Halatuju Psikologi Selepas SPM

Ramai yang bertanya tentang halatuju selepas SPM untuk menceburkan diri dalam SPM. Masa bertugas di sebuah sekolah di Kulaijaya hari tu pun ada beberapa pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam terhadap psikologi tapi kelihatan kekurangan informasi. Saya sendiri tak berapa tahu memandangkan psikologi bukanlah pilihan pertama dalam otak lepas SPM dulu dan saya tak belajar di Malaysia tapi "it grows on me" bak kata omputeh. Sebab kedua ialah, lihat biodata di sidebar kanan. Kalau ada yang tersilap boleh tambahkan di bahagian komen dan saya akan update dalam post bila informasi tu dah disahkan betul.


Untuk pengetahuan umum, of course psikologi tidak ditawarkan pada peringkat matrikulasi, jauh sekali ditawarkan untuk peringkat SPM dan seperti biasa, SPM tu merupakan tiket paling penting sebelum masuk ke tertiary education. Sila baca: Hakikat SPM yang remaja Malaysia wajib tahu. Jadi sekarang ni psikologi hanyalah ada di peringkat diploma dan ke atas (ijazah, Masters, PhD). Untuk informasi kemasukan, sila klik pada anak panah berwarna merah jambu.


DIPLOMA
Carian Google hanya dapat menunjukkan Diploma Psikologi Kolej Islam Sains & Teknologi sahaja sehingga lima muka pertama. Maksudnya mungkin di peringkat diploma, hanya KIST yang menawarkan jurusan psikologi yang diiktiraf MQA. è

KLIK SINI UNTUK MENANGI PERCUTIAN KE HAWAII DENGAN REDBULL

Kelulusan yang diperlukan:

  • Lulus SPM/SPMV
  • Lulus Bahasa Malaysia
  • 3 kredit dalam mana-mana subjek SPM atau mana-mana sijil diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi

Raffles College pun ada tawarkan diploma tapi dalam Applied Psychology. Sama je dengan psikologi tetapi lebih kepada subjek-subjek yang boleh diaplikasikan kepada dunia sebenar dan bukan berteraskan pada kajian. è


  • Kelulusan diperlukan: 
  • Lulus SPM
  • Minimum 3 kredit SPM
  • TOEFL skor 550 (paper-based), 213 (computer-based) atau 79-80 (internet-based)
  • IELTS purata 6.0
  • Minimum C6 GCEO
  • Nota: Kalau tak ada kelulusan Bahasa Inggeris dinyatakan di atas pun tak apa. Ujian Penempatan Bahasa Inggeris Raffles akan diadakan semasa orientasi
Okay, habis untuk bahagian diploma. Setahu saya ada dua sahaja yang menawarkan kursus diploma psikologi di Malaysia. 

IJAZAH
Untuk kursus pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama, para pelajar lepasan SPM mungkin mahu merujuk kepada blog-blog lain yang menunjukkan carta aliran untuk masuk ke universiti. Biasanya menggunakan cara UPU. Boleh rujuk The Other Khairul. Sebenarnya pada peringkat Ijazah banyak juga universiti tempatan yang menawarkan kursus psikologi.

Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dengan program Bachelor of Human Sciences in Psychology ada menawarkan kursus ni. Saya pernah masuk ke perpustakaan UIA Gombak (sebab dekat dengan rumah) dan tempat tu sangat banyak buku psikologi. UIA juga merupakan tempat impian untuk saya sambung pengajian psikologi di peringkat Masters bila dah berkerja nanti.

Ijazah Psikologi di UIA diletakkan di bawah Kuliyyah if Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences. Untuk masuk program ni korang kena masuk program matrikulasi UIA dulu. Hanya lepasan STAM/STPM/diploma boleh terus apply melalui UPU   è
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan program pengkhususan Psikologi. Seriously, kalau anda mahukan pengkhususan dalam bidang psikologi, UKM lah tempat yang paling baik bagi saya. Mereka menawarkan program pengkhususan psikologi:
  • Psikologi Kognitif
  • Psikologi Klinikal
  • Kaunseling
  • Psikologi Perkembangan
  • Psikologi Sosial
  • Psikologi Kesihatan
  • Psikologi Industri dan Organisasi (IO)
Saya ada seorang kawan, produk UKM yang bergraduasi dengan kelulusan IO Psychology dan sekarang dia bekerja dengan Shell sebagai HR Advisor. Dan berdasarkan kursus IO yang saya ikuti semasa di New Zealand, IO Psychology ialah cara terbaik untuk ijazah psikologi buat duit. Pandangan peribadi. Untuk pandangan kedua sila baca komen pertama di bawah è

Universiti Malaysia Sabah 
Ini pun salah satu universiti yang cool dalam bidang psikologi sebab ada pengkhususan dalam bidang-bidang tertentu. 
  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Industri Dan Organisasi)
  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Pembangunan Belia Dan Komuniti)
  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Kaunseling)
  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Kanak-Kanak Dan Keluarga) 
SARJANA MUDA PSIKOLOGI DENGAN KEPUJIAN
6 SEMESTER (3 TAHUN)

1

HA13 Psikologi Industri dan Organisasi


Memenuhi Syarat Am Universiti
Serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM;
Memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkatJayyid
Dan
Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut;

  • ·          Mathematics/Additional Mathematics;dan
  • ·          Science/Additional Mathematics/Biology/Physics/Chemistry

2

HA16 Pembangunan Belia dan Komuniti


3

HA20 Psikologi Kanank-kanak dan Keluarga
SARJANA MUDA PSIKOLOGI DENGAN KEPUJIAN
8 SEMESTER (4 TAHUN)

4


HA19 Psikologi kaunseling












Memenuhi Syarat Am Universiti
Serta
KEPERLUAN KHAS PROGRAM;
Memiliki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkatJayyid
 Dan
Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut;
  •  ·          Mathematics/Additional Mathematics;dan
  • ·          Science/Additional Mathematics/Biology/Physics/Chemistry
Dan
Calon tidak cacat penglihatan (buta/rabun) dan tidak gagap

KLIK SINI UNTUK MENANGI PERCUTIAN KE HAWAII DENGAN REDBULL

Dalam website mereka hanya dinyatakan kelulusan yang diperlukan untuk lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk mengikuti pengajian psikologi di peringkat ijazah dan tiada rekod untuk kelulusan diploma/SPM/asasi. Lebih info diperlukan di bahagian ini è

Universiti Malaya (UM) nampaknya ada menawarkan psikologi tetapi yang saya berjaya jumpa di laman web mereka hanyalah Bachelor of Counselling. è

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ada menawarkan kursus-kursus berkaitan psikologi dan tak perlu mengambil ijazah pendidikan pun untuk belajar psikologi walaupun namanya Universiti Pendidikan  è

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan kursus IO Psychology sahaja dengan informasi yang sangat mudah dilayari. Semua informasi tentang kemasukan pelajar mengikut kelayakan masing-masing ada ditunjukkan dalam website UTM yang kemas dan lengkap ni. è

Lepas melayari websites yang ada ni saya tak hairan dah kenapa pelajar lepasan SPM susah nak mendapatkan maklumat daripada universiti-universiti tertentu. Sesetengah daripada website yang saya nyatakan ada kesalahan ejaan, kekurangan info, dan susunan maklumat yang mengelirukan. Harap pihak berkenaan boleh ambil tindakan.

Lepas melihat pada website ni semua, secara peribadinya saya rumuskan bahawa tiada cara untuk melompat terus ke bidang psikologi di peringkat ijazah lepas SPM. Adik-adik semua mesti melalui setidak-tidaknya Asasi/matrikulasi dahulu kalau tidak mengambil STPM/STAM pun.

Setakat tu je informasi kali ni. Kalau ada komen/cadangan sila nyatakan di bahagian komen di bawah. Kalau ada soalan, boleh tanya di ruangan komen tapi make sure datang balik untuk check jawapan

71 ulasan: Leave Your Comments

  1. Hi, tahniah sb buat entri ne..senang jugak bagi sesiapa yg berminat nk smbung study dlm course ne dptkan sedikit pencerahan..

    cuma nak share, kalau melalui track dr STPM pun boleh amik course ne..tak semestinya mse STPM tu aliran sains (pengalaman mse STPM amik paper ekonomi, perniagaan, geografi), asalkan masa SPM ada background sains tulen or sains kejuruteraan pun da cukup baik..

    kalau di UKM, setakat ne, requirement utk dgree psikologi pointer STPM/ matrikulasi/ dll rsenye at least 3.5 ke atas, dan pengambilan dlm 30 lebih orang je setiap batch, so class xfull sgt, best dan senang fokus dlm class..Untuk dgree, xde pkhususan lagi..semua subjek psikologi akan dipelajari dan pengkhususan hanya ada di peringkat masters sahaja sama ada psikologi, psikologi kaunseling, psikologi IO dan psikologi perkembangan.

    sekadar ingin berkongsi pengalaman :)

    *dulu masa first year lect selalu cakap ayat ne*
    "Psychology has a long past but only a short history (Ebbinghaus, 1908)"

    BalasPadam
  2. info yg menarik bro...pelajar2 sekolah mmg kekurangn sumber informasi tentang maklumat2 nak sambung belajar..ini diakui oleh pensyarah saya..beliau mgatakan...ada pelajar2 sekolahyg tak tahu langsung ukm, usm, utm etc stand for what..jadi baru2 ni saya telah ditugaskan oleh pensyarah saya utk membuat satu modul kecil berdurasi 40 minit dan fokusnya utk memberi sumber maklumat kerjaya dan juga kos-kos di universiti yg kongruen dgn mereka semua...:-)

    BalasPadam
  3. UIA ade kos psychology under kuliyah of islamic revealed knowledge and human sciences, ntok lepasan spm kene apply matric uia la dulu. Kalo ntok lpasan stam/stpm/diploma bole terus apply melalui UPU

    BalasPadam
  4. course psychology ada under kpm jugak? sekarang ada lagi ke? abang panda under program ppc buat foundation dekat maktab ke overseas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. course psychology under KPM ni maksudnya apa? UPSI tak kira KPM kan rasanya so takde kot jawapannya :P

      PPC haritu buat foundation kat UNITEN Bangi

      Padam
    2. tak, upsi bukan kpm. bukannnn. haha

      PPC ada contract tak dengan gov?

      Padam
    3. KPM
      Student maktab tweening overseas 5 tahun kontrak. Local xtau
      Student full degree overseas 9 tahun kontrak. Local tak ada
      Student maktab pun 5 taun gak rasanya kontrak

      Padam
    4. bagus ke masuk maktab? tengok senior macam tak best je

      Padam
    5. depends pada orang tu dan matlamat dia. No shoes fit all

      Padam
  5. sy psych di upsi,,

    psych di sini bukan pendidikan,,,,
    kami diberi peluang utk pilih 2 concentration samaada klinikal or kaunseling,,,,klu pilih kaunseling pn still bukan bwh pndidikan

    cuma akn blajar sama ngan budak pndidikan la...kena gabung dgn mereka sbb tak ramai lg..sy batch yg kedua.

    BalasPadam
  6. assalamuaalaikum boleh tak encik abam panda buat entri berkenaan orang yang berpenyakit bipolar disorder.
    can you simplify it for me?

    BalasPadam
    Balasan
    1. I'll take a rain check on this one. Thank you for your interest :)

      Padam
  7. hari tu di UPSI ad invite guest yg berpenyakit ni bg talk...dlm bnyk sembang tu paling igt adlah kalau dia gembira dia akan gembira paling sungguh, mcm tu juga kalau dia sedih, akan kecewa betul...dia ad share pglmn dia yg dia pernah tak tidur smpi 2hari punya excited nk siapkan tugasan utk projek kerja dia....

    btw, i'm looking forward on abam panda to give further explanation (pasal malas buka buku baca, dh la takde contoh selalunya)~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh thank you ini ialah bipolar disorder . Nah klik dan baca ni Adakah Bipolar Disorder Sejenis Masalah Mental? :)

      Padam
  8. kat mktb pun ada bimbingan dan kaunseling jgak...under KPM..tp utk skolah rndah je la..

    BalasPadam
  9. assalamualaikum, blh tak encik buat satu entri mcm mna nak tingkatkn self confidence dan mcm mna nak dpt pointer tinggi?

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum.. saya pelajar lepasan SPM 2013 n minat sangat dengan bidang psychology, tapi saya kurang pasti sama ada nk sambung science stream or sastera semasa sambung asasi or stpm. ?
    saya juga kurang pasti sama ada nk sambung stpm atau tidak.

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum.. saya pelajar lepasan SPM 2013 n minat sangat dengan bidang psychology, tapi saya kurang pasti sama ada nk sambung science stream or sastera semasa sambung asasi or stpm. ?
    saya juga kurang pasti sama ada nk sambung stpm atau tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. STPM ada advantage over SPM sebab dia lagi susah daripada SPM lagi la senang cerita. Ada sumber mengatakan STPM tu macam O-level

      Untuk psychology, buat asasi/dip dalam bidang sains. Bidang sastera boleh juga tapi berdasarkan apa yang saya tahu, kena 3.8+ untuk masuk ke Bsc Psych

      Padam
    2. masuk kolej dar al hikmah

      Padam
    3. Kolej dar al-hikmah kajang ada diploma kaunseling, psikologi

      Padam
  12. Berdasarkan list Skim Pelajar Cemerlang (SPC) untuk tahun 2013, saya tengok banyak kuota untuk student yang nak ambik psychology di luar negara. Selalunya course yang ditaja MARA untuk sesatu tahun tu sama dengan list SPC.


    Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada link tak?

      Padam
    2. dah tutup dah tawaran PINJAMAN MARA tu :-s

      Padam
  13. Glad to have found this post (thumbs up utk penulis!). Cuma nak tambah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai juga ada offer undergraduate degree in psychology (dahulunya major in IO sekarang takde). Saya salah seorang produk pioneer psikologi UTM (2007-2010) then sambung sarjana psikologi klinikal UKM and sekarang Phd di King's College London. And yes, we do need more psychologist in Malaysia, all the best!

    BalasPadam
  14. Sebenarnye sye minat amik kos Psikologi..tapi sekarang sye terpaksa amik diploma dalam jurusan Pendidikan awal kanak-kanak.. kalau ijazah nanti nak masuk Psikologi pointer dye nak brape ea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak pasti boleh ke tak. Yang tu rujuk fakulti institut masing-masing :)

      Padam
  15. salam , nak tanya pasal course Bsc. Psychology... saya asasi sains uitm sekarang... tp pointer sem 1 ... 3.12 je.. and muet band 2.. layak tak saya untuk mohon course ni??? kalau tidak apa course yg lebih sesuai utk saya.. thanks abang for the info... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. muet must be at least band 3 for most IPTs. :)

      Padam
  16. kalau saya amik bidang sastera dlm stpm, pointer berapakah yg plig selamat untuk msok program degree psikologi dlm smua Universiti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila klik link2 di atas untuk tengok kelayakan mengikut ipt masing-masing

      Padam
  17. Saya graduan diploma psikologi di KIST, Bachok Kelantan,,skang saya further kat UTAR, Kampar Perak..saya buat Bachelor of Social Science (HONS), Psychology..As for now, apa yang saya dapati, Psychology is the most interest course,,sebab hbis blajar nanti bole keja ngn mana2 company, firma n etc... Dulu psikologi ni munder je, tp alhamdulillah skg ni dah makin trserlah d mata org malaysia...

    BalasPadam
  18. salam. kalau sy ambik asasi tesl, lps tu masuk degree dkt uia boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. TRACK 3

      A pass in the relevant Centre for Foundation Studies programme with a minimum CGPA of 2.25.



      TRACK 4

      A pass in the Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) with at least a Jayyid Jiddan grade.

      AND

      A pass in the Malaysian Certificate of Education (SPM) or its equivalent with at least:

      A credit in Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia
      A credit in Pendidikan Islam/Tassawur Islam/Pengajian Qur’an dan Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah
      A B grade in English Language
      A credit in Mathematics
      A credit in any two other subjects


      In all the tracks above, a minimum of Band 3 in the Malaysian University English Test (MUET) is required.

      Asasi awak kalau kat UIA sila rujuk komen atas. Untuk option lain sila klik link ke UIA

      Padam
  19. abang..saya lepasan spm thun ni,so untuk smbung course ni..kna ada credit in biology or x perlu.klu saya x ambil bio..boleh tak ambil course ni..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau lepasan SPM takleh terus degree tapi abang tak nampak pulak yg wajib ada biologi tu. yg kena power ialah math n english n 2 other optional subjects

      Padam
  20. salam. saya nak tanya mcm mana kerjaya psychology ni? banyak dak?

    BalasPadam
  21. salam. macam mana dengan kerjaya psychology ni? bnyak dak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah banyak. Paling busuk pun duduk di bhg HR company

      Padam
  22. Salam..abg , sy lepasan spm tahun ni..kalau sy nk sambung psikologi...maksudnya sy kena ambil dip sains dulu kan...then baru continue ke degree in psikologi kan..pointer kena brpa ye kalau nak masuk yg kat ums ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul. Kat website UMS tu ada tulis kot. Kalau takde contact lah mereka. Saya takde kaitan dengan mereka ni sorry

      Padam
  23. Assalamualaikum abang, saya pelajar lepasan SPM 2013. Memang drpd sekolah rendah lagi sangat minat dengan bidang psikologi. Tapi sekarang saya sedikit confuse dengan hala tuju saya selepas SPM ni. Pada fahaman saya, saya kena ambil asasi sains then sambung degree dlm course ni, betul ke?

    Anyway, thanks for posting this, sedikit sebanyak membantu saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah bertambah lagi warga psych kat Malaysia :)
      Betul la tu

      Padam
  24. Macam mana nak sambung degree IO Psikologi di luar negara?

    Melalui stpm art stream? Diploma? Foundation?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pernah dengar lagi ada tawaran biasiswa macam tu tapi kalau persendirian boleh aje

      apply utk kelayakan universiti overseas
      + english test IELTS/TOEFL
      MUET tak boleh digunakan utk universiti overseas

      Padam
  25. sye nak tnye,,sye skrg ni dalam asasi teknologi kat utp under ict tp sye aliran sains tulen mse spm,,so is it possible klaw sye nak smbg degree psychology dgn asasi teknologi...then sye tahu psychology byk cabang,,sye nak tahu klaw sye minat situasi mcm ni,,sye one to one to that person and listen to them, contoh la org tu depressed pastu jmpe sye n citer kat sye,,tu under psikologi apa?spesifik psikologi..sori klaw kurg faham soalan sye,, sye pon mengalami kesusahan utk wat ayt..klaw oversea universiti pe yg tawarkan psikologi? thank you. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. totally possible. BErdasarkan kriteria kelayakan IPT malaysia saya tak nampak lagi asasi medic je boleh ambik degree psych. lol ade ke asasi medic

      Adik try tengok sini Cabang-cabang Psikologi

      Padam
  26. assalamualaikum. maaf tny. kalau sy nak amik course clinical psycology, ap perjalanan nya.? maksudnya sy perlu amik matriks dan cmana lepas tu ea.? dan ap kelayakan selepas matriks untuk clinical psycology.? tq :)

    BalasPadam
  27. assalamualaikum. maaf tny. sy berminat nak amik clinical psycology. so cmana perjalanannya ea.? maksudnya sy perlu amik matriks dulu.? dan ap kelayakan untuk clinical psycology after amik matriks.? tq:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau takde tawaran UPu pergilah matriks dulu untuk kelayakan lebih bagus. Lagi cerah masuk degree nanti tp matriks pace dia sangat laju

      tak pasti pulak clinical psych ada kat peringkat undergrad. Kalau kat universiti saya dulu at least di peringkat masters :)

      Padam
  28. Soalan! :) Waktu isi UPU, bahagian bidang tu saya tak tahu nak ambik asasi sains apa... sains hayat, sains gunaan or sains kesihatan/bersekutu?

    BalasPadam
  29. Awak nak belajar apa? Kalau area2 medic/psych sana ambik hayat

    BalasPadam
  30. Hello bro. Saja nak tanya, kalau nak ambil diploma psikologi ni memang di KIST dan Raffles College shj ke? Dan biasanya memerlukan perbelanjaan yg banyak ke? Tq.

    BalasPadam
  31. saya dpt tahu,
    Kolej Dar al-Hikmah, Kolej Jamiah Islamiah Putra (Kolej JAIPUTRA), Kolej Kamunting, Kolej SEGi Subang Jaya juga terdapat Diploma Psikologi..
    Dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman ada terdapat Diploma Lanjutan Sains Sosial (Psikologi)..
    harap maklum..

    BalasPadam
  32. saya dapat psikologi tapi kene wat ib sebagai persediaan..berbaloi tak sebab ramai org kate ib ni susah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye IB memang susah tapi kemanisan ilmu tu datangnya daripada kepayahan belajar :)

      Padam
  33. maaf, saya nak tahu. ib tu apa ya? psikologi dan kaunseling adakah satu bidang yang sama?

    BalasPadam
    Balasan
    1. IB = international baccalaureate http://en.wikipedia.org/wiki/International_Baccalaureate

      kaunseling adalah sebahagian kecil psikologi

      Padam
  34. Terima kasih..ulasan anda banyak membantu

    BalasPadam
  35. Berminat menjadi Pakar Psikiatri. Terangkan jalan yg patut diambil. Terima Kasih

    BalasPadam
  36. Berminat menjadi Pakar Psikiatri. Terangkan jalan yg patut diambil. Terima Kasih

    BalasPadam
  37. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  38. Assalamualaikum. saya student matriks. Saya berminat dengan psycology especially berminat untuk menjadi psycologist untuk solve all generation probs. so how i nak achieve my goal? can you tell me the path. sorry ad thanks :)

    BalasPadam
  39. Salam, sorry. sy nak tanya pendapat abg sikit. sy mmg ada high interest dkt psychology.. and mmg teringin nak sambung degree dlm bidang io psych. upu haritu mmg sy letak foundation hs uia first choice. then when i checked it today, sy dpt uitm tesl, and also matrik pun dapat jugak. so pendapat abg la.. should i just go to tesl and nanti boleh ke sambung nk buat io. or just go to matrik? or maybe buat rayuan utk masuk uia tu.. hihi~ terima kasih.

    BalasPadam
  40. Dear people,

    let me simply put it here. Saya bukan educational counsellor dan saya tak tahu apa yang awak nak dalam hiddup. Saya sediakan medium dan terpulang pada awak nak jadi apa. Untuk course2 yg awak nak ambik please klik link2 kat atas tu dan hadam informasi tersebut. Tanya penasihat di universiti tersebut

    BalasPadam
  41. saya pelajar bakal lepasan spm 2014 . saya minat sangat dalam bidang psikologi tapi saya budak aliran sastera dan saya nak tahu subjek apa yg diberi pnekanan dalam cos psikolgy nie dan kalau saya nk continue stdy dlm stpm bolehkah? even sya bukan budak aliran sains .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawapan abang sama dengan soalan2 kat atas ni. Go click the links. Requirement setiap uni berbeza

      STPM takde psikologi. Kalau nak sambung memang boleh sukahati awak tapi STPM takde subjek psikologi. Kalau nak guna result STPM ke psikologi di peringkat ijazah, boleh

      Subjek sains penting. addmath, math, bio

      Padam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

MESEJ RINGKAS

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran