Air Terjun Gunung Pulai Johor

Sebenarnya daripada minggu lepas aku rasa sangat bosan dengan hidup ni. Balik-balik dengan rutin yang sama. Kalau ada benda baru pun, pergi mall, tengok wayang. Sumpah bosan nokharey asyik benda sama je. So, untuk buang kebosanan tu, aku plan satu trip untuk ke Gunung Pulai sebab gunung ni yang paling dekat dengan Larkin, Johor




Abaikan perut comel
Seperti yang korang nampak, tempat ni ada trek sebab sebenarnya dia hutan simpan. Kena park kereta dekat tempat yang ada (RM1.00 dekat laman rumah makcik-makcik situ) dan kemudian berjalan ke atas. Kalau jalan kaki ke puncak, 5KM naik bukit.


Tapi disebabkan semuanya malas tahap cipan nak naik ke puncak sebab dah tengahari, maka kami berhenti di pintu masuk air terjun je lah. Hanya 15 minit dari pagar permulaan. Walaupun dekat tapi lecak jugaklah ketiak nak sampai ke sini

So, jalan sikit je lagi dan korang akan jumpa satu pemandangan yang tak indah


Dalam gambar je nampak indah tapi sebenarnya tepi tu banyak gila sampah termasuklah polisterin, pampers babi. Eh, pampers bayi, botol, dan sebagainya. Manusia jenis ni memang kurang ajar. Mak bapak tak ajar topik kebersihan agaknya dalam silibus hidup.  Aku yang mula-mula datang nak mandi, terus hilang nafsu nak berendam. Kalau masuk air tu, mungkin kena kanser lidah agaknya

Tapi berbekalkan hati yang cekal dan semangat kiasu yang diimport dari negara jiran, maka kami explore lagi, naik ke atas dan terjumpalah harta karun permata dunia...

In kawasan level 2 Dalam gila tempat bereang
Level 2: Bahagian hijau tu sangat dalam
Level 3 yay!
Satu je aku pesan kalau kau datang sini - jangan buang sampah merata-rata. Kalau agak-agak tak makan dekat air terjun tu boleh buat kau mati, tolong la bawak balik sampah tu. Jangan sampai air terjun atas ni jadi macam kat level 1 penuh dengan sampah. Kalau bukan kita yang jaga kebersihan alam, siapa nak buat? Monyet?

Oh, jaga-jaga. Sini banyak monyet...Kalau nak datang sini, nah peta aku dah tandakan tempat ni daripada Larkin, JB


View Larger Map

10 ulasan: Leave Your Comments

  1. ok lawak2 masalah msia tu la sampah berlambak. kat india, dah 2 kali pi air terjun. mmg takdak langsung sampah sarap. tgk indians lebih jaga kebersihan daripada malaysians. malunya ya ampon...nampak best. hahaha tapi tak sebest kat sini huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak paham komen dena nak cakap negara mana yang best. lol

      Padam
    2. kt india lagi best. sini best. saya kan kat india sekarang

      Padam
    3. ada update pasal tempat tu tak? nak tengok gambar

      Padam
  2. menci ah tak dapat pi jugak,,, haha

    BalasPadam
  3. Lebih 10 tahun akak duduk JB, sekalipun tak pernah pergi Gunung Pulai tu padahal duduk Taman Skudai Baru je.. Gunung Ledang yang jauh tu boleh pulak pergi.. hehe..

    Bab monyet tu betul la sebab kawan akak yang pernah pergi situ ada jugak bagitau pasal ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasib baik ada antara kitorang yang tak mandi. Bole tolong jagakan beg hahahha

      Padam
  4. Larkin? Dekatnye dgn kampung saya :D

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran