Memaparkan catatan dengan label Cerita Hantu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Hantu. Papar semua catatan
Masa sekolah dulu, sekolah KUSESS dikatakan amat berhantu especially setiap tahun ganjil. Pada tahun 2005 misalnya, kes histeria adalah amat bersepah sampaikan ada cerita yang pasal budak perempuan histeria pukul 3 pagi, nampak pocong, nenek kira katil, makcik jual karipap dan maca-macam lah. Tapi yang paling real masa tu ialah kes kena tindih masa tidur.

Caption iklan: "hai saya doktor gigi"
"Malam tadi kan, aku terbangun dalam pukul 3 macam tu, lepastu aku tak boleh gerak tau. Yang boleh bergerak mata aku je yang lain semua macam lumpuh. Lepas tu, aku nampak ada hantu tindih aku sampai sesak nafas!"
(Mangsa, 2005)

Cerita ni terjadi di perpustakaan Victoria University of Wellington, New Zealand, tempat aku kerja belajar. Jangan ingat negara omputeh takde hantu, diorang pun ada jugak cumanya tak sama la jenis hantu dia dengan jenis hantu kita la kan. Cerita ni diturunkan daripada bos aku, 2 orang. Tapi kesahihan cerita tidaklah aku tau pulak wey sebab aku tak pernah jumpa lagi menatang tu.


Library tempat aku kerja ni kalau tak silap ada 9 tingkat, kalau dikira dengan level 0 (underground floor) yang seram gelap caharam tu, kiranya ada 10 tingkat la ye tak? Okay, alkisahnya bermula bila ada DUA kejadian bunuh diri di perpustakaan tersebut. Aku tanya la sebab apa diorang bunuh diri? Orang kata maybe sebab stress belajar.

Kes pertama aku tak ambik port sangat lah sebab alkisahnye orang tu terjun daripada atas bumbung library tu dan terus landing dekat staff lounge dekat tingkat 3. Aku tak selalu pun jejak dekat lounge room tu..takde masa pulak nak bancuh kopi masa kerja. Bukan lama pun kerja part-time ni. Satu syif hanya 3 jam.
Okay disebabkan hari tu punya cerita Kisah Hantu Unik yang berlaku dekat KUSESS macam dapat respon baik daripada junior-junior yang aku tak kenal, kita sambung lagi cerita hantu kat sekolah yang aku sendiri alami tapi seperti yang aku cerita masa entri lepas, aku tak percaya wujudnya hantu ni. Ini lebih kepada pengalaman misteri

cerita hantu kusess 2

KISAH TOYOL MENGGANAS 2005
Pada entri lepas aku ada cerita yang setiap tahun ganjil, sekolah aku mesti ada mass hysteria pasal hantu hantuma hantum ni. 2005 ialah tahun form4 baru masuk. Budak sebelah katil aku, kita namakan Mael (nama sebenar hampir sama), ialah student baru masuk dorm Cengal 3 dan dia duduk katil bawah. Kami guna katil double-decker time tu tak taula sekarang dah guna katil kapal terbang ke apa. Katil aku sebelah dia je tapi belah atas.

Masa tu sekolah memang tengah kecoh lah ada kes toyol mencurik. Duit hilang la apa la tapi aku yakin yang mencurik tu manusia. Manusia punya susu toyol dapat nama. Kesian toyol. Maka sekolah aku telah mengambil Inisiatif dengan bantuan Ustaz Nordin (ustaz sekolah yang cool gila) untuk buat apa-apa yang patut seperti menabur kacang ke merata tempat sebab dengar khabarnya toyol kalau nampak kacang hijau, dia tak jadi mencuri sebab leka main kacang hijau. Guna ketam pun sama tapi ketam mahal kami tak mampu nak menternak ketam di setiap penjuru dorm.


More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran