Mekanisme Lawak di Malaysia

Scroll Facebook, ternampak kawan-kawan share sesuatu di Facebook. Diorang share pasal video "beruwang" yang melibatkan seorang perempuan tak lawa merepek something pasal relationship dia. In case korang tak pernah tengok, boleh click play di bawah.


Okay sebelum aku menyarung kopiah dan janggut putih, biar aku membebel pasal "lawak" di Facebook ni. Benda-benda yang lawak ni sama je bagi setiap orang kat Facebook tak kira la kau parti politik apa. Tapi biasanya orang akan rasa benda tu lawak bila sesuatu yang malang berlaku pada orang lain.

Sebagai contoh, lawak di bawah ni...



Apakah persamaan dengan keempat-empat panel di atas?
Situasi-->petak 2-->Petak 3-->Somebody dapat bencana.

Dan ini hanyalah komik, which is something yang kanak-kanak macam aku (dulu la) baca. Jadi kita boleh nampak di sini yang rakyat Malaysia (aku tak pernah baca komik lawak Uganda) dah dididik sejak kecil untuk mentertawakan kekurangan yang ada pada orang lain. Macam aku

Dalam kata lain, kita hidup dalam budaya yang mentertawakan kekurangan orang lain.

Adakah benda ni salah? Yes. Benda ni hanya dirasakan lawak bila kejadian malang tu berlaku pada orang lain dan bukannya pada diri sendiri. Kalau pada diri sendiri, mesti korang tak suka orang gelakkan korang. Simple logic. Kucing aku kat rumah tu pun boleh fikir

Berbalik pada video "beruwang" tu, kalau korang tengok pada keadaan fizikal dan dengar butir percakapan dia betul-betul, rasanya boleh agak dah yang besar kemungkinan awek tu ada masalah mental. I mean, siapa yang dalam minda sedar dia akan dress, mekap, dan cakap benda-benda macam tu melainkan dia ada something going wrong in the head? Kesian dia tak bernasib baik macam kita yang sihat akal minda.

My point is, gelakkan orang yang malang tu ialah salah. Gelakkan orang yang mentally-challenged? Salah kuasa dua woi..

Dah tengok komen pada fanpage Facebook yang post benda tu? Rata-ratanya macam budak tak sekolah (walaupun secara ironinya, yang komen tu ramai budak sekolah) dan kutuk fizikal perempuan ni. Tak cukup lagi ke dengan masalah mental yang dia ada sampaikan kita perlu terus-menerus hina dia? Are we raised being a bully?

Sebab tu lah, seorang papanda telah mengambil inisiatif untuk stop share video-video yang memalukan di Facebook. Bukan susah pun, korang pun boleh buat ni. Better tutup Facebook, take a book (tak kisah la buku terfaktab ke apa ke) and close your Facebook. Nabi kata, barangsiapa yang membuka aib saudaranya maka Allah akan membuka aibnya. Kan?

Adios. >>Makan Cornetto<<

13 ulasan: Leave Your Comments

  1. Oh. Diorang post video ni semalam. Nampak mcm tak menarik, actually. So I didn't watch.

    BalasPadam
  2. Aku tengok gak video ni tu pon sebab ada orang share share. aku tak sangka ada orang gi buat video gini. and pity her, dapat kutukan free2. Aku takleh bayang kalau dalam minda separuh sedar, aku pon akan terbuat video gini. lol

    BalasPadam
  3. Haah. Kalau kekurangn kita orang dok buat bahan lawak, mau sedih jgk kan?

    BalasPadam
  4. ak xpenah klik tgk pun....merepek~~~

    BalasPadam
  5. sian kat dia..aku dah baca info pasal dia ni org share..dia OKU..dia minat berlakon dengan nyanyi..tu je hiburan die mampu buat untuk hiburkan hati dia..

    BalasPadam
  6. Posting your stuff on Youtube (or any other medium yg mana org lain boleh tengok you la) to me bermakna you're allowing others to judge and criticize you. Bukannya nak cakap benda tu betul but that's just the way things work la. Contohnya, kalau you publish diary you as a book ke, takkan you nak marah kalau orang kutuk2 personal content you dalam tu, kan? (ps: Sorry bahasa x sempurna. :))

    BalasPadam
  7. Aku rasa dia memang tak sedar. Tapi, aku bukan nak kutuk, kesian pun ada wei.

    BalasPadam
  8. @Anonymous
    please consider mental state dia and access to the internet. Pengguna internet kena sedar tak semua org ada intelligence yg normal.....

    BalasPadam
  9. Kalau ko tengok youtube video dia yang lain2, aku respect dia. Dia nyanyi sedap weh. Betul la apa yang Allah cakap, apabila hamba-Nya kurang satu perkara (dalam kes perempuan ni, dia kurang cantik), tapi suaranya sedap. Kalau jadi MC pun aku kasi. Dan kebanyakan video yang dia nyanyikan lagu tu sebab kawan2 dia request ntuk dia nyanyikan. Kita asyik gelak pada orang sebab mindset kita nak gelak pada orang yang serba serbi kurang. Tapi kita lupa dia pun insan yang tak sempurna, macam kita.

    Memang kita boleh argue once kita letak benda dekat online, we're letting others to freely judge us. But at the same time, do we wish to be laughed for our imperfection? Sometimes we felt that we wanted to share what we have with everyone, be it talent or something you may thought will make others happy.

    BalasPadam
  10. papanda,tak share kat facebook tapi share kat blog..gi mana sih? maaf. mungkin niat hanya untuk rujuk video yang mana satu, dan sebab tu video ni ada dalam entri kali ni tapi still video tu masih merebak di tempat lain. just an opinion from a lil kid. peace yo! :)

    BalasPadam
  11. @stdecdid you read the blog post?

    apalah guna pergi ke sekolah kalau tak membaca

    BalasPadam
  12. @Asfan Ash

    baca :) sampai ke ayat last perenggan terakhir.

    BalasPadam
  13. @stdec jadi, haruslah faham post ni pasal budaya share tapi respon kita kt video tu

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran