Memaparkan catatan dengan label Neuroscience. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Neuroscience. Papar semua catatan
Isu-isu berkaitan dengan kesihatan mental semakin mendapat perhatian dalam kalangan penduduk Malaysia which is a good thing but unfortunately rakyat Malaysia tidak mengambil maklumat tentang kesihatan mental daripada sumber yang betul tetapi daripada laman sosial yang disebarkan oleh kawan-kawan yang tiada latihan dalam bidang kesihatan mental. Tak kurang juga yang membuat penulisan dalam bentuk cerpen yang...

..juga tak berapa betul sampaikan menyebabkan stigma kepada mereka yang mempunyai gangguan mental semakin marak dan akhirnya disisihkan masyarakat.

Antara gangguan mental yang selalu disalahertikan dalam artikel-artikel yang dipanggil sebagai cerpen ataupun novel ialah sejenis penyakit yang diberi nama Skizofrenia. Saya secara sendirinya lebih menyukai terma "gangguan" berbanding "penyakit" sebab seolah-olah skizofrenia ni boleh pula berjangkit (pendapat peribadi)

Tidak. Skizofrenia tidak boleh berjangkit.

Kepada para penulis buku Indie dan juga mereka yang masih belajar tentang kesihatan mental, baca lah artikel ini dengan penuh ketelitian untuk mengelakkan kesalahfahaman tentang Skizofrenia.

CIKGU ASFAN, SKIZOFRENIA TU APA?
1. Skizofrenia ialah sejenis gangguan kepada otak yang sangat kronik sehingga menyebabkan pesakit biasanya mendengar suara yang orang lain tak dengar, rasa apa yang orang lain tak rasa, dan nampak apa yang orang lain tak nampak. Jeng jeng jeng....

2. "Jadi, orang yang kena rasuk, histeria dan bomoh-bomoh tu semua skizofrenia ke cikgu? Sebab diorang nampak hantu kan?" pelajar Tingkatan 5 tanya soalan ni masa kelas relief tahun lepas.

3. Ini sebenarnya bergantung kepada perspektif mana yang ingin diambil. Psikologi dan psikiatri merupakan satu bidang yang berasaskan sains tulen di mana kewujudan entiti-entiti misterius masih lagi belum diterima. Boleh jadi, mereka tu skizofrenia atau ada masalah yang lain, atau mungkin juga tiada masalah langsung! Setakat yang saya tahu, belum ada lagi pakar psikologi dari segi perubatan, terutamanya mereka yang menulis jurnal-jurnal psikologi yang menerima kewujudan kuasa ghaib. Setiap perkara ada penjelasan yang saintifik

4. Skizofrenia ni sebenarnya ada beberapa jenis mengikut manual diagnosis masalah mental IV (DSM-IV). Antara ciri sepunya yang ada pada pesakit Skizofrenia ialah

  • Halusinasi - ni pesen manusia yang 'rasa' dengan sepenuh hati dan pancainderanya bahawa ada sesuatu di situ padahal orang lain tak nampak/hidu/dengar apa-apa pun. Contohnya, dengar ada suara berbisik di telinga "Yusooff Taiyooob" padahal tiada radio/TV menayangkan iklan tersebut. Tu halusinasi la tu
  • Delusi - Kepercayaan pelik-pelik yang bukannya datang daripada adat (sebab sesetengah benda pelik ni kan adat). Contohnya, seorang lelaki yang percaya bahawa kiamat akan datang apabila anjingnya mengangkat kaki. Ada juga kes di mana dia percaya bahawa dia ialah orang lain[1]
  • Kecelaruan pemikiran (thought disorder) - Ini bermaksud pemikiran logik seseorang tu tidak bersambung secara sihat ataupun langsung tak tersusun. Kita takkan faham dia cakap pasal apa.
  • Gangguan pergerakan - Senang cerita tengok gambar di atas lah. Dalam kes yang lebih ekstrem pada zaman ketiadaan rawatan, ada pesakit skizofrenia yang langsung tidak boleh bergerak, sejenis fenomena yang dipanggil sebagai catatonia.
Semua simptom yang diterangkan tadi tu ialah sifat asal yang tak ada pada manusia tetapi ADA pada pesakit skizofrenia. Maka, keempat-empat tu dinamakan sebagai simptom positif. 

Selain tu, ada juga simptom negatif di mana sifat/perlakuan asal manusia telah hilang pada pesakit seperti ini. Contohnya:
  • "Flat affect" - ekspresi muka tak berubah masa bercakap ataupun dia bercakap dengan tona suara yang mendatar. Ibarat robot
  • Tiada rasa seronok/nikmat dalam kehidupan seharian
  • Tidak boleh memulakan atau mengekalkan sesuatu aktiviti yang dirancang
  • Bercakap sikit sangat walaupun dipaksa bercakap (okay, yang ini cukup terasa haha)
Tapi janganlah disebabkan satu simptom je korang dah mengaku ada skizofrenia! Diagnosis hanya boleh dilakukan apabila simptom tu ada sekurang-kurangnya DUA, melebihi 6 bulan secara berterusan, mendatangkan masalah kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling, dan juga tidak disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan atau dadah. [2]

PENINGLAH CIKGU! CUBA BAGI CONTOH


Budak dalam video ni ada kawan yang orang lain tak nampak yang bernama "Seven". Benda tu pernah suruh dia tikam mak sendiri guna garfu dan dia buat!

Untuk contoh dan pemahaman yang lebih mendalam, antara kes yang paling popular dan telah diadaptasi ke filem ialah cerita tentang seorang penerima Anugerah Nobel yang bernama John Nash. Saya sendiri dah tengok cerita ni lebih daripada 10 kali sebab terlampau best. Nama filem tersebut ialah "A Beautiful Mind"

CIKGU, APA PENYEBAB SKIZOFRENIA NI?
Kajian terhadap kesihatan mental ni merupakan satu benda yang secara relatifnya, baru dan masih mentah jika dibandingkan dengan bidang perubatan biasa. Setakat ni, tiada sebab utama yang diketahui menyebabkan skizofrenia. Saintis masih dengan teori biopsikososial mereka [3]

Faktor genetik membuatkan otak lain daripada normal
Cara membesar membentuk kesihatan psikologi yang berlainan
Akhir sekali faktor sosial (persekitaran) yang merangsang seseorang yang memang sudah terdedah tu untuk bertindak di luar kawalan

Sebagai penutup, adakah korang setuju yang orang nampak "hantu" ni sebenarnya berhalusinasi? Tuliskan di ruang komen bawah

 
[1]  Schizophr Bull (2010) 36 (4): 667-679.doi: 10.1093/schbul/sbqTul001. First published online: February 8, 2010
  DSM-IV Criteria for Schizophrenia
[3] Schizophr Bull (2009) 35 (4): 798-806.doi: 10.1093/schbul/sbn008First published online: February 27, 2008
Konfem korang menguap bila tengok gambar ni. Menguap merupakan
salah satu daripada social contagion. Bila kita nampak orang menguap,
secara automatik otak kita akan buatkan kita rasa mahu menguap.
1.Bertemu lagi kita dalam episod Neurosains dan kali ni kami akan menceritakan tentang apa yang kami tahu pasal tidur. Sebelum ini kami pernah menerbitkan sebuah artikel yang menceritakan tentang Tips Tidur Dari Sudut Psikologi tetapi yang itu pun belum menyentuh lagi tentang apa yang membuatkan kita mengantuk. 

2. Jadi apa yang membuatkan kita mengantuk sebenarnya? Keletihan? Kekenyangan? Kesurupan? lol.

3. Dalam kelas sains dulu cikgu ada bagitau kan yang maklumat otak kita dihantar dalam isyarat elektrik yang dinamakan impuls? Apabila natang impuls ni bergerak dari satu sel otak yang berhubung dengan minum susu Dugro ke sel otak yang lain, sejenis bahan kimia yang dipanggil sebagai neurotransmitter akan terhasil

4. Neurotransmitter ni ada banyak jenis. Ada yang buat kita happy (serotonin), ada yang buat kita rasa fokus (dopamine),  dan ada juga neurotransmitter yang dengan kuasa Tuhan, boleh pulak membentuk protein lain atau hormon iaitu monoamine neurotransmitter. Kalau dalam Pokemon, monoamine neurotransmitter ni ibarat Ditto - alah pokemon yang boleh ubah bentuk tu lah kerana dia boleh jadi hormon.

5. Hormon pun ada banyak fungsi. Ada yang buat perempuan jadi raksasa kira-kira 7-10 hari sebulan (estrogen dan progesterone) dan of course, ada yang buat kita mengantuk. Hormon mengantuk adalah dipanggil sebagai melatonin.

6. So far, 
Melatonin masuk ke dalam saluran darah dan menyebabkan kita merasakan satu persepsi yang dinamakan sebagai "mengantuk"

So, itulah sahaja mekanisme yang korang kena tahu tentang mengantuk
----------------------------------------

7. Ramai antara kita yang memang hidupnya sentiasa dengan smartphone - tengah tengok TV main telefon, tengah berak baca 9gag, dan nak tidur pun sempat lagi main telefon. Sebenarnya ada kajian pasal ni di mana menggunakan telefon sebaik sebelum tidur bahaya untuk kesihatan dan juga untuk produktiviti. Basically, bila korang main telefon sebelum tidur, perkara ni akan terjadi:

  • Lambat merembeskan hormon melatonin. Tolong jangan tanya lagi melatonin tu apa. Tampar nanti
  • Kuantiti hormon melatonin berkurangan
  • Kurang REM sleep
  • Pemanjangan tempoh mamai di waktu pagi
8. Pendek kata, main telefon sebelum tidur is bad news untuk golongan profesional dan juga golongan tak profesional seperti student sekolah
------------------------------------------

9. Selain tu, antara soalan yang ditanya di @psikoologi  ialah macam mana nak bagi senang tidur? Soalan yang menarik memandangkan ada dalam kalangan kita yang memang susah nak tidur. Selain bermeditasi, faktor keletihan dan sebagainya, korang boleh juga adjust pemakanan. 

10. Menurut Reader's Digest, antara makanan yang boleh membantu kita tidur selai ubat tidur dan kloroform (tolong jangan ambil serius part tadi) ialah:
  • kacang walnut. Walnut ni sumber tryptophan yang bagus, iaitu sejenis asid amino yang digunakan untuk menghasilkan melatonin. Nampak tak betapa pentingnya melatonin tu?
  • Hasil tenusu termasuklah susu,yogurt dan keju untuk sebab yang sama iaitu tryptophan
  • Makanan bergula. Bila kita makan makanan bergula, kandungan gula dalam darah akan dan insulin akan meningkat, membantu tryptophan yang ada untuk masuk ke otak
  • Tuna. Ikan ni mempunyai vitamin B6 yang penting dalam sintesis hormon melatonin
  • Teh Kamomil (Chamomile tea). Dalam minuman ni ada glycine yang membuatkan otot kita menjadi keadaan rehat.
11. Walaupun makan makanan di atas ni dengan banyak, tak semestinya korang akan terus tidur kalau dah puas membuta di siang hari. Seperti yang dah ditulis awal tadi, tidur ni bergantung kepada beberapa faktor tetapi antara usaha yang boleh dibuat berdasarkan kajian saintifik adalah seperti yang telah dinyatakan. Orang selalu salah faham makna kajian saintifik macam tu

12. Akhir sekali, jangan lupa tidur jauh-jauh daripada smartphone korang malam ni!
-----
RUJUKAN:
K. Lanaj et al. (2014). Organizational Behaviour and Human Decision Processes, 124, 11-23
Larry Rosen (2015). Rewired. The Psychology of Technology

Masa zaman sekolah dulu, ada tak cikgu korang kata yang korang ni mungkin manusia yang jenis dominan otak kanan ataupun jenis dominan otak kiri? Baru haritu saya terjumpa 1 website yang bertanyakan beberapa soalan untuk menentukan sama ada korang ni berotak kanan ataupun kiri. Kefahaman umum adalah bahawa orang yang dominan otak kanan adalah lebih artistik manakala yang berotak kiri adalah lebih menggunakan proses logikal dan pengiraan. Betul ke?


Untuk ujian-ujian tersebut bolehlah menggunakan Iframe website tersebut di bawah ni. Content diambil daripada http://ms.sommer-sommer.com/ujian-otak/


Dah dapat result? Sebenarnya kajian baru mendapati bahawa penggunaan otak kanan dan kiri ni hanyalah satu mitos dan tidak benar sama sekali. Pengkaji di Utah University dah buat analisis terhadap 1000 orang dan mereka mendapati bahawa manusia menggunakan otak secara sama rata dan tidak dominan pada mana-mana bahagian otak.

Biasanya orang cakap bahawa orang yang menulis dengan tangan kanan, otak kirinya lebih aktif. Ini adalah separa benar kerana untuk orang bukan kidal, aktiviti percakapan menggunakan sumber yang ada di hemisfera kiri. Tetapi, tak bermakna lah pulak yang otak kiri kita ni lebih banyak neuron atau kita lebih banyak menggunakan hemisfera kiri berbanding hemisfera kanan

Sebenarnya, proses menghasilkan sesuatu yang kreatif atau proses pengiraan tidak tertakluk pada otak sebelah kanan atau kiri secara khusus. Manusia yang melakukan aktiviti ini sebenarnya menggunakan kedua-dua hemisfera otak mereka yang dicantumkan oleh corpus callosum.

Secara peribadi, saya rasa penemuan ni sangat menarik dan akan membentuk pengetahuan-pengetahuan psikologi yang baru sebab pengetahuan yang sebelum ini banyak yang dibina berdasarkan brain lateralization. Teknik terapi dan pemahaman dalam gangguan proses pembacaan seperti aphasia pun turut dibina atas pengetahuan tu maka besar kemungkinan kajian ni akan dibuat dengan lebih mendalam untuk mencari kaedah sesuai untuk menambah baik kualiti minda manusia.
Kali ni kita bercerita pasal tidur pulak memandangkan ramai kawan-kawan di twitter seperti tidak faham apa itu kepentingan tidur dalam kehidupan seharian.


More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran