Kesan dan Pengaruh Tarikh dan Bulan Kelahiran Terhadap Psikologi

1. Sudah beberapa kali aku menulis tentang pemahaman orang ramai tentang kesan bulan dan tarikh kelahiran terhadap psikologi dan personaliti. Ada juga yang bertanya adakah betul jika orang yang lahir pada hari Jumaat itu merupakan orang yang tenang sebab member dia ada puji yang dia tenang

"Orang yang lahir pada 13 Mei akan berjumpa jodoh pada
hari ini!" Waklu ah
2. Fahaman ini selalu sangat dikaitkan dengan satu bidang yang dinamakan sebagai astrology. Pembaca adalah diingatkan bahawa bidang ini tidak ditawarkan di mana-mana universiti Malaysia dan universiti bertaraf sah lain di dunia. Ini bukan bidang akademik. Ia hanyalah benda yang dipopularkan oleh budaya pop

3. Astrologi ni sebenarnya sejenis fahaman yang mempercayai bahawa konon-kononnya pergerakan bintang-bintang nun di langit sana ada kesan terhadap kehidupan kita.

4. Sebagai contoh, dulu masa sekolah aku melanggan surat khabar The Star dan diberikan kepada kelas-kelas, selalu jugaklah kitorang nampak tips-tips merepek bawah astrology tu. "Hari ini Taurus akan menemui jodohnya!". Jodoh hotak hang aku baru tingkatan satu masa tu. Sekolah tu tempat belajar ya bukan bercinta! Cewah!

5. Zodiak Pisces, Taurus, Gemini dan sebagainya merupakan antara bintang-bintang kelahiran yang terdapat dalam sistem astrologi ni. Kalau macam aku, lahir pada ehem ehem Mei, jadi aku yang berbintang Taurus. Website Astrology tulis untuk Taurus hari ni katanya aku dah cukup bekerja keras tapi masih belum cukup lagi.

Hari ini aku cuma baring atas sofa sambil jeling TV. Nampak benor menipunye

6. Bila dilihat balik senarai "ramalan" atau "analisis" yang diberikan oleh puak-puak astrologi, ni sebenarnya ia boleh juga terkena pada orang berbintang lain sebabnya senang saja. Benda tu terlampau umum dan ada peratusan yang tinggi untuk terkena pada sesiapa

7. Samalah keadannya bila orang tanya "kau pernah pergi gerai Kak Eton tak?" lepas tu kau jawab "ohh gerai yang tepi jalan tu ke?". Masalahnya kebanyakan gerai memang ada tepi jalan. Kebanyakan orang memang akan rasa dirinya dah berusaha seharian, kebanyakan orang memanglah nak mempercayai yang dia akan bertemu jodoh hari ini.

8. Ini ialah satu fenomena psikologi yang dipanggil sebagai Barnum Effect. Klik perkataan tu kalau nak baca lebih detail tentang Barnum Effect beserta video.

9. Jadi, kita boleh rumuskan yang astrology ni sebenarnya ialah benda yang mengarut dan tak boleh diterima akal. Sudahlah modus operandinya serupa dengan tilik nasib, bohong pula tu.

10. Jadi, adakah tarikh dan bulan kelahiran akan mempengaruhi sama ada seseorang tu pandai ke bodoh ke, ataupun seorang yang tenang ataupun pemarah? Jawapannya sudah tentu sekalilah tidak.

11. Di Malaysia, masih ada yang mempercayai bahawa bulan kelahiran mempengaruhi keadaan psikologi seseorang. Makin kuat diorang percaya bila ada terjumpa konon-konon Dato Dr Fadzilah Kamsah buat kajian tentang itu. Aku dah puas google kertas kajian yang kononnya kepunyaan Dato Fazilah Kamsah tu- langsung tak ada.

12. Sama ada kajian tu tak wujud, tak diterima oleh autoriti dalam bidangnya, ataupun hanya kata-kata yang diungkapkan tanpa hitam putih, wallahualam. Kalaupun ada, konfem akan dibidas oleh pakar-pakar yang faham sebenarnya tentang selok-belok dan metodologi kajian psikologi

13. "In no cases did date of birth relate to individual differences in personality or general intelligence".

Dalam BM, kisah hape korang lahir bulan berapa dan hari apa. Langsung takde efek sikit pun pada kepandaian dan personaliti (Hartmann et al., 2005). Kajian ni menggunakan 4000 subjek. Bukan calang-calang punya kajian ni sampai 4000 subjek. Kajian pada tahun 2011 oleh Steyn puncakap benda yang sama

14. Dalam hal-hal tentang psikologi yang meragukan, cara yang terbaik ialah bertanyakan pada mereka yang mempunyai kelulusan psikologi ataupun bahan-bahan ilmiah yang boleh dipercayai di internet. Setiap kali aku menulis, aku akan check dulu sumber di internet sebab memori manusia kadang-kadang bukan boleh dipercayai sangat. Benda mudah macam konsep Teori Keperluan Maslow pun boleh lupa.

15. Dalam pada masa yang sama, mereka yang mempunyai kemahiran/pengetahuan/kelulusan dalam psikologi, tolonglah jangan sesuka hati tulis sesuatu di laman sosial dan meletakkan nama "psikologi" dalam ayat yang berupa mitos. Contohnya jika korang nampak orang yang ada ijazah dalam psikologi tapi post "Fakta psikologi: kalau kita mimpikan orang tu, maknanya orang tu sedang rindukan kita", maka tentu ramai antara kita akan percaya bahawa itu memang fakta psikologi yang sebenar

16. Situasi di atas ni samalah seperti seorang doktor yang menyarankan bahawa vaksin itu tidak baik dan boleh menyebabkan autisme. Habis kredibiliti bidang tu boleh hancur terutamanya psikologi yang baru nak bertapak di Malaysia ni. Dalam kes kita ni, nak percaya pendapat yang dipopularkan oleh Tumblr dan laman sosial yang dikuasai kanak-kanak ataupun nak percaya pada pakar yang membuat kajian yang diterima masyarakat saintifik?

17. Sebelum habis artikel kali ni, ingatlah yang tarikh lahir, horoskop apa semua tu langsung tiada kaitan dengan intelligence dan sifat peribadi seseorang. Anda terjumpa orang pengotor? Boleh jadi dia lahir bulan Januari, Jun, atau apa-apa bulan sekali pun. Tiada kesan. Tiada hubungkait

----------------
RUJUKAN:

Hartmann, P., Reuter, M., Nyborg, H. (2005) 
The relationship between date of birth and individual differences in personality and general intelligence: A large-scale study. Personality and Individual Differences, 7, 1349-1362.

Steyn, R. (2011). Astrological signs and personality differences. Journal of Psychology in Africa, 21 (3), 493-494

12 ulasan: Leave Your Comments

  1. My fav topic! Salam, Mr. Ash.hehe.. I have no formal psychological background. But since small, i am just attracted to it. Based on no prior information, studies or whatsoever, but from birthday, drawing, signature, handwriting or anything you sketch, is like a book for me to read. Again, from my experience, the birthday dates and drawings ARE really true to describe you, at least for the time being. Its just that, we can always change ourselves and correct what is not okay for future. Just draw me things or at least, write your birthday dates. Tried with lots of people and its fun! What do you think about this?

    BalasPadam
  2. Jadi, astrology ialah pseudoscience dan segala fakta mengenainya tidak berlandaskan akademik.
    Tapi agak-agak kenapa paper dan majalah macam jadi satu kemestian kena ada ruangan utk mende alah horoskop tu ek?
    Diorang memperbodohkan pembaca laa ek?

    BalasPadam
  3. betul sgt ni. nyampah tengok bebudak post pasal fakta anak ke 3 lah tu lah ni lah. lol padahal characteristics yg disebut-sebut tu mcm mainly semua orang pun pernah rasa.

    BalasPadam
  4. Personality blocking? Maybe never bump anything like that before?

    BalasPadam
  5. ada sorang member yg taksub betul dgn astrology ni. Bimbang jugak takut jatuh syirik. Lagipun gua tak caya sangat menda2 cenggini. Gimik je lebih. Predict benda yang tak betul pun, gua Aries by the way, hihi

    BalasPadam
  6. bagus perkongsian. suka baca. salam perkenalan

    BalasPadam
  7. artikel awak meransang minda untuk berfkir.. thumbs up!

    BalasPadam
  8. Huda Saiful Anuar15 Mei 2015 10:17 PG

    Pertanyaan...bidang psikologi ni ada kaitan dengan darah tk?

    BalasPadam
  9. remaja yg meminati psikologi25 Mei 2015 2:51 PTG

    nak tanya . saya bakal menduduki temu duga bagi bidang psikology . adakah sy perlu mengetahui tentang isi semasa , falsafah pendidikan ? dan apakah yang perlu sy prepare bg menghadapi temu duga ini ? terima k

    BalasPadam
  10. Eh, awak. Memang takde kajian tapi tak semestinya tak betul kan? Sebab saya ingat penah tengok citer Criminal Minds, Reid profile sorang criminal ni, berdasarkan birthday dia. Macam Zodiak, dia membunuh masa Birthday dia. Takde kajian pun pasal tu. Tapi masuk bawah special occasion. Mungkin awak je tak jumpa lagi kot.. Peace. :)

    By the way, 13 May is naturally negative in one word, laid back, no dreams in life but a dreamer, sentimental and very the slow rock. Trying to change life from day by day, if things happen, will reshuffle life with major change. You are waiting for something to happen now, but kinda frustrated? No true friends and if you have the power, you will stop everything and enjoy life. Above all, you are a an achiever in life. Lots to go. But thats it for now.

    Have a good day. Salam.

    BalasPadam
  11. salam saya nak tanya..esok saya akan pergi temuduga psikologi kaunseling..so saya perlu tahu ke mngenai hal semasa dan apakah lagi yang perlu saya buat persediaan untuk temuduga esok

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran