Saya Haramkan Ilmu Awak!

Semasa saya scroll Facebook tempoh hari ternampak pula pada status seorang kenalan Facebook yang mungkin kerjanya pada waktu sekarng ialah sebagai guru. Mungkin sesuatu yang berkaitan dengan perguruan lah agaknya tapi intipati daripada status tersebut ialah niat beliau yang tak menghalalkan ilmu yang dia ajar kepada murid-murid beliau. Bila terbaca sahaja status tu, tiba-tiba saya terasa seperti berada dalam mesin masa, kembali ke zaman 2002-2006 yakni zaman persekolahan di Kuala Selangor dulu.


Pertengahan tahun 2005, ketika tu saya masih di tingkatan 4. Para pelajar dan guru sedang menghadiri perhimpunan mingguan sekolah yang sebenarnya boleh diringkaskan tapi sengaja dipanjangkan. Entah apa sebabnya, saya tak ingat, cikgu yang berada di atas pentas tiba-tiba mengeluarkan kata-kata hikmat:

"SAYA TAK HALALKAN ILMU SAYA KEPADA AWAK!"

...dengan harapan bahawa kami pada ketika itu sebagai anak murid akan berasa takut dan lebih hormat lagi kepada mereka. Benar, pelajar yang sedang bersembang terus menjadi senyap, yang berjalan akan terhenti, dan yang sedang membaca buku akan menutup bukunya. Pendek kata, rata-rata akan memberikan tumpuan kepada kuasa besar di atas pentas, terkejut, dan tak kurang juga yang terkilan. 

Soalan saya yang kekal sampai dulu ke sekarang untuk guru-guru jenis begini ialah:

  • Apakah kuasa cikgu untuk mengharamkan ilmu tu? Cikgu kan dapat gaji daripada mendidik anak bangsa
  • Pernahkah cikgu memahami konsep ikhlas dalam mendidik?
  • Tahukah cikgu Etika Profession Perguruan: Tanggungjawab Terhadap Pelajar?
  • Adakah cikgu mengharapkan hormat dan kasih sayang mutual dengan murid-murid melalui desakan dan ancaman? 
  • Mahukah cikgu anak-anak murid cikgu meneruskan legasi mengaharamkan ilmu ini?
Setiap perkara perlu dilihat daripada pelbagai sudut. Mungkin ada yang menyokong tindakan mereka yang mengamalkan dakyah pengharaman ilmu ni tapi tak kurang juga yang tertanya-tanya kenapa ada yang mengamalkan perkara tersebut. Secara personal, saya rasakan perkara ini adalah tidak patut, tidak beretika, dan tidak menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid. Benar, saya belum berkesempatan merasakan apa yang cikgu-cikgu tersebut rasakan, tapi bukankah itu erti pengorbanan seorang guru?

Cikgu yang saya benar-benar hormat dahulu menjalinkan hubungan rapat dengan anak murid, rajin berlawak, tidak membebankan pelajar dengan masalah peribadi mereka, adil dalam perhubungan dengan pelajar, dan mengambil kira keupayaan pelajar dalam proses pembelajaran. Murid yang bagus pula ialah yang menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar, menghormati guru, dan berusaha berterusan menjadi pelajar yang cemerlang....

We are not God. For every knowledge that we have, it is our job to convey and educate future generation

Sekian.

27 ulasan: Leave Your Comments

  1. Good post asfan :) Alhamdulillah cikgu2 akk dulu semua baik wpun ada sorg dua yg garang mcm nak mkn org tp mereka ikhlas dlm mendidik smpi akk jd manusia skrg nih...

    BalasPadam
  2. Good post asfan :) Alhamdulillah cikgu2 akk dulu semua baik wpun ada sorg dua yg garang mcm nak mkn org tp mereka ikhlas dlm mendidik smpi akk jd manusia skrg nih...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. cikgu haramkan ilmu dia ajar.. cikgu mengajar dapat gaji.. Gaji cikgu tu haram ke halal kalau dia haramkan tugas dia mendidik setelah di byr gaji.. Macam kau tanam padi.. kemudian kau jual, tapi ko haramkan org yg ko benci makan hasil tanaman ko tu walaupun ko dah di byr upah dr hasil tanaman ko tu?? Pening pulak saya fikir.. cikgu memberi ilmu tp ilmu yg di beri di beri ganjaran, kemudian dia mengharamkan pula ilmu yg di dh bayar kepada org yg dia beri. Sy pernah kenal dgn sorang cikgu ganti yg prnah ckp mcm tu dulu.. rasa mcm cikgu tu sendiri x berapa terdidik

    Yang Hangus >> DALAM KAIN PUN SANGGUP TUNJUK KALAU BAIK

    BalasPadam
  5. good one! seriously, memang la we need to respect our educators, tapi if they use this way to earn respect from their students, bukannya student akan respect, bahkan akan lagi membenci educators b'kenaan. tugas sbg educator ni adalah tugas yg murni, yg ikhlas. so, there is no need to force the students utk hormat diorang. as long as u do ur job properly, properly here means IKHLAS, then the rest boleh biar Tuhan yg decide.

    BalasPadam
  6. so true =,= teringat masa form 5, ckg addmate haram kan semua ilmu dia just coz bwk phone kt asrama utk call parent time nk exam.. ada pulak selected favourite student je blh bwk =,= , tak pasal2 digelar student yang menderhaka =,=

    BalasPadam
  7. @Anonymous selalu tgk jenis2 cikgu yg dibenci murid ni jenis yg suka mengancam tu la :(

    BalasPadam
  8. @Chique りやな Alel haa jenis cmtu pun ada. lupa nak include. thanks kak!

    BalasPadam
  9. ada jugak yang kalau dah geram sangat dengan students, siap keluar segala kata cacian~~~

    "bodoh awak ni" blablabla.

    ada cikgu yang tak sabar sangat bila mengajar tapi studens masih tak faham, akan cakap "kenapalah awak ni lembab sangat"

    kalau kami tak faham, fahamkanlah kami.
    apa salahnya bertanya soalan yang kami tak faham sampai keluar perkataan macam tu T_T


    balik balik, students juga yang kena jaga hati cikgu. tapi cikgu. . .


    (eh apesal macam tkde kena mengena dengan entry)

    BalasPadam
  10. agaknya semua sekolah memang ada jenis cikgu mcam ni agaknya. Dulu kat sekolah ada jugak macam ni. Sesuka hati haramkan ilmu dia ajar pada kitaorang.

    BalasPadam
  11. Jarang sekali tengok perkara "halal/haram" ilmu berlaku di sekolah harian, melainkan sekolah berasrama. Saya dah melalui kedua2 jenis persekolahan and selalunya guru yg menjajar di boarding school je selalu buat macam tu. Nak kata mengajar sangat itu, tidaklah. Student literally self-learning. So kat mana ilmu yang bertimbun tu dicurahkan sampai sekelumit kuman pun nak diharamkan. Kasihan.

    BalasPadam
  12. Masa kat sekolah dulu, cikgu selalu pesan supaya hormati para guru sebab cikgu tu kata, ilmu yang diajar kat anak murid tu susah nak melekat jika anak murid kurang ajar atau tak hormat kat guru..

    Memang ada jugak anak murid yang cakap belakang, kata cikgu tu perasan bagus la dan bla bla bla... Cikgu tu sekadar memberi kiasan je padahal cikgu tu sebenarnya mengajak anak murid supaya hormatkan sesiapa saja yang memberi ilmu kepada mereka walaupun orang tu bukan seorang cikgu..

    Jadi cikgu ni kena pandai bermain dengan psikologi... ehh, macam ko la, kan...?? Sesuai sangat kalau ko jadi cikgu.. ;)

    *Masa sekolah dulu, ada sorang cikgu tu selalu cakap akak bodoh sbb susah nak faham masa dia ajar math.. Nak buat macam mana, dah memang akak ni tak pandai math... huhu..

    BalasPadam
  13. to adibah baharum,

    mmg btl la rasanya...cikgu2 boarding jer suke sound mcm tu...klu cikgu sek harian, xde pun nk ckp cm tu...sbb ape, silap ckp satgi kalu, mau la kete tetibe kene toreh, tayar pancit la..

    kt boarding school jer cikgu2 ni selalu act lbh2..pdhal budak2 byk study sendiri kot...itu mmg sy sokong...rasenye xpyh nak ajar byk2 kali budak2 dh fhm..

    ade jgk dulu kngn cikgu ni mengajar muke xpernah manis...muncung jer memanjang...pdhal umur baru 24 mase tu dan kami2 ni dh umur 16, 17..pttnya treat la student ni mcm adik2.bukannye mcm cikgu umur 40 thn dgn budak umur 16,17 thn..

    BalasPadam
  14. yep, sukar nak jumpa pendidik. guru memang ramai. tapi pendidik tu susah sangat.

    BalasPadam
  15. hahaha..tindakan yg mmg tak patut sbg seorang guru..sebab,kata-kata cikgu itu adalah satu doa..even teruk mana pun student tu haruslah menjaga kata-kata agar ilmu yg dicurahkan adalah berkat..cb bayangkan kalau kte ckp mcm tu dkt bdk sek rendah?lagilah tragis..tindakan tersebut amatlah tidak rasional..=)

    tp,kadang2 as a human tak terlepas dari perkara mcm ni..kdg2 kita tak ckp dpn student tp,kita ckp dgn kwn2 mse sembang..tu yg kena sentiasa muhasabah diri..

    maka,jom saling mengingati agar kita tidak mendoakan yg buruk2 untuk murid2 kita..insyaAllah..

    just my opinion..(^_^)

    BalasPadam
  16. Dekat VUW tu, kebanyakan teaching courses (TEAP, CUST, some EDUC etc) mmg banyak ajar etika perguruan and teaching methods..ktorg pelik kenapa students yang amek courses utk mengajar mcm math science etc tak diusulkan utk amek courses yang sgt2 relevan tu..anyway, dlm course tu, siap ada yang suggest pemindahan kuasa kepada pelajar, like transferring the authority to choose what to learn, how to learn with the hope that they will acquire some responsibilities in their own learning..tugas cikgu just ajar in some ways, and make the lesson enjoyable and meaningful at the same time..i wonder too, what would be the reaction of such teachers, yang rasa layak halal-haramkan ilmu ni, terhadap teknik mengajar yang sebegini..

    BalasPadam
  17. @mynameisyuyu ooo yeke...maybe for one, science points already 15 so kalau buat paper lain xsempat nak siapkan in time sebab points TEAP apa semua tu xmembantu agaknya...

    tapi sekarang ni scholar baru kena ambik paper EDUC!Maybe isu ni timbul disebabkan jurang generasi. Those teachers yg halal-haram ilmu dah biasa dengan essensialism concept tapi new guna existensialism

    BalasPadam
  18. @Don't Afraid to Try kalau boarding school je cmni mungkin cikgu tu sebenarnya tension sebab dia dah berkorban banyak masa dan asyik kena push dengan guru besar yg terlampau mengamalkan prinsip "PANDANG KE ARAH TKC"

    BalasPadam
  19. Pernah kena dengan cikgu Jun dalam kelas 4 muti.haha.dia siap sumpah tak dapat 10A SPM lagi =.=''

    BalasPadam
  20. @nurulmr aku lupa nama cikgu tu. Junaidah ke?

    BalasPadam
  21. yup.cikgu Junaidah.wife cikgu Radin.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum. Sebenarnya saya pun berfikiran mcm korang semua. tak patut cikgu mengharamkan ilmu yang dah diberi.

    Tapi baru2 ni ade dengar di radio IKIM, memang Allah benci perangai suka mengungkit dan perbuatan tu akan menyebabkan pahala yang diterima atas kebaikan tu jadi kosong.

    ada 2 golongan yang boleh mengungkit :
    1) ibu bapa boleh mengnkit dengan anak sekiranya anak tak mengenang jasa yang dicurahkan
    2) guru boleh mengunkit ilmu yang diberi kepada pelajar sekiranya pelajar itu telah lari dari landansan yang diajarnya.

    Untuk rujukan boleh try link ni http://teropongmasa.blogspot.com/2010/04/mengungkit.html

    atau rujuk kepada ustaz.

    Sory kalau menyinggung, saya cuma ingin berkongsi ilmu.

    BalasPadam
  23. Penah kene marah dgn cikgu smpai ckgu ckp awkni besar nnti jadi bohsia agaknye...smpai skrg trgt ckp cikgu tu..time tu bohsia pun xtau ap..mklm la bdk kg darjah dua still tangkap berudu lg..skrg ni nk sgt jmpe cikgu tu blk nk bgtau cita2 cikgu utk sy jadi bohsia x tecapai..rase beslh plak x tunaikn impian die..eh..hihi

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran