Istanbul Aku Tidur

Beberapa malam lepas housemate aku ajak tengok cerita Istanbul Aku Datang dan memandangkan dekat Newsfeed Facebook bersepah orang sembang pasal cerita ni, maka aku pun dengan baik hati mengdownload cerita "Istanbul Aku Datang" tu di PirateBay. Maka kami pun tengoklah cerita tu...

Lisa Surihani jadi awek Tomok. Hek eleh
Lepas 20 minit cerita start, aku mula hilang mood. Mungkin sebab sakit perut nak berak maka aku pun pause cerita tu dan pergi lah ke jamban buat apa yang patut. Bila play balik cerita tu, masih minat tu tak datang.

Sebab apa?

Because this movie is a chick-flick, and a bad one. Bagi anda yang tak tahu, chick-flick ni ialah jenis movie yang cerita pasal emosi, relationship, cintan-cintun dan ditujukan khusus untuk penonton yang bergelar perempuan tak kisahlah yang masih gadis ataupun yang berstatus wanita. Maybe sebab tu aku tak suka cerita ni? Atau mungkin juga sebab jalan cerita dia macam ni... (spoiler alert)

Awek pegi Istanbul --> ada problem --> clash --> boyfriend baru/housemate --> Kawin dengan bf baru --> Tomok foreveralone

It is that simple.

Nak kata mungkin sebab aku lelaki maka tak suka cerita ni pun kuranglah tepatnya sebab orang yang respond pada status Facebook aku kebiasaannya 95% bukan lelaki dan mereka pun rata-rata tak suka. Yang defend cerita tu pun ada tapi takdelah sampai mengatakan movie tu bagus. Mungkin hanya berada di tahap "not bad" aje.

Tapi ada je benda yang aku respek pasal movie ni. Dia punya setting mood tu. Dari awal sampai ke akhir, korang akan rasa mood movie ni bukan dibuat di Malaysia, dengan warna ton movie tu, setting budaya dia dan of course, scenery dalam cerita tu yang shooting dia dibuat selama 2 minggu di Istanbul. and yes, efek dia super comel especially time Lisa terbayangkan yang housemate dia gay.

but still, I didnt LOL
Benda yang tak best pasal movie ni, jalan cerita cliche, dialog yang mungkin bagi salah faham pasal Islam (Tomok cakap orang bertunang okay keluar sama-sama), action si housemate tu yang entah apa-apa, Aizat yang kayu, dan jugak setiap scene yang ada action 'lawak' mesti akan disertakan dengan lagu ala-ala kartun tu.

--a good comedy movie does not need a silly background music to bring laughter. As seen on Setem, Buli, Nasi Lemak 2.0

Oh, dan audio dia tak berapa sync dengan mulut starting from mid movie. Maybe sebab file torrent aku yang cacat kot

Well, this is my perspective. Tak payah lah kalau nak komen "hek eleh kau tu pandai buat filem ke. Cuba buat satu tengok". Saya menyeru rakyat Malaysia supaya berenti komen cliche macam ni. Kesimpulannya, movie ni adalah jenis yang bosan.

Tengok dinding lagi menarik.

36 ulasan: Leave Your Comments

  1. ak tak tgk lagi,mgkn dpt mood mcm ko kalo tgk..x minat ah citer gini...ahaha~!

    BalasPadam
  2. bagi aku takdela best mana seperti yg digembar gemburkan semau org. bagi aku cite ni layak utk drama je. Byk yg tak logic certain part. tah le. hahahaa. tapi aku suka beto even dlm ni dia over sket. weee

    BalasPadam
  3. KL takpe peluk-peluk , sini (istambul) tak boleh negara islamm...

    *entah. tak berapa gemar part tu, and part tomok cuba nak kiss lisa dkt cafe tu.. eiuw*

    BalasPadam
  4. @Che Sakinah me tooo... tak suka jugak ayat tu and part peluk2 dalam citer ni... geleng kepala...

    BalasPadam
  5. Tak tengok pon. Tunggu raya taon depan la. Mesti ada punya. Sep duit dan tak support piracy. Haha

    BalasPadam
  6. citer ni not bad la tapi bkn taste aku. hehek~

    BalasPadam
  7. dah tgk kat utube..cerita ni banyak yang terpesong suda..orang putih pun tak bagi anak die tgk cite ni..tu die tak paham bahasa melayu..klu paham rasanya die potong internet terus tak bg bini die (melayu) tgk..orang putih lagi islam..haih..astaghfirullahalazim..

    BalasPadam
  8. Selalunya memang macam tu la... Promosi gempak tapi cerita entah apa-apa...

    Lagi suka layan drama daripada layan filem... Filem ni bila dah panjang masa tayangannya, mula la keluar yang entah apa-apa.. Merapu je lebih.. :)

    BalasPadam
  9. Malaysia memang suka buat2 cite camni.. ohh. idk how to judge since aku pon tak tengok lagi. *mcm tanak tengok* -_-"

    BalasPadam
  10. Hmmm tak tgk pun lg movie nih tapi rasa nak pergi Istanbul lah...

    BalasPadam
  11. aku layankan je..tapi ade jugak certain2 part yg aku tak suka dan tak berkenan dengan script nye..macam moden benor..(-_-")

    BalasPadam
  12. saya tak tengok lg..tp kalo sy tengok pung hanya sbb ader BETO..!! ahahaha..sekian..

    BalasPadam
  13. mula2 aku ingt best sbb aku terbayang mesti ala2 sweet home alabama.takpun letters to juliet. yes. aku minat chiclit movie. tp jauh kot. takpela. boleh la layan.

    BalasPadam
  14. aku perempuan..tapi aku pun tak suka sgt cerita ni..kawan2 aku (girls) sibok suro aku tgk..kononnye best sgt..tp huhhh..cliche gile -___-"

    biasa je aku rasa

    BalasPadam
  15. @Tasha aku dpt rase kita boleh jd kawan baik. LOL

    BalasPadam
  16. @aslina majid supportlah piracy utk rakyat yang inginkan kesenangan. hahahha

    BalasPadam
  17. @Mashii omputeh xbg anak dia tgk? seriously?

    BalasPadam
  18. @~ Cik Azz ~ drama pun yg terpilih je la bagus :D

    BalasPadam
  19. @Chique りやな Alel baik akak pegi New Zealand lg cun. Istanbul dlm movie tu byk bangunan je =___=

    BalasPadam
  20. @Shahada Fauzi aku xgemor Lisa dengan TOmok hahahaha

    BalasPadam
  21. @Nurul dot..dot..dot hhahahha awesome ni pun boleh jadi kwn baik aku ni. lol

    BalasPadam
  22. mcm xnk tgk plak istanbul aku dtg... tp, dgr kutipan dh smpi 3 juta....
    *beto dh ade dlm page ni. xyah tertanye2.... hehe :P

    BalasPadam
  23. suka tgok lakonan Lisa dlm cite ni :)

    BalasPadam
  24. dann.. aku salah seorang yang tak teruja nak tengok cerita tersebut.. XD

    BalasPadam
  25. Aku tgk sbb beto n lisa... N aku memang suka watak girl yg ala2 mcm kelamkabut... Nampak comel... Hohoo... *pendapat aku

    BalasPadam
  26. thanks for the review. jimat 12 ringgit aku :D

    BalasPadam
  27. @Qistina Fahimi eh ade lg kt cinemas eh? hahaha xyah tgk ah weg bosann

    BalasPadam
  28. starting crita sdh aku rasa x sedap hati bila si gelpren nk tdo satu rumah dgn boyfren.. dah2. aku mmg x suka tgk filem ni.

    BalasPadam
  29. ramai kata citer nie bestt tapi tatertengok lagi coz tasuke lisaa rr rr hehehe.sori sorii

    BalasPadam
  30. aku tgk 2-3 hari lepas.bagi aku not bad.sbb beto tu hero pujaan hatiku.muahaaa

    BalasPadam
  31. Aku tak tengok.aku nak tengok The HObbit je.sekian.apan,balik nanti roger2 la k.kih3 =P

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran