Cara Buat Assignment Review Filem Psikologi Abnormal

Semua pelajar yang mengambil jurusan psikologi pasti akan mengambil subjek yang berkisar tentang psikologi abnormal. Jika subjek ini merupakan subjek elektif, saya memang sarankan adik-adik ambil sebab ia memang sangat menarik dan penuh dengan informasi yang boleh meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa yang membacanya. Sejarah tentang rawatan sakit mental yang melibatkan penghalauan jin, pembuangan darah, dan melubangkan kepala semuanya diterangkan dalam subjek Abnormal Psychology.

Kebiasaannya, para pelajar akan menerima tugasan daripada penceramah di mana mereka akan diminta untuk menulis analisis tentang filem yang menceritakan perihal psikologi. Ramai pelajar yang rasakan tugasan ini  merupakan sesuatu yang mudah tapi jangan tersilap langkah sebab walaupun anda dapat menonton filem sebagai satu tugasan, laporan analisis masih kekal sebagai satu kerja yang rasmi dan menuntut anda supaya mengikuti cara gerak kerja yang betul.

Jadi, apa yang perlu anda semua buat sebelum memulakan tugasan ni?

Langkah 1
Mestilah kena pilih movie mana yang menjdi pilihan untuk tugasan. Soalan ni ramai yang tanda kepada saya tentang movie apa yang sesuai untuk dianalisis. Jangan risau, sebab kebiasaannya pensyarah akan berikan tajuk movie apa yang boleh digunakan untuk tugasan ini. Jika anda nak pilih sendiri, anda mesti ingat bahawa filem yang dipilih mesti berkisar tentang gangguan mental yang boleh dianalisis, bukan cerita sains fiksyen yang kononnya mempunyai kaitan dengan psychology seperti Limitless dan Inception.  Antara filem-filem yang paling awesome mengikut pandangan peribadi saya ialah

  • Fight Club (1999) - Undang-undang pertama pasal Fight Club ialah jangan sesekali bercakap pasal Fight Club.
  • Donnie Darko (2001) - cerita pasal budak lelaki yang ada halusinasi dan delusi pasal seekor arnab. Tak, arnab tu tak comel langsung sebab dia bersaiz manusia dan suruh Donnie bunuh orang. Movie ini menarik tapi tergolong dalam kategori "hard" pada saya sebab kena tengok berulang kali baru boleh faham. 
  • A Beautiful Mind (2001) - movie yang paling senang untuk dianalisis. Sesetengah kursus mengharamkan movie ini daripada dimasukkan dalam tugasan sebab terlampau direct. Cerita benar pasal penerima Anugerah Nobel yang ada skizofrenia. Ada plot twist yang power di pertengahan cerita.
  • Shutter Island (2010) - lakonan Leonardo DiCaprio, menceritakan tentang detik-detik cemas seorang lelaki yang terperangkap di sebuah pulau khas untuk pesakit mental
  • The Voices (2014) -lakonan Ryan Reynolds. Ini pun satu filem yang mudah untuk dikenalpasti simptom gangguan mental yang perlu dianalisis dan juga untuk kita mengkritik penyampaian maklumat dalam cerita tu
Langkah 2
Selepas pilih, ambil popcorn dalam sekilo macam tu, dan layanlah sambil menonton. Fokus dan enjoy cerita tu dari awal sehingga tamat

Langkah 3
Tonton semula tapi dengan membuat nota pula kali ini. Catatkan perkara-perkara berikut
  • apa simptom yang ditunjukkan
  • apa ubatan/rawatan yang ditunjukkan. 
  • apa kesan ubatan tersebut
  • bagaimana reaksi pelakon lain dalam cerita tersebut terhadap watak yang ada masalah mental tersebut?
  • apa pengakhiran cerita tersebut terhadap watak yang mengalami masalah mental?
Selagi tak cukup sehelai kertas A4 anda semua tulis, tonton semula dan cari maklumat-maklumat tersebut dengan terperinci. Buat jadual (table) untuk memastikan cara anda semua mencari maklumat dalam keadaan sistematik.

Langkah 4
Cari salinan Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders yang di manaversi terkini ialah DSM-V yang dikeluarkan pada Mac 2013. Ini adalah penting untuk anda rujuk simptom dan diagnosis terhadap gangguan mental dalam filem tu. Betul ke diorang diagnos? Jika anda tiada salinan ini, hubungi saya

Langkah 5
Tuliskan draf tentang tugasan tersebut tanpa menulis dengan ayat penuh. Biasanya layout tugasan ada diberikan oleh pensyarah. Perenggan 1 untuk apa, perenggan 2 untuk apa dan seterusnya. Pada masa yang sama,

Langkah 6
Cari kajian-kajian semasa atau terdahulu yang boleh digunakan untuk menyokong hujah anda dalam tugasan tersebut. Jangan gunakan Wikipedia dan elakkan juga guna website seperti about.com. Gunakan Google Scholar sebab maklumat dan kajian di situ boleh dipercayai. Antara kajian yang boleh digunakan dalam kebanyakan tugasan ialah
  • American Psychiatric Association (2013). Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (5th ed.). Arlington, VA: American Psychiatric Publishing.
  • Craddock, N., O’Donovan, M. C., & Owen, M. J. (2005). The Genetics of Schizophrenia and Bipolar Disorder: Dissecting Psychosis. Journal of Medical Genetics, 42, 193-204.
  • Chee, K. Y., & Salina, A. A. (2014). A Review of Schizophrenia Research in Malaysia. Medical Journal of Malaysia, 69 (Suppl A), 46-54.
  • Crisafulli, C., Drago, A., Calabro, M., Spina, E., & Serretti, A. (2015). A Molecular            Pathway Analysis Informs The Genetic Background at Risk for Schizophrenia.             Progress in Neuro-Psychopharmacology & Biological Psychiatry, 59, 21-30
  • Kopelowicz, A., Liberman, R. P., Zarate, R. (2006). Recent Advances in Social Skills             Training for Schizophrenia. Schizophrenia Bulletin, 32 (Suppl 1), 12-23
  • Leucht, S., & Davis, J. M. (2011). Are All Antipsychotic Drugs the Same? The British Journal of Psychiatry, 199, 269-271. doi: 10.1192/bjp.bp.111.095323
    dan banyak lagi. Untuk nampak bijak dan efisien di mata pensyarah, saya nasihatkan perkara berikut
  • Baca betul-betul kajian yang anda download tu. Bila masukkan dalam tugasan, pastikan kajian tu cakap apa yang anda maksudkan. Ilmu baca statistik penting di sini.
  • Gunakan lebih daripada 10 sumber rujukan yang sahih 
  • Jangan gunakan sumber tu hanya sekali sehaja. Nampak sangat bila terfikir idea, google, terus paste dan sebenarnya tidak memahami kajian yang telah dirujuk.
Langkah 7
Goreng sampai masak

Langkah 8
Proofread hasil kerja anda untuk kesalahan fakta, format, undang-undang APA, dan juga grammar. Jika anda menghadapi masalah untuk buat semua ini, saya cadangkan anda semua hubungi 0197039495 melalui aplikasi Whatsapp untuk servis yang power. Memang kadang-kadang kita terlampau yakin takde buat salah kan?

Langkah 9
Hantar dan doa banyak-banyak supaya tugasan yang mudah ni dianugerahkan dengan gred A+ dan ilmu yang dicari dan dihujahkan tu kekal dalam ingatan dan berguna untuk keadaan dan tempat lain.

Benar, tugasan ini ialah satu tugasan yang mudah tapi berdasarkan apa yang saya tulis tadi, jelaslah bahawa benda yang nampak mudah tidak semestinya perlu diambil mudah. Sentiasa ambil serius akan tugasan anda dan selamat menulis!

0 KOMEN DISINI:

Catat Ulasan

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran