Penjelasan Psikologi Tentang "Selfie"

"Selfie" ni adalah satu perbuatan yang suka tangkap gambar diri sendiri. Tak kisahlah menggunakan smartphone, ataupun kamera compact (tahap extreme guna DSLR atau GoPro), asalkan perbuatan tersebut dilakukan dengan tangan sendiri dan menangkap gambar sendiri - kadang-kala dengan kawan-kawan. Dulu perbuatan ni pernah dipanggil sebagai camwhore sebab mereka 'jual muka' untuk dapatkan something, which is perhatian. Anyway, itu perkara yang lepas.



Kalau kita perhatikan, manusia sekarang dah kehilangan nilai senyum yang asli mungkin sebab artis yang mereka sanjung pun tak reti buat senyuman yang cantik. Kalau kita tengok kat instagram dan Facebook ataupun Twitter, spesies mereka ni adalah jenis yang suka buat mimik-mimik muka yang pelik seperti duckface (paling mainstream), blowfishface, frogface, dan macam-macam muka lagilah sehinggakan orang yang tengok kadang-kadang keliru sama ada ini muka manusia ataupun itik jadian. Anyway, kalau korang tertanya-tanya kenapa mereka memilih untuk 'selfie', psikologi mungkin ada penjelasannya...


Aktiviti harian kita sentiasa (almost every time) melibatkan interaksi dengan manusia lain dan apabila kita berinteraksi dengan orang, memahami dan mengagak perasaan orang tu dengan melihat gerak-geri dan emosi dia. Walaupun kita menggunakan banyak masa kita untuk melihat muka dan ekspresi sendiri, kita luangkan masa yang sangat sedikit untuk melihat ekspresi muka sendiri. Tapi ni sangat normal sebab bukannya kita tengok cermin 24 jam ye tak?

Persepsi kita terhadap muka sendiri ialah apabila kita terasa otot-otot di bahagian muka bergerak atau terasa sesuatu dan bukannya memlalui apa yang kita nampak. Contohnya la kan, kalau kita mara, muka kita terasa tegang dan panas; tanpa exactly melihat sendiri bagaimana rupa kita ketika marah. Maka dengan itu, manusia sebenarnya ada maklumat yang tak cukup dan kurang tepat tentang bagaimana muka kita pada satu-satu masa.

Disebabkan manusia ni ada pengetahuan yang limited tentang rupa sebenar sendiri, maka ia memberi kesan tentang apa yang kita fikir tentang muka sendiri. Satu kajian telah dijalankan di mana ia melibatkan responden untuk memilih gambar muka sendiri daripada 3 gambar - satu gambar original dan dua lagi gambar yang dah di-photoshopkan. Hasil daripada kajian tu menunjukkan yang manusia secara umumnya memang lemah dalam mengenalpasti muka sendiri (Epley & Whitchurch, 2008)

Gambar ehsan diri sendiri

Manusia juga ada kecenderungan untuk pilih muka mereka yang telah di-edit untuk jadi lebih cantik berbanding gambar original. Kejadian ni memang berlaku kan? Sebab tu dekat Facebook ada option untuk "approve" dulu gambar supaya kita tak kena tag dengan gambar yang (kita sangka) hodoh. Dan juga gamabr sendiri yang kita post pula kadang-kadang dah diedit ataupun paling tidak, guna filter instagram. Dalam kata lain, perangai ni menyebabkan kita sentiasa ingin kelihatan lebih muda dan lebih menarik berbanding muka kita yang sebenarnya

Maka ini menjelaskan tentang kita sangat suka dengan selfie. Apabila selfie, kita kawal ekspresi muka untuk nampak lebih menarik (sesetengah orang rasa duckace tu cantik) dan kita suka dengan gambar tu maka kita share dengan orang lain untuk mereka mengakui bahawa kita memang cantik macam tu. Melalui selfie, kita ada kuasa sendiri di tangan untuk nampak cantik dan menarik mengikut persepsi diri sendiri!

-----------------------------------------
Rujukan:
Epley, N., & Whitcurch, E. (2008). Mirror mirror on the wall: Enhancement in self-recognition รจ
Monitor, Magazine (2013). The science behind why we take selfies. BBC News. 
------------------------------------------------

5 ulasan: Leave Your Comments

  1. lebih kurang macam yakinkan diri sendiri yang kita ni sentiasa lawa.
    "kita lihat apa yang kita nak lihat"

    BalasPadam
    Balasan
    1. more like, kita jadikan diri kita apa yang kita nak lihat? lol

      Padam
  2. " Walaupun kita menggunakan banyak masa kita untuk melihat muka dan ekspresi sendiri, kita luangkan masa yang sangat sedikit untuk melihat ekspresi muka sendiri. "

    Eee. pening ahhh! kakaka

    I guess maybe u wanna say, Walaupun kita menggunakan banyak masa kita untuk melihat muka dan ekspresi orang lain, kita luangkan masa yang sangat sedikit untuk melihat ekspresi muka sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes my mistake hahahha thank you for pointing that out!

      Padam
  3. Akhir zaman. . .

    BalasPadam

Komen yang nak diletakkan lepas 14 hari selepas entri tu diterbitkan, akan diletakkan dalam mod pengesahan terlebih dahulu untuk mengelakkan spamming

More

SEARCH

TESTIMONI

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.
Based on a work at http://www.arcx13.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at https://www.facebook.com/arcx13?ref=bookmarks. Dalam BM, korang tak boleh copy langsung melainkan ada kebenaran