Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rotorua Wet n Wild Rafting Experience

Dua minggu dah start belajar nak bernafas pun punya lah susah. Masalah datang satu-satu. So, bila ada masa sikit barulah terkedek-kedek nak membelek gambar lama, mengingatkan kenangan-kenangan yang boleh buat muka masa tersenyum sekejap walaupun sekejap lagi bila ngadap jadual akan berkerut balik. Rasanya aku belum cerita lagi pasal aku pergi Rotorua New Zealand hari tu kan?







Kisah Ironi Kebebasan Bersuara di Twitter

Pada suatu hari, sekumpulan manusia berasa sangat bosan dengan hidupnya lalu mereka ini pun memutuskan bahawa mereka perlu melakukan sesuatu yang bermakna dengan kehidupan mereka iaitu dengan membuat 1 akaun twitter. Dengan wujudnya akaun twitter maka semua orang akan lebih suka dengan mereka ini dan tentulah mereka akan menjadi popular. Fikir mereka ketika itu.


Maka seperti yang telah diperjelaskan oleh Gustav Le Bon, seorang ahli psikologi, dan sosiologi, berbangsa Perancis, orang yang menggunakan internet ni terasa seolah-olah dia seperti halimunan dan bukan dirinya sendiri (deindividuation). Sekumpulan orang yang membuat akaun twitter tadi pun mulalah berasa seronok kerana apa yang mereka post menjadi trend, ramai orang retweet, ramai orang suka, seronok!

Maka group twitter alpha ini dengan teori Le Bon tadi, mula post tweet-tweet yang kalau di alam nyata, mereka akan berasa malu untuk mengatakannya. Sebagai seorang pemerhati, tweet harian mereka ni di laman yang diberi nama alphajaya berbaur isu:






Alat Solek Wanita, dan Lelaki

Alat solek ialah alat permainan bagi sesetengah wanita. Bagi lelaki, kami hanya ada 2 jenis alat permainan; kalau bukan sukan outdoor (biasanya bola sepak) harus bagi seorang lelaki tu jenis yang suka barang elektronik. Mungkin ada yang hobinya mengumpul setem ataupun mengumpul dendam tapi itu cerita lain lah woi aku malas nak cerita kali ni. Wanita atau gegadis yang dalam lingkungan 20+ ni aku tengok suka benar menjadikan alat solek sebagai barang hobi mereka. Dan bila alat solek dijadikan bahan mainan, akan ada 2 lagi benda yang turut menjadi bahan mainan individu terbabit - muka sendiri dan juga muka buku (atau laman sosial yang lain)

Akak Khadijah Mohd Nor, hanya orang gila yang akan memuat turun video solekannya sendiri. Proses muat turun juga dipanggil download , ialah proses di mana informasi daripada laman sesawang dipindahkan kepada pengguna, manakala proses memuat naik atau upload, ialah data daripada pengguna yang dihantar ke laman sesawang.