Auta Psikologi: Kalau Kita Mimpikan Seseorang Tandanya Dia Rindukan Kita

The biggest auta yang paling ramai orang sebarkan. Yes you read it right. Sebenarnya bila ada orang kata yang bila kita mimpikan someone, itu tandanya dia sedang rindukan kita; sebenarnya itu bukanlah fakta psikologi, bukan fakta sains dan bukan fakta mana-mana logik yang boleh diterima akal saintifik. Terima kasih kepada Tumblr dan Twitter yang dikhususkan kepada gadis-gadis yang suka kepada "fakta" yang kedengarannya macam best. Betul, benda ni macam "alahai sweetnya" tapi kalau benda tu sweet macam mana pun, tak bermakna dia betul.
Sekali lagi saya menegaskan, ini bukan fakta. Ini tipu
Sebagai satu cara untuk menyokong pernyataan yang benda ni tipu, mungkin anda boleh cari dalam mana-mana buku psikologi atau artikel journal psikologi dan hubungi saya pada tab yang disediakan di atas tu. Sebabnya, saya dah puas cari dalam database APA, ScienceDirect, PSYCINFO, EBSCO dan lain-lain namun tiada hasil. Kalau nak keluarkan fakta, artikel journal mestilah diterbitkan dalam database yang disebutkan ni untuk dibuka kepada review dan kritikan.

"Fakta" yang dikeluarkan oleh mereka yang tiada ilmu sama macam budak mengaku bapanya Superman

Psikologi ialah satu bidang yang mengkaji cara manusia berfikir melalui pendekatan sains. At least, itulah apa yang saya belajar selama beberapa tahun menuntut di universiti. Bila ada orang yang mengatakan bahawa sesuatu itu fakta psikologi, dia terlebih dahulu kena menyokong hujah dia dengan kajian dan statistik sebab begitulah cara sesuatu kajian tu dibentangkan. Tapi bila ada seseorang yang mengatakan psikologi tu macam ni dan macam tu, keluarkan pula kenyataan pelik seperti tajuk blog kali ni, saya hanya boleh menulis blog untuk menangkis tuduhan tersebut. Sebabnya tak ramai yang berminat sebarkan fakta sebenar dan lebih ramai yang sukakan idea mengarut tersebut. Orang yang mengeluarkan "fakta" psikologi ni sebenarnya tak tahu pun siapa tu Sigmund Freud dan Carl Jung.

(KLIK SINI) Berita ini sdg disebar secara meluas di kaca TV. Rokok tak sah - John, adalah sbhg drpd sindiket jenayah terancang! 

Dan bila saya cuba bercakap tentang isu ni di luar, ada suara mengatakan "betul lah benda ni fakta psikologi. Kat internet banyak ada tunjuk fakta ni". Eloklah tu, percaya semua benda di Tumblr, Twitter, Facebook...

Kenapa benda ni mengarut? Tolong jawab soalan ni untuk saya. Saya pernah mimpi pasal Katy Perry adakah tu bermakna dia rindukan saya? Logik yang ringkas ni dah cukup rasanya untuk menangkis kenyataan mengarut dalam posting kali ni. Selain Katy Perry saya juga pernah mimpikan Siti Nurhaliza. Sumpah tak tipu.

Adakah bermakna Siti Nurhaliza dan Katy Perry rindukan saya? Obviously tidak, dan mereka tak tahu pun kewujudan saya. Mereka yang percaya kenyataan ni adalah mereka yang senang kena tipu dan mudah percaya pada benda-benda di internet. Antara golongan yang saya selalu nampak post "fakta psikologi" di Twitter ialah remaja dan golongan belia awal 20-an, dan perempuan.

Tapi boleh jadi juga pernyataan ni mungkin boleh jadi betul, kalau proses mimpi dan rindu ni berlaku antara dua orang kembar monozygote. Masih belum ada kajian yang saya tahu ada buat tentang kenyataan tadi. Kalau ada, tolong beritahu

Jadi, mimpi ni apa sebenarnya? Menurut Carl Jung, mimpi ni ialah satu minda di bawah sedar kita. Apa yang kita mimpi sebenarnya sentiasa merujuk balik kepada diri kita dan pengalaman, tapi dalam bentuk yang lebih abstrak. Menurut beliau lagi dalam buku bertajuk Memories, Dreams, Reflections (1963), mimpi ni kita bukan kena lihat pada subjek atau orang yang kita mimpikan sahaja tapi kena tengok juga pada konteks mimpi dan cerita keseluruhannya. Dalam kata lain, mimpi ni adalah pasal individu, pasal diri kita sendiri dan langsung tiada kaitan dengan kognitif orang yang mungkin tak tahu pun kewujudan kita.

Antara fakta psikologi lain tentang mimpi yang ditunjukkan oleh kajian ialah:

1- Dalam 5 minit lepas bangun tidur, 50% daripada mimpi kita akan dilupakan. 95% hilang selepas 10 minit.
2- Mimpi merupakan jalan cerita yang tak tersusun
3- Orang buta pun bermimpi

Jadi kesimpulannya dalam entri kali ni, tak payah percaya sangat dengan "fakta" merepek dalam zaman siber ni. Kalau nak percaya, tanya dulu pada akaun twitter @psikoologi atau pun emailkan pada psych.malaysia@gmail.com
--------------------------------------------------------------------
Rujukan: Jung, C. G. (1963). Dreams, Memories, Reflections: Revised Edition. è

Incoming search term:
mimpi orang yang kita suka
mimpi seseorang
maksud mimpi seseorang
maksud mimpikan seseorang
mimpi seseorang yang kita rindu
kenapa mimpi orang yang sama
fakta selalu ingat akan seseorang
mimpi orang yang kita suka

18 ulasan: Leave Your Comments

  1. Haha saya pernah tanya dulu kat awak pasal ni sebab rasa sangat tak logik

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes thank you for asking. Bagi saya harapan yang sebenarnya ada orang check dulu sebelum sebarkan :)

      Padam
  2. tak logik.
    kadang2 sebelom tido kite teringat 'dia' dan terus termimpi 'dia'.
    sebenarnya 'kite' yang rindu 'dia'.HAHAHA

    BalasPadam
  3. ingatkan ada paper pasal ni. hahaha. tapi points taken. setuju sangat pasal mudah percaya fakta auta macam ni di internet.
    tapi bila baca kitab ibnu sirim pasal tafsiran mimpi, menarik jugak. of course, cara zaman dulu dan sekarang lain?

    BalasPadam
  4. Bila kita asyik teringat kat satu2 benda atau teringat kat orang2 tertentu, benda ni akan terbawak2 dalam mimpi.. Bukan bermakna dia rindukan kita.. Sebaliknya kita yang rindu atau teringat kat dia/benda tersebut..

    Sebab tu sebelum tidur, kena maafkan kesalahan orang lain.. Nanti takde la orang tu muncul dalam mimpi kita.. :D

    *Sebab tu akak tak suka tengok citer hantu... hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni mungkin. memang logik hahaha.

      Padam
  5. Insan-insan yang percaya benda-benda tak berasas macam ni nampak bebenor tak pernah nak check fakta dulu..

    From: Bila Karipap Boleh Bercakap

    BalasPadam
  6. Kalau boleh, boleh ceritakan lebih lanjut tentang astral projection dan lucid dreaming.
    Point dari sudut psychology...

    BalasPadam
    Balasan
    1. actually, dah ada. Cuba tengok kat sidebar kanan ni ada bawah topik neurosains.

      Takpun copypaste link ni dalam address bar http://www.arcx13.com/2013/08/fenomena-ditindih-hantu-dan-psikologi.html

      Padam
  7. kalau kita mimpi kawan kita? tapi kita memang suka pun dan tak mengharap. padahal tak ingat dia pun.tetiba je masuk dlm mimpi

    BalasPadam
  8. Ok, macam mana pula dengan kes aku ni. Aku termimpikan seorang classmate yang tak pernah aku bertegur dengan dia pun tetiba muncul dalm mimpi aku. Tujuh hari berturut turut aku termimpikan budak tu padahal tak pernah pula aku teringat pasal budak tu. Sampaikan mimpi tu x dapat aku lupakan..perkara ni sangat
    pelik bagi aku.

    BalasPadam
  9. macam mana pulak kalau kita mimpi orang tu peluk kita. then kita terjaga kita masih rasa pelukkan dia lgi sedangkan itu hanya mimpi?

    BalasPadam
  10. alaaa kenapa tak betul? Saya selalu mimpi boipren saya. Ingatkan dia rindukan saya. Cehhhh. Hahahaha

    BalasPadam
  11. Alaaaa kenapa tak betul? Saya selalu mimpi boipren saya. Ingatkan dia rindukan saya. Cehhh perasan sesorang. Hahahahaha

    BalasPadam
  12. Hahaa stuju.!since saye mnat runningman saye pernah mimpi filming that program with dorang.hahaa means dorang rindu saye?logikkah??pfftt.mimpi juz mainan tidur jee

    BalasPadam
  13. betul tu,sbnarnye kta yg mimpi kta la yg rindu.(⊙o⊙)(⊙o⊙)

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran