[PSIKOLOGI] Kenapa Kita Benci Gambar Sendiri?

Korang login masuk Facebook dan tengok kotak notification yang nombor dia boleh tahan tinggi. gambar-gambar tu adalah gambar kena tag daripada jamuan kelas/ofis yang korang pergi malam tadi. Belek punya belek album tu dan terjumpa gambar sendiri yang hodoh dan korang pun berfikir "macam ni ke muka aku?" dan kita pun remove nama kita daripada tag gambar tersebut...


Seriously, kadang-kadang benda ni terjadi pada diri kita dan saya yakin semua orang yang ada akaun Facebook mesti pernah rasa kejadian ni. Orang yang kita nampak dalam gambar tu nampak macam bukan kita, kita tak suka rupa dia walaupun pada hakikatnya mamat dalam gambar tu ialah diri kita. Hakikatnya, gambar tu lebih menarik daripada apa yang kita sangka dan saya ada penjelasannya berdasarkan satu talk TED yang saya tengok based on photography.

Sekarang, penjelasannya ialah seperti cermin. Bila kita bangun pagi dan tengok cermin, kita develop satu konsep kendiri bahawa itu lah muka kita dan itulah diri kita. Apa yang orang biasa buat depan cermin? Kalau saya, saya berlagak hensem depan cermin tu dan cuba sembunyikan benda-benda yang buat saya nampak tak hensem. Lama-lama, saya menganggap diri saya yang tiada cacat-cela di muka ni lah sebagai seorang "saya". Sama macam perempuan, depan cermin dia mekap berjam-jam dan akhirnya muka dia nampak lawa (sesetengah manusia bila mekap jadi hantu, by the way), dan dia melihat diri dia sebagai seorang yang cantik. Bila ada gambar yang menunjukkan muka atau keadaan diri kita sebagai seseorang yang berlainan daripada konsep kita tentang diri sendiri, of course lah kita rasa macam "eh ni bukan aku" dan merasakan gambar tu buruk.

Iklan: SALE 50% di Rakuten! 

Tapi, ada orang pernah bagitahu saya yang gambar saya benci tu lah gambar favourite dia dan gambar yang dia tak suka pula, pada saya, merupakan gambar yang menarik. Pernah terjadi macam ni kan?

Dalam kajian Mita, Dermer, dan Knight (1977) [full PDF], analisis data mereka menunjukkan bahawa populasi manusia lebih sukakan gambar mereka yang serupa dengan apa yang dilihat dalam cermin. Dan penemuan ni satu bentuk penambahan ilmu kerana manusia lebih suka pada imej cermin mereka. I bet hijabsters pun mesti suka gambar mereka yang sama dengan imej kendiri dalam cermin. Efek ni dalam psikologi adalah dipanggil sebagai mere exposure effect...

Mere exposure effect kalau mengikut apa yang saya belajar dan hasil Google, ialah kesan di mana manusia sukakan pada rangsangan (stimulus) atau benda-benda yang dia selalu nampak. Kesan psikologi ni ada dalam pelbagai budaya, dan pelbagai makhluk juga.

So, next time bila korang rasa muka korang buruk dan tak serupa dengan diri korang, actually benda tu normal je dan semua ni disebabkan oleh mere exposure effect tu. Bukanlah sebab korang kena rasuk setan ke apa ke masa tangkap gambar. Gambar korang cantik, jangan risau.

Rujukan: Mita, Dermer, & Knight (1977). Reversed facial images and the mere-exposure hypothesis. Journal of Personality and Social Psychology, 35 (8), 597-601

23 ulasan: Leave Your Comments

  1. hahaha..kena rasuk setan..yang tu kelako..:P

    sib baek takde kawan aku yg share gambo huduh aku zaman selenge dulu..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik !! setan sendiri kot !
      Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Setiap artikel yang telah di ping akan kami submit sekali lagi pada 'google index'secara auto dan manual untuk memaksa google indeks blog anda sekerap mungkin. Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda dengan memasang banner kecil kami !

      Padam
  2. hahaha... kena rasuk setan.. mmg pada org yg tetiba suh kita delete pic yg dia nampak diri dia huduh.. hahahaha... sesuka ati nak suh org delete pic sbb dia rasa dia tak lawo... aptb... hehehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku buat gak kekadang tapi untag je xdela suruh delete :P

      Padam
    2. dah ko upload gmbr yg ade muke die tanpa izin, padanla die suruh ko delete

      Padam
  3. dan dah jadi tebiat manusia akan upload gmbr dr camera dia sndiri, sbb dia boleh pilih gmbr dia yg dia rasa cecantik. dan tk suke gmbr dr camera kwn dia sbb kwn dia pilih gmbr yg muke sndiri cntik jugak. walhal dua2 gmbr dilokasi yg sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa yang ada gambar, dia lah pegang kuasa. Banyak gambar huduh hahahaha

      Padam
  4. Aku tak tahu ada kaitan tak dengan apa yang aku nak tulis ni, adakah ini berkait dengan teknik "reaffirmation" yang orang2 sales, leader2 organisasi besar selalu buat pagi-pagi? tengok kat cermin, cakap kat cermin "Ko hensem, ko hebat, ko berkeyakinan tinggi" ?

    sebab kita memang nak yang baik-baik ada pada kita. ke macam mana encik panda?

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam tak je sebab itu nak naikkan morale dia. Kalau mere exposure effect ni, dia ialah sejenis cognitive bias di mana kita akan tinggalkan benda yang lari dengan konsep yang kita bina

      Padam
    2. hahaha, okay. terima kasih atas penjelasan abam panda =)

      Padam
  5. Moralnya, terima diri kita dan orang lain dengan seadanya. x gitu?

    BalasPadam
  6. Thanks for the info! Tengok gambar candid la yg paling tersirap darah. Ghupe huduh benar! Haha.

    BalasPadam
  7. oh tak sangka...wahahaha...tp klu betul kena rasuk setan?....

    BalasPadam
  8. Hoh aku kurang ade masalah ni sebab aku jarang bergambar ngan dorang (bebudak opis aku) fb dorg pun aku tak add. Haha. Zaman skolah... Zaman blaja... Nasib baik semua gamba nampak comel. Takde masalah sangat. Hehe.

    BalasPadam
  9. selalunya kengkawan load gambo yang depa nampak hensem. dalam gambo yang sama tue jugak keboroian kita terpampang.. kakakaka.. bila suruh diorang delete diorang tak nak. itu yang down tue... hensem dah memang hensem dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni la masalahnya tgkap gambo ramai2 hahahahha

      Padam
  10. Assalamualaikum..salam ziarah!!

    Jemput ziarah blog saya ;)
    http://supplementforall.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. Jadi adakah ini bermakna tidak wujud fotogenik & tidak fotogenik?
    Ntahla kan kadang2 mmg ada org yg boleh dikategorikan fotogenik apabila dalam gambar nampak senonoh & sgt cantik dari luar gambar & ada yg sebaliknya pulak. Di luar cantik tp dalam gambar sgt pelik sbb hodoh pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. good question. first sekali kita kena tau apa fotogenik tu. Yang dibincangkan dalam entri ni ialah persepsi kita terhadap diri sendiri

      fotogenik atau tak ialah persepsi audiens kepada kita :)

      Padam
  12. Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer…

    BalasPadam
  13. Bila kena tag gambar buruk ((fb)) , cari button 'hidden from timeline' alolololo HAHA

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran