak ingat apa namanya...


Be very careful while holding your camera down here. Sebab dekat siling struktur ni ada titisan air dan air, pasir dan habuk adalah musuh utama kamera korang especially untuk DSLR. Aku suggest korang bawak waterproof camera kalau jenis lasak.

Itu je untuk kali ni. Kalau nak tengok gambar lagi, klik album ni: Cape Reinga, Coromandel and in-betweens di Facebook. Aku belum habis upload semua gambar lagi dan ada yang tak muat letak dalam blog.

Before that, apa kata klik "like" di bawah?

7 ulasan: Leave Your Comments

  1. Cantiknya...subhanaallah.tak sabar nak datang ke auckland

    BalasPadam
  2. subhanallah what a nice view!
    bila tah nak sampai kat situ.
    yg dekat2 pon tak tervisit.

    btw, watermark gmbr kau macam national geographic punya logo. keh3.

    BalasPadam
  3. trimas atas perkongsian pngalaman yg indah :)

    BalasPadam
  4. woohoo sangatttlah jauh..tapi untuk view itu..im ok!

    BalasPadam
  5. Serius ingat gambar tu dari National Geographic punya website! Cari juga link tapi tak jumpa. Kekekeke.

    Insya Allah nak pergi NZ satu hari nanti :)

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran